Saturday, September 24, 2011

2011, September 24

Birthday.CTU.Fly.

Save the date =)

Thursday, September 15, 2011

Ehh.


Fine. Ramai je dapat ni.
Tapi macam kelakarlah.

Pengubat stress time nak exam.
Aku teringat salah satu cerita Hilal dalam Batu-Bata Kehidupan.
Bila pelajar jurusan agama tak dapat score, pensyarah diorang kata,
"Kamu tak AMANAH DALAM BELAJAR! Semua jawapan ada dalam buku.Tinggal kamu sungguh-sungguh untuk fahami atau tidak."

Cis, aku ingat lecturer agama tak syadid sangat isu exam-oriented ni. Lupa, belajar kan ibadah.
Kalau tak belajar betul-betul, mana nak dapat result bagus.
Kalau tak dapat result bagus, maknanya masih belum cukup amanah dalam belajar.
Ahh. Final dah. Mari Menjadi Hamba yang AMANAH!
:)

Tuesday, September 13, 2011

Selamat.

Bismillah.

Sahabat itu sudah berangkat pergi dan rasa seperti hati aku dibawa sekali. Heh.
'Aku biarkan kau cari sendiri'
Dan, dia hadiahkan pesanan melalui satu buku, 'Tinggalkan Kesedihan; Kebahagiaan Menantimu'

Terima kasih In =)



Tak, sekarang aku dah tak rasa ditinggalkan.
Aku dah nampak macam mana Rasulullah tinggalkan para sahabat untuk sambung rantai perjuangan.
Ini yang dikatakan sinergi.
Aku dah okay.


Final 19hb. Maattaufiq wannajah.
Buat molek-molek. Nanti nak pergi luar negara dengan kawan-kawan.

Indah,Azri,Amirun,Aismat. Selamat terbang tinggi. 

Thursday, September 8, 2011

Enam


Alhamdulillah.
Kalau maintain 6 sem, aku boleh pertimbangkan balik angan-angan pergi London.
Riot tak riot.
Matlamat jangka masa terdekat: Bagi mak ayah merasa naik pentas.


Kena rajin sikit huss! Huss!

Wednesday, September 7, 2011

Buat kau yang akan pergi..

Bismillah.

Kau, ini aku nukilkan rasa buat kau.
Tak mudah kerana selama ini aku simpan jauh dalam hati.
Aku kira kau tak perlu tahu kerana selama ini kau seperti tak endahkan aku.

Pernah satu ketika dulu
Aku kongsi rasa, aku menangis, aku hamburkan segalanya
Tapi satu kata mutiara kamu yang tak pernah berubah untuk aku, 'Teruskan mencari'. Kenapa kau terus cakap perkara yang sama? Kenapa kau biarkan aku mencari sendiri?

Aku tak faham, sungguh aku tak faham.
Maaf, aku rasa tak senang walaupun itu tak layak bagi kau.
Dan itu juga bisikan kau untuk yang terakhir kali aku kira.

Aku sayang kau. Betul. Bila aku tengok orang lain bergelak ketawa dengan kau, aku jadi sedih sebab aku tak boleh buat benda yang sama. Bila tengok orang lain sayang kau, pun aku rasa sedih sebab aku tak boleh luahkan. Aku peluk kau hari tu, aku menangis. Sebab itu rasa hati aku.
Entah macam mana aku dapat rasa yang kau faham, tapi kau tak biarkan aku sedih lama-lama. Sekejap kau peluk aku, sekadar nak sampaikan amanat supaya jangan bergantung pada kau, tapi 'teruskan mencari'.

Kau, sahabat yang aku cintai sepenuh hati.
Biarpun aku tak luahkan.
Biarpun kita jauh.
Biarpun kau punya 'ubat' sebagai penawar kau.
Aku masih cintakan kau. Sentiasa.

Doakan, aku dapat temukan serupa dengan apa yang kau cari dulu.
Bahagian kau, semoga segalanya mudah. Sungguh aku maksudkan.

Friday, September 2, 2011

balik kampung

Assalamualaikum.

Antara perkara yang disentuh dalam khutbah hari raya di Perkampungan Islam Raudhatul Muslimin Teloi Kanan, Kedah ialah tentang melihat erti kemenangan sebenar setelah tamatnya Ramadhan 1432.

 
Telinga aku tertangkap satu istilah, 'dosa bertempoh' yang bermaksud dosa yang kita berhati-hati untuk tidak melakukannya dalam bulan Ramadhan, tapi bila habis bulan Ramadhan, habis dilanggar semuanya. Apa contohnya?
Mengumpat, tengok aurat 'tak sengaja' tapi lama-lama, melewatkan solat, tak solat dan lain lain. Itu dosa bertempoh sebab rasa bulan Ramadhan je yang jadi batasan, bukan kerana Allah.


 
Tentang pergaulan lelaki dan perempuan. Betapa sinonimnya raya dengan bermaafan sambil bersalaman. Itu boleh dilihat setiap hari dalam televisyen dengan iklan bersalaman.
Perkara biasa, sehingga lelaki perempuan bersalaman pun nampak biasa. Benarlah, bila kita rasa biasa melihat perkara mungkar, memang ada masalah dengan iman kita. Bukan ke selemah-lemah iman itu membenci dengan hati?
Kalau rasa benci pun tak ada, di tahap mana agaknya iman kita?


 
Khatib berbicara lagi, 'tegurlah anak-anak gadis yang nampak berpakaian, hakikatnya mereka bertelanjang. Pakaiannya ketat, lengan bajunya jarang, tudungnya menampakkan leher.' Di kampung itu tak ada anak gadis yang berpakaian sedemikian.
Jadi, tak ada yang terasa mungkin.



.. tak dapat nak ingat semua.



Kali ni balik kampung dengan ketenangan lepas satu musim yang penuh dengan tanggungjawab dan persoalan-persoalan yang manusia pun tak mampu dengar, apatah lagi memberi jawapan.

Setelah fahami dengan sebenar-benar kefahaman doa supaya tidak berharap pada manusia melainkan Allah, aku dah stabil. Allah suruh meminta pertolongan dengan sabar dan solat.
Gelojoh sangat rasanya.



Skop pandangan berubah bila balik beraya tahun ni. Tentang lima perkara yang datang sebelum lima perkara.

Nenek aku yang dulunya sihat cergas tangkas bila anak cucu balik beraya, dah mula pakai tongkat. Mengadu tak larat. Sakit badan.

Sepupu aku yang dulunya kecil berhingus dah besar panjang. Si kakak pun dah ada anak satu. Makin tua semuanya.

Alhamdulillah, kampung aku walaupun tak moden, tapi mereka tak miskin. Sangat kaya dengan budi dan ilmu yang tinggi. Cuma, aku rasa orang sekarang lebih miskin jiwa. Ini, bukan di kampung aku.

Masa. Dulu aku rasa lapang, tapi sempit bila tak tahu hujung pangkal.
Kalau sedar dasar setiap pekerjaannya Allah, tak akan ada rasa sempit. Lapang dunia sebelum sempit akhirat. Nauzubillah.

Em, dan hari raya kedua