Monday, January 31, 2011

Aku Kira Ini Tanggungjawab

Salam.
Tahukah anda apa yang sedang terjadi di Mesir?
Kebangkitan umat Islam untuk menentang pemimpin zalim yang dah lama menindas rakyat, tapi jarang dihebahkan media. Kita kira negeri Arab itu cukup baik dengan imej Islam tapi malangnya rakyat mereka masih memperjuangkan Islam di bumi Anbiya' itu. Hosni Mubarak, manusia berketurunan Arab yang mengaku Islam tapi tak mengimaninya sedang ditentang bersungguh-sungguhan.

Selepas Palestin,Tunisia dan Mesir ni, aku rasa cukuplah dengan ketidakpedulian kita.
Jauh sangat kalau nak terbangkan jasad ke sana tapi tak berat pun untuk tadah tangan sampaikan doa. Doakan semoga saudara seIslam kita selamat kesemuanya.

Aku risau.. sebab aku ada kawan-kawan di sana. Jaringan internet dah diputuskan. Laporan media tak banyak yang sampai pada kita. Aku tak boleh bayangkan perasaan ahli keluarga mereka. Sakit rasanya.


Malaysia jarang ditimpa musibah kan? Sangat jarang. Sebab tu setiap kali perayaan, kita boleh buat rumah terbuka bercampur lelaki perempuan, makan besar, tak endah halal haram sambil letak tepi kejap masalah umat. Masih pertahankan lagu Lady Gaga dan LaGha, gelak-gelak besar, risau pasal konspirasi-konspirasi..Sebab rasa dosa tu macam lalat yang hinggap atas hidung. Boleh ditepis-tepis.



1. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2011%2F1%2F31%2Fworldupdates%2F2011-01-31T192754Z_01_NOOTR_RTRMDNC_0_-545360-3&sec=Worldupdates

2. http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-12320959

nah.. Ambillah tahu. Aku pun sedang memperbaiki diri ni supaya jadi manusia yang bertimbang rasa.

3. http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/


Moga Allah redha..

Sunday, January 23, 2011

penyakit.

Salam.


Aku ada penyakit.


Sejak dari sekolah aku dah perasan aku ada penyakit ni.
Tapi aku diamkan je sebab aku tak nak jadi alien. Setiap kali penyakit ni datang, aku rasa nak menangis. Kalau form 1 aku menangis sebab penyakit ni, mungkin orang akan bersimpati dan rasa aku comel. Kalau sekarang aku menangis sebab penyakit ni, aku rasa orang hanya menggeleng menyampah dengan aku.

Penyakit ni pelik. Tak pernah datang waktu aku cuti lama. Tapi mesti terkedek-kedek nak kat aku bila aku dah masuk belajar.

Aku ada penyakit.........

















Penyakit takut untuk mulakan hari baru pada minggu yang baru.
Serius ni. Aku tak tipu.
Scaredofstartingnewweekphobia aku kira.


Dan penyakit ni lebih agresif bila ada kerja yang tak siap.

Saturday, January 22, 2011

banyak nak cerita.





Salam.


Pernah dulu aku mengadu pada seorang sahabat ni tentang kegeraman aku melihat surau yang tak berpenghuni kat hostel tu. Ada AJK, tapi macam tak ada. Kalau ada pun, masih nak tolak-tolak orang lain jadi imam. Ada problem dalaman, orang ni tak suka orang tu.. orang tu rasa tak best dengan orang ni. Aku ada jugak bagi sikit-sikit suggestion supaya diorang boleh gerakkan surau tu. Azam membara betul nak tengok surau tu hidup macam kat sekolah dulu. [Asyik compare dengan sekolah. Nampak sangat waktu kat sekolah tak heran pun perkara-perkara macam ni]

 

Sahabat tu pulak suggest, why not aku je offer diri untuk jadi tenaga penggerak bila masuk sem 2 memandangkan aku dah senior sikit. Aku pun ter err err la time tu. Baru padan muka kau. Asyik dok mengkritik je. Cuba rasa pegang amanah sikit. Boleh ke tidak. Alasan yang pertama diberi, biasalah, 'uhukk uhukk. Saya tak mampu lah. Ilmu ni kurang. zzzz..'

Ecehhh padahal dah terketar sebab tak tahu nak buat apa.

