Hijrah itu daripada yang tidak tahu kepada berilmu, daripada gelap kepada yang cerah.
Salam Awal Muharram.
Selamat tahun baharu. Dapat buku baharu, jadi orang baharu.
Friday, November 25, 2011
Friday, November 18, 2011
sem 4 yang gembira
Aku sudah mahu memanjat tangga ke-4 setelah mendapat semangat yang baik daripada sahabat. Puas aku berfikir bagaimana mahu menterjemahkan 'friendly reminder'? Peringatan yang sangat... kawan? Huhu.
Peringatan tulus ikhlas mungkin paling sesuai jika dialih bahasa. Ya, kawan yang baik memberi peringatan tentang cita-cita yang aku pernah sebut tapi tak letak di hati. Belum benar-benar bersungguh. Itulah, kadang-kadang manusia selalu mengambil serius setiap butir kata yang keluar dari bibir; yang kita sendiri anggap sebagai buih-buih belon sabun. Terbang entah ke mana di bawa angin. Pecah, dan dilupakan. Rupanya buih belon itu diperhatikan dengan teliti organisma sekeliling.
Baik.
Jadi, mahu tak mahu aku terus.
Sebab entah dari mana datang roh yang membara ni. Harap-harap momentum kekal hingga akhir garisan.
Aku dapat kelas baru, ahli kelas baru, guru-guru baru. Suasana baru nanti. Ah, gembira.
Oh tamat cuti juga aku berpuas hati. Aku dapat laksanakan banyak perkara yang aku mahu. Cuma aku kurang menelaah bahan ilmiah. Aku dah faham makna frasa 'ilmu di dada kian beransur hilang'. Terasa betul. Masuk semester baru ini pula aku rasa banyak yang menanti. Sekalian tanggungjawab yang aku dah bersedia untuk angkat kedua tangan. Sungguhla aku tak mahu untuk sisa-sisa semester ni menanggung dan menjawab lagi perkara sampingan selain belajar.
Aku tanya kamu, bolehkah begitu?
Friday, November 11, 2011
Kali pertama.
Mulakan kerja kali pertama dengan Bismillah....
Setiap manusia pasti akan ada kali pertama yang tersendiri. Pasti ada.
Kali pertama menunggang basikal dan terjatuh,
kali pertama mendaftar ke sekolah
kali pertama berdiri di khalayak ramai
kali pertama menghadiri temu duga
kali pertama dapat keputusan peperiksaan yang berbeza
dan apa pun yang tidak pernah dilakukan atau lain dari sebelumnya, itulah kali pertama.
Kali pertama seharusnya tidak terhenti setakat itu, kerana akan ada peristiwa lain yang menjadi kesinambungan kali pertama. Situasi yang sama, hanya detik yang lain. Lantas, mulut akan menyebut ," Ah, teringat kali pertama aku blablabla dahulu."
Mungkin waktu tu kita mengulang perkara yang sama dengan 'kali pertama'. Cumanya, waktu itu sudah rasa biasa-biasa. Tak sespesial perasaan kali pertama. Lali, bosan, atau jadi lebih baik. Ada juga yang cuba-cuba menangguh kali pertamanya kerana takutkan cabaran. Perbuatan menangguh tidak akan menyelamatkan diri dari menghadapi kali pertama, sebaliknya hanya memberi kelegaan sekejap waktu. Sampai ketika, mesti dilaksanakan juga. Jadi, apa rasional menunda kerisauan kita?
Kali pertama itu memang akan ada dalam bermacam cara. Bersedia sahaja untuk hadapi rasa-rasa.
Ibarat menghidupkan enjin kereta. Menekan-nekan pedal minyak, tetapi gear masih dalam mod neutral. Tak berganjak. Kerana apa? Memikirkan konsikuansi yang tidak-tidak.
Kalau kamu berada dalam situasi kali pertama, ingat pesan aku.
Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan kuat-kuat dan bergeraklah. Kerana kelak, mahu tidak mahu kau akan tetap hadapi perkara yang sama.
Hanya ada dua situasi sahaja kali pertama tak akan berulang dalam hidup kita.
Saat kita dilahirkan, dan saatnya kita mati.
Cubaan kali pertama mungkin tidak mencapai jangkaan kau.
Tidak kemas, kurang memuaskan.
Namun, tetap akhirinya dengan Alhamdulillah ..
11.11.11
Orang sibuk hebohkan tarikh ini, aku pun mahu juga.
Ada apa sebenarnya?
Wednesday, November 9, 2011
Bestfriends forever.
Aku tak percaya pada kata-kata tu.
Aku gunakan ayat tu sejak tadika lagi untuk kawan-kawan yang selalu teman aku bermain, makan, dan pergi ke tandas.
Tapi sampai sekarang, rakan se-tadika pun aku tak dapat jejak.
Nama pun sudah lupa.
Kalau ada yang tulis status sedih atau gembira di Facebook,
culas betul aku mahu bertanya kenapa.
Mungkin kerana aku kurang romantis.
"You get to add new friends, you get unfriend-ed by a few old ones
and sometimes you're blocked by or forced to block others..
I guess that's Facebook life eh?" -Azri
Mahu marah
Tajuk sahaja sudah negatif.
Tapi aku terasa nak marah-marah. Boleh?
Tak. Jangan marah-marah.
Allah tak suka. Rasul tak suka.
Ok jangan marah.
Kamu tahu, aku rasa seperti sudah tidak mahu berkomunikasi dengan manusia.
Sama ada akan wujud perselisihan, atau aku sering rasa dibuli bila tak mampu nak bidas balik.
Skil halus aku dah merosot.
Betul ni, aku dapat rasa.
Jadi Anis, bukan aku tak mahu bercerita. Aku tak tahu mana nak mula.
Kamu kalau ada masalah, jangan biasakan diri pendam.
Ada sahabat, pergunakan dia.
Jiwa dia mungkin lebih terseksa melihat kamu murung konon mahu elakkan dia dari bermasalah.
Sebenarnya, muka itik masam itu lebih menyerabutkan fikiran.
Dan lama-lama, kamu berpotensi jadi zombi.
Macam aku.
Sunday, November 6, 2011
sometimes, I just want to be listened.
Tapi, ada manusia berpesan dalam tintanya,
'Jangan sebarkan rasa sedih =)'
Bertahanlah. Selagi termampu.
'Jangan sebarkan rasa sedih =)'
Bertahanlah. Selagi termampu.
Thursday, November 3, 2011
20114
"Selagi ada denyutan nadi, selama itu aku cuba berdiri"
Bismillah wal hamdulillah.
Untuk yang menjenguk blog ini untuk tahu kedudukan aku;
Ketahuilah kalian bahawa perjuangan ke tingkat 6 dah terhenti di tangga ke-3.
Ah, nak buat macam mana.
Aku sendiri pun tertawa.
Kadang-kadang aku rasa sedang mengekperimentasi diri sendiri dengan dunia.
Cuba apa saja pemboleh ubah manipulasi untuk dapatkan hasil bergerak balas.
Huha.
Alhamdulillah.
Teruskan.
Friday, October 28, 2011
Bismillah.
'Sometimes critical mind kills'
Facebook itu kadang-kadang boleh merunsingkan.
Oh, biar aku betulkan.
Bukan lagi kadang-kadang. Acapkali merunsingkan. Atau sentiasa; setiap kali kita bertekad untuk daftar masuk dan melihat luahan hati dan pendapat manusia. Selalu membawa kepada kebimbangan yang tidak berasas lalu meleret kepada perbincangan tampak indah dan berisi pada mulanya tapi hanya sia-sia pada akhirnya. Langsung tak memberi manfaat. Lebih parah, tercetus perang saudara.
Hebat Facebook.
Hebat Facebook.
Entah macam mana aku perlu huraikan. Dada aku sesak bila baca bermacam jenis fatwa, berita dan perbincangan yang tak berkesudahan. Semua nak keluarkan fatwa masing-masing.
Bila ada perkara yang tak cocok, tak akan berhenti bertanya kenapa dan kenapa. Bukan tanya untuk tahu. Tapi mahukan jawapan yang boleh puaskan hati sendiri. Nafsu.
Ah, saat ni mungkin ada manusia entah ceruk mana yang berdekah-dekah melihat kita bertelagah.
'Use their weapon against them'. Itu yang sepatutnya.
Sebarkan gambar pembunuhan berleluasa. Macam tak ada jiwa.
Keluar pelbagai hadis dan ayat Al-Quran. Supaya menang dalam medan perbincangan.
Kata-kata pujangga yang di puja-puja.
Artikel tentang kahwin usia muda. Ini lagi buat aku pening kepala.
Langkah, apa kata aku ambil mudah je intipati Facebook? Boleh?
Ok set.
~Selingan: Aku sekarang sangat giat menonton sinetron Para Pencari Tuhan.
Badly recommended oi!
Isu yang menarik perhatian aku, ialah bila mana ada watak manusia rasa cukup segalanya diniatkan dengan hati.
Asrul : Aku sudah tidak perlu pergi ke Mekah menunaikan haji. Hati aku sudah sentiasa ada di Kaabah.
Udin: Hm. kalau betul begitu aku juga tidak perlu solat kerana hati aku juga sudah berada di Kaabah. *senyum*
Aku rasa itu realiti. Mencari perkara yang boleh menghalalkan rasa hati.
Selalu tersesat dalam perjalanan mencari Tuhan.
Selalu tersesat dalam perjalanan mencari Tuhan.
Sunday, October 23, 2011
"Ajari aku cara melihat dunia"
Bismillah walhamdulillah.
Belajar perlu berguru. Kalau sekadar buku, pasti mengeluh buntu.
Dah lama aku tak berguru rohani. Atau, sebenarnya sentiasa ada. Tapi aku tak dapat rasa.
Bila melangkah mencari, baru boleh hargai.
Pertama kali.
Indah, aku pergi sini. Aku jumpa kak Liyana dengan kak Diba :')
Dan penat juga mengejar manusia mengharap perhatian.
Sunday, October 16, 2011
akhir zaman
'Aku lagi takut bila hati mati. Semua benda tak boleh nampak, dengar dan faham.'
Bismillahirrahmanirrahim..
Yang Awal. Yang Akhir.
Petang tadi masa dalam kereta lepas habis kelas memandu, Sir berborak-borak dengan pelajar lelaki.
Mr Sir: Sekarang banyak panas aa. Sekejap hujan, sekejap panas. Hailaaa..
Pelajar A: Ye lah. Itu iklim dah berubah. Dunia sudah tak selamatlah.
Pelajar B: Sekarang itu Thailand pun sudah banjir. Banyak negara pun sudah kena bencana. Malaysia belum lagi.
Mr Sir: Itu macam aa. Sekarang mahu buat apa, buat sahaja ikut suka. Mahu duit kaa, mahu makan kaa..Nanti sudah mati, apa pun tak ada. Betul tak? *sambil pandang aku.
Sudahnya, aku tak boleh berhenti berfikir.
Sudahnya, aku tak boleh berhenti berfikir.
Cerita lain.
Hari tu satu keluarga pergi makan kat luar. Ah, dah lama tak makan sama-sama. Bahagia.
Waktu makan, ayah bercerita tentang kemungkinan yang akan terjadi disebabkan banjir di Kemboja. Dinasihatkan setiap keluarga ada simpan bekalan makanan memandangkan banjir di sana akan menganggu bekalan beras di Malaysia.
Pernah baca.
Cerita lain.
Hari tu ramai bising-bising kata bulan cantik. Ada lingkaran cahaya luar bulan. Aku tak dapat tengok .Tak nampak langsung. Kemudian aku terbaca status kawan, "It may be beautiful, it may be gorgeous. But think about something else. It may be a warning. Everything happened has its own purpose."
Aku setuju.
Itu semua petanda yang aku pernah baca dan teringat bila dikaitkan.
Bencana alam, terputus bekalan makanan, fenomena-fenomena luar biasa.
Bencana alam, terputus bekalan makanan, fenomena-fenomena luar biasa.
Itu mungkin bukan isu untuk sesiapa. Ikut suka lah. Tapi peringatan untuk aku yang banyak berfoya-foya.
Panjang mana umur, bukan juga urusan aku. Banyak mana point amalan yang dah dikumpul, itu ya.
Sampai hati ya, masih banyak ketawa daripada banyak menangis.
Ada Himpunan Sejuta Umat dekat Dataran Shah Alam 22hb Oktober nanti.
Datanglah, bawa kawan-kawan kau.
Ini berkaitan akidah. Nak bagi jelas, nak bagi faham tentang masalah akidah kat Malaysia ni terutamanya.
Kalau kau boleh sesak-sesak nak tengok artis kegemaran kau,
kalau kau boleh post segala macam kes murtad dan penghinaan dekat FB,
kalau kau boleh cakap berdegar-degar tentang masalah umat,
apa kata kita sama-sama pergi berhimpun minggu depan.
Aku pun baru nak latih diri untuk ambil tahu.
Jangan risau, ini bersih. Tak ada water cannon dan gas pemedih mata.
Wednesday, October 12, 2011
Bismillah walhamdulillah. Masih hidup.
Semalam aku mimpi ngeri. Ngeri sampai tercelik mata dan terduduk.
Ngeri sampai terlupa nak baca doa apa selain doa bangun tidur.
Nafas turun naik kadar laju.
Aku mimpi...
Aku terlewat bangun, sebab ulangkaji minit terakhir. Habiskan satu subjek dalam satu malam.
Tak sempat masuk dewan peperiksaan dan terpaksa tambah satu semester hanya untuk satu kertas.
Pehh...Ngeri lah oi!
Tak sangka sistem pendidikan negara boleh jadi omokan untuk aku.
Tak sanggup ah nak extend walaupun satu sem.
:3

