Friday, April 27, 2012

Diam di Facebook

Bismillahirrahmanirrahim.

Jentik telinga dan berbisik; ini entri pandangan. Berusaha untuk tidak berbaur politik berat sebelah.

Pro dan kontra kemajuan teknologi dah lama orang bahaskan. Kalau zaman sekolah, ini mungkin antara topik yang cikgu akan jadikan tajuk esei perbahasan.

Kesulitan utama yang aku nampak bila manusia teknologi sekarang yang sangat mudah bersuara, sangat mudah berkongsi maklumat dan sangat mudah segala-galanya membuka ruang untuk lebih buat dosa dengan mudah.

Mana mungkin aku tak bawa contoh menggunakan Facebook, kan?

Begini, satu perkara dalam Facebook yang sangat merunsingkan aku, bila ada seseorang bawa satu topik yang meluahkan pendapat tentang isu semasa; politik terutamanya, aku sangat yakin topik itu akan terselit atau disahut dengan kata cacian dan makian, sebelum aku sempat baca pun. Kemudian ada dua tiga orang yang cuba menyelit untuk menenangkan keadaan, dia pula dituduh tidak ambil peduli dan jadi tali barut sekian sekian.  Pasti dan yakin, akan ada juga dua pihak yang saling bertelagah dah tak peduli orang lain.

Tapi aku ketawa je bila tiba-tiba ada yang buka topik yang tak ada kena-mengena dengan situasi. Saja nak redakan keadaan orang macam ni.


Ada banyak penyakit lidah yang aku baca.
Antaranya:
1. Perkataan yang tidak berguna
Dalam hadis sahih baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
Di antara tanda-tanda kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna.
[HR Tarmidzi]
2. Mengejek, mencaci dan mengumpat.
3. Dusta, sumpah palsu, menceritakan rahsia.
4. Mengutuk, melaknat dan kata-kata lucah.


Jelas kan,  semua perkara ni ada dalam Facebook. Dalam kita tak sedar, walaupun rasa macam tak de la banyak cakap, tapi hati makin lama makin kotor dengan akhlak (attitude) kita dalam laman sosial.

Aku cuma nak ingatkan diri sendiri dan kalau ada yang membaca, untuk tidak buang masa bergaduh tak tentu hala dengan perkara yang tak beri manfaat dalam Facebook terutamanya. Kalau rasa ada start unsur-unsur macam nak gaduh, tinggalkan je walaupun orang fikir kau loser.

Bila nak menaip, tanya iman, bermanfaat tak kalau aku campur tangan? Habis-habis, tak bagi manfaat pada sesiapa, kena maki je.

Personally bagi aku, kalau aku campur tangan gaduh-gaduh, aku ni macam Ajinomoto. Bagi sedap cerita untuk orang baca. Aku bukan menidakkan untuk memberi pendapat. Berdebat itu mengasah minda. Berdebat, biar dengan ilmu. Aku dah lama tak join debat-debat. Dapat rasa oh minda jadi tumpul.

Er seperkara, aku pun tak berapa sangat kalau orang menunjukkan dalil daripada ustaz Azhar Idrus. Means kalau aku tanya mana dalil, orang tunjuk aku dengan printscreen ustaz Azhar. Aku akan macam, 'apakah?' .

Tak salah kau ambil jawapan beliau. Tapi check la betul-betul dalil dari Al-Quran atau sunnah, atau.. sekadar pendapat dia. Sebab, Rasulullah tinggalkan kita dengan 2 perkara je. Pendapat manusia semua boleh bagi. Macam aku ni haa. Kalau kau tak nak ikut pun tak pe haa.
Huhu mesti ada yang mengjengkel hati dengan aku lepas ni. Poyos.


Jadi akhir kata aku bagi hadis famous untuk mulut,
' Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kahirat maka hendaklah ia berkata benar atau diam saja”.
 [HR Bukhari Muslim]
Wallahua'alam.

Thursday, April 26, 2012

Bismillah.

Aku nak post pasal percutian ke Sarawak Sabah sebenarnya. (It supposed to be pengembaraan, tapi aku rasa tak mencabar sangat lalu bertukar kepada percutian).
Nantilah ye.