Tapi kemudiannya aku kira tarbiyah yang Allah nak beri pada aku, ada pulak senior yang mencadangkan nama aku untuk jadi AJK surau time perjumpaan satu kolej . Masa tu aku terima dengan lapang dada sebab..entahlah tapi aku rasa mahu buat perubahan. Lagipun, nak tunggu orang angkat tangan paksarela pun belum tentu. Dah lewat malam, aku terima je.

Alhamdulillah, mungkin rezeki Allah nak bagi kan, surau yang usang macam pondok seorang ibu tua menanti kepulangan anaknya itu telah digotong-royongkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar sebagai bukti pertama manifesto yang ditabur waktu pilihanraya dulu tu. Dah cat warna pucat, tingkap dilap, debu disapu, udara dijemput masuk dan lain-lain perkara yang sinonim dengan gotong-royong pondok seorang ibu tua menanti kepulangan anaknya. Surau baru, azam pun baru.

Solat jemaah pertama sem 2 hanya bermula pada waktu Maghrib. Dan satu hari tu lah aku dok gelisah tak tahu apa akan jadi. Miss Bibi The Fellow Warden telah mengofferkan diri untuk sharing session tapi aku masih tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas. Boleh ke? Takpe ke? Lepas hari ni nak buat apa lagi? Ada ke orang nak datang? Kalau bosan macam mana? Waktu aku dalam gelisah, hanya satu je yang selalu aku bisik dalam hati, 'Ya Allah permudahkan urusan ku. Permudahkanlah urusan ku.'

Dipen-cerkan, everything went well. Smoothly. Mungkin ada rongak-rongak lagi tapi aku tahu ini permulaan untuk perjuangan aku. Perjuangan yang aku lewakan dulu-dulu. Perjuangan yang adik-adik senior cuba nak sampaikan tapi aku prefer jadi pekak dan buta.







Satu hari tu, aku call adik dorm kesayangan. Paling sayang sebab dia tahu cerita dunia baru aku. Bila berborak dengan dia serius rasa syahdu malam raya. Dia sekarang di Darul Quran. Tempat yang aku teringin betul nak pergi tapi gedik sangat tak hantar borang untuk mohon. Sedar diri tak layak.

Aku cakap jeles kat dia sebab dapat apa yang aku mahu , dia kata jeles kat aku pulak. Jeles sebab cara Allah tarbiyah aku berbeza. Dia takut terselesa kat situ.  Ehhh gedik kedua-duanya. Akhir kata, aku cuma cakap, 'Manusia ni selalu nak apa yang dia tak dapat kan? Marilah kita tidak menjadi seperti mereka'. Kami dah sepakat tentang hal itu.

Aku kira, Allah hantar dia ke situ supaya jiwa dai'e dia lebih gagah perkasa dan sasa. Aku di sini supaya lebih gigih cari ilmu untuk berhadapan dengan orang. Dan sedikit gagah dalam membina identiti islam yang masih samar-samar.






Big event dalam perancangan; When Adam Meets Hawa.
Isn't an interesting topic? Aku nak cuba sedaya upaya bawakan Dr Harlina Siraj ke universiti kolej ni. Sukar sekali pandang. Aku tak pandai buat kertas kerja, aku tak tahu nak cari orang yang boleh membantu, paling kritikal macam mana nak contact Dr Harlina yang sibuk SANGAT  itu ye? Wohh. Lemah sebentar. But then, kejap je Allah tolong.

Hari pertama, seorang senior bagi contoh kertas kerja yang sama. Dulu pun memang plan nak buat tapi tak dapat panggil Dr Harlina sebab macam dah terlewat. Hari kedua, senior lain pula kata dia pernah ke Raudhatus Sakinah untuk lawatan dan kajian. Dia boleh tolong sedikit. Hari semalam yang terbaik. Naqibah aku, satu usrah dengan Dr Harlina dengan mesranya cakap, bagi tarikh, berapa peserta, kat mana nak buat. Dia akan deal dengan Dr Harlina. Kena cepat lah sebab takut schedule Dr penuh.

Ye, aku sedar akan hal itu.













Doakan aku. Agar perjuangan Sem 2 bukan sekadar di atas kertas (:

Wednesday, January 19, 2011

19 Jan 2011

Hari ini dalam sejarah


Finance : Belajar discount allowable.
Allowance for discount allowable. Mengira berapa banyak duit yang boleh diperuntukkan untuk diskaun kalau orang beli barang banyak-banyak.
Allowance for doubtful debt. Peruntukan untuk hutang ragu. Kita target kompeni-kompeni tak boleh nak bayar hutang. Jadi kita siapkan perbelanjaan supaya kompeni kita tak rugi.


