Monday, May 2, 2011

Hello Dua Puluh Lima Hari Cuti. Anda Apa Khabar?

Assalamualaikum.

Semua nak bercerita tentang buku yang mereka dapat di Pesta Muda-Mudi Buku hari tu. Entah apa-apa. Sungguh cemburu sebab aku hanya berpeluang pergi satu hari setengah terakhir je. Satu setengah hari; petang hari Sabtu lepas peperiksaan pada jam 8.30 malam, dan hari Ahad. Tak sempat menelaah buku baru yang perlu dan menarik untuk dibeli. Sekadar capai dan bayar ikut kata hati.


25 hari cuti.
Aku rasa cukup untuk aku insya-Allah supaya aku tak leka dengan cuti. Rehat sebentar sudahlah. Minggu Peperiksaan bukan aku belajar sungguh-sungguh sampai terguling pun nak rehat lama-lama. Tanggungjawab seorang pelajar memang untuk belajar. Kalau asyik harap cuti, maka mungkin perlu jadi penganggur.


Aku belum ada idea untuk manfaatkan cuti ni. Teruk ah.
Orang beriman perlu sentiasa ada strategi untuk masa depan, tapi aku tak ada. Hehhhhh.
Tapi, langkah pertama dengan menyahaktifkan akaun Facebook nampaknya akan memberi impak positif ya. Nampak banyak masa terluang untuk perkara lain.

1 comment:

wan said...

dah stat cuti? manafaatkan sebaiknya. :)