Friday, December 31, 2010

mata celik, tapi buta hatinya.

Salam.

Tercapai impian aku nak ketemu sama seorang sahabat ni. Susah nak cop dia sebab dia selalu busy menguruskan hal rumah tangga disebabkan dia seorang anak yang solehah. Tak sangka dia terima ajakan aku hari ni untuk keluar jalan-jalan tengok dunia. Aku ajak-ajak ayam serama je sebab lamaran aku selalu kena reject. So, terima kasih In.
Bertambah ilmu iman dan insya Allah amal aku setiap kali berbual dengan kau.

'Islam itu datangnya asing, dan akan kembali asing. Tapi kebanyakan kita ni tak nak jadi asing. Kita takut tak diterima manusia. Jadi, kita pilih untuk jadi sama seperti mereka. Kenapa ya?'

'Segan nak dhuha, malas berma'thurat, takut nak tutup aurat molek-molek, tepis-tepis rasa dosa untuk terusss buat dosa, itu tandanya kita masih tak yakin untuk menjadi orang asing'

'Kita akan rasa penat kalau kita buat sesuatu kebaikan atas dasar ikut-ikutan. Tapi kalau kita ada pegangan yang kuat dan tahu kenapa kita buat sesuatu amalan, nescaya kita akan lebih bersemangat dan tak culas-culas. Mungkin sebab itu di Gaza masih ada hamba yang tegak berdiri membaling batu ke arah musuh mereka, Israel laknatullah. Mereka tak buat semua tu kerana ikut orang lain, tapi dalam hati setiap mereka tahu bahawa Allah dah janjikan kemenangan untuk mereka. Dan mungkin, mereka berpegang pada takdir nasib sesuatu kaum tak akan berubah kecuali mereka yang merubahnya'

Banyak sebenarnya aku dapat hari ni. Dah lama tak berdiskusi ilmiah santai macam ni. Oi bebudak sekolah menengah ! Rindu la dengan peringatan korang!



:
:
:
:
:
:




Habis kebas kaki pusing KLCC, aku gerak pergi Masjid Jamek.
Sampai kat stesen, aku ternampak satu situasi [macam cemas sangat bunyi].


Aku berjalan nak melintasi seorang kakak makcik ni.
 Dia bawa sebakul tisu beserta sebatang tongkat putih dan sebangku kerusi[?]  untuk orang buta. Mata dia celik lah tapi.
Impresi pertama aku, hm. sindiket lah ni.Buli orang buta untuk kutip derma.
Ish, teruk betul.

Akak Makcik tu jalan melintas depan aku seraya berhenti kat satu sudut lalu meletakkan kerusi tersebut.Berhadapan makcik tu, ada seorang pakcik yang nampaknya ada kerjaya yang sama iaitu menjual tisu.
Aku mula pelik bila makcik tu duduk sambil ramah menyapa pakcik merangkap jiran dia tu. Borak-borak 1Malaysia aku kira.
Lepas tu dengan selamba.... dia pejam mata.
Dia celik sikit. Aku nampak mulut dia kumat-kamit mengira tisu yang ada dalam bakul.
Lepas tu, dia pejam mata balik.


MAK AIIIIIIIIIIIIIII..
Suka hati kau je berlakon jadi orang buta depan orang ramai.
Baik betul perangai.

Aku kesian pada dia sebenarnya. Dia dah dustakan nikmat penglihatan yang Allah bagi.
Orang buta sejati pun tahu nak bekerja-mengurut untuk dapatkan duit halal.
Apa lah salah kalau jual tisu tanpa mem'buta'kan mata. Kan?

 Aku yang sukar bertindak rasional dalam keadaan panik terus pergi dekat makcik tu.













Dan aku snap gambar dia.

Ni ha kau. Pelakon drama terbaik.














Betul kata orang, jangan cepat judge orang dengan first impression.
Kau kena tengok lama-lama sikit tau!







Tuesday, December 28, 2010

sem 2 yang mengantuk

Kita mulakan dengan al-Fatihah.

Cuba lihat pada ayat


اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
 maksud: Tunjukilah kami jalan yang lurus.


Perjalanan kamu masih panjang. There's long way to go. Untuk sampai ke destinasi tu, akan ada banyak halangan yang datang terutama untuk kamu as a student. Masuk kelas lambat, telinga tersumbat earphone dengar lagu sambil lalalalaa hati ku gembira~.. Dah masuk kelas, tak beri perhatian. Dok cuit sana,cuit sini. Haha haa dengan kawan. Bila masuk kelas,sudah, lupakan yang lain. Tak mahu dah ingat perkara itu ini. Kalau belajar akaun, borak pasal accrued expenses, prepaid expenses. Itu tak apa. Ingat, nak mula kelas, baca Bismillah, baca Al-Fatihah. Minta Allah tunjuk jalan yang lurus untuk kita.

[mukadimah lect akaun gue; di suatu pagi yang hening]


Esok aku dah mula mendaftar untuk sem 2. Memang tercicir sikit sebab orang lain[iaitu lain course dan universiti dan mereka pelajar asasi dan matrik] dah masuk pertengahan sem pun. Belajar kena terus belajar. Minat boleh gali-gali. Tapi usaha kena build up sendiri. Harap subjek-subjek cool sem 2 ni bersifat ramah mesra terhadap aku yang berjiwalembut ni.
Aku tengah mengantuk ni. Barang tak siap kemas lagi sebab dah target nak jadi anak yang baik dengan balik setiap minggu di samping mengutip barang-barang yang berbaki.

Maaf la ayat tak ghairah sangat sebab aku memang tengah mengantuk. Aku still nak bercerita pasal impian 2011 jangka panjang aku tu. Tunggu post lepas[-lepas] ni ye. Terima kasih.


Sunday, December 26, 2010

cita-cita zaman bebudak sungguh indah tapi kita kena maju ke hadapan

Aku ingat lagi waktu darjah satu sampai enam, ada satu fail untuk diisi dengan kelas, nombor dalam peperiksaan, ketinggian, berat dan cita-cita. Setiap kali nak dekat-dekat habis tahun tu, dah habis exam dah sibuk tanya-tanya result orang lain, dah siap gembira dapat nombor satu lagi cikgu akan suruh buat kerja masing-masing. Main aa kad Happy Family ke, Sahibba ke, batu seremban ke kat belakang kelas. Kalau yang kaya sikit, siap bawa Monoply. Buat hal sendiri, tapi masih mengamalkan hidup bermasyarakat. Harmoni betul.


Cikgu kelas pula dengan beberapa budak yang memang muka selalu tolong cikgu hantar buku ke bilik guru, gigih memanggil nama sorang-sorang nak timbang berat, ukur ketinggian lepas tu tanya cita-cita. Kena bagi cukup tiga cita-cita. Kalau ada satu je mesti tipu bagitau sampai ada tiga ambition jugak.




Dari darjah satu, aku teringin nak jadi polis. Itu selalu jadi pilihan pertama. Aku rasa sebab masa tu cerita Gerak Khas famous lagi. Suka tengok polis tu lari-lari kejar penjahat. Sambil lari tangan mesti pegang pistol sandar ke bahu. Entah la. Tapi dulu-dulu orang cukup suka tengok cerita tu sampai budak kecik comel macam aku pun terpengaruh. Bayangan; jadi polis boleh nampak macho.

Yang kedua, aku pilih jadi cikgu. Masa tu aku ada seorang cikgu yang best. Cikgu Mariam nama dia. Aku memang kamceng dengan dia. Sebab dah memang turun-temurun adik-beradik aku dihantar ke satu sekolah dan biasanya akan dapat cikgu yang sama. Sebagai anak bongsu, aku selalu dapat tempias dan nama. Sebut Encik Zainal, orang dah tau la mana satu anak dia. Cikgu Mariam ni, semua orang suka dia. Setiap kali Hari Guru, dia la paling banyak dapat hadiah. Mungkin sebab nampak hadiah tu buat aku terliur nak jadi cikgu. Aku tak pasti.