Statistics : Belajar balik lukis data presentation. Pie chart, bar chart, histogram, frequency polygon.
Kira upper dan lower boundary macam addmath dulu.


Pengurusan keluarga : Kena present tajuk Bidaah Dalam Islam. Berat tajuk ni. Bidaah maksudnya mengadakan perkara baru yang nabi tak buat dulu. Orang sibuk berhujah dengan kullu bidaah dholalah wa kulla dholalah finnaar -[setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu ke neraka]. Tapi betul ke setiap apa yang kita buat bidaah? Kalau macam tu kata ustaz ku yang best itu, duduk atas kerusi bidaah. Guna laptop bidaah. Naik motor pergi kolej bidaah. Sebab nabi tak buat semua tu. Ke nerakakah kita kerana aktiviti harian kita?
Penjelasan yang diberi, bidaah yang dibuat tanpa ikut nas dan syarak itulah yang dholalah. Yang wirid lepas solat dan lain-lain untuk mengingati Allah tu hasanah. Jelas murid-murid?


Beri tazkirah tentang kisah Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang dikejutkan syaitonirrojim bila dia sikit lagi nak terlewat solat subuh. Bila ditanya kenapa syaiton itu willing mengejut, kata syaiton itu dia tak mahu Sheikh Abdul Qadir tampung kelewatan solat Subuh dengan pelbagai amalan lain yang berlipat kali ganda.
-Kalau kita, solat subuh dinasor pun buat rilek je lepas qada'. Tu pun kalau ada rasa nak qada' kannnnn..



Dengar sharing session daripada Miss Bibi tentang rukun Islam. Yo! apa rukun Islam yang lima? Meh refresh balik.
1.Mengucap dua kalimah syahadah.
- Bila kali terakhir kita ucap syahadah dengan sebenar-benarnya? Semalam ? Kelmarin? Dua tiga tahun lepas? Sebab kadang-kadang kita ucap sahaja tapi tak kesankan dalam hati pun.

2.Solat lima waktu sehari semalam
-Jaga solat diawal waktu sebab kita tak tau bila Allah takdirkan nyawa kita ditarik. Katakan dah masuk waktu Isya'. Kita still dok joli-joli baca buku dan tengok tv. Habis tengok tv pukul 12 malam baru terasa nak solat. 12.01 am Allah tarik nyawa. Tak ke hutang wajib dibawa mati tu?

3.Puasa di bulan ramadhan
-Bila kali terakhir kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa? Bukan setakat pujuk perut supaya tahan makan minum, tapi guard hati, mata, pendengaran daripada melilau tak tentu hala.

4.Bayar zakat
- Dah kaya dengan gaji nanti jangan buat-buat hilang ingatan nak bayar zakat. Zakat itu untuk menyucikan harta.

5.Menunaikan haji bagi yang berkemampuan.
-Dah tak muda lagi. Rajin-rajin la menabung dan simpan azam untuk ke Mekah. Moga Allah panjangkan umur untuk ke sana. Bagi lengkap rukun untuk jadi orang Islam.






Hari ni birthday orang juga.
Birthday orang yang lahir pada 19 Januari lah.
Selamat ulang tahun daripada saya dan keluarga. Moga iman dan amal bertambah seiring dengan umur.

Sunday, January 9, 2011

perempuan jomblo

Bismillah walhamdulillah.

Aku ingat dalam beberapa minggu lepas masuk ni, aku tak nak balik rumah sangat.
Nak belajar duduk kat hostel. Bukan tak biasa. Sejak dari sekolah dulu selalu je stay hujung minggu. Takde rasa pun nak keluar jalan-jalan.

Tapi macam tak jadi.

Beberapa minggu lagi abang nak kahwin dah.
Bila duduk dengan mak, dia asyik kata risau banyak benda. Itu yang dia cerita dengan aku bila aku ada kat rumah hujung minggu je. Aku tak boleh bayang hari tak hujung minggu dia dok risau sorang-sorang. Fikir banyak benda. Kalau korang ada kakak atau abang yang dah declare nak kahwin, korang tau lah. Sejak minggu ni, aku rasa aku kena balik setiap minggu nak teman mak. Teman je. Beli baju, langsir, makanan. Benda simple tapi aku harap mak rasa ber'anak'.