Monday, October 10, 2011
Lagu
Aku tak boleh berhenti ulang dengar lagu Sunnah Orang Berjuang.
Macam lagu Zulfan.
Melodinya. Liriknya.
Rasa gembira dan inspiring.
'Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagai singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga'
Rahib dan singa tak pernah buang masa main facebook.
Dan perkara lagha yang lain.
Huh.
VT punya cerita, memang sangat mengagumkan. Tak kisah la kalau ketinggalan zaman pun.
Tarbiah ada di mana-mana.

Saturday, October 8, 2011
Assalamualaikum.
Ingat, minta pertolongan Allah dengan sabar dan solat.
Iman manusia sentiasa ada turun naik. Bila ada rasa mahu berbuat baik, itu tanda Allah campakkan hidayah dalam hati.
Manusia tak selalu ada untuk ingatkan bila terlupa.
Kalau rasa keseorangan.. tak, kau tak keseorangan.
Menapak langkah pertama selalu kabur jalan di hadapan.
Teruskan melangkah kerana itu usaha.
Berdoalah, kerana itu juga usaha. Kemudian bertawakkal.
Bisikan kata hati yang bawa kau ke langkah seterusnya, itulah petunjuk. Baik atau tidak untuk kau, itu yang terbaik Allah tentukan.
Ah, hati. Jangan rasa sunyi.
Kebetulan, tengah hati rasa galau.. dapat tadabbur ayat Ar-Ra'd:28.
'Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'
Tenang.

Friday, October 7, 2011
Baik
"Apa-apa perkara yang boleh buat saya dekatkan diri dengan Allah, saya akan buat. Sekalipun kalau pergi ke konsert yang ramai orang tu boleh buat saya akrab dengan Allah, yes, I'll do it."
Aku risau.
Apa indikator untuk jadi manusia yang baik?
Zaman sekarang dah berubah. Dakwah bukan untuk pak ustaz mak ustazah je.
Malah, remaja sekarang ramai dah jadi ejen penyebar yang hebat. Mereka ni sangat peka dengan hal ehwal dunia yang membawa ke akhirat.
Janganlah pemimpin buat silap dan putar belitkan hukum yang Allah dah tentukan; mereka akan cepat berdiskusi dan cari jalan supaya yang tak tahu jadi tahu, yang terleka mati angannya.
Apa yang aku risaukan?
Sebab aku tak tahu di mana tahap aku sekarang.
Sir: Kamu kena banyak bersabar. Perhatikan, kaji, cari jalan dan kemudian baru laksanakan.
Ais: Tapi, sampai bila?
Sir: Yes, itu persoalannya. Sampai bila?
Sampai tiba waktunya. Dalam posisi dan situasi kamu sekarang, tak perlu cari orang. Orang akan datang
pada kamu.
Aku faham maksud sir. Bukanlah jangan cari langsung. Cuma, tak perlu tergopoh-gapah.
Mereka yang mencari, akan terus mencari. Aku, jadilah manusia yang boleh dipercayai.
Aku masih risau.
Aku harap Allah pegang aku erat-erat.
Tapi, apa yang aku dah lakukan untuk berpegang pada tali-Nya?
Dan, sebenarnya.. apa kriteria untuk jadi manusia yang baik?
Thursday, October 6, 2011
Assalamualaikum.
Hari Jumaat.
Aku baru mula cuti sebulan lepas habis peperiksaan hari tu.
Sem 3 dah tamat alhamdulillah.
Keputusan peperiksaan wallahu'alam.
Aku risau dan terkilan dengan diri sendiri sebenarnya. Sem ni, aku tak dapat nak penuhi permintaan kawan-kawan yang minta aku ajar sekian-sekian subjek. Mentah-mentah aku tolak sebab aku pun tak ulangkaji subjek tu. Satu SUBJEK keseluruhan, bukan TOPIK. Sem ni, selalu pentingkan diri. Sangat-sangat. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Sungguhla aku sedih sebab tak dapat nak bantu. Aku pun baca untuk survive. Determinasi tak cukup kuat.
Dan insiden tertinggal slip peperiksaan kat asrama memang buat aku cuak. Pagi Ahad, aku terpaksa menapak sendiri ke kolej. Tak ada teksi kolej langsung pagi tu dan aku seorang je pelajar sem 3 yang duduk asrama, ada paper pagi tu. Ok tak kisah sebab boleh je jalan kaki 20 minit.
Bila dah sampai, rilek-rilek. 8.30 pagi, bila nak masuk dewan baru aku perasan yang slip tak ada. Ohhh.............Terfikir terpaksa mengulang subjek pada sem depan.
Ohhhhh.......Tangan dah sejuk ..
Ohhhhhh....Tak tahu nak buat apa...
Allah bantu ohhhhhhhh....... Lepas tu dapat ambil slip dengan bantuan kawan. Oh.
Kesimpulan, peperiksaan dah habis.

