Wednesday, April 30, 2014

Aisyah Muslimah

'Aisyah ni.. bila mula-mula kenal, lain kan?'


And there it goes.

Sebenarnya, aku betul-betul rasa serba salah bila orang cakap begini pada aku.
Nampak penampilannya begini,
tetapi perwatakan rupanya begitu.

Maaf jika karakter aku luar dari dogma pemikiran kau tentang seorang yang dipanggil Muslimah.

Tak. Muslimah itu lebih baik watak dan hatinya.

Aku ini,
Siti Aisyah binti Zainal, cuma.

:)

Friday, April 25, 2014

Kisah keluarga.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari tu,
awal-awal pagi aku ikut kawan sekelas aku sarapan di restoran mamak.
Itu pun sebab malam sebelumnya aku stay-up(baca: lebih banyak tidur dari baca buku) sebab ada Common Test.

Beberapa minit aku duduk lepak-lepak dengan muka mengantuk konon baru balik perpustakaan,
ada seorang budak lelaki, dalam darjah 5 masuk restoran.
Dia pegang fon.  
Aku terdetik, 'kecil-kecil dah ada fon. Makan kat mamak.'

Di belakang dia rupa-rupanya ada seorang lagi budak perempuan yang nampak seperti adik dan ayahnya.
Muka kurang ceria budak perempuan tu, sama ada cerita biasa kena awal pagi bangun pergi sekolah, atau berebut fon dengan si abang. 
Aku tak tahu.

Aku lihat si ayah dari jauh.

Berumur lingkungan 30-an, segak berpakaian pejabat lengkap bertali leher dan kasut hitam berkilat,rambut tersisir rapi, bercermin mata.

Si ayah mula memesan makanan. Roti canai sahaja untuknya.
Si budak lelaki mahukan nasi lemak telur mata; membuat pesanan selepas mata beberapa minit tidak lekang daripada skrin fon.
Si adik perempuan, seperti mahu tidak mahu sahaja membuat keputusan.
Lalu si ayah memilihkan nasi lemak untuk anaknya.

Lima minit.
Roti canai dan nasi lemak untuk kedua-dua anak itu sampai.
Abang, laju sahaja menjamah.
Adik, masih tiada mood.
Ayah, membahagi dua nasi lemak di pinggan adik untuk dimakan sedikit-sedikit.
Kuning telur diasingkan ke pinggan ayah.
Mungkin adik tidak gemarkan telur kuning.

----------------------------------------------

Aku nampak ayah.
Aku nampak aku.

Segar lagi dalam ingatan aku,
ayah membawa aku satu beradik pergi ke tempat-tempat indah untuk makan.
Kalau ada sambutan harijadi, tempat wajib adalah Restoran Kapal, Kampung Baru.
Waktu kecil, ayah selalu 'kacau' pinggan aku.
Dibahagikan makanan itu kepada beberapa bahagian. Dah besar, dan tengok betapa hodohnya tengok orang makan nasi bersepah dan tak habis, aku dah mula faham.

Segar lagi dalam ingatan aku,
setiap pagi ayah berpakaian segak untuk ke pejabat.
Memang itu ayah. Sekalipun memakai t-shirt, hujung baju pasti akan dikemaskan ke dalam seluar.

Segar lagi dalam ingatan aku,
betapa kerapnya aku berperangai yang menjengkelkan. Malu nak dihurai.
Sabar sungguh ayah pendam rasa dengan anak-anak yang bermacam perangai.


----------------------------------------

Hari tu sengaja aku duduk-duduk santai dengan emak.

Emak bercerita tentang bagaimana dia membawa adik-beradik aku yang lain berpindah-randah untuk beri keselesaan.
Aku tak ada lagi masa tu. Dari Kajang ke Hulu Langat, berulang dari KL ke Segambut, duduk di rumah setinggan(yang paling indah dan heaven sebab belakang Istana Negara Lama).

Sikit lagi aku nak menangis. Cis.
Sebab, emak ini tegas orangnya waktu kami kecil. Tak adanya hati ke hati.
Apabila mak mula bercerita tentang kisah-kisah lama, nampak riak wajah yang susah nak digambarkan.

Lega, mungkin?

-----------------------------------


Dan abang Syahir,
waktu telefon-telefon dia tanya pasal insurans, katanya..
'Dah kena ambil tahu benda-benda macam ni. Besar dah.'

------------------------------------




'Masa dah berubah.'
Aku selalu beritahu diri sendiri.

Persoalan mengapa semua dah tak sama tu selalu datang dalam fikiran aku.

Aku hadapkan semua.
Sebab aku percaya, fasa membesar dalam topik keluarga ni mesti berbeza bagi setiap individu.