Hari Jumaat hari tu bila aku sampai rumah je, aku tanya mak apa projek minggu ni.
Hari tu bila aku tanya kenapa mak jarang buat bakar-bakar ayam ke yang macam mewah sikit [sebab mak selalu masak simple je. Sayur air, ikan payis. Tapi sedap], dua tiga hari kemudian mak dah buat.

Minggu ni pulak, mak buat pizza. Ye, buat sendiri. Sambil-sambil tu aku mencelah buat kek cekelat. Kejap-kejap aku pukul telur, lepas tu abang kedua sambung pukul mentega, lepas tu abang sulung sambung pukul susu.
Gelak-gelak.
Sekali tengok macam family project. Serius happy. Kitorang jarang berkumpul sebab semua dah bekerjaya termasuk aku. Bila dah gather and share laughter isn't it the best moment to remember?

Malam tu, kitorang makan besar. Siap kek cekelat, makan kek.Sambil bakar pizza udang. Siap piza udang, makan sambil bakar pizza naget ayam. Siap piza naget ayam, bakar piza naget daging. Tiga piza kesemuanya.

Mak kata; 'tiga piza, 50 ringgit'. Em, terkedu kejap aku. Kalau lah sepanjang mak beri kasih sayang dengan masak kemas rumah jahit baju cuci tandas sidai kain basuh kain basuh pinggan selama ni mak nak cas, menangis aku. Semua tu macam kabur-kabur je dalam ingatan.

Tadi pulak, lepas masak makanan tengahari mak terasa nak buat ketupat pulut. Minta tolong ayah ambil
daun pisang. Masak nasi pulut, layur daun pisang, lap-lap.Buat ketupat, rebus. Lepas tu buat sambal ikan bilis lagi untuk cicah.




Entahlah. Sukar nak tandingi. Setiap orang pun akan cakap benda baik pasal mak dia walaupun kadang-kadang rasa geram ke, kecil hati ke. Padahal sikit pun tak layak nak cakap macam tu.
Dulu aku tak pandai masak. Malas betul nak masak. Tapi sekarang kalau boleh aku nak jadi secekap mak.

Bukan supaya aku dapat kawen cepat. No no. Tapi supaya mak boleh pencen dari kerja-kerja rumah. Biar aku ambil alih. Serius, aku rasa sampai bila-bila pun susah nak kejar mak.

Aku tak dapat banyak bantu mak sebab aku buat kerja memang lambat.
Sebaik-baik perkara yang aku dapat buat sekarang pun ialah teman mak waktu-waktu macam ni.



Selamat hari-hari, mak :)

Friday, January 7, 2011

dean list

Bismillah walhamdulillah.

Minggu pertama sem 2 tersangatlah menggembirakan untuk aku. Tak tau lah kalau perasaan ni datang sebab aku cuba bentuk jadi macam tu. Tak tau lah juga kalau perasaan ni hanya bertahan sebulan pertama atau seminggu pertama tapi aku kembalikan rasa syukur kepada Allah sebab ada juga semangat nak belajar. Tak rasa pun keputusan tu boleh bagi aku rileks. Aku ada sifat malas yang boleh menyerang bila-bila masa. Kena amalkan ma'thurat supaya sikap ni main kat tempat lain.


Setakat ni, masuk kelas ranking pertama yang orang kata kelas skema dan serius sepanjang masa taklah seteruk mana. Aku tau, ada kalangan member kelas baru ni bercita-cita nak tukar kelas supaya dapat kelas yang rendah sikittt daripada kelas sekarang kan Mamat?. Sama macam aku. Aku dah fikir jadi nerd lah, pasif lah blah blah blah. Lagi-lagi bila aku aku tengok sendiri budak dekan dari kelas lain yang sangat aktif bertanya itu ini pada pensyarah.

Hoi, berani kau ambil hobi aku ye? Nasib baik soalan kau bukan mengada-mengada dan bertujuan mengambil perhatian lecturer dan ada relevan. Kalau kau mengada-ngada nak cari publisiti, siap kau!
Itu lah amaran yang aku siap-siapkan dalam diri untuk mereka;budak dekan member kelas yang baru.

Masa sem 1 kan, tak ada masalah pun kalau datang lewat sikit sebab jarang budak nak duduk depan. Tempat duduk pun semacam dah fixed. Aku duduk depan papan putih bertemankan beg aku. Cuak tak cuak kena soal dengan lect, belakang kira. Penting tu bagi aku untuk duduk depan. Sekarang ni, awal pagi pun dah beratur bebudak depan kelas nak rebut seat depan. Dah tu, banyak tanya soalan pulak tu. Cis, memang dasar budak pointer tinggi. Tau aje rahsia kejayaan.