Saturday, September 24, 2011
Thursday, September 15, 2011
Ehh.
Fine. Ramai je dapat ni.
Tapi macam kelakarlah.
Pengubat stress time nak exam.
Aku teringat salah satu cerita Hilal dalam Batu-Bata Kehidupan.
Bila pelajar jurusan agama tak dapat score, pensyarah diorang kata,
"Kamu tak AMANAH DALAM BELAJAR! Semua jawapan ada dalam buku.Tinggal kamu sungguh-sungguh untuk fahami atau tidak."
Cis, aku ingat lecturer agama tak syadid sangat isu exam-oriented ni. Lupa, belajar kan ibadah.
Kalau tak belajar betul-betul, mana nak dapat result bagus.
Kalau tak dapat result bagus, maknanya masih belum cukup amanah dalam belajar.
Ahh. Final dah. Mari Menjadi Hamba yang AMANAH!
:)
Tuesday, September 13, 2011
Selamat.
Bismillah.
Sahabat itu sudah berangkat pergi dan rasa seperti hati aku dibawa sekali. Heh.
'Aku biarkan kau cari sendiri'
Dan, dia hadiahkan pesanan melalui satu buku, 'Tinggalkan Kesedihan; Kebahagiaan Menantimu'
Terima kasih In =)
Tak, sekarang aku dah tak rasa ditinggalkan.
Aku dah nampak macam mana Rasulullah tinggalkan para sahabat untuk sambung rantai perjuangan.
Ini yang dikatakan sinergi.
Aku dah okay.
Final 19hb. Maattaufiq wannajah.
Buat molek-molek. Nanti nak pergi luar negara dengan kawan-kawan.
Indah,Azri,Amirun,Aismat. Selamat terbang tinggi.

Thursday, September 8, 2011
Enam
Alhamdulillah.
Kalau maintain 6 sem, aku boleh pertimbangkan balik angan-angan pergi London.
Riot tak riot.
Matlamat jangka masa terdekat: Bagi mak ayah merasa naik pentas.
Kena rajin sikit huss! Huss!
Wednesday, September 7, 2011
Buat kau yang akan pergi..
Bismillah.
Kau, ini aku nukilkan rasa buat kau.
Tak mudah kerana selama ini aku simpan jauh dalam hati.
Aku kira kau tak perlu tahu kerana selama ini kau seperti tak endahkan aku.
Pernah satu ketika dulu
Aku kongsi rasa, aku menangis, aku hamburkan segalanya
Tapi satu kata mutiara kamu yang tak pernah berubah untuk aku, 'Teruskan mencari'. Kenapa kau terus cakap perkara yang sama? Kenapa kau biarkan aku mencari sendiri?
Aku tak faham, sungguh aku tak faham.
Maaf, aku rasa tak senang walaupun itu tak layak bagi kau.
Dan itu juga bisikan kau untuk yang terakhir kali aku kira.
Aku sayang kau. Betul. Bila aku tengok orang lain bergelak ketawa dengan kau, aku jadi sedih sebab aku tak boleh buat benda yang sama. Bila tengok orang lain sayang kau, pun aku rasa sedih sebab aku tak boleh luahkan. Aku peluk kau hari tu, aku menangis. Sebab itu rasa hati aku.
Entah macam mana aku dapat rasa yang kau faham, tapi kau tak biarkan aku sedih lama-lama. Sekejap kau peluk aku, sekadar nak sampaikan amanat supaya jangan bergantung pada kau, tapi 'teruskan mencari'.
Kau, sahabat yang aku cintai sepenuh hati.
Biarpun aku tak luahkan.
Biarpun kita jauh.
Biarpun kau punya 'ubat' sebagai penawar kau.
Aku masih cintakan kau. Sentiasa.
Doakan, aku dapat temukan serupa dengan apa yang kau cari dulu.
Bahagian kau, semoga segalanya mudah. Sungguh aku maksudkan.

Friday, September 2, 2011
balik kampung
Assalamualaikum.
Antara perkara yang disentuh dalam khutbah hari raya di Perkampungan Islam Raudhatul Muslimin Teloi Kanan, Kedah ialah tentang melihat erti kemenangan sebenar setelah tamatnya Ramadhan 1432.
Telinga aku tertangkap satu istilah, 'dosa bertempoh' yang bermaksud dosa yang kita berhati-hati untuk tidak melakukannya dalam bulan Ramadhan, tapi bila habis bulan Ramadhan, habis dilanggar semuanya. Apa contohnya?
Mengumpat, tengok aurat 'tak sengaja' tapi lama-lama, melewatkan solat, tak solat dan lain lain. Itu dosa bertempoh sebab rasa bulan Ramadhan je yang jadi batasan, bukan kerana Allah.
Tentang pergaulan lelaki dan perempuan. Betapa sinonimnya raya dengan bermaafan sambil bersalaman. Itu boleh dilihat setiap hari dalam televisyen dengan iklan bersalaman.
Perkara biasa, sehingga lelaki perempuan bersalaman pun nampak biasa. Benarlah, bila kita rasa biasa melihat perkara mungkar, memang ada masalah dengan iman kita. Bukan ke selemah-lemah iman itu membenci dengan hati?
Kalau rasa benci pun tak ada, di tahap mana agaknya iman kita?
Khatib berbicara lagi, 'tegurlah anak-anak gadis yang nampak berpakaian, hakikatnya mereka bertelanjang. Pakaiannya ketat, lengan bajunya jarang, tudungnya menampakkan leher.' Di kampung itu tak ada anak gadis yang berpakaian sedemikian.
Jadi, tak ada yang terasa mungkin.
.. tak dapat nak ingat semua.
Kali ni balik kampung dengan ketenangan lepas satu musim yang penuh dengan tanggungjawab dan persoalan-persoalan yang manusia pun tak mampu dengar, apatah lagi memberi jawapan.
Setelah fahami dengan sebenar-benar kefahaman doa supaya tidak berharap pada manusia melainkan Allah, aku dah stabil. Allah suruh meminta pertolongan dengan sabar dan solat.
Gelojoh sangat rasanya.
Gelojoh sangat rasanya.
Skop pandangan berubah bila balik beraya tahun ni. Tentang lima perkara yang datang sebelum lima perkara.
Nenek aku yang dulunya sihat cergas tangkas bila anak cucu balik beraya, dah mula pakai tongkat. Mengadu tak larat. Sakit badan.
Sepupu aku yang dulunya kecil berhingus dah besar panjang. Si kakak pun dah ada anak satu. Makin tua semuanya.
Alhamdulillah, kampung aku walaupun tak moden, tapi mereka tak miskin. Sangat kaya dengan budi dan ilmu yang tinggi. Cuma, aku rasa orang sekarang lebih miskin jiwa. Ini, bukan di kampung aku.
Masa. Dulu aku rasa lapang, tapi sempit bila tak tahu hujung pangkal.
Kalau sedar dasar setiap pekerjaannya Allah, tak akan ada rasa sempit. Lapang dunia sebelum sempit akhirat. Nauzubillah.
Em, dan hari raya kedua bila lalu tepi masjid, aku nampak ada kematian. Hidup sebelum mati.
Aku tengok anak-anak muda kat perkampungan Islam tu, sungguh-sungguh aku doa supaya mereka terselamat. Sayang lah. Aku harap aku selalu berada dalam iklim dini macam tu. Tapi, Allah lagi tahu kenapa.
Selamat hari raya. Kullu 'am wa antum bilkhair.
Sunday, August 14, 2011
riotraya
Budak sebelah rumah dah pasang lagu raya kuat-kuat.
Aku rasa tak best. Rasa nak muntah.
Tak ada jiwa ke apa.
Baru 14 hari lah oi!
Tekanan betul.
Saturday, August 13, 2011
fast
tumblr org.
It had been 14 days and suddenly I become worry.
What have I done during these Ramadhan period?
Ah, Ramadhan moments as a school students were the best.
Everything went great. Everyone participated to celebrate Ramadhan.
It was more that just a fast.
Missed that moments so much.
choose to be the chosen.
Dari dulu aku ada perkara yang tak jelas.
Orang yang berhijrah kepada kebaikan, keyakinan dan kefahamannya lebih hebat.
Kenapa orang yang mewarisi jarang ada keterujaan itu?
Dah 10 tahun buat kebaikan, tapi jarang ada rasa manis. Rasanya biasa-biasa.
Kadang-kadang rasa penat. Kadang-kadang tak ada rasa langsung. Berbuat kerana itu rutin.
Kata sahabat, 'mereka sudah immune dengan kebaikan'.
Memang.
Setiap perkara yang kita buat mesti bersebab. Mesti kerana kita tahu apa implikasi pada masa depan.
Nak buat baik sebab saja-saja ikut suka tak akan kekal lama.
dan biasanya, kalau buat perkara yang kita pilih untuk buat, rasa puas hati tu lebih. Kita boleh kekalkan momentum. Satu jasad beserta hati kita letakkan sepenuhnya untuk buat perkara yang kita pilih untuk buat.
Aku terbayangkan orang yang dipanggil seniman. Hati mereka seluruhnya diwarnai seni.
Setiap apa yang dibuat, atas dasar cintakan seni. Sensitif betul kalau orang rosakkan seni mereka.
Sebab itu atas pertanyaan aku, kenapa masih ada rasa Islam tu biasa biasa,
bro Shah kembalikan persoalan, 'When did you become a Muslim by CHOICE?'
Terdiam aku.
Baru aku sedar. Selama ni kita tak sedar yang kita perlu buat pilihan. Kita hanya ikut jadi Islam sebab itu yang ada dalam kad pengenalan. Pilih. Supaya hati lebih faham kenapa kau pilih ini dan bukan itu.
Hidup ni penuh pilihan. Landasan dah betul, cuma untuk teruskan perjalanan kena tahu kenapa kau mahukan jalan ini.
Kau pernah baca puisi 'The Road Not Taken'?