-------------------------------------------***----------------------------------------------
Sekarang ni aku baru join kelas tajwid. Keputusan dibuat lepas aku rasa kosong, baca Al-Quran tak ada sesiapa nak betulkan dan tasmi'. Dan sejak aku sedar yang aku dah lama tinggalkan hafazan. Lagi satu, aku ambil kelas Bahasa Arab Al-Furqan bawah Telaga Biru,dengan ustaz Nasaruddin. Kalau selalu dengar IKIM, kau kenal la kot.

Aku ini mencari, lepas sedar aku tak boleh hidup sendiri.
Aku taktau ini hadis ke tidak, tapi pernah dengar tak tentang kambing biri-biri yang berpotensi di makan serigala kalau jalan berse-ekoran? Macam tu la. Kalau aku terus sendiri-walaupun dengan keyakinan, aku akan dimakan oleh seigala kejahilan sobs.

Dah ambil jurusan perakaunan pun, aku rasa hati bukan di situ. Well, hati bukan di situ lepas result tak memberansangkan sebenarnya. Saja cipta alasan.

Aku teringin nak ambil jurusan agama. Minat, tapi mungkin aku tak layak. Jadi Allah tak rezekikan aku dengan itu.

Kalau dengan ayah, dia sungguh-sungguh nak aku habiskan diploma ni tanpa ada gangguan. Means that, sekalipun join kelas agama, jangan sampai ganggu fokus dalam belajar sampai tinggal kelas dan result jatuh. Ayah kata, memang selalu macam tu. Bila tengah belajar, macam-macam kita rasa nak buat.

Belajar itu ini, baca novel cinta dan buku lagha, buat bisnes, melancong, kahwin dan sebagainya.
Bila dah habis belajar dan ada baaaanyak masa terluang, kita tak rasa nak buat apa pun.
Begitulah manusia rugi dengan masa.



Tarik nafas panjang kejap.
Hembus.



Aku rasa aku belum jelas dengan definisi matlamat.
Mati kering kalau aku terus macam ni.

Thursday, April 5, 2012

La Tahzan, hati.

Ini, sekadar nota La Tahzan untuk diri sendiri. :)

Petikan daripada novel Seindah Mawar Berduri karya Fatimah Syarha Mohd Noordin:

"Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah SWT untuk terus lalai dan jauh dari-Nya, sebagaiman ingatan Allah dalam Al-A'raf(17): ayat 179 yang bermaksud:

"dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai...'
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda:
'Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat'


Semester ni pulak menyaksikan banyaknya manusia sekitar aku yang dah berhijrah ke arah kebaikan.
Yang nakal jadi baik.
Yang baik jadi lebih baik.

Aku selalu percaya bahawa hati itu Allah yang pegang.
Betapa kecewanya kita melihat kejahilan manusia, dan berharap dia akan berubah. Tapi kita sendiri rasa lemah untuk menegur.
Pada akhirnya atas nikmat hidayah Allah, manusia itu berjaya berubah dan diri sendiri lemas dalam ego.

Aku dah rasa sendiri.
Bila aku lihat manusia-manusia biasa ni bertukar daripada tidak tahu kepada mahu,
I keep wondering, perlu ke kita rasa dulu kejahilan supaya kita dapat rasa nikmat keimanan?
Biarkan hati lalai dengan musik, selesakan diri dengan pergaulan.
Sepanjang tu, hati rasa tak best. Serius tak best. Mujur masih mampu menangis.

Dan aku mula sedar dan faham, jangan sesekali cuba untuk dekati kejahilan untuk mengacah iman di dada. Naudzubillah.

Kita rasa kita kuat. Kita rasa kita mampu terselamat.
Sebenarnya tidak. Selamanya kita perlu berpegang teguh dengan tali Allah.

Syaitan itu licik. Tak perlu buat dosa banyak, sedikit pun dah menggembirakan dia.
Mujur Allah lebih adil.
Allah tak pandang pada banyaknya amalan, tapi Allah pilih amalan yang paling baik. Bertaubat itu sebaik-baiknya.
Kalau tidak, habislah kita.

Aku akan ingat sampai bila-bila.
Jangan sesekali biar hati lalai.
Itu lubang untuk syaitan masuk ke dalam hati dan terus sesatkan kita.
Walaupun kadang-kadang rasa lelah berbuat baik tak dipandang manusia, kuatkan hati betulkan niat bahawa ganjaran Allah itu menanti di Syurga. Insya-Allah.