Sem 2 juga menarik sebab pensyarah-pensyarah yang aku dapat semua berlainan watak. Sukar nak dijangka. Biasalah kalau minggu pertama. Kelas for sure jadi macam bilik mayat. Dah lah sejuk. Kalau ada bunyi  cengkerik dalam kelas tu, mesti boleh dengar. Pensyarah yang best ni dah berjaya memecahkan iceberg dalam kelas mayat aku tu. Enthusiastic sungguh.
Aku bersemangat bila aku dapat rasa yang English aku boleh digilap semula dengan pensyarah yang nampaknya akan selalu berinteraksi dengan pelajar dalam bahasa Inggeris yang betul [Miss Bibi lah cikgu yang banyak ajar tentang attitude in English dulu-dulu]. Dan, juga pensyarah Finance yang sangat berpengalaman serta ada kebolehan untuk mengeksplain dengan sangat baik. Aku suka semua pensyarah sem 2 setakat ni (:




Oh ye. Dulu, aku rasa macam nak tukar kelas lain.
Habis minggu ni, rasa tak perlu dah. Aku dah boleh selesakan diri dengan kelas baru. Aku mungkin duduk terkebelakang sedikit. Atau result juga naik turun. Atau dah tak jadi talkative dan active macam dulu.Tapi aku tak peduli sangat. Aku bukan nak bersaing macam itu je pengakhiran dia. Matlamat aku, ilmu. Menjadi manusia itu lebih penting. Buat apalah aku perlu layan rasa takut tak mampu tu. Kalau dilayan, makin menggedik la dia. Jadi tak boleh bagi dia gedik sangat. Aku selalu cakap pada diri bila rasa takut tengok budak aktif bertanya dalam kelas, 'So what? Biarlah kau nak tanya apa pun. Aku boleh tumpang dengar. Menjadi pendengar yang aktif pun bagus ape. Aku tak bersuara tak bermakna aku buta. Aku tak kagum pada kau pun sikit pun sebab Allah bagi aku macam-macam dah. Apa yang kau dapat pun Allah yang bagi jugak. Bwekkkkk'.   Lepas tu aku akan rasa lega. Childish kan? Aku kena buat macam tu.


Lagipun, kenapa ada term 'budak pandai' eh? Aku rasa 'budak rajin dan lebih usaha' lebih sesuai.










Peoples do make mistakes. But, keep doing the same mistake is unforgiveable.

Sunday, January 2, 2011

Belajar rajin-rajin

3 Jan. Tarikh masuk sekolah.

Menarik kan bila mula-mula masuk sekolah? Kalau adik-adik yang baru masuk darjah satu, paling best tengok gelagat mereka.
Menangis ke, sengih melebar ke.. Comel betul. Teringat sikit-sikit pengalaman sekolah rendah dulu. Setiap awal tahun, tak sabar nak masuk sekolah. Ada baju baru, ada kotak pensel baru, ada beg tarik Barbie. Baju baru dah sedia untuk dikotorkan. Hari-hari seronok nak pergi sekolah jumpa kawan. Main kejar-kejar waktu rehat. Atau pergi perpustakaan penuhkan buku NILAM. Masuk ke kelas, dah sedia nak belajar sikit-sikit. Dulu aku tak minat Matematik. Bila kena hafal sifir, serabut kepala fikir macam mana nak buat. Sifir paling senang aku nak hafal pun sifir 5. Ayah stay up malam-malam nak tolong aku menghafal. Mak dari dapur jerit je kalau aku salah jawab. Pastu aku nangis. Mak aku garang oh. Heheh.

Sekolah rendah best sebab dari darjah satu aku dah jadi penolong kelas. Sampai darjah 5. Darjah 6, jadi ketua pengawas. Zaman kegemilangan.



Baru tengok berita yang tunjuk muka adik-adik tadi. Hari pertama masuk sekolah.
Mengimbau kenangan waktu comel dulu. Adik-adik darjah satu memang comel.





Adakah kecomelan menangis dan mencari kawan ni akan berterusan atau akan terhenti satu masa nanti bila semua kanak-kanak lebih suka bertemankan teknologi pada hari pertama persekolahan daripada ibu bapa sendiri ?