Tuesday, August 9, 2011
ubah
Corat-coret.
Betul lah akhir-akhir ni dah tak pandai nak meluah rasa. Itu bukan perkara besar.
Yang parah bila merapu, ada orang baca dan ambil serius apa yang ditulis.
Bagus kan kalau setiap apa yang kita buat, cakap dan diamkan bermanfaat pada orang?
Masalahnya bukan selalu begitu.
Kalau ada orang masih endah tentang aku, khabarkan aku sedang alami transformasi. Ya, transformers pun boleh.
Eh gembira tak kalau jadi sebuah kereta biasa kemudian bertukar kepada robot sasa yang adorable? Pun nampak cantik. Demi menyelamatkan dunia, nak buat lebih banyak kerosakan pun orang tak kisah.
Tapi, aku tak mahu jadi robot. Jadi manusia ni dah nikmat. Cuma perlu fikir cara supaya rentak hidup tak kaku.
Orang datang dan pergi dari hidup tu, perkara biasalah.
Jangan berharap pada manusia, nanti kau kecewa.
Sebab mereka yang kau harap itu pun, masih menagih daripada Dia Yang Esa.
Aku ada rasa kagum pada sesetengah mereka yang selalu buat aku tersenyum dengan gaya penulisan bersahaja. Penuh makna. Terima kasih sebab buktikan yang masih ada manusia berfikiran kompleks.
Sudahlah, mari belajar Law. Sabtu ada ujian.

Monday, August 8, 2011
ironi
Assalamualaikum.
'Rasa tak best laa nak buat jahat pada orang yang dah buat baik pada kita. Kalau memang kita tak pernah terhutang budi pada dia, ok je kot kalau terdetik nak rasa tak suka. Ini dia dah belanja makan, bagi hadiah itu ini. Nak buat jahat pun, rasa bersalah je. ish.'
Ironinya, Allah dah bagi lebih dari macam-macam.
Selalu rasa terhutang budi pada manusia. Tapi sifat pemurah Allah yang Maha Pemurah, jarang lekat dalam hati.
Ada lagi 22 hari lagi. Entah panjang umur entah tidak.
Aku rindu Kak Juma.

Sunday, August 7, 2011
Bantu diri.
Assalamualaikum.
Aku belajar subjek Business Management. Dalam management, memang ada teori pasal trait leader. Trait leader, bakat memimpin yang diwarisi. Bukan bakat sebenarnya, tapi watak. Lebih kepada karisma, bentuk fizikal, kebolehan berkomunikasi. Semua tu boleh diwarisi. Malangnya, teori ni tak dapat pergi jauh. Mereka orang dulu-dulu yang kaji tentang management kata, efektif dan efisien dalam pengurusan bukan perkara yang dapat diwarisi. Ia perlu dibentuk, dididik dengan tunjuk ajar dan pengalaman.
Aku perasan sesuatu, sejak dari sekolah rendah aku dah diberi dengan tanggungjawab.
Aku jadi ketua kelas sejak dari darjah 1. Aku perempuan, jadi KETUA KELAS. Mungkin sebab aku garang dulu. Dan memang sekolah rendah tu warisan dari abang sulung aku lagi. Tahap kuasa tu jarang la turun. Tak ketua, penolong. Tak penolong, ketua. Sampai darjah 6, aku jadi KETUA pengawas. Sekolah tu kecil je, memang sekolah pedalaman. Tapi bila-bila fikir, kenapa entah aku jadi ketua pengawas. Penolong aku, budak lelaki merangkap kawan baik. Zaman budak-budak, apadahal jawatan-jawatan ni. Rasa gembira je.
Sekolah menengah, aku dapat jadi Naib Pengerusi PRS. Diamanahkan pegang adik-adik. Jadi ketua dorm, ketua AJK Keceriaan asrama, pengawas asrama. Jawatan minor, tapi semua tu penting bagi aku. Tak ada istilah gila kuasa masa tu memandangkan batch kitorang memang tak ramai.
Kolej. Masuk sem 1, aku nampak semua ok je. Kecuali kekosongan untuk cari orang dalam bidang kerohanian yang memang kritikal. Jawatan tu yang paling susah untuk diisi sebab aku rasa orang takut. Takut dikatakan baik sangat atau jawatan tu nampak berat sebab kau nak bantu buat aktiviti kerohanian yang ramai orang nak, tapi tak tahu mana nak cari. Allah pilih aku sekali lagi.
Mula-mula aku ingat biasa-biasa je. Pegang jawatan, dan kau buat asal boleh.
Silap besar.
Rupa-rupanya, aku masih selesa jadi 'budak kecil' yang fikir kalau buat silap, tak ada apa yang terganggu.
Sebab waktu sekolah pun macam tu. Cikgu buat semuanya. Aku lihat, dengan niat nak belajar. Cuma tinggal niat, aku tak ambil apa pun.
Entahlah. Aku rasa terganggu sebenarnya dengan sikap aku.
Aku terlupa, pegang jawatan di kolej bukan sama dengan zaman sekolah. Mungkin dulu berjawatan untuk penuhkan oraganisasi. Tapi sekarang, semuanya melibatkan perihal ummah.
Aih, susah nak fikir bila orang atasan kau jadi orang yang baik dengan kau. Dia jugak jadi orang yang selalu ingatkan kau tentang kesalahan yang kau tak patut buat. Aku ni fragil.
19, aku baru kenal maksud tanggungjawab yang sebenar-benarnya walau mungkin bukan sepenuhnya.
Banyak perkara yang aku perlu ambil serius.
Tahanlah kena maki dengan manusia kalau dulu tak pernah.
Tebalkanlah telinga kena sindir kalau dulu tak pernah.
Kuatkanlah hati dengan berpukal-pukal arahan kalau dulu tak pernah.
Kalau nak faham erti tanggungjawab yang sebenar.
Sebab aku baru nak masuk fasa kenal dunia. Baru, yang sedikit ketinggalan, tapi belum terlewat mungkin.
Minta pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat, kalau kau betul rasa bertanggungjawab pada ummah.
Bantu diri, untuk bantu ummah.