Tempat kosong ketiga, aku pilih doktor. Zaman 1997, doktor merupakan satu kerjaya yang nampak best. Kalau ditanya kenapa nak jadi doktor, jawapan tipikal yang akan diterima mesti sebab nak tolong orang. Yang soleh sikit, akan cakap supaya dapat rawat mak ayah kalau diorang sakit. Lagipun kerja doktor nampak macam senang. Pakai wayar yang cucuk dua kat telinga lepas tu yang besi bulat kat hujung tekap-tekap kat dada pesakit. Tulis atas kertas, bagi lolipop dan suruh ambil ubat kat kaunter. Seronok woo.

Zaman 2011 ni, kalau fikir jadi doktor sesenang maggi, memang melingkup lah. Semua orang berlumba-lumba nak jadi doktor  Dahlah penyakit sekarang makin banyak . Kesian doktor-doktor sekarang. Kena belajar dengan double effort. 24 jam dah bahagi-bahagi jadi 12jam je untuk diorang. Jadi sekarang, aku memilih untuk jadi orang yang menerima rawatan je lah.







Dah besar-besar masih comel ni, aku makin nampak masa depan.
Jadi polis, macam tidaklah. Sebab tingkatan 4 dulu aku dah berpeluang menembak guna M-16. Memang best. Tapi cukuplah sampai situ. Penjenayah sekarang dah tak sesopan dulu.
Jadi cikgu, mungkin Insya Allah. Kalau diperlukan. Tapi dengar cerita, kalau nak jadi cikgu memang kena masuk Institut Perguruan. Dah tak boleh jadi bidan payung terjun dah.
Jadi doktor. Ehm. Sudah-sudah lah tu. Aku ni banyak pegang kalkulator sekarang.




[bersambung]

Thursday, December 23, 2010

Cuba Belajar Bersyukur Boleh Tak?

UPSR.
Alah, 5A je pun. Bukan dapat sekolah asrama pun.

Sekolah asrama.
Alah, sekolah asrama je pun. Belum tentu dapat no 1 dalam exam. Ramai lagi budak pandai-pandai.

No 1 setiap exam.
Alah, no 1 je pun. Orang nak 9A dalam PMR.

PMR.
Alah,9A baru. Yang penting kena target 11A SPM. Itu penting nak masuk U.

SPM.
Alah, 10A pulak. Sikit je lagi nak dapat straight A.

Masuk U.
Alah, U dalam negara. Tak feymes lah. Mesti tak cukup fasiliti. Dah la tak ada dalam list pilihan.

Dapat kos idaman waktu sekolah.
Alah, tak ada apa pun. Sama je. Belajar mendalam sikit je.

Lulus semua subjek.
Alah, lulus je pun. Pointer sikit oh. Sikit lagi nak kalahkan anak makcik Bedah sebelah rumah.

Pointer tinggi sikit lagi nak dekan.
Alah, memang gile ah. 0.1 jeeeee lagi nak empat rata. Duhhh!

Dekan.
Alah, dekan sem 1 .Belum tentu dapat Anugerah Naib Canselor.





Alah, Alah. Ingat ni iklan sabun basuh alah membeli menang memakai ke?




Boleh tak berlatih cakap Alhamdulillah walaupun hati kau tengah menjerit tak puas hati dengan apa yang kau dapat?
Sampai bila kau nak jadi manusia tak bersyukur?
Dan,bila dapat kejayaan yang cemerlang tapi kau still rasa oh itu usaha kau,cuba kau hafal ni;

Hazaa Min Fadhli Robbi.*senyum*
Ini sebahagian daripada kurnia Tuhanku
[An-Naml 27:40]



Tak perlu la malu-malu gedik bila orang puji kau dan cakap
'Eh..mana ada. Mana ada. Biasa jee' .
Usaha kau sikit je. Ingat tu.










Tahniah untuk adik-adik aku yang dah berusaha gigih untuk 9A dan berjaya perolehi. Semoga kejayaan ni buat lebih bersemangat untuk terus berusaha ke peringkat seterusnya. Rajin-rajin la belajar kerana ilmu. Nanti boleh jadi macam akak [?] 

Tuesday, December 21, 2010

It's The Climb

Ini kisah seorang DOKTOR yang sedang berjuang melawan penyakit KANSER.
Dia baru je meninggal dunia beberapa hari lepas.






Dan ini pesanan dia buat kita yang banyak dilimpahi nikmat,
sedikit ujian dialami.
Teruskan perjuangan.
 

 

Ketakutan terbesar kebanyakan daripada kita ialah MENGHADAPI KETAKUTAN.

Don't let FEAR take over you.
FIGHT IT.

Monday, December 20, 2010

Diari Si Budak Lepasan Sekolah

Assalamualaikum.
Hai.

Aku kat rumah dah ni.
Yes, SPM IS OVER WUHUUUU! Seronok tahu tak wuhuu!Aku dah plan nak buat macam-macam ni wuhuuuu!
Nak ambil lesen, baca novel banyak-banyak yang aku tahan sepanjang musim exam, qada' tido 10 jam, belajar masak, tengok tv, tutup kulit bukusekolah buka mukabuku, movie marathon, kahwin mungkin kalau ada yang nak, pastu aku ingat nak kerja part time lah. Macam best je.

Apa barang duduk rumah jadi penganggur. Tak matang lah. Kan dah habis SPM ni. Kena lah bebas dari peraturan-peraturan yang menyesakkan minda. Ada duit boleh pergi sopin sopin dengan kawan. Beli beg kat Masjid Jamek.

Lepas tu nak arrange reunion dengan member sekolah lama. Sekolah rendah kat tepi jalan tu. Teringat lagi dulu gaduh dengan sorang budak nama Lily. Nama betul Siti Nurhalilintar suruh panggil Lily.Bergaduh masam muka aku tak nak kawan kau sebab kau curi pakwe aku. Mula-mula kata tak suka tapi senyap-senyap kau belikan dia coklat Cadbury murah. Nasib baik aku pemaaf. Aihh.Tu tak kira member-member lain. Lama betul tak berjumpa. Berapa ramai la gamaknya anak-anak diorang. Member sekolah menengah pun mesti! Eh baru dua hari habis sekolah dah rindu betul ni. Kalau boleh reunion sama-sama dengan budak tadika pun aku nak buat.

Nasib baik tak dapat PLKN. Alhamdulillah. Bukan apa, hati ni tak kental nak tinggalkan mak ayah. Macam-macam dah aku dengar cerita pasal PLKN ni. Tapi yang paling banyak sampai kat telinga aku, kalau kau ni lone ranger, balik dari kem mesti berderet nombor kawan baru dalam henfon . Aihh, rugi rugi. Tak kisah la. Facebook ramai kawan ape. Hensem hensem lawa lawa. Macam-macam sekolah ada.Tiada hal.





Harap-harap dunia ni tak lalaikan adik-adik aku si lepasan SPM.
Ma'thurat pagi petang, dhuha awal pagi, Al-quran 4 muka surat sekali selak dan semua-semua yang diorang amalkan sebab nak hilangkan rasa gemuruh sepanjang minggu exam harap-harap diorang tak tinggalkan kat sekolah macam diorang tinggalkan kertas exam tu.
Dunia ni sentiasa beri ruang untuk diorang tersungkur dalam kelalaian.
Mudah-mudahan adik- adik aku selamat.

bukanecah :(

Susah laaa cuti ni. Jalan kat blog orang je kerja.
Blog orang lain best-best huh. Buat aku tak ada idea nak menulis.

Lepas tu baru aku sedar. Matlamat aku berblog sebenarnya untuk kepuasan sendiri.
Aku nak cerita pasal diri sendiri, pasal apa yang aku tengok, dengar dan alami.
Tengok orang pacak Nuffnang, bagi-bagi tips, letak-letak gamba dah bikin aku goyah.
Duhh. Kena tukar balik niat ni.

Monday, December 13, 2010

Video : Sudahkah kita masuk Islam..

............. secara menyeluruh?



