Wednesday, July 27, 2016

Bertanya Pada Tuhan

Kebanyakan masa dalam kita kehidupan kita,
jarang kita panjangkan persoalan, minta sungguh-sungguh jawapan atau klu daripada Tuhan.

Kita terlupa,
fatwa hati kita seharian banyak dipengaruhi nafsu dan kehendak hati.
Terbawa-bawa dengan rasa gembira, sedih, cinta dan benci sendiri.
Lalu, bila manusia datang pada kita menuntut kata,
terus sahaja ada jawapan;
'Ya.'
'Tidak.'
'Tengoklah.'

Kerana lupanya kita pada kalimah 'Dengan izin Allah',
maka kita rasa kita berhak berkeputusan.
Kemudian pabila datang jerat permasalahan, baru kita kenang-kenang kembali lemahnya pengetahuan kita tentang masa hadapan.

Bertanyalah pada Tuhan supaya kelak kau tak kesedihan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya hidup sentiasa dalam keredhaan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya kau merasa erti kebahagiaan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya pengakhiran hidup tak tercampak dalam kebinasaan.



Allah,
jadikan kami hamba yang pabila datangnya pilihan,
istikharahlah yang pertama kami dahulukan.

Amin.

Friday, July 15, 2016

16 Julai 2016





Everything will be fine, Aisyah.

Time will heal.

You had been gone through this before. 




Friday, July 1, 2016

Kawan baik

Kau ada kawan baik berjantina lelaki?

Aku tak tahu nak kata ada atau tidak.
Kekadang bila aku nak kata aku ada sorang dua je kawan lelaki yang aku rapat,
itu mungkin sekadar plastik untuk tunjukkan aku ni baik. Walhal tak ada pun isitilah kawan baik lelaki.

Aku ada kawan lelaki yang aku selesa.
Sekolah rendah sorang.
Sekolah menengah sorang.
Zaman uni sorang.

Kawan lelaki sekolah rendah yang seorang ni,
rapatnya tahap cikgu-cikgu doakan kami berjodoh sebab selalu sangat gaduh,
dia tahu cerita memori 10 tahun lalu aku,
dan aku kenal ahli keluarga dia.

Yang aku baru tahu,
segala jenaka mak dia untuk jadikan aku menantu adalah benar.
Aku pernah tulis pasal mak dia dalam posting Julai 2014.

Betul aku ingat tu semua sekadar usikan sampai la kawan ni mengaku sendiri.
Cumanya masa tu dia diamkan sebab aku masih tunggu orang.
Sekarang?
Masing-masing dah ada jalan cerita sendiri.
Dia dah bertunang pun alhamdulillah.

Aku happy sangat bila dengar dia nak berkahwin.
Siap offer nak tolong-tolong buat persiapan. Bukan tangan seni hias pun. Tapi teruja.
Cuma ye lah. Bila kau dah tahu kebenaran, jadi canggung la sikit kan?

Kalau jodoh itu sebahagian daripada rezeki yang Allah tetapkan untuk aku,
maka aku berdoa supaya dia adalah seorang yang mencintai Allah dan menyayangi aku.
Paranoid, kau tahu. Baca segala macam pengakuan kisah rumah tangga.
Mudah-mudahan kita ini satu pelengkap yang baik untuk hidup orang lain, kan?



Aku pun tak tahu motif posting ni.
Posting pasal hati ni bosan juga. Jadi membantu bila kau tak tahu nak kongsi pada siapa.