Wednesday, July 20, 2011
Saturday, July 16, 2011
the chosen one
"Aku ni bukan dikira mad'u ke? Mencari-cari macam budak luar.
"Ish kau pun da'ie jugak.
"Semua yang menyebut kalimah La ila haillallah ialah da'ie."
Lama aku tenung ayat tu.
Aku terlupa tentang hakikat tu sebenarnya. Aku selalu rasa aku dah jadi budak luar.
Mujur ada sahabat yang ingatkan.
Semua orang pun penda'wah. Pengajak kepada kebenaran. Cuma, tak ramai yang sedar. Tak ramai yang mahu jadi pendakwah. Sebab dalam kepala dah terpahat pendakwah itu nampak sangat outdated.
Siapa punya idealogi ni?
Aku tak pandai nak hurai tentang ni. Takut salah.Takut kena hentam lagi.
Semua benda pun aku dah tak boleh nak hurai.
Junior tanya nak ambil subjek Fizik dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pun aku rasa tak tahu apa-apa.
Aku tahu matlamat hidup. Cuma cara nak capai masih berterabur.
Sampai satu tahap, aku rasa peperiksaan tu tak penting pun.
Aku main Facebook, aku cakap dengan kawan. 'Esok aku ada test'.
'Kau ada test esok. Kau tak takut?'
Risau. Tapi tak takut.
Berdebar. Tapi tak takut.
Aku ni, masih manusia ke?
Haha soalan random tapi tak bermaksud nak jadi kufur. Astaghfirullah. Maaf maaf.

Selalu pandang ke langit, harapkan pelangi.
udara segar berlegar di bumi, sikit pun tak dihargai.
Ramadhan dah nak dekat. Oi teruja teruja.
Baik universiti malaysia ni bagi cuti seminggu. Seronok la saya.
Wednesday, July 13, 2011
kopi dan pasta
Seseorang yang memahami erti keIslamannya,harus melucutkan segala sesuatu dari zaman jahiliyahnya yang telah menjadi kebiasaanya dan berusaha memisahkan dirinya dari suasana tersebut. Dia merasakan,perlunya dia untuk memulakan zaman baru yang bebas dari segala symptom jahiliyahnya dan sangat berhati2 serta waspada supaya tidak berlaku lagi di zaman barunya itu."
"Perubahan itu dari dalam diri.Juga sokongan dari suasana."
Copy daripada kak Juma yang dia copy daripada Syed Anas. Hehe.
Susah nak kenal erti iman bila kita tak kenal karat-karat jahiliyah.-copy daripada Indah.
Banyak kerja mencopy je sekarang. Copy buku ilmiah masuk dalam otak.
Bukan copy assignment. Itu tak baik. Tapi kadang-kadang dimaafkan.
Sebab apa yang nak diluah rasa tak sampai.
Pada siapa pun, tak tahu.
Kalau perempuan, menangis tu nampak okay. Tapi kalau boleh jadi kuat, itu lebih macho.
Mari menjadi macho.

Monday, July 4, 2011
gol
Bangun pagi tak kira la jam berapa, cepat cepat la berdoa supaya hari tu kau jadi manusia.
Pergi kelas, masuk kerja, sarapan pagi, bergelak sakan
Rutin rutin yang selalu buat kita lupa tanya diri 'untuk apa kita hidup'.
Pergi kelas untuk ilmu,
bekerja kerana Allah
bersarapan untuk dapat tenaga
ketawa untuk eratkan silaturrahim.
itu kata orang
Tapi betul ke kau fikir macam tu setiap kali?
atau saja kau rasa
pergi kelas untuk keputusan bagus dan naik pentas
bekerja untuk dapat duit supaya survive dalam dunia ekonomi yang gila ni
bersarapan sekadar nak bercerita kedai kopi
dan ketawa itu.. ekspresi diri.
Murahnya nilai hidup ni kalau kau pilih manusia dan material
Kau mungkin tak akan nampak perkara lain selain kepuasan
Yang pada satu tahap,
kau sendiri rasa lelah untuk penuhi kepuasan yang kau kejar.
Kau tak akan mampu.
Cari keindahan hidup, kawan.
Bukan kepuasan.

Sunday, July 3, 2011
lapang
Assalamualaikum.
Curi masa kejap.
Kata lecturer aku, tak baik mencuri. Berdosa.
Lepas tu aku jawab, 'tanggungjawab yang ada kan melebihi masa. Jadi, kena mencuri juga'.
Heh. Berani je menjawab tapi itu la yang aku baru baca. BARU BACA buku Hassan Al-Banna..
Sebelum ni dengar orang kata je.
Aku suka bila busy yang bukan buat-buat rasa busy. Busy sampai tak study.
Aku suka bila busy. Sebab aku tak ingat pasal benda merepek-repek.
Aku suka bila busy. Sebab aku rasa macam dah matang[?]
Busy untuk memberi pada orang.
Tapi kena seimbang supaya tak abaikan diri sendiri dan masa depan.
Aku baru nak belajar cara hidup macam tu.
Dunia ni makin haru-biru.
Tak payah tanya bila kiamat. Kena tanya apa yang dah disiapkan untuk kiamat.
Itulah. Banyak yang tak siap lagi sebenarnya.
Sibuk sangat hal dunia.
Berhentilah sebarkan fitnah oi. Orang tua perangai kalah budak-budak.

Thursday, June 16, 2011
Merancang pelan
Assalamualaikum.
Terasa habis bila Madam kata tak payah nak berangan jauh tapi plan pun takde. Cis kat diri sendiri.
Apa mission kamu? What plans that you have? And what steps have you taken?
Ya Allah. Makan dalam betul.
Bukan untuk cerita gebang nak ke London je, tapi untuk semua perkara yang aku impikan dalam hidup ni, semua macam kena format balik bila masuk tajuk planning.
Nak pergi London? Bahagian mana? Ada banyak. Nak tidur bawah jambatan ke?
Nak memanusiakan manusia? Dah jadi manusia ke belum?
Kena mula dari awal.
Planning is the basic and the most important thing in managing resources.
Dan, antara ciri orang yang dah ditarbiyah ialah "Tersusun urusannya."
'Erti hidup pada memberi'
Tapi aku ada satu soalan.
Macam mana nak memberi kalau kita rasa kita tak ada apa-apa?
Aku tak maksudkan material. Benda lain laa.
Tolong aku bagi pendapat.
"We should forget about about our final mission
when we don't even try to think of the first single plan."
-Quote buat sendiri waktu belajar tajuk Management Planning.Terasa habis bila Madam kata tak payah nak berangan jauh tapi plan pun takde. Cis kat diri sendiri.
Apa mission kamu? What plans that you have? And what steps have you taken?
Ya Allah. Makan dalam betul.
Bukan untuk cerita gebang nak ke London je, tapi untuk semua perkara yang aku impikan dalam hidup ni, semua macam kena format balik bila masuk tajuk planning.
Nak pergi London? Bahagian mana? Ada banyak. Nak tidur bawah jambatan ke?
Nak memanusiakan manusia? Dah jadi manusia ke belum?
Kena mula dari awal.
Planning is the basic and the most important thing in managing resources.
Dan, antara ciri orang yang dah ditarbiyah ialah "Tersusun urusannya."
'Erti hidup pada memberi'
Tapi aku ada satu soalan.
Macam mana nak memberi kalau kita rasa kita tak ada apa-apa?
Aku tak maksudkan material. Benda lain laa.
Tolong aku bagi pendapat.
Monday, June 13, 2011
Subjektif
Member tanya apa pendapat aku tentang rancangan terbaru tajuk 'Ustazah Pilihan'.
Aku tak ada idea langsung macam mana rancangan tu nanti sebab aku tak ada Astro.
Aku suspek rancangan ni ada bau-bau bacang dengan Imam Muda jugak.
Ustazah tu biasa aku guna sebagai istilah merujuk kepada guru-guru perempuan.
Cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu.
Cuma rupanya sekarang kalau nak jadi ustazah kena masuk rancangan. Bukan temuduga macam dulu-dulu.
Bagi aku, kalau bab-bab ketengahkan wanita guna media elektronik dengan alasan cari 'bakat' [bakat apa pun aku taktau], memang respon aku negatif.
Media akan buka peluang besar untuk memanipulasi wanita. Lagi-lagi diorang tahu sekarang pasaran banyak dalam bidang berbentuk keagamaan.
Aku tak suka.
"Oleh itu, kepada wanita yang berkeinginan untuk mengembangkan kebolehan dalam aktiviti dakwah mereka sangat dialu-alukan. "-HM
Dakwah itu bukan tentang bakat. Itu satu tanggungjawab.
Tapi itulah, mana tau ada yang dapat hidayah dengan tengok rancangan tu ke. Mana tau.
Pandangan aku mungkin silap.