Assalamualaikum.
Lama sudah tak share perkara bermanfaat . Asyik merepek je.

Mari kita jadi pemikir hari ni.

sumber: facebook



Beliau, Hilal Asyraf.  Meh baca blog Langit Ilahi. Hehe.
Di Facebook ada orang kata; nescafe kalau tambah air masak boleh jadi sedap.
Dia bergurau. Tak ada niat provokatif.


 
Aku terfikir.
Kata Hilal, nescafe itu seperti kejahilan. Datang air masak yang boleh juga dianalogikan sebagai Islam untuk seimbangkan semula rasa.  Hasil, nescafe yang pahit itu telah dineutralkan oleh air masak yang bersifat sederhana tapi punya kuasa.

Nescafe=kejahilan=pahit.
Air masak=Islam=tawar tapi penting untuk kesihatan

Nescafe+air masak
= nescafe O yang boleh diterima deria rasa
dan mungkin perlu untuk berjaga.
Mudahkan sifirnya?


Jadi, untuk merasai kemanisan IMAN,
 kita kena masuk Islam secara menyeluruh(kaafah).
Bukan Islam separuh-separuh.

Nak kahwin 4 nak eratkan silaturrahin laki perempuan ikut sunah, ikut Islam.
Nak tutup aurat ikut fesyen nak sembahyang ikut hati, tak ikut Islam.
Kalau rasa nak buat, buat. Kalau tak nak ambil yang ok ok je.
Hamboihh. Suka-suka kau je. Mana boleh! 



Peringatan untuk diri ini juga.



Sunday, December 12, 2010

legasi header yang berterusan.


sebelum


selepas sebelum


selepas sebelum-sebelum





Cuti ni, aku sangat berusaha untuk update dan cantikkan blog sebaik mungkin.
Dah memang itu je antara rutin aku. Sungguh membuang masa.
Tapi aku suka oh.

Aku belajar nak buat header guna Adobe. Susah gak eh. Memang menguji kesabaran.
Dua banner pertama, aku guna Adobe.Rasa tak puas hati macam ada cacat tapi entah apa.[banyak sebenarnya yang cacat.]
Last-last, aku guna Paint je. Fyi, itu ialah kepala seekor BEAR yeee.
Bear yang aku selalu conteng sebagai trademark aku kat setiap paper exam. Haha.

Lepas tu, ramai komen.
Eh, kenapa tak lawa sangat header kau akhir-akhir ni?
Kau tak reti buat header ke? Tak payah la letak header kalau begitu.
 Itu antara komen yang ada dalam imaginasi aku je. Aku bermonolog dalaman.

Paling sopan respon yang aku terima; kenapa bear tu masam jee? -_________-
Err. Itu bukan senyuman terbalik. Bear tu tengah bukak mulut dia. Tak nampak eh?
Bear tu tengah menganga laaaaaaa. Sob Sobbb.

Takpelah.  Aku memang tak ada seni sobb sobbsss.




.
.
.
.
.
.



Lepas tu kan kan..
 Ada pulak member yang baik hati offer nak buatkan header blog untuk aku setelah didesak berkali-kali.
Baik betul  dia ya.


Ini hasil yang pertama dia pass kan kat aku.
Dah cukup buat aku berkata 'eh, apahal lawa sangat kau buat ni? Susah-susah je.'
Aku suka dah ni.






Lepas tu entah apa buat dia nak tambah-tambah lagi rempah-ratus
dalam header ni. Aku terima je lah.
Dia dah bosan sangat kot tak tau nak buat apa.





Final touch dia.
Lawa gak ah.








So, kalau rasa header ni tak lawa gak, apa kata tolong buatkan
aku header lagi? Aku terima je. Tak kisah.
Boleh hantar kat ecah_ni@yahoo.co.uk eh
Header kan penting untuk beri impresi pertama kepada pembaca..
^____^Y




Eh engkau yang terasa bila baca post ni,
terimas banyak-banyak tau. Aku belanja satu entri kat blog aku.
Mahal nih!


Thursday, December 9, 2010

AMD filem terbaru

"Saya ada melakonkan babak-babak merogol, minum arak dan sebagainya dalam filem ini.
Babak yang orang kata rendah nilai moralnya. 
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton babak-babak tersebut. "
*senyum*
 -Pelakon lelaki; bukan Ashraf Muslim-



Aaaa...

Dia yang bodo sebab tak tau apa yang dia cakap atau aku ke yang bodo tak paham apa yang dia nak sampaikan sebenarnya?





Dah la ada Ashraf Muslim dalam filem ni. Kecewa betul.

Cuma satu perkara yang berlegar-legar dalam fikiran .


Aku sangat meragui kredibiliti filem ini untuk memberi keinsafan kepada penonton.
Jarang bebenoo dengar orang insaf lepas tengok cerita macam ni.
Eh, tak ada rasanya.

Sob sob sobbbbssss..
Itu tangisan sedih sebab syariat Islam dah dipublisitikan demi kepentingan peribadi.
Kan betul apa aku cakap~~

ohh result.


Salam.






Kritt krittt~




Hehe.


Result dapat dah. Alhamdulillah, kejayaan pinjaman untuk Sem 1 ni agak menggembirakan.
Mungkin berkat doa mak ayah masa kat Mekah dan kat mana-mana, doa kawan-kawan baru lama yang aku tak tahu, bantuan akak-akak kolej [esp sorang akak dekan ni]  yang tolong ajar aku Finance seminggu sebelum exam, dan sedikit usaha yang aku kira tak seberapa.. Allah Yang Maha Memberi tu dah beri sedikit nikmat yang besar nilai dia untuk aku..


Katakan YES! saya akan teruskan perjuangan :O






Aaa. Seram sejuk tengok result tak hilang lagi.




Friday, December 3, 2010

Review: Blog Pilihan

Hari ni, bersempena tarikh akhir mengundi Blog Pilihan Sesetengah Orang Malaysia, aku terasa nak buat blog review lah. Alah, memang tak bagi pengaruh apa pun. Tapi aku rasa macam best. Tak pe, kan kan? Nampak sangat aku dah terpengaruh dengan dunia korporat blog ni.
Ini ialah blog pilihan aku. Tak confidential pun.

 Blog Personal Lelaki Pilihan- Aizul | Marcello

First, sebab aku rasa header dia style. See, betul kan header bagi impak? Dia ada satu team photography yang aku tengok hasil dia sangat cantik walaupun aku tak pandai nilai hasil guna kamera gabak tu.




 Blog Personal Wanita Pilihan- Hanis Zalikha


Pada mula aku rasa dia sangat cantik. Dan memang, dia cantik. Dia model, pernah masuk realiti tv. Tapi aku rasa aku dan ramai orang paling suka bila dia bercerita tentang famili. Adik-adik yang sangat comel dan baik, mak yang cantik dan pandai buat kek. Yeah, dia memang cool. Gaya penulisan dia humble tak pernah nak kutuk orang. Paling penting, tak ada gitewwww ahakkzzahakzzz. Like.




Blog Tutorial Pilihan-MariBinaBlog

Aku baru jumpa blog ni. Itu pun lepas usha satu-satu calon untuk kategori ni. Bagi aku, blog ni bagus untuk newbie[kah?] macam aku. Banyak tips dan tutorial yang aku perlukan. Baguskan? :) Like.




Blog Personal Suami Pilihan-CursingMalay &
 SEMBANG KENCANG

Maaf, kategori ini saya agak bias.Saya ada dua pilihan tapi saya pilih ni.

Heh. Ini pun antara blog baru terjumpa. Kebetulan dicalonkan, aku terus vote. Isu semasa yang dia tulis selalu kena dengan pendapat aku. Dia sangat, berani. Guna bahasa kiasan supaya orang berfikir. Dan semestinya, header dia comel kan? Aku pun tak tahu kenapa dia tercalon dalam kategori blog suami. Dia jarang kot cerita pasal isteri dia. Sikit-sikit adalah. Tapi tak mengapa. Tetap best.


