Thursday, May 26, 2011

Virus soksek.

Assalamualaikum pembaca-pembaca tak bertauliah tapi bijaksana sekalian!

Mai  nak kongsi cerita panass kat sini. Nak baca tak? Nak tak?
Er. Aku nak buat ala trivia lah. Buat panjang-panjang sure kau cepat je scroll ke bawah.

Baik. Ini cerita tentang lidah.



#1. Ada 3 penyakit umat Nabi yang telah dikesan


 i. At tairoh.
 -penyakit suka jumpa bomoh. Minat kat orang, jumpa bomoh. Sakit hati kat orang, jumpa bomoh. Nak kaya, jumpa bomoh. Tok bomoh dah macam ahli keluarga sendiri; wajib berjumpa setiap kali raya.

Penawar : Jangan jumpa. Kena lebih minta pada Allah. Minta kat jin buat apa. Jin pun minta daripada Allah.

 ii. Su'uzhon (bersangka buruk) -Ini memang tak best. Semua benda yang orang lain buat, nampak macam tak kena . Orang baca buku kata skema sangat. Kalau baca Al-Quran dikata ustazah.
Pepatah melayu kata, 'Jaga tepi kain orang'. Tapi ini kira dah selak sekali .

iii. Hasad dengki
- Tak boleh tengok orang lain dapat lebih, membara je jiwa nak jatuhkan orang tu. Orang macam ni lupa nak bersyukur dengan apa yang dia ada. Rasa King tu lebih dalam diri.

Penawar : Istighfar lah banyak-banyak.




#2. Masihkah kau ingat kisah Saidatina Aisyah yang difitnah ketika perjalanan balik dari satu peperangan tu?
-Gosip yang disampaikan seorang mamat ni telah mendatangkan cemburuan Nabi Muhammad. Dan yang  menyebarkan kisah; Abdullah bin Ubai si munafik.
Nabi Muhammad pun pernah jadi mangsa dalam fitnah ni. Apatah lagi orang-orang biasa yang difitnah atau diumpat. Macam mana dia nak bela diri?

Jadi kalau kita menyebarkan fitnah, kita juga munafik. Na'udzubillah.





#3. A: Kenapa masih berlaku jenayah  mengumpat dan menyebarkan fitnah?
 i. Sebab kita rasa bercerita tentang orang lain boleh menutup kesalahan kita. Perfect. Tak mengumpat tak best.  

A: Kau kenal Leman anak cik Senah?
 B: Kenal. Kenapa dengan dia?
 A: Aku bukan nak kata apa laa. Tapi .. aku dengar balik dari London, dia kerja kat sawah je. Nasib baik aku suruh anak aku belajar dalam negeri je.
 B : Yelah Timah.. Anak kau tu la jugak yang asyik melepak mengacau anak dara orang.

ii. Hasad
 - sebarkan fitnah untuk burukkan orang lain sebab tak senang tengok orang lain ada lebih.

iii. Tak ada hati.
- Kita sanggup tengok orang lain susah dan bergaduh sesama sendiri sebab tak ada rasa kasih pada sesama muslim. Orang lain wrestling tarik-tarik rambut, ada yang ketawa puas hati.
Bila tak ada hati, susah nak berhati-hati dalam menjaga lidah.

iv. Kita menjadikan diri sebagai sumber umpatan.
Meletakkan diri dalam keadaan fitnah. Katakan kita keluar jalan-jalan dengan bukan mahram.
Ada makcik Bedah kampung sebelah nampak. Ingat cerita tu stop kat situ je?

Nehi!

Paling koman makcik Bedah akan timbulkan persoalan, 'Eh, siapa budak yang berkepit sana-sini tu?'
Lepas tu, kita kata 'Sampai hati dia fitnah aku sobsobbss.'
Cis.




Ok geng. Nanti aku sambung lagi insya- Allah.





'Hendaklah kamu berkata perkara yang baik,
ataupun D I A M'






-Petikan Forum Perdana : Virus Soksek
Oleh: Ustaz Kazim Elias & Ustaz Farid  Ravi.

1 comment:

syahida _masri said...

Manusia rasa syiokk kot mengumpat dan fitnah. nau'zubillah .minta dijauuuhkan. nice entry ! :)