Sunday, June 12, 2011
Someday.
Pasar malam.
Budak : Mak, kenapa dia ikat besi kat belon ni?
Mak budak : Sebab dia tak nak belon tu terbang.
Budak : Tapi .. kenapa dia terbang jugak?
Assalamualaikum.
Budak : Mak, kenapa dia ikat besi kat belon ni?
Mak budak : Sebab dia tak nak belon tu terbang.
Budak : Tapi .. kenapa dia terbang jugak?
kutip |
Dulu kan, aku selalu berangan nak jadi doktor. Selalu aku ulang-ulang dalam blog ni.
Dan impian tu masih ada setiap kali aku pergi hospital dan tengok doktor pelatih yang muda yang macho dan cantik. Impian yang dah kabur-kabur tu minat sebenarnya. Bukan cita-cita. Cuma minat pada manusia dan badan manusia untuk dieksperimentasi..
Tapi sekarang kalau aku tengok darah, aku dah meremang. Skill jadi doktor rupanya hilang sedikit demi sedikit bila tak diasah. Menyedihkan.
Dulu bila ada kawan-kawan dapat terbang jauh, aku tak rasa apa pun. Biasa je.
Aku tak ada impian besar macam orang lain .
Kalau orang tanya aku nak jadi apa, aku cuma kata aku nak jadi manusia. Manusia yang bisa memanusiakan manusia.
Tapi entah kenapa tadi, hati aku mula berubah. Bermula sejak aku berbual dengan seorang kakak yang ambil ACCA yang nak fly ke London sikit masa lagi.
Dan aku pun baru dapat tahu, kawan baik aku nak fly ke Mesir buat Medic.
Aku duduk sorang-sorang kat KL Sentral, tengok orang lalu-lalang.
Tiba-tiba aku terasa nakkkkkkkk sangat pergi luar negara.
Aku rasa ini impian baru aku sejak aku berumur 19 ni.
Aku nak pergi luar negara. Aku nak pergi London.
Semangat betul ni.
Tak kira la lambat lagi ke apa, tapi dengan izin Allah
satu hari nanti aku akan ke London.
:)
*Cerita atas : Aku teringat satu artikel yang kata ibu bapa patut jawab soalan anak-anak dengan jawapan yang baik. Tak boleh sekat soalan mereka dengan kata-kata ,'Ehh jangan banyak tanya!' atau lebih kurang macam tu sebab nanti pemikiran dan kreativiti anak tu akan terbantut.
'Kids who didnt get enough exposure to surroundings tend to be passive' -quote buat sendiri.
Wassalam.

Saturday, June 4, 2011
Tahniah tunang.
Assalamualaikum.
Breaking news.
Ada member puteri seorang dah bertunang. Dengan member putera sesekolah juga.
Alhamdulillah. Lepas satu peringkat. Tahniah pertama aku ucapkan. Tak sangka. Tak sangka. Moga-moga dah ada perancangan membentuk Baitul Muslim.
Member sebaya bertunang.
Pada umur aku.
Bertunang.
Can you imagine it?
Kau tahu tak apa rasa dia?
Rasa macam nak dapat anak sedara tak lama lagi.
Ahhhhhhhhhh!
Jauh betul imiginasi.
Tak pasal-pasal, semua member sudah bersemangat nak kahwin awal.
Paling tidak, tersipu-sipu bila sebut pasal kahwin.
Apakah ini semuaaaaaaa???? o_O

Dulu sama-sama jadi artis dekat Stairs Of Fame ni. Sekarang dah bertunang ye kauorang. |
Aku? Entah. Lambat lagi...
Fatimah Syarha kata nak orang baik kena jadi baik dulu.
Persiapkan diri.
Friday, June 3, 2011
Macam ni lah
Assalamualaikum wbt.
Mula-mula ingat nak lari-lari. Sebab aku rasa aku tulis perkara tak bermanfaat.
Kalau mati, ada benda tak setel dalam blog ni, takut fitnah pulak. Naudzubillah
Tapi.. Konon la.
Lepas tu rasa macam tak boleh lari dah. Harap-harap takde la yang ambil perkara tak elok dalam blog ni.
Sem 3 macam best. Aku rasa semangat nak belajar. Mungkin sebab result jatuh hari tu.
Jadi, perlu ke aku jatuhkan result setiap sem supaya aku rajin belajar? HAHA habis tu macam mana nak tunjukkan kita belajar kan. Jatuh sikit-sikit dah la. Lepas tu bangun balik. Best la sem ni. Dah biasa dengan budak-budak dulu. Ada seorang dua je yang takde dan ada dua tiga orang yang baru join the club. Selamat la kita belajar sesama ye.
Ini ada cerita lawak yang aku rasa lawak la. Entah macam mana hari tu tengah borak-borak dengan member, termasuk tajuk Kajian Tempatan.
Aku : Eh, Kedah Darul apa?
Lain2 : Aman.
Wanaa: Perak Darul?
Lain2 : Ridzuan kot.Haa. Ridzuan.
Nish : Selangor Darul Ehsan.
Aku : Perlis takde kan? Perlis Indera Kayangan.
Nish : A;ah. Perlis takde sultan.
Wanaa: Kelantan Darul apa?
Lain2 : Emmmmmm...
Nish : Kelantan DARUL QURAN!
Ok lawak. Aku gelak betul masa tu.

Thursday, May 26, 2011
Virus soksek.
Assalamualaikum pembaca-pembaca tak bertauliah tapi bijaksana sekalian!
Mai nak kongsi cerita panass kat sini. Nak baca tak? Nak tak?
Er. Aku nak buat ala trivia lah. Buat panjang-panjang sure kau cepat je scroll ke bawah.
Baik. Ini cerita tentang lidah.
#1. Ada 3 penyakit umat Nabi yang telah dikesan
i. At tairoh.
-penyakit suka jumpa bomoh. Minat kat orang, jumpa bomoh. Sakit hati kat orang, jumpa bomoh. Nak kaya, jumpa bomoh. Tok bomoh dah macam ahli keluarga sendiri; wajib berjumpa setiap kali raya.
Penawar : Jangan jumpa. Kena lebih minta pada Allah. Minta kat jin buat apa. Jin pun minta daripada Allah.
ii. Su'uzhon (bersangka buruk) -Ini memang tak best. Semua benda yang orang lain buat, nampak macam tak kena . Orang baca buku kata skema sangat. Kalau baca Al-Quran dikata ustazah.
Pepatah melayu kata, 'Jaga tepi kain orang'. Tapi ini kira dah selak sekali .
iii. Hasad dengki
- Tak boleh tengok orang lain dapat lebih, membara je jiwa nak jatuhkan orang tu. Orang macam ni lupa nak bersyukur dengan apa yang dia ada. Rasa King tu lebih dalam diri.
Penawar : Istighfar lah banyak-banyak.
#2. Masihkah kau ingat kisah Saidatina Aisyah yang difitnah ketika perjalanan balik dari satu peperangan tu?
-Gosip yang disampaikan seorang mamat ni telah mendatangkan cemburuan Nabi Muhammad. Dan yang menyebarkan kisah; Abdullah bin Ubai si munafik.
Nabi Muhammad pun pernah jadi mangsa dalam fitnah ni. Apatah lagi orang-orang biasa yang difitnah atau diumpat. Macam mana dia nak bela diri?
Jadi kalau kita menyebarkan fitnah, kita juga munafik. Na'udzubillah.
#3. A: Kenapa masih berlaku jenayah mengumpat dan menyebarkan fitnah?
i. Sebab kita rasa bercerita tentang orang lain boleh menutup kesalahan kita. Perfect. Tak mengumpat tak best.
A: Kau kenal Leman anak cik Senah?
B: Kenal. Kenapa dengan dia?
A: Aku bukan nak kata apa laa. Tapi .. aku dengar balik dari London, dia kerja kat sawah je. Nasib baik aku suruh anak aku belajar dalam negeri je.
B : Yelah Timah.. Anak kau tu la jugak yang asyik melepak mengacau anak dara orang.
ii. Hasad
- sebarkan fitnah untuk burukkan orang lain sebab tak senang tengok orang lain ada lebih.
iii. Tak ada hati.
- Kita sanggup tengok orang lain susah dan bergaduh sesama sendiri sebab tak ada rasa kasih pada sesama muslim. Orang lain wrestling tarik-tarik rambut, ada yang ketawa puas hati.
Bila tak ada hati, susah nak berhati-hati dalam menjaga lidah.
iv. Kita menjadikan diri sebagai sumber umpatan.
Meletakkan diri dalam keadaan fitnah. Katakan kita keluar jalan-jalan dengan bukan mahram.
Ada makcik Bedah kampung sebelah nampak. Ingat cerita tu stop kat situ je?
Nehi!
Paling koman makcik Bedah akan timbulkan persoalan, 'Eh, siapa budak yang berkepit sana-sini tu?'
Lepas tu, kita kata 'Sampai hati dia fitnah aku sobsobbss.'
Cis.
Ok geng. Nanti aku sambung lagi insya- Allah.
-Petikan Forum Perdana : Virus Soksek
Oleh: Ustaz Kazim Elias & Ustaz Farid Ravi.