Ini, otai. Ada anak dua, dan itu antara bahan cerita dia yang menarik. susah nak describe. Tapi kalau nak sengih sambil berfikir, blog dia lah aku jejak.




Blog Personal Isteri Pilihan- Nani Rostam



Kau tahu dia siapa? Dia mak Hanis Zalikha kat atas tu. Satu anak-beranak tulis blog kecuali ayah. Memang best. Dan kenapa aku suka blog dia? Kau tengok gambar tu dan kau patut faham kenapa.




Ada satu kategori blog yang diorang tak masukkan.
Blog Ilmiah Pilihan:


Sudah tentu, Saifulislam.Com  jadi pilihan :)

blog lahh. bukan blok.



Anda seorang blogger? Atau pembaca blog tegar? Atau hanya menjadi silent reader?
Tak kisah la siapa pun anda, selamat datang ke satu alam maya lain  yang dikenali sebagai blog.


Sejauh mana anda suka  membaca blog ?
Macam aku, bila suka satu blog tu, aku akan baca dari mula sampai akhir. Maksud aku, entri terbaru dan kemudian aku akan godek-godek entri yang lepas-lepas. Dari situ aku boleh tahu siapa penulis blog tu. Karakter luaran dan sifat. Er, memang kita tak boleh judge orang, tapi kadang-kadang cara penulis blog tu sendiri yang mendedahkan sifat sebenar melalui penulisan blog. Ada je blogger yang aku detect cuba sembunyikan identiti, tak tulis nama penuh, guna gua lu laa, cerita pasal kehidupan dia dan pada akhirnya ada juga satu dua entri terlepas fakta yang dia seorang perempuan. Sampai tahap tu aku akan macam lehhhhhhhhhhh perempuan ke.. Supaya tak bias, aku juga mungkin akan cakap, cehhh laki-laki rupanya. Adil kan?



Cuti ni ada 2 laman web yang aku akan buka dulu bila on je laptop. Blog, dan Facebook. Mari kita tidak berbincang tentang laman web berlogo biru dan berhuruf satu itu kerana aku yakin majoriti pun dah set ia sebagai favourite list. Blog; satu-satunya medium menarik yang aku jumpa, yang dapat tambah pengetahuan aku dengan pendekatan yang lebih baik.

Menurut buku tebal bertajuk 'Discovering Computers 2011' terbitan Shelly Cashman Series,
blog is an informal Web site consisting of time-stamped articles in a diary or journal format, usually listed in reverse chronological order. Blogs reflect the interests, opinions and personalities of the author.

Itu selingan. Apa aku nak cakap sebenarnya, aku suka baca blog sebab kadang-kadang kita boleh tambah pengetahuan bukan sahaja daripada entri tu, tapi jugak daripada respons pembaca. Bukanlah di blog aku sebab aku rasa blog ni cerita biasa je.





Ada baanyak sebenarnya blog menarik sekarang ni, cuma disebabkan aku seorang yang loyal, jarang aku survey blog baru.  Itu kelemahan yang patut dikikis seorang blogger professional. Disebabkan aku tak, jadi tak perlu lah.haha. Survey rambang yang aku jalankan juga mendapati, kebanyakan blog menarik itu ialah milik blogger lelaki. Menarik dari perspektif aku ialah:

1. Header yang smart. Bila masuk blog dia je kau tahu, blogger tu pandai buat atau usaha nak buat header yang cantik. Blogger patut tahu yang header sangat beri first impression untuk blog mereka.
 Header aku tak cantik? Abaikan.

2.Teknik penyampaian. Blogger lelaki JARANG bercerita tentang personal life yang betul-betul personal seperti hari ni keluar berdating, pakai baju apa, tunjuk gambar kekasih. Baca balik ya, JARANG. Bukan tak ada. Kebanyakannya tahu nak olah ekspresi diri tu supaya pembaca macam aku tak cepat muak dengan cerita cinta dia.

3. Tak menganggu konsentrasi pembacaan dengan lagu indon yang dipasang lepas tu plug-in dia letak jauhh kat pengabisan blog. Bila aku baca blog orang, aku nak menghayati cerita dia. Post nak suruh baca, lagu pun nak sumbat bagi orang dengar.. Memang susah la begitu.  Boleh je nak letak lagu. Setkan supaya tak autoplay, lebih anggun begitu.



4. Bahasa. Macam aku tulis kat atas, pengolahan cerita dengan bahasa pasar yang menarik tu lah yang menarik.Walaupun aku perempuan, aku tak berapa gemarlah bahasa gitewww ahakzz cayunk ala-ala azwan ali ini. Ini bukan zaman myspace. Ini dah zaman educated. Kuasa menulis ni sangat besar impak dia. Bila kau mampu buat seseorang berfikir mengenai penulisan kau, kau ada satu potensi yang sangat besar yang aku pun tak tahu nak huraikan. Tapi yes, its so powerful. Ia mungkin akan merubah masa depan kau, agama dan negara. Bab ni aku tak main-main. Cuba lah.

5. Tutorial. Ini bagus juga. Daripada membebel bukan-bukan macam aku, baik bagi tutorial. Cuma aku tak ada kemahiran. Jadi aku tak buat lah. Memang bagus sebab banyak aku belajar mengenai blog melalui tutorial ni.
Blog ni macam kedai jual kain. Kau masuk FirstLady, ada macam-macam jenis baju yang warna-warni cantik betul. Tapi ada rasa tak berkenan, kau keluar je. Cari kedai lain. Kau masuk Hari-Hari. Akhirnya kau beli juga baju yang sama, dengan rasa puas hati sebab layanan dia bagus dan harga lebih murah. Kau faham ke aku guna perumpamaan kedai baju ni?

Blog juga best bila kau pandai cari kawan. Mungkin best untuk sesetengah orang bila dia boleh dapat anon yang tulis ayat mengancam dan garang-garang pada kita.  Banyak blog yang aku baca, ada anon yang mengutuk-ngutuk tapi tak berani nak guna id sendiri. Cik anon macam ni sebagai penambah perisa je. Pun tak bermanfaat untuk kemajuan penulisan blog.

Satu hakikat yang aku sedar, blog juga boleh jadi medium penyampaian ilmu agama yang bagus. Sangat bagus. Lebih baik kau copy paste artikel dalam iluvislam daripada kau mencarut bercerita bad day kau sahaja.



P/s: Kau tahu tak jam sekarang pukul 3.40 pagi? First time aku tak tido AWAL  pagi sebab dapat ilham nak menulis.

P/ss: Aku paling tak suka blog lelaki yang sebenarnya tak perlu pun ada unsur lucah dan cuba berlelucon dengan elemen lucah . TAK LAWAK LANGSUNG KAU TAHU TAK??

p/ss: Blog ini dunia aku. Aku cerita apa yang aku rasa. Kau kena faham tu. :)

Berikan keburukan menonton drama dan filem melayu. Ikut suka kau nak panjang mana pun.


Impilikasi tinggal kat asrama sekolah selama 5 tahun+asrama kolej ni,aku kurang rasa nak tengok tv. Zaman astro mula nak feymes dulu, memang tumbuh macam cendawan laa piring-piring kelabu kat segenap rumah. Masa umur aku 12 tahun, ayah baru pasang astro. Dua tiga hari jugak nak tunggu astro tu masuk. Excited si  budak hingusan, sanggup bangun awal pagi pegang remote sepanjang hari nak tengok dah ada belum berpuluh-puluh rancangan berwarna terang di skrin tv yang dijanjikan itu. Bila dapat je siaran, terus aku tengok ulangan konsert AF yang pertama kat saluran @15 tu. Menarik lagi AF waktu tu untuk budak hingusan macam aku. Buat aku sanggup fly hujung minggu. 

Berapa tahun je astro tu bertahan. Sebab, rumah hanya dihuni oleh mak dan ayah yang tak tengok tv pun. Tv yang dipasang selalu dibiarkan berbicara keseorangan.  Bila dah pindah rumah baru, langsung tak merancang nak pasang astro lagi sampai sekarang. Baguslah, sebab aku rasa rancangan tv sekarang makin merepek. Terutamanya filem dan drama Melayu yang ulang-ulang dan tak ada moral.

