Wednesday, March 20, 2013

Deria koman

Dalam satu talk di kolej,
saat terakhir sesi soal jawab ditutup,
ada satu soalan dikemukakan melalui emcee kepada ustaz Zamri-Mantop.

'Ustaz, apa hukum lelaki dan perempuan yang belum berkahwin berkongsi straw dalam minuman?'
 
Disebabkan soalan tidak menjelaskan berkemungkinan lelaki-perempuan ini adik-beradik, ustaz pun menganggap mereka bukan mahram.

Lalu ustaz menjawab,

'Saya tak perlu jawab guna ayat Al-Quran atau hadis bagai laa. Ini tentang common sense. Cuba la ko duduk depan mak ayah masing-masing, lepas cuba minum dengan pakwe-makwe pakai satu straw. Ko rasa apa respon mak ayah ko?'

'Ini lah masalahnya. Dah hilang common sense. Benda basic pun kita dah tak boleh fikir.'

Bagi aku, budak tu mungkin nak tanya halal ke haram.
Apa ustaz cakap pun, betul.

Kalau orang yang dah tahu hukum agama, mungkin kata ek elehhhhh mesti la tak boleh enn.
Tapi kenapa ada mereka yang masih bertanya? 

CikBi warden aku. Dia kawan baik aku juga di kolej. Dia pun emcee yang membacakan soalan tu..
 'Sebenarnya saya memang dah tutup sesi soalan daripada pelajar. Tapi bila baca soalan tu saya rasa geram pulak. Padahal dalam talk ustaz dah terang panjang lebar hukum pasal hubungan lelaki-perempuan.'

'Masalahnya generasi sekarang semua perlu diberitahu satu-satu. Yes or no. Itu je. Tak boleh nak fikir sendiri. Macam ustaz kata lah, dah tak ada common sense. '



Aku setuju bila dikata majoritinya generasi sekarang menghadkan pilihan dalam berfikir.
Kita nak cepat.
Kita tak nak susah.
Kita cuma mahu tahu apa yang kita mahu.
Ya atau tidak. Selebihnya, anggap belum masa untuk tahu.

Memang la tidak berkualiti pemuda pemudi seperti ini. 


Hari tu di surau, kena setepek dengan kakak degree. Tentang kurang membaca lagi.
Hmphh.

Tukar mentaliti macam kita semangat nak tukar pentadbiran.

Sunday, March 17, 2013

Kahwin kedua.

'Minggu depan je kan Asyer nak kahwin'.

Nafas berat.
Hawa dingin tak terasa.

'Itulah. Kejap je anak-anak ayah dah besar.Never imagine times could fly that fast.'



Tinggal dua. 


Kadang-kadang aku rasa perkahwinan tu boleh buat rasa kehilangan. 
Aku lah yang rasa. 
Anak bongsu, kan. Gedik lebih. 



Waktu berbual dengan ayah tu, aku bukan sedih pasal Asyer nak kahwin pun sebenarnya. 
Em. 
Cuma, entah datang dari mana aku boleh terfikir,


Kenapa membesarkan anak itu boleh jadi satu kebahagiaan untuk ibu bapa?


Kalaupun terpaksa berkorban wang, masa, tenaga
bina kesabaran yang tak berbelah bahagi sejak anak kecil hentak-hentak kaki
sampai besar kena diajar jaga diri sendiri. 

Meredah hujan dan panas untuk anak. 

Belajar banyak perkara demi menjawab soalan random anak. 

Berdoa siang malam untuk keselamatan dan kejayaan anak.

Gembira untuk anak

menangis pun kerana anak.


Sehingga satu tahap, anak itu terpaksa dilepaskan
untuk melalui kehidupan bersama orang lain. 

Orang yang asing.


Melalui segala macam itu, kenapa mereka masih mampu terus?
Apa pulangan dia sebenarnya? 



.............................



Aku tahu, jawapannya perlu dialami sendiri walaupun aku tak tahu bila. 


'... I wish I could do more as a daughter' -- Maria Elena.



1 minggu je lagi. Tahniah Asyer.
Heh. 
Ternangis pulak. 




*Kalau compare emosi majlis abang sulung dengan abang tengah, 
memang berbeza. 
Dah tua-tua ni, fikir banyak sangat.


Sunday, March 10, 2013

Realiti v Ilusi

'Begini.'

Dalam hidup ini, hanya realiti mampu menumpaskan realiti.
Tidak mungkin ilusi, perkara yang tidak benar dapat mengalahkan realiti.

Dalam Al-Quran telah pun termaktub tentang karakter-karakter orang yang beriman dan Yahudi.

Apa antara karakter dan sifat sebenar yang Allah gambarkan dalam Al-Quran tentang orang beriman?
--Menunaikan solat, membayar zakat.
--Menjadi orang yang melihat, membaca dan berfikir.
--Berinfaq
--Mencintai mu'min yang lain.
--Mengeluarkan perkataan yang baik.
--Amanah.