'Hendaklah kamu berkata perkara yang baik,
ataupun D I A M'
-Petikan Forum Perdana : Virus Soksek
Oleh: Ustaz Kazim Elias & Ustaz Farid Ravi.
Tuesday, May 24, 2011
It's Wednesday the 25th, people!
Salam.
Let see..
What do we have today?
.................
Yeah, it's the day where the result is released.
Saat ni, semua tengah bersuka ria menjerit syukur Alhamdulillah di status Facebook mereka. Tak semua la , tapi member sekelas nampaknya berbahagia dengan apa yang mereka dapat. Dekan lah kot. Tahniah kauorang. As I expected :)
Aku? Tak check lagi. 1.53 pagi, aku belum check lagi sebab.. Takde sebab.
Takut?
Mula-mula takut jugak la sebab tak ada rasa takut. HAHA. But, I quickly get rid those nonsense feeling because it doesn't give any benefit. Thinking of what others may think about us is not a good way to treat yourself; on what you had worked on. It maybe easy to achieve something that we want at the first place, but to maintain it the way it is, sometimes can be more difficult.
HAHA nak emosi lah tu Cik Ecah ni. Tah ape ape. Stop it will you?
Kesimpulan, setakat ni aku tak tahu berapa result aku dan aku tak risau kata-kata orang kalau markah ni jatuh sebab hidup aku bukan nak kejar grad. It's temporary. Aku ada banyak perkara lain yang aku nak dan perlu dalam hidup (I just discovered about this during holidays). Of course, good grades is one of them but it's not the major thing.
Officially, 25 days of hols has ended.
Cuti 25 hari ni Alhamdulillah sangat best untuk aku.
Best wehhhhh. Aku rasa bateri dalam badan ni macam dah kena cas penuh-penuh. Bateri yang macam kat badan Ultraman dah merah kelip-kelip sebab dah lembik lepas tu jadi bertenaga dan membesar HAHA.
Dapat jumpa kawan-kawan yang baik hati selalu mengingatkan, dapat pergi sekolah jumpa cikgu, dapat bangun pagi dengar tazkirah walaupun bukan setiap hari, dapat habiskan Sinergi, dapat main Facebook[?]
Cuti 25 hari; jiwa terisi walaupun bukan bertemu setiap hari.
Cuti 25 hari; yang amat bermakna untuk sang da'ie. Perlu mencari, bukan menanti.
Oh ye, ini permintaan.
NURUL SYAMIMI ADAM kawan sekolah menengah suruh tulis nama dia.
Ok permintaan dah ditunaikan.
Chaw.

' Masalah tak akan selesai dengan hanya main falsafah' -Fend.
Oh ye, ini permintaan.
NURUL SYAMIMI ADAM kawan sekolah menengah suruh tulis nama dia.
Ok permintaan dah ditunaikan.
Chaw.
Saturday, May 21, 2011
Apa pun yang terjadi..
Satu hari tu, aku dan emak keluar dari lif kat rumah.
Bila dah keluar, aku nampak seorang budak
dalam usia 5-6 tahun menangis sambil kejar mak dia.
Kena tinggal agaknya.
Biasalah, anak kecil .
Bila aku nak masuk rumah, aku terdengar,
" Aku nak pergi hantar adik kau ni lah bodoh! Kau pergi balik sekarang!
Eh bodoh! Bodoh betul la kau ni! "
Sentap.
Aku pandang mak aku.
Mak aku pandang aku,
dan senyum menggeleng.
Masuk ke rumah.
Terngiang-ngiang. Terbayang peristiwa tu.
Kecil-kecil dah disumpah seranah. Di'bodoh'kan kerana menangis nak ikut mak.
Dan kemudian,
Terfikir tentang bayi yang dibuang tepi jalan.
Atau dipam ke dalam tandas.
Atau dibalut kemas, diletak depan pintu rumah.
Semuanya datang sekali.
...masih, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Tuesday, May 17, 2011
Hidayah
Salam.
Hidayah itu ada dua.
Hidayah Dilalah
Hidayah dalam bentuk penjelasan seperti Al quran dan nabi.
Hidayah taufik
Milik Allah sepenuhnya. Menggerakkan hati manusia untuk berbuat kebaikan.
Tapi, kita perlu berusaha mencari hidayah taufik melalui hidayah dilalah. Mana mungkin dapat mutiara jika tak diselami lautan. :)
Bai.

Monday, May 16, 2011
16 Mei mesti bercerita tentang cikgu.
Tiara Tots Telekom
Sek. Keb. Jalan Bellamy
Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara
Sek. Men. Keb Agama Kuala Lumpur
Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
Ini, tempat-tempat aku pernah pergi untuk belajar ilmu dunia.
Tempat aku kenal manusia. Tempat aku bermain, bergosip, jatuh, bangun, jadi nakal, jadi baik. Tempat aku cari saham untuk akhirat juga.
Tempat aku kenal manusia. Tempat aku bermain, bergosip, jatuh, bangun, jadi nakal, jadi baik. Tempat aku cari saham untuk akhirat juga.
Sesiapa pun yang pernah mengajar aku sepanjang aku hidup di dunia ni terutama di lokasi tersebut,
terima kasih.
Aku belum sempurna,
tapi ilmu yang kalian kongsi buat aku belajar untuk jadi manusia sedikit demi sedikit.
Aku tak pandai la nak buat ayat puitis untuk para cikgu.
Skil bercerita kisah lampau memang tak pernah ada belakangan ni.
Lagipun....
Mana ada cikgu aku baca blog ni.
Saturday, May 14, 2011
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan ..
Bila aku rasa nak buat sesuatu ikut kata hati remaja aku,
aku selalu teringat ayat ini.
Kadang-kadang aku berjaya, kadang-kadang tidak.
Dan yang tidak tu biasa berlaku sebab aku mencari alasan supaya jadi boleh.
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(2:216)
Nota kaki bagi sedap hati : Tak pe. Tahun depan akan keluar tv punya waktu raya. Gerenti.
Tuesday, May 10, 2011
Kisah Novel.
Salam.
Novel pertama yang aku beli waktu aku darjah 6 tajuknya 'Ria Qistina' .
Tentang budak perempuan tomboy yang nakal gila-gila yang menarik perhatian cikgu lelaki nama apa entah. Itu novel pertama aku beli sebab boring tak tahu nak buat apa lepas UPSR.
Masa tu musim budak beli novel. Lepas tu kitorang akan tukar-tukar. Habis UPSR memang tak tahu nak buat apa . Ada yang main Monoply, kad Happy Family, dam ular atau dam aji. Tapi budak urban macam aku and the gang, kitorang baca novel. Baru nampak matang bagi budak berumur 12 tahun.