Lucah
Sebagai seorang remaja yang aku kira dah mampu nak berfikir secara separa matang, aku rasa cerita Melayu terutamanya, yang disiarkan kat tv tak lebih dari untuk mencari publisiti dan keuntungan daripada matlamat yang betul iaitu untuk mendidik. Secara jujur, dah terlalu banyak cerita-cerita berunsur lucah dan tak sesuai ditonton ye adik-adik. Apa halkah drama kategori 'U' iaitu untuk TONTONAN UMUM mesti ada diselitkan babak rogol bapa-anak, abang-adik, lelaki-perempuan( sama jenis tak dikira ye.) dan paling tak boleh blaa cerita suami yang membenarkan laki lain 'merompak' isteri dia. Umumkah itu? Elok je nak tengok satu famili,dah kena opp oppp tukar saluran  lain konon-konon.


Pergaulan bebas.
Nak tunjuk filem drift-drift ke, mat rempit sikit ke, mesti ada dua tiga perempuan pakai seksi terkinja-kinja bajet hot dalam filem tu. Masuk kelab malam, lagu macam nak bagi pecah telinga. Lompat-lompat lagi. Baik main skipping. Hah, apa moral filem macam tu? Nak bagi keinsafan kepada anak muda supaya jangan jadi macam ni? Aku rasa budak yang tak teringin pun boleh terpengaruh untuk mencuba.
Kalau tak, mana mungkin kes-kes sosial remaja makin meningkat sekarang.Oh, budak umur 12 tahun pun sudah berani mencuba.

Agama
Berlambak dah kan drama sekarang yang berunsur FESYEN islami? Sejak bila dia mula aku tak perasan la pulak. Tapi serasa aku sejak si Nur Amina isteri yang sopan itu sangat setia menunggu Adam si suami supaya insaf dan pulang ke jalan yang benar. Masa tu semua pun dah macam huihhhh dapat isteri macam tu memang aku jaga betul-betul la. Apa ke sweetnya mereka ini. Berjuta rakyat telah jatuh cinta kepada cerita Nur Kasih dan mengakibatkan cerita ini hot mencecah juta-juta penonton. Pembikin cerita dah nampak potensi keuntungan di situ ye. Makanya, diarah kerah sekalian pelakon hendaklah melakonkan watak islami terutama pelakon wanita.

Aku paling tak suka tengok watak macam ni. Sesuatu tu eksklusif bila ia rare. Bila dah common, rasa macam mahu muntah pula. Diibaratkan orang yang ada DSLR satu ketika dulu nampak cool, tapi tidak lagi sekarang bila semuaaaa orang boleh gantung kamera gabak tu kat leher tanpa tahu fungsinya pun. Annoying kau tahu. Sama lah sekarang. Kalau ada perempuan bertudung yang alim-alim dan start mengeluarkan membaca ayat quran yang bermaksud blabla dalam surah sekian-sekian atau hadis sambil muka mengingat bait-bait skrip, mesti aku tukar. Entahlah. Tapi aku tak suka. Rasa macam erghhh fake betul kau. Mudah-mudahan ada la antara diorang dapat hidayah melalui skrip-skrip tu. Amin.


Seingat aku la, dulu waktu kecik-kecik, slot cerekarama malam Ahad dengan drama bersiri waktu petang paling best. Ada Cili Padi dengan cerita Siti Musfirah tu.  Atau cerita yang lagu dia Namun Ku Punya Hati. Tacing kan?  Mana ada sangat cerita rogol-rogol ni. Masih innocent. Umur macam ni laa baru aku tahu banyak perkataan dan isyarat pelik.  Tahniah la kepada yang terlibat.

Cerita Melayu susah nak cari yang membina sebab filem kita selalu disekat. Filem yang berbentuk ilmiah maksud aku. Sama macam tersekatnya pemikiran kita. Nak tengok cerita perubatan, mesti yang lebih cerita cinta para doktor. Agak-agak kalau betul doktor asyik fikir pasal cinta kat hospital, menggelupur pesakit-pesakit tu. Baik kau tengok House. Dia tunjuk satu-satu penyakit, sebab, modus operandi dan implikasi . Nak cerita pasal polis,  realitinya mereka bukan seserius tu. Aku pernah kawad kat balai setiap petang, lepak je mereka aku tengok. Main bola tampar hoha hohaa jugak. Nak tengok cerita cikgu dan anak murid yang tak bergaduh? Pi tengok Upin-Upin. Kan mudah.

Jadi kau, kalau nak tengok cerita tu pilih la yang berkualiti sikit. Ada je cerita anak derhaka jerit-jerit kat mak, kau tak payah nak tengok sangatlah. Ending dia kalau tak gila, mesti menangis dalam hujan. Takpun, sakit telantar atau mayat jadi berat, sampai liang lahad, tak boleh nak masuk.
.


Kau nak insaf betul, pegi ambil wudhu' ambil quran terjemahan, Iqra'. Pastu baca maksud sekali. Duduk diam dan hayati. Moga taufik hidayah daripada Allah betul-betul meresap dalam hati.



Boleh dapat Ae tak? :P

Tuesday, November 30, 2010

NURUL SYAMIMI ADAM ni kawan aku.

Salam.


30 November;
tarikh dia keluar uwekk uwekk kat dunia ni.
Alhamdulillah.

Mungkin waktu itu dia hanya sebesar tapak kaki atau mungkin jua hanya besar tapak tangan
kerana sehingga tingkatan 1, dia agak.. kecik.
Tapi kini, lihatlah dunia....

Dia dah besar + tinggi weh!


NURUL SYAMIMI BINTI ADAM;
selamat ulang tahun yaww :)
hoho. tak tsiqah sungguh ayat.


Kalau awak baca ni, kita doakan:
Semoga umur yang Allah panjangkan dan pinjamkan ni diberkati
Persahabatan kita akrab macam buku dan kulit buku [?]
Sentiasa jadi baik cemerlang alim _____ ______ ______ [tambah ah]
Jadi ahli politik yang berjaya. haha

 aa.. kita doakan yang baik2 je. Jangan risau lah.








aaa.. tak tau la nak tulis panjang-panjang ayat skemanisuwitsuwit.
 dah lukis tikus tu pun dah cukup suwit kan kan ?

alah, kite tau awak suke~ haha


Monday, November 29, 2010

merepek tentang kawan-kawan saya

Aku baru baca blog bakal doktor lepasan mesir dan aku terasa nak menulis. Post ini tiada unsur-unsur putus harapan dan kekecewaan dan kesedihan dan emosi ya.
Harap maklum.


Ehm. Assalamualaikum.

Dulu, saya mahu jadi doktor. Saya minat sangat SANGAT sangat matapelajaran Biologi. Biologi ajar saya lihat alam secara terperinci. Lebih-lebih lagi bila penciptaan alam dan makhluk banyak diceritakan dalam Al-Quran. Saya rasa cool betul ya apabila dapat relate kaitan penghidupan dengan agama. Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan semuanya disebut dalam Al-Quran. Bila jalan-jalan tu, kita boleh fikir.. Subhanallah, cantiknya bunga banyak warna sedangkan benihnya sama sahaja. Masha Allah! Macam mana burung boleh terbang tinggi tak perlu ada kipas untuk terbangkan?

Dulu saya bayangkan, kalau saya jadi doktor, saya boleh bantu rawat orang, beri motivasi pada adik-adik bakalan doktor juga supaya jangan jadi doktor yang tak bertamadun. Belajar dengan buku, bukan persekitaran jadi guru. Belajar kerana peperiksaan, lupa langsung kepada Tuhan. Sebab bukan semua bertuah dapat belajar semua tu. Al-Quran kena jadi panduan nombor satu.