Dan ANTARA karakter orang Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran?
--Keras hati dan zalim
--Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri
--Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran
--Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran 
(Sumber: http://foren-6.blogspot.com/2011/07/22-sifat-buruk-bangsa-yahudi-seperti.html#ixzz2N8sebUhj)


Ok soalan.

Adakah orang Islam sekarang mempunyai antara berpuluh-puluh karakter yang disebut dalam Al-Quran?

-Dalam satu kajian ke atas 190 orang pelajar IPT, 80% daripada mereka TIDAK bersolat.
-Kebanyakan daripada kita mempunyai sikap tidak pedulisme terhadap isu semasa dan isu saudara yang ditindas.
-Lihat di mana-mana page politik di Facebook, rata-rata yang mengeluarkan perkataan keji ialah orang Islam.
-Kita ada masalah korupsi di pihak atasan, dan kita sendiri mungkin ada titik hitam dalam menjalankan amanah yang diberi.
-Kita terkenal dengan janji Melayu.





Dan, adakah orang Yahudi 'master' dalam sifat-sifat yang Allah sebutkan dalam Al-Quran?
YES, they are.


Sebenarnya,  kita ini masih hidup dalam ilusi.
Kita kata kita beriman, tetapi amalan kita tidak selari. 
Dan Yahudi, mereka itu lebih 'beriman' dengan Al-Quran sejak zaman para nabi lagi.


Seperti yang dikata,
kita ini ilusi.
Kita tak akan mungkin mengalahkan orang Yahudi, yang realiti
sehingga kita beriman dengan akhlak dan sifat sebenar yang digambarkan dalam Al-Quran.


Kata Ustaz Hasrizal berkenaan 'lembik'nya jiwa kita;
Jauh di sudut hati, kesan membaca dan serba sedikit mengkaji sejarah, saya rasa graf kita akan terus menurun hingga ke titik terendah ketamadunan. Hanya setelah benar-benar jatuh, baru kita boleh bangkit. Dan untuk jatuh itu, ia hanya berlaku dalam suasana peperangan.


Ayuh bangkit bersama.
Wallahu'alam.

Thursday, March 7, 2013

Sekolah.


Cover photo sekolah,
DP sekolah.
Apakah ini menunjukkan aku ini tidak matang dan masih jauh terkebelakang?

Anis aa ni.
Biar ah.
Nanti aku kahwin cover photo aku tukar aa gambar mesra-mesra.
HAHA.
Tak lawak.

 Entah-entah aku akan tutup akaun.


Sunday, March 3, 2013

Surat dari langit.

Hari tu, dalam kereta.

'Tinggal lagi berapa minggu lecture, dik?'
'2 minggu yah.'
'Ow. Ok, buat la betul betul. Sambil-sambil tu cuba la tengok mana-mana sponsor.
Kat rumah tu ada surat dari luar.  MInta je semua. Zakat, Maybank.'

Mak yang mulanya mendiam,
'Betul. Kita tak tau boleh dapat yang mana.'

'...................'




Hari tu,atas panggilan. 

'Ayah terlupa. Ni ada 2 surat dari luar. Nanti balik buka lah. Ayah rasa bukan conditional letter ni. Besar suratnya.'

'Takpe lah, ayah buka je. Tak kisah pun. Hari tu minta pun sebab rasa nak naik flight je. Hahah..'

'Haih itulah hati. Takpe lah. Fokus untuk final ni. Sambil-sambil tu tengok la sponsor.'

Masih.

'Hari tu abang balik. Ada exam English apa entah ayah tak ingat. Dia kata susah exam tu. Bayar enam ratus. '

"Ow, IELTS. Abang memang ada sebut nak  sambung master kat luar. Hari tu masa Pameran Pendidikan, adik pergi dengan dia. Yang tu lah kot'








Simple.
Yang menghalang adalah attitude dan matlamat.
Keduanya menjengah sifar.

SPM.


2009. 
Tak rasa lama mana pun.

 Tapi kalau dah pendrive berjaya pulih dari serangan virus, 
kemudian gambar-gambar nostalgia tanpa edit Cmaera360 macam ni berjaya diselamatkan, 
 aku rasa ..

indah.

Mungkin setiap dari kamu dah jumpa manusia baru
kamu beri gelaran 'BFF'.

Aku tak peduli. 

Budak-budak punya kerja gelaran-gelaran itu. 

Yang aku sayang adalah mereka yang di dalam ini. 
Yang gelak untuk perkara entah apa-apa
Yang banyak betray antara kita . Haha  Gila ah. 
Mana ada BFF betray satu sama lain
Tapi kita ada. 
Terluka sama kita. 
Mengadu juga antara kita.

Aku tak peduli sekarang kamu sayang siapa. 

Kerana yang aku rindu, 
adalah mereka.