Saturday, January 1, 2011

1000 Jiwa 1 Hati

Alhamdulillah. Dah 11 tahun rupanya aku sambut tahun 2000. Sampai entah tidak umur ni ke tahun-tahun yang seterusnya. Tak tahulah. Agak-agak kalau aku mati kena serangan jantung ke,demam denggi ke, eksiden ke macam mana lah. Dah 6 tahun hidup , tapi banyak yang kurang. Tapi, aku tak sabar nak jumpa Rasulullah. Dunia sekarang menakutkan. Sangat menakutkan.


Ehm.
Selamat Tahun Baru Masihi 2011!

Macam mana ye kawan-kawan aku sambut tahun baru masihi yang tak payah sambut tu agaknya? Sebab di malam tahun baru masihi yang lebih baik utamakan tahun baru hijrah tu, aku berada di Masjid Negara. Aku attend satu program JIM  [mukadimah penuh makna.Cakap je la kau nak cerita pasal aktiviti kau kan.]



Tahun ni aku memang dah tekad, aku tak nak sambut tahun baru masihi camtu-camtu je. Ini tahun pertama sambut tahun baru sebagai budak kolej. Tapi kolej aku kosong. Budak-budak masih rindukan rumah dan aku elakkan diri dari jadi mangsa kesunyian kolej yang tak membina tu. Dengan gigih, pagi Jumaat aku menapak sorang-sorang dari Taman Shamelin pergi Masjid Negara.



3.30 petang, sampai MN.
Daftar-daftar. Taaruf taaruf. Solat-solat bermaksud solat Asar lepas tu Maghrib lepas tu ada tazkirah dan solat Isya'.

Malam, kami dikerah jalan cepat jangan lenggang lenggang bergerak ke Pusat Islam yang diorang panggil bangunan JAWI.
Oi, baru aku tahu Pusat Islam tu dah jadi stesen televisyen Al-Hijrah. Dulu, itulah tempat aku grad masa darjah 6 dulu. Tempat aku main lari-lari dengan member. Tempat cari makan tengahari bila dah akhir tahun. Kenapa akhir tahun? Sebab masa tu konon dah expert satu Masjid Negara. Tempat rehearsal Majlis Ihtifal. Tempat aku enjoy setiap kali Majlis Ihtifal.Tempat yang ustazah-ustaz tak bagi pergi kalau tak ada event sebenarnya. Hehe. Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara memang best.


Nampak gah pulak TV Al-Hijrah sebesar-besar ni.



 1000 JIWA, 1 HATI nama program diberi.
Anjuran Raudhatus Sakinah dalam modul Anda Bijak Jauhi Zina.

Secara jujur, pertama sekali aku nak pergi sebab free. Kedua, aku mencari program yang lain dari apa yang selalu aku dapat. Dan ketiga, bila disebut 1000 Jiwa 1 Hati, aku dapat bayangkan aku akan dapat lihat satu suasana berbeza apabila belia yang berkumpul ini ada satu matlamat penghijrahan yang tinggi tak kira apa pun latar belakang mereka.  Mungkin ada SERIBU JIWA yang berbeza. Jiwa yang tenang, resah gelisah, murung, sentiasa ceria untuk menyembunyikan duka atau jiwa muda yang memberontak. Tapi ditundukkan jiwa yang pelbagai itu untuk bersama-sama menjadi SATU HATI.

Bagi aku, ini peluang untuk aku mengenali diri dengan berkenalan dengan orang lain. Biarpun sekadar melihat dari jauh.







Yang berada di pentas itu hanya sebahagian daripada seribu jiwa besar yang  hadir demi perubahan. Sebagai remaja yang rasa sendirian dalan pencarian ni, aku dapat lihat rupa-rupanya dunia luar ini masih ada yang sama rasa dengan aku. Rasa takut dengan cabaran dunia. Rasa perlukan bimbingan dan sokongan. Rasa ingin dicintai dan menyintai dengan SYARAT.
Yes, CINTA- itu topik utama untuk Talk Show Malam itu.