Saya baca, saya dengar.. nak jadi doktor ini susah. Kena banyak membaca sedangkan saya tak begitu. Suka baca, tak kuat pula nak mengingatnya. Paling penting untuk zaman berorientasikan kiasu dalam pendidikan ni, saya tak reti nak susun ayat nak cerita pada sang pemeriksa bagaimana ini dan itu berlaku. Saya suka baca untuk tahu saje. Macam mana nak jadi doktor begitu?


Mungkin bukan rezeki saya. Saya berada dalam dunia digit-digit yang saya pandang remeh(bukan pandang rendah ye) dulu. Sejak keluar result tak dapat masuk U sampai sekarang, saya masih mencari hikmah.
Kenapa ye bukan doktor?




Untuk kawan-kawan saya yang dipilih oleh Allah untuk teruskan perjuangan dalam bidang yang sama; Medic, Chemical Engineering, Islamic Studies dan yang glamer-glamer itu, jangan pernah rasa penat dan bosan ya. Di luar ni, beratus ribu orang lagi dah dikecewakan oleh Mr UPUkiasu. Anda dah berusaha gigih untuk SPM, tiba tahap ni anda hanya perlu kekalkan usaha belajar secara konsisten dengan tingkatkan usaha ibadah supaya Allah bantu sentiasa. Al-Quran tu jangan ditinggal sekalipun kau sibuk nak exam.

Saya tengok, pelajar subjek kritikal macam medik lebih cool bila pelajaran mereka diadik-beradikkan dengan ilmu agama. Cool sangat kau tahu. Dan, saya nampak juge, pelajar medik luar negara lebih ramai yang alim ilmu agama ni. Mungkinkah kita terlalu selesa dengan Islam warisan [mak ayah dan sekolah] di Malaysia ini? Yang kifayah itu penting, tapi jangan ain dipandang enteng. Menggapai matlamat dunia jangan diabaikan bekalan akhirat sana ya.

Nikmati ini :)




Renung-renungkan dan selamat jadi orang beriman:)






Thursday, November 11, 2010

hari ni ada artis meninggal.

Ucapan takziah untuk ahli keluarga beliau.
Marilah kita sama-sama sedekahkah Al-Fatihah kepada beliau.





........................








Demi mengubati kerinduan para peminat, saya akan putarkan lagu-lagu hits beliau sepanjang dua jam .











Ape kejadah.
Mati tu macam takde ape je kan ?



      

Sunday, October 31, 2010

boleh je kau nak cantik kat dunia,tapi berpada-padalah.

Salam 1Islam :D

Dah dengar kot tentang Islamic Gimic Fashion Festival baru-baru ni. Aku tak tahu pun. Orang yang beritahu. Dunia sekarang tanpa Internet memang buat kita jadi katak. Orang yang beritahu tu kata, Fashion Festival sahaja tak ada pun Islamiknya baru habis dan banyaknya pengkhianatan dalam berpakaian cara Islam sekarang. Sebenarnya aku tak hairan pun. Wey, aku bukan tak sensitif tentang agama laa. Aku tak hairan apabila Festival Fesyen wujud cacat cela macam tu. Dari dulu pun memang macam tu. Cuma, semakin lama, semakin hebat idea kreatif menghina sekarang ni.



Fesyen dan trend merupakan dua perkara berbeza.
Aku tau kau malas nak Google. Jadi, izinkan aku beritahu.

Fesyen menurut Kamus Dewan Online(KDO) ialah gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku. Menurut Ecah Online, fesyen tu banyaknya berkenaan pakaian tak kira cantik atau tidak tetapi diterima oleh akal yang waras.
Trend pula menurut KDO, perkembangan rentetan kejadian. Kata EO, trend ni lebih kepada ikut-ikutan akal dizahirkan melalui perlakuan.

Dari dulu aku minat fesyen. Aku suka pada pakaian yang cantik. Tapi aku bukanlah orang yang terpilih untuk membeli-belah di FOS, MNG, GIRLS, FirstLady atau apa-apa butik cantik tapi mahal yang kau tahu. I am a bargain hunter and I'm happy to be one. Aku tahu kau tak tanya. Teruskan.

Malangnya, kedangkalan akal fikiran untuk membezakan cantik tu semakin membimbangkan belakangan ni. Fesyen digabungkan sewenang-wenangnya dengan trend menjadikan satu pembaharuan yang merosakkan.


Macam ni lah.

ini bukan tak ikut syariat dah,
memang out terus.


cerita kokakola berulang




Kau rasa ini memenuhi fesyen atau trend?
Aku rasa dua-dua pun tidak.


.....................







Tak payah nak geleng-geleng kepala kata ishh teruknya laaa orang akhir zaman.
Check balik diri kita ni. Dah ikut syariat ke belum. Aurat perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Yang lelaki, pusat hingga lutut. Plus, jaga pandangan. Settle ke tidak?

Perubahan bermula dengan invividu. Kalau tak ada permintaan dan tindak balas pada pakaian yang tak menutup aurat, tak akan ada baju merepek-repek termasuk tudung pin belakang leher nampak telinga.








Persoalan yang orang kita perbincangkan, siapa yang menganjurkan semua ni?
Aku tak tahu lah. Kau tahu ke?
Tak tahu tanyalah pakcik Google. Aku malas nak kecoh.
Nanti kena tangkap :)







Saturday, October 30, 2010

i lost my words

Salam.
I have just finished my English paper and now i feel like writing in my not-so-mothertongue languange. Can I?

I think the English paper is quite easy yet tricky. For essay part, Absenteeism Among University Students was the topic. The details, negative peers' influence, dull subject and ingnorant parents and lectures had given and what is needed was just a simple elaboration. I was enthusiast to write about teenangers who often skipped classes as it is about one of serious problem nowadays. Social problems are interesting issues to discuss anyway. Unfotunately, I think I failed.

Since I was in school, this is the major problem.
I have the ideas, but I just failed to express them with good words.
I can't deliver the message successfully nor creating any fantastic imagination if asked to write a story.


I've tried to develop my English vocab by reading NST. But the new habits was just ugghh.
Practising new habit one another story. FAIL.


Huhh.



...............










Ok sudah. Terasa betul English aku tak bagus.
Entah macam mana aku nak buat MUET nanti.

Saturday, October 16, 2010

entri final sem 1.

Semester pertama di kolej ni hampir tamat.
Minggu pembelajaran dah selesai. Sekejap je kan 6 bulan beramah mesra dengan kita?
Sem satu, memang menarik. Menarik sebagai permulaan.
Aku dapat ahli kelas yang.. tak ramai, tak banyak kenangan untuk nangis-nangis rindu,
tapi, mereka watak baru yang ajar aku jadi manusia. Baik-baik kesemuanya.


Tak kira lah..
ahli kelas..



atau budak rumah..



puan dan encik pensyarah..




dan masih mereka..





Terima kasih kalian.

Kadang-kadang kata sayang tu tak perlu diucap banyak kali kan? :)


Friday, October 15, 2010

sepetang bersama abu dan encik ali.

Masalah gejala sosial kian menular dalam kalangan remaja. Ketandusan kasih sayang daripada instisusi kekeluargaan yang merupakan akar tunjang dalam proses mengenali dunia; merupakan antara faktor dominan terhadap permasalahan ini.

Habis kelas. Kebiasaannya kalau tamat kelas jam 2, perpustakaan memang jadi tempat persinggahan. Petang tu, hati tergerak untuk ke taman. Kalau ikutkan, memang bahaya bergerak seorang diri. Jalan yang penuh dengan kereta-kereta mewah mengejar hal dunia, jalan berdebu dek pembangunan mengorbankan alam, tambah pekerja-pekerja asing yang berkhidmat untuk negara, nak capai matlamat 1Malaysia. Nak buat macam mana, itulah aku- bergerak ikut kata hati.
 Berbaloi. Hijaunya taman buat aku rasa lapang. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa Jawa. Lembut.  Mula keluarkan buku, buat sikit ulangkaji. Habis ulangkaji, mata aku tertangkap pada satu pemandangan yang menyenangkan. Sangat menyenangkan.



Abu sedang bermain bola sepak dengan gembira bersama Encik Ali. Setiap petang mereka akan bermain bola bersama.