Sesetengahnya normal seperti biasa sehingga akhir nafas,
sesetengahnya sampai di klimaks,
sesetengahnya entah di mana titik pertukaran 180''.

---------------------------------------

Keluarga aku bahagia alhamdulillah.
Kau jangan buat spekulasi. Aku pelangkung karang.

Cumanya terlontar jauh la bila ternampak situasi ayah-anak di kedai mamak tu.
Peringatan untuk aku supaya menghargai segalanya.


Saturday, April 5, 2014

Dompetku Hilang Di Tasik Madu

Bismillah.

First of all, pardon me for the previous post. I'll make it clear when.. September ends. Haha

Beberapa hari lepas, dompet aku hilang. Tercicir. Kena curi. Melarikan diri.
Entah la. Aku pun tak pasti sebenarnya.

Hilang dompet pada hari kejadian, betul-betul aku tak rasa apa. Tak sedih, marah, panik, semua tak ada.
Aku cuma tak tahu apa yang aku kena buat lepas ni. Macam perasaan aku dapat result hari tu.
Jadi, aku duduk termenung sampai ter-skip kelas Arab.
Tak, tipu. Aku memang skip sebab aku tak boleh fokus.

Keesokan hari, bangun dari tidur, baru aku dapat cakap dengan diri sendiri.
'Syah, dompet kau hilang. Dalam tu ada IC, dua kad ATM yang salah satunya kau baruuu buat pagi semalam, ada semua duit simpanan kau untuk minggu ni.'
Lepas tu aku lost lagi, buat macam tak ada apa.

Serious rasa helpless oh.

Mak ayah pun aku tak bagitahu. Sebab tak nak diorang susah hati.
Bajet independent.
-----------------------

 Kawan yang aku ada waktu kehilangan dompet ialah Mimo. Member SMAKL.
Mungkin sebab aku tak bagi reaksi, maka dia pun buat macam tak ada apa. Alhamdulillah sebab aku memang pantang sikit kalau tengah serabut, orang blablabla tak pasal. Jadi bila aku diam, dia pun tenang je.
Dia cuma cakap, 'kalau kau nak pinjam duit, bagitau aku.'
Okay settle.

Malam tu, Fatin Nadzirah bawa apam balik. Beberapa minit lepas tu, Fada(pun member SMAKL) datang bawak taufu fah.
Aku terharu sebenarnya. Aku gelak bila dia datang bilik aku bawa makanan. Aku kata, "Lawak aa korang ni. Aku hilang dompet pun, korang buat macam rumah aku terbakar."



Cerita di sebaliknya.

1. Memang sedih la memikirkan dompet berisi duit hilang sebenarnya.
Ironi sungguh aku rasa, kehilangan duit akan menyebabkan semakin banyak kita memerlukan duit, untuk mendapatkan duit kita kembali.
Duit aku hilang--kena lapor polis--kena buat IC--kena buat kad ATM baru--cari dompet baru.

Setiap persinggahan tu memerlukan duit.
Padahal, duit aku yang boleh digunakan ada dalam bank, yang telah disekat-dan kalau nak unblock, kena BAYAR dulu.
Oh dunia.


2. Aku pernah terbaca.
'Selagi kita punyai pakaian membalut tubuh, makanan mengisi perut dan tempat untuk berteduh, itu tanda kita masih beruntung.'
Tersentak aku.
Punya la tak bersyukur. Baru hilang dompet. Bukan kena hadapi kematian. Tidak juga rumah kebakaran.
Yang macam zombie sangat apahal.

Hari kedua aku kehilangan dompet, kebetulan hari Khamis. Jadi aku berpuasa. Puasa sunat Khamis, macam biasa. Dah sampai petang, baru aku perasan aku tak ada duit. Lulz.
Rezeki Allah dah tetapkan, maka aku berbuka di Masjid UiTM, yang setiap Isnin dan Khamis ada majlis berbuka puasa. Makan dulang lagi.
Tu pun aku dah kenyang makan tiga suap. (Tapi biasalah makan dulang kan, kita akan makan lebih sebab menghabiskan bahagian orang-orang kurus yang lagi cepat kenyang).

3. Kehilangan akan buat kita lebih menghargai.
Kau gunapakai je ayat ni untuk semua perkara. Kepala jangan asyik nak fikir jiwang je.

4. Ayat usrah malam kehilangan dompet,
'Kadang-kadang bila kita diuji, Allah nak lihat apa tindakan yang kita ambil untuk menghadapi masalah dan cabaran tu.'

Okay.
---------------

Alhamdulillah.

Untuk semua perkara.
Masih ada keluarga, tempat tinggal, harta dan paling penting, Allah.



Allah, 
sayangi aku sampai bila-bila.