Thursday, March 22, 2012

Short Film - Tomato




Pagi hari, musim peperiksaan.
Aku menangis untuk filem pendek ni.

Tiba part si sahabat quote ayat Al-Quran.
Aku taktau kenapa. Sayu betul .

Saturday, March 10, 2012

Terbang lagi

 Being dumped by human will make a person stronger. 
Is it?


Dua tiga bulan ni, aku banyak terima cerita sedih daripada member-member sekolah.
Dumped.

Aku tak hairan cerita orang couple. Sebab aku tahu tak lama.
Tapi, bila member sekolah 'sakit', aku pun rasa sedih.
Istimewa budak SMAKL di mata aku, bila mereka sedih, mereka akan bangkit. Lebih hebat, lebih kuat.
Dan terus ukir senyuman, bercerita tentang masa depan. 
Duduk bersembang santai sekalipun, tak pernah buat aku jemu.
Penyuntik semangat, dan pengingat tentang hala tuju aku.

Azam nak jadi pilot doctor, Arif Zaki akauntan.
Mimie jadi doktor gigi, Mimi Adam bidang public admin.
Saat tu, perbualan bukan sekadar angan kosong. Semua sedang bergerak ke arah matlamat.
Semangatnya lain. Semangat untuk buktikan mereka masih kuat selepas 'dicabar'.


--------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin, diploma ini masih memanjakan aku. Atau, aku yang masih memanjakan aku.
Entah bila aku akan bekerja kuat.






Eyebag di mata, buku bersepah di meja, badan demam panas berjaga malam.
Itu definisi peperiksaan bagi aku. 
Aku tahu itu tak betul.