Lagi best masa tu ada seorang cikgu yang kaki novel jugak. Nama dia Norafidah. Disebabkan kitorang sekepala, aku jadi rapat dengan dia dan berkobar-kobar untuk meneruskan kegiatan membeli novel cinta. Boleh kata setiap dua minggu aku akan pergi kedai buku untuk cari novel cinta. Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem itu semua novelis kegemaran aku. Kalau pergi kedai buku, tak tengok tajuk pun. Nampak nama diorang, aku ambil je novel tu.
Taste genre novel aku mula berubah masa aku tingkatan 2 kalau tak silap. Waktu tu aku bosan-bosan, aku geledah bilik abang aku. Aku terjumpa satu novel. 'Laaaaaaaa. abang aku pun baca novel rupanya'
Tapi novel tu lain. Tajuknya A.D.A.M. oleh Ramlee Awang Murshid. Maskulin kan tajuk? Aku baca punya baca, pehhh memang best. Cerita tembak-tembak, bunuh-bunuh, lempang-lempang. Aku rasa thrill. Ini baru menarik! Tak ada la jiwang-jiwang. Sejak dari tu sampai sekarang, aku minat betul dengan novel encik Ramlee.
Pernah kan satu ketika dulu, demam novel Ayat-Ayat Cinta? Novel mesti beli waktu tu. Lepas AAC, banyak betul jenis novel macam tu kat pasaran. Biasalah, kena penuhi permintaan. Serius banyak novel cinta yang baik-baik macam ni. Tapi aku tak beli. Sebab.Sebab.. ini pun dalam kategori novel cinta konvesional macam kat atas. Bukan untuk aku novel macam ni.
Sekarang, mungkin atas faktor penuaan, aku mencari bahan bacaan -novel yang boleh buka minda.
Tak seronok la asyik cerita cinta tak berkesudahan. Sampai bila nak layan perasaan jiwang-jiwang ni? Sebab tu kalau nampak tajuk novel cinta yang over-over hiperbola ni, aku geleng kepala je. Pening. Rasa muak. Semua manusia ni gila benar ke kejar cinta manusia? Macam tak ada isu lain dalam dunia realiti ni. Haihh.
Setakat ini, novel terbaik pernah aku baca ialah Sinergi. Sangat mantap pengisian yang Hilal bagi.
Nanti aku kongsi Insya-Allah. Aku tengah ulang baca ni. :)
Al-Quran pun tak habis hayati.
Pelik ah macam mana orang boleh bagi respon drastik bila baca novel?
Ilmu waktu cuti.
Salam.
Tulis. Padam. Tulis simpan sebagai draft. Tulis. Buka facebook.
Cuti selalu akan dimulakan dengan niat yang berkobar-kobar macam api, lepas tu padam sebab angin. Fiuuu~ Hilang.
Cuti ni jadi orang baik. Duduk rumah je, buka Facebook [ya. Dah aktif balik. Biasalah] , cuba habiskan novel Contengan Jalanan yang orang kata bagus sangat itu, buat biskut cip coklat [yang bertukar jadi biskut Oreo] , dan hujung minggu pergi program kalau ada. Itulah hidup.
Tadi terbuka rancangan Turath Ulama' TV1. Program yang berdiskusi menggunakan kitab lama sebagai input. Tak pernah tengok pun. Sebab kebetulan tak ada rancangan lebih bagus, layanlah dengan mak yang baru pulang dari tempat kerja. Garu kepala juga aku nak faham apa yang ustaz tu cakap-sebab dia guna bahasa kitab. Adapun hendaklah seseorang hamba itu bekerja ke atasnya untuk-Nya demi perkara-perkara yang wajib........................
Aku garu kepala kot nak faham apa benda nya-nya tu.
Lepas tu, mak pun bercerita la zaman kanak-kanak dia.
Mak kata, masa dia kecil-kecil dulu waktu hujung minggu, Mak Lang dia selalu ajak pergi mengaji pondok. Dah la gelap, tak ada apa nak buat, dia pun ikut je. Mengaji kitab-kitab macam tu la. Faridhatul Faraid, Bidayatul Bidayah. Nama budak baru belajar, cepat faham apa yang ustaz sampaikan. Balik kelas, dia akan ulang balik apa yang dia dah belajar. Macam revision la. Kalau ikutkan, tu bukan kelas wajib dia pun.
Aku cakap dengan mak, 'Untung la mak. Ilmu dulu-dulu ada. Ilmu zaman sekarang pun ada.'
Mak diam. Kemudian dia kata, 'Aih.Sama la ni. Ni yang kat tv kira ilmu dulu la'
Isi tersurat: Tak ada beza dulu dengan sekarang
Isi tersirat: Terpulang la kat kau nak belajar ke tidak. Tu je bezanya.
Anak remaja sekarang memang pemalas nak belajar. Nak ilmu cara yang mudah je.
Aku lah tu. Haha.
'Awal agama, mengenal Allah'.
Belum habis kenal Allah, tak boleh nak argue sangat perkara yang bukan pokok macam isu-isu bida'ah ni.
Katakan Al-Quran tidak turun, Rasulullah tak diutuskan, malaikat tak wujud, kita masih wajib beriman pada Allah.
Itu hasil cuti 3 hari.
Chaw.
Friday, May 6, 2011
bu.ma.mi
Assalamualaikum.
Haha. Akhir-akhir ni entri berbau negatif je. Tak boleh tak boleh.
Bertukar!
*senyum*
Well hello there world!
As you might be able to see, I'm changing to a new characters. Not trying to escape from the problems, instead trying to look for the solution. Ya yaa. Forgive me for my previous mistakes, ignore me for all my nonsense feeling.
Let us proceed.
Eh, when exactly Mother's Day ha? I don't even know. Is it crucial to remember specified Mak/Mama/Mami/Ibu's Day if we should give appreciation to them everyday? Besides, I have difficulty in remembering dates. It is not I am forgetful, people. Maybe I do not have romantic character [yet]. I will try to improve them later.
Everybody said that they have the best Mak in the world. So do I. Although sometimes Mak can be so scary when she in serious mode, but when she start to smile, there is a peaceful feeling that could not even tell anyone. In my family, we rarely celebrate this specified days. But we still love each other without expressing the feelings. Example, I did try to give Mak my own hand make card for Mak's Day. But knowing that she is not really in this romantic thingy, I just slipped in the card into her handbag-those time when I was staying in hostel and she came to visit me. On the other week, when I came home, she act like nothing happen. Haha. Funny Mak. Ayah told me once, Mak rarely show her feelings. It's like never. Yeah, I never see Mak cry. Strong cool Mak. Still, I love her what ever happen, who ever she is. Hehe.
Ahah. Telling you about my Mak. Do you even mind?
Ahah. Telling you about my Mak. Do you even mind?
I will stop here.
Send my regard to your Ibu, Mama, Mami or Emak and tell her that I said thank you for gave birth to a wonderful person like you-to be my friend.
Yes, I mean it.
Love Mak,
Ce.
Thursday, May 5, 2011
Ini bukan puisi
Aku rasa macam nak bertapa.
Asingkan diri dari mata manusia yang tak lepas
daripada nampak yang buruk daripada yang elok.
Aku tak nak orang tahu tentang aku.
Aku rasa nak bercerita.
Cerita segala apa yang tenggelam dalam hati.
Hampir saja lemas sebab tak dapat nak bernafas.
Telinga manusia cuma dua.
Kalau disediakan bersama kasih dan rasa tanggungjawab,
mungkin cukup untuk dengar luahan seisi alam sekalipun.
mungkin cukup untuk dengar luahan seisi alam sekalipun.
Aku rasa nak bertanya.
Macam macam soalan aku nak tanya.
Manusia pun tak kan tahan soalan-soalan bernada pesimis aku.
Sungguh, aku bertanya untuk tahu.
Mungkin mereka belum mampu untuk jawab.
Sampai bila nak guna alasan tak cukup ilmu?
Aku rasa nak menangis.
Ini aku tak tahu kenapa.
Akhir-akhir ni sentimental betul kalau dilayan jiwa gersang ni.
Aku ni manusia biasa.
Tak perlu ekori untuk selak kelemahan aku sebab tanpa sedar aku akan tunjukkan juga.
Aku suka kalau orang tegur kesilapan aku.
Mana tak sakit terima kebenaran, tapi nak juga dengar supaya boleh diperbaiki demi keredhaan Tuhan.
Jangan berselindung di balik kesilapan.
Setiap kali aku kata aku masih mencari, benar aku memaksudkannya.
Itu pesanan.
Kau masih ingat aku berpuisi?
Tak lah.
Sudahlah
Rasanya sudah terlalu banyak berbicara.
Aku jenguk blog dia yang seorang ini,
buat aku sedar yang cantik kulit luar tak semestinya elok isi di dalam
atau buruk di luar akan busuk isinya.
Manusia punya hati beza-beza.
Dan aku perlu belajar untuk tak jadi terlalu jujur.
Mungkin.

Monday, May 2, 2011
Hello Dua Puluh Lima Hari Cuti. Anda Apa Khabar?
Assalamualaikum.
Semua nak bercerita tentang buku yang mereka dapat di Pesta Muda-Mudi Buku hari tu. Entah apa-apa. Sungguh cemburu sebab aku hanya berpeluang pergi satu hari setengah terakhir je. Satu setengah hari; petang hari Sabtu lepas peperiksaan pada jam 8.30 malam, dan hari Ahad. Tak sempat menelaah buku baru yang perlu dan menarik untuk dibeli. Sekadar capai dan bayar ikut kata hati.
25 hari cuti.
Aku rasa cukup untuk aku insya-Allah supaya aku tak leka dengan cuti. Rehat sebentar sudahlah. Minggu Peperiksaan bukan aku belajar sungguh-sungguh sampai terguling pun nak rehat lama-lama. Tanggungjawab seorang pelajar memang untuk belajar. Kalau asyik harap cuti, maka mungkin perlu jadi penganggur.
Aku belum ada idea untuk manfaatkan cuti ni. Teruk ah.
Orang beriman perlu sentiasa ada strategi untuk masa depan, tapi aku tak ada. Hehhhhh.
Tapi, langkah pertama dengan menyahaktifkan akaun Facebook nampaknya akan memberi impak positif ya. Nampak banyak masa terluang untuk perkara lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)