Aku sangka diskusi malam tu biasa-biasa. Mungkin akan keluar gambar dua tiga ketul kapel pegang-pegang tangan atau cemolot. Lepas tu tunjuk statistik anak luar nikah dan kemudian suruh peserta bertaubat insaf sendiri. Nangis-nangis. Pujuk dengan artis dan boleh balik.Tetttttt! Meleset macam pelesit sangkaan aku. Allah bagi lebih baik dan terbaik malam tu. Terbaik dari ladang. Dan terbaik daripada mereka dan keluarga mereka yang lompat-lompat di Dataran Merdeka.  Apa yang aku dan mereka dapat malam tu berbentuk perkongsian. Perkongsian yang sangat dekat di hati belia sebab semua pasti pernah melalui perasaan cinta ni tak kira perempuan atau pun lelaki, untuk kami yang berada di Dewan Pusat Islam itu apatah lagi kawan-kawan yang sibuk mencari cinta di KLCC dan Dataran Merdeka tu. Aku sebenarnya sangat pesimis dengan cinta sebab aku rasa boleh uruskan hal ni sendiri tapi bila fikir balik, kebanyakan remaja masih terigau-igau dengan cinta pelesu sesama manusia. 



Cerita cinta perlukan entri baru. Jadi mari teruskan :)



Kata Wardina[bertindak sebagai emcee], hidup ni penuh dengan kejutan. Aku teringat firman Allah yang sebenarnya selalu sediakan surprise dari arah yang tak disangka-sangka kepada hamba-Nya. Rezeki kitorang yang tak buang masa dan duit kat luar, dapat jumpa Maher Zain secara live. Alhamdulillah memang best la malam tahun baru aku. Yelah, Maher Zain je pun. Orang duk terjerit histeria tengok dia, kita tak payah la ikut sama kan. Just enjoy the crowd lah. Dapat tengok Maher Zain live beb! Free lagi. Hahah.
Dia singgah 15-20 minit je. Cukuplah untuk aku kata dia ada kualiti penghibur yang bagus. Cuma aku masih tak faham kenapa perlu histeria bila nampak dia.  




Peserta tu nyanyi Open Your Eyes dan Maher kata 'Masya Allah.Beguzz bangat!



Habis Maher Zain, ada Saff-One. Apa istimewa Saff-One untuk aku? Ada ustaz nasyid aku waktu aku sekolah kat Masjid Negara. Siap rakam suara. Itu kenangan. Kemudian ada Ibu Aisyah. Terfreeze kejap bila dia kata, 'Punya lah jahil umur dah 45 baru tahu kaki tu aurat. Berdosa kalau tak tutup. Ya Allah, ampunkahlah dosa 45 tahun aku ini'. Itu orang jahil. Kalau yang dah tahu ilmu agama asas ni pun banyak nak dolak-dalih nak cakap macam mana ye?









Sambung talk. Masih dalam topik yang sama dengan isi yang berbeza. Kenapa berlakunya zina?
Ye kawan-kawan yang selalu menulis karangan 360 patah kata, anda boleh mula menulis isi penting anda sekarang. Fikir sekali lalu pun tak apa. Bayangkan suasana ambang tahun baru jam 0000.

Adakah terbayang solat jemaah yang diimami syabab hebat di Dataran Merdeka? Atau rempit jemaah yang diketuai remaja kita?
Adakah antara manusia yang bernikah pada jam tersebut? Atau lebih ramai memilih untuk bersuka ria bertukar pasangan?
Adakah waktu tersebut anak muda bersama keluarga? Atau bersama teman berlainan jantina dalam kereta?
Banyak dah point aku nampak sebab aku tau member aku semua hebat dalam mengarang dan menulis. Tapi dalam kita memperkatakan tentang orang lain, cuba kita tengok, ada tak kita juga sedikit sebanyak tergolong seperti mereka? Nauzubillah. Moga Allah selamatkan kita ye.





Jam 12 malam, dapat jugak la dengar dum dam dum bunga api kat luar. Sementara kitorang dalam dewan, baru selesai berikrar;  KAMI BIJAK JAUHI ZINA!

Nak melintas jalan dari Pusat Islam ke MN, bersusun kereta tunggu giliran nak bergerak. Kasihan mereka kerana terbuang masa dalam kereta. Kitorang rilek-rilek je. Dapat tengok Maher pulak tu. Kikiki...
Jadi, balik bilik. Naum[tidur] untuk Qiam[bangun] untuk bersolat[walaupun sekadar dua rakkat]. Kalau tak tidur macam mana nak bangun ye tak? Tu pun kalau Allah izinkan lah.



Begitulah cerita sambutan tahun baru saya.
Terima kasih Ya Allah sebab pilih kami untuk jauhi unsur jahiliyah :)