 Memang Encik Ali seorang jaguh bola sepak pada zaman remajanya. Dia merupakan atlet harapan Sekolah Menengah Kebangsaan Laki-Laki Cemerlang. Kini, dia boleh berbangga melihat anak lelakinya mewarisi bakat zaman remajanya suatu ketika dahulu. Encik Ali sedar yang dia kurang meluangkan masa bersama anak lelakinya, Abu dek hambatan masa sebagai seorang ahli bisnes. Jadi petang itu, dia mengajak Abu bermain bola sepak.


Abu, seorang pelajar terkenal di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Bagusahaja. Cemerlang dalam akademik, aktif dalam bersukan. Dia bukanlah jenis anak muda yang sering berfuya-fuya bersama rakan-rakan. Berborak gelak ketawa bersama sambil menghirup teh tarik, menghembus asap-asap hasil bakar campuran tar dan racun tikus serta mensuwitt suwitt gadis di jalanan. Bukan. Itu bukan Abu. Dia lebih suka memanfaatkan masanya di rumah. Tetapi, dia sering sahaja ditemani Mak Bik. Bukan ibunya yang sudah lama meninggal dunia. Bukan juga bapanya si ahli bisnes.

Petang itu, Abu baru sahaja mahu menapak keluar dari rumah. Bersama bola sepak berwarna putih berjalur merah dan bola keranjangnya. Mahu melaksanakan aktiviti riadah harian. Seorang diri. Selesai mengikat tali kasut, Encik Ali pulang dari pejabat. Di luar dugaan, Encik Ali mengajak dia bermain bola sepak bersama.

Abu dan Encik Ali  bermain bola sepak dengan penuh kegembiraan. Tiada tanda-tanda bahawa mereka sepasang anak beranak. Lebih dilihat mesra sebagai sahabat. Mungkin kerana sudah terlalu lama mereka tidak meluangkan masa. Maka, setiap tendangan itu penuh dengan kasih-sayang yang diberi dan diterima dan kemudian dibalas dengan tendangan yang lebih kuat.



Telefon bimbit Encik Ali berdering. Encik Ali di talian. Mungkin dihubungi rakan kongsinya.
Kakinya masih cuba menerima dan membalas bola yang datang. Namun, fokusnya bukan di situ.
Abu, mula bermain dengan bola keranjangnya. Bola dibaling, kemudian ditangkap sendiri. Nampak keseorangan. Dibaling lebih jauh, ditangkap lagi. Nampak tidak dipedulikan. Tapi Abu dah lali.
Tamat perbualan antara Encik Ali dan mungkin rakan kongsinya itu. Encik Ali mula menarik perhatian Abu kembali. Mereka menyambung permainan semula. Kali ini, Encik Ali berusaha untuk melatih Abu dalam bola keranjang pula. Mujur, pemandangan indah itu berakhir dengan penuh kegembiraan.
Mereka meluangkan minit terakhir petang itu, menikmati air botol di bawah sebatang pokok.



Tamat.









 

Teknologi mampu memberi kesan dalam beberapa minit, kan?

Abu dan Encik Ali memang sangat suwitt. Tak tipu.
Lebih suwitt daripada sepasang merpati tak cantik
yang baring-baring gelak-gelak berkongsi momen manis dalam dunia mereka sendiri.







.

Saturday, October 9, 2010

lambaian

Alhamdulillah.
Mak ayah dah selamat bertolak-menunaikan Rukun Islam ke-5. Oh, aku tak cerita ye? Tak pe. Ni dah beritahu. Lebih kurang 2 bulan mereka akan berada di sana dan aku, akan berada di sini cuba hidup seperti biasa. Mungkin sebab dah terbiasa hidup berjauhan dengan diorang, jadi aku masih dalam keadaan normal. Cumanya, ada sesuatu yang terlekat pada ingatan lah. 'Siti Aisyah kena jaga rumah. Balik setiap minggu mungkin. Masak untuk abang-abang yang balik pun setiap minggu. Tapi tak boleh berfoya-foya pergi jalan-jalan seronok dengan kawan. Tak boleh. Kenapa? Sebab rasa macam tak boleh jee.. ' 


Orang yang pergi ke Mekah ni orang-orang yang terpilih. Tapi antara yang terpilih ni, siapa yang sebenarnya yang betul-betul terpilih?
Ape itewww?

Ayat pasifnya, siapa yang akan terpilih untuk dapat haji mabrur selepas terpilih untuk pergi ke Mekah?
Tak semua orang yang pergi ke sana AKAN dapat haji mabrur. Kalau setakat letak gelaran Haji pada pangkal nama memang semudah ABC. Senang macam nak cipta ID emel. Untuk dapat haji yang baik itu, tak mudah. Eh, mudah insha Allah. Andai patuh pada rukun dan syarat dan perkara-perkara kecil.

Aku selalu je dengar, pergi haji tak boleh rasa marah dan marah-marah sikit pun. Senang je Allah tunjuk apa akibat bila kita sombong. Ye, bila kita marah dan marah-marah  pada orang lain tu maknanya kita sombonglah. Rasa macam bagus sangat tapi sebenarnya takde bagus mana pun. Sebab kasih-sayang Allah tu mendahului kemurkaan-Nya. Kita? Marah dulu, tapi belum tentu kerana sayang.
Balik pada cerita. Waktu berkumpul ramai-ramai kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dengan ramai-raaaaaaaaaaamai orang kurang sikit orang kat Sureheboh, mesti ada rasa panas-panas tambah sempit-sempit tambah gelak ketawa si sanak-saudara yang agaknya lupa dia nak hantar ahli keluarga pergi Mekah, bukan luar negara bercuti musim panas.. waktu tu aku teringat. Kalau ini baru orang kat Malaysia beberapa negeri. Dah macam-macam fi'il, macam mana ye kat Mekah. Orang seantero dunia. Tinggi rendah besar kecil putih tanah gelap sikit. Nak advance lagi, kalau kat Padang Mahsyar Allah kumpul SEMUAAAAAAAAA manusia sejak zaman nabi Adam lagi. Kau rasa ramai tak? Ehmm. Aku rasa yang mampu kita imagine pun setakat ratus-ratus. Yang selalu tercongok tunggu konsert yang selalu buat time maghrib tu baru ratus-ratus ah. Bila rasa nak marah tengah-tengah orang ramai tu, cepat-cepat la teringat apa yang Allah kata.  Kita ni kecil je. Kecil sangat oih. Sebab tu kita kena buang sifat-sifat mazmumah seperti cepat benar tak suka orang, hobi suka membeli tak boleh blah sebab bazir duit, hubbudunia-suka dunia macam tak nak mati, dan lain-lain. Apa yang kau tak suka tengok orang buat, kau jangan buat. Dan jangan buat perkara yang kau rasa malu bila orang tahu. Kerana itulah dosa.

Aku rasa macam dah merepek tak tentu je ni. Kau cari la isi-isi penting ye.
Jadi, kena stop di sini.



Copp! Nak cakap sikit je lagi.

Jom, jadi orang yang terpilih dalam kalangan yang terpilih?
Terpilih menjadi orang Islam yang beriman secara keseluruhannya berbanding mereka yang mengaku Islam tapi beriman separuh-separuh?
Terpilih untuk masuk ke syurga lebih awal berbanding orang Islam yang dijanjikan masuk syurga, tapi lambat sebab kena redeem balasan dosa?
Jom weh?

Friday, October 8, 2010

karma

Apa kau rasa bila seseorang datang pada kau.

Tunjuk ekspresi muka tergamam.

Dan minta berkenalan.



Sebab muka kau sama macam adik perempuan dia yang...

Dah tak ada?



Dan kau tahu dia sangat jujur..

Saturday, October 2, 2010

deactivate.

Facebook. Dah lebih kurang 2 minggu aku menyahaktifkan Facebook. Tak tahu sampai bila. Apa yang aku ingat,waktu aku nak deactivate tu aku rasa Facebook dah tak seronok sebab kawan-kawan sibuk baca buku yang memang buku bukan mukabuku. Kemudian aku dapati aku lebih gembira hidup tanpa laman tu sebab tak payah fikir eh ada orang tag gambar tak atau apa yang ada kat dinding tulis tu hari-hari. Sebab kolej aku tu memang tak block facebook. Senang nak online. Youtube yang boleh jadi ilmiah tu pun di block. Mula-mula aku terfikir la, dulu kalau tak silap myspace kena block di satu-satu syarikat supaya pekerja tak curi tulang. Dan sekarang, facebook yang mirip-mirip myspace tak pulak kena block Kenapa? Mungkin laa. Mungkin sebab SEMUA orang dah ada facebook. Kau faham tak maksud SEMUA? Ulasan encik polis pun dipetik dari facebook kan. Jadi, untuk yang baca entri ni, kalau nampak aku teraktifkan balik barang sejam dua, kalian senyap-senyap sudah. Okay? Okay budak baik.


Dua tiga minggu ni juga, ramai kawan-kawan sekolah yang dah fly. Oh maksud aku fly naik kapal terbang. Bukan fly yang illegal kena panjat pagar tu. Rasa macam. em.. Weih, aku gembira untuk kalian! Itu je.



Dulu kan kann waktu mula-mula masuk kolej dan ternampak kapal terbang, aku mesti terasa nak nangis. Rasa macam alahaii bila agaknya dapat fly. Macam jauh lagi je masa tu. Sekarang dah tak kot. Aku dah boleh sesuai kan diri dengan ITM Kuala Lumpur ni. Mencari hikmah dan belajar untuk redha.

Cita-cita masih ada. Usaha kena lebih lagi la kan. Jalan cerita setiap orang lain-lain.

Em. Melihat berita penerbangan ke luar negara dan perpindahan2 sekalian rakan ke U juga antara sebab aku deactivate akaun facebook itu. Takut sedih lagi. Kuang3..



Saya gembira menjadi pelajar akaun dan menjalankan TANGGUNGJAWAB SEBAGAI DAI'E di sini.
Anda bagaimana ? :)

Sunday, September 12, 2010

Teori ketupat de puzzle

Alhamdulillah. Sampai raya keempat dah.

Apa mahu cerita? Em. em. emmmmmmmmm.

Cerita raya saya tahun ini; rasanya hambar. Pucat macam tak ada warna. Tawar tak ada rasa. Mungkin sebab puasanya saya tak isi dengan bahan-bahan ibadah yang sedap. Tak hias dengan sedekah dan zikir. Hasilnya, saya dapat rasa raya yang biasa-biasa. Seronok bersama keluarga, tapi tak ada feel raya. Uhh. Ruginya.. Moga-moga dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan tahun depan. Tak boleh mudah rasa senang dengan iman yang pasang surut sebelas bulan ni rupa-rupanya. Lagi-lagi bersama mereka yang tak begitu meraikan Ramadhan  :'(

Jadi, aku (tiba-tiba tukar aku..hua3) tak berapa mahu cerita pasal raya ini. Neither about baju raya, nor duit raya. Juga bukan pasal makan-makan kuih raya yang menyebabkan kandungan gula garam dalam darah aku meningkat. OH NO!



Ada  satu cerita dengan dua moral aku nak kongsikan. Mari-mari duduk. Berhenti makan dulu.
Cerita tak ilmiah pun. Ok mula.

Pada zaman dahulu.. Hari tu kat kampung, aku dengan abang aku cuba nak belajar buat ketupat daripada ayah aku. Noob betul baru nak belajar buat ketupat kan. Tapi belajar juga la sebab nanti orang kata inila budak-budak sekarang buat ketupat pun tak tahu. Tabik la siapa tahu buat ketupat kan. Teringat fenomena buat ketupat kat sekolah dulu. Jadi, duduk bersilalah kami dua beradik bersama ayahanda yang sedia untuk mengajar. 

Fasa pertama, silang-menyilang. Ambil daun kelapa, lilit-lilit tangan, ok mulakan menyilang. Silang satu jadi. Silang dua..er. susahnya nak buat ketupat! Rasa macam nak give up dah. Tapi tengok abang aku yang semangat lagi cari jalan nak selesaikan puzzle de ketupat. Aku join lagi. Kung kang kung kang. Silang satu, silang dua.
adik yang pemalas : Dah la yah. Orang tak berseni la.
abang yang berjaya : Biar tak berseni, tapi tak putus asa.

Fine. Buat lagi. Buat buat. Fasa dua, kemasan.
Anak yang tak berseni : Macam mana nak kemaskan? Tarik yang longgar?
Nanti terurai la dia. Kenapa macam ni pulak? *sambil belek-belek ketupat yang masih togel.
Ayah yang penyabar : Buat jee. Jangan tanya kenapa-kenapa. Buat ketupat mana guna teori.
Anak yang tak berseni : Aah gak kan. *diam dan berfikir*

Kung kang kung kang.
Yeay siap! Tapi buruk.



Get the morals of the story?


YES.
Satu; Biar tak berseni, tapi TAK PUTUS ASA. Baru buat sikit dah rasa susah. Belum buat banyak kali dah rasa tak boleh. Kalau kau cepat putus asa, maknanya kau pemalas. Result untuk orang yang pemalas ialah gagal! Antara sebab gagal ialah pemalas! Kau paham tak ni??  Oh, ini teguran untuk diri sendiri yang tak faham-faham Financial Accounting lagi..

Dua; Hidup ni bukan semuanya berkenaan teori. Mampu difikir oleh akal yang waras. Orang dolu-dolu hidup dengan kemahiran. Melalui pengalaman. Mencari jalan untuk selesaikan masalah. Kau tengok, segala petua yang kita dapat pada hari ni yang sesetengahnya orang pandang remeh, itulah yang bermanfaat. Tok nenek dolu mana pakai teori. Kan? Agaknya kalau diorang pakai teori- berfikir kenapa dan kenapa sahaja tanpa berpraktikal, apa yang kita anak muda pada hari ini akan dapat? Jangan salah anggap. Aku tak suruh jadi orang orang yang malas berfikir. Masalah timbul bila terlalu banyak berfikir tapi tak mahu buat.

Aku harap begitulah.
Teringin jadi manusia berkualiti. Memanusiakan manusia bukan hanya pada teori. Tapi juga terisi minda dan rohani.
Amin.

Saturday, August 14, 2010

dah puasa kelima ni..



bismillah walhamdulillah.

Terlambat dah ke nak ucapkan, Ramadhan Kareem[!] ? Harap-harap tidak.
Oh, zaman sekolah dulu selalu bergema ucapan-ucapan mulia ni.

Kekecewaan satu:
Berpuasa sebagai seorang 18 di tempat baru ni berbeza perasaannya. Rasa dah tak semeriah dulu. Tak ada alunan Al-Quran kat surau Subuh Maghrib dan sepanjang hari, iftar jemaah, tarawikh, pemandangan hamba-hamba khusyuk bersemangat bertadarus, poster artikel tentang amalan sunat bulan puasa, banner yang tertulis; Ramadhan Kareem!.. ye, yang belakang-belakang tu tak penting sangat. Tak apa pun kalau tak ada, tapi kalau ada bukan ke berkemungkinan bulan mulia ni terasa lebih dirai? 



Kekecewaan dua:
Hari tu pi jalan-jalan. Kecewa oh.. baru hari ketiga berpuasa dah bergema lagu-lagu ceria hari raya di Jalan Masjid India tu.

Terlalu awal untuk gembira sambut hari raya, sedangkan puasa belum dihayati sepenuhnya.
Mana hilangnya jiwa kita?




Kata kawan baik aku, bulan puasa ini ibarat satu medan pertempuran. Kita semua sedang berjuang.

Persoalan, berjayakah kita menang dalam 'perjuangan' ini?
Atau sibuk fikir cara meraikan kemenangan sebelum benar-benar terbukti kemenangan itu milik kita?
Renung-renungkan dan tingkatkan amalan!
Salam Ramadhan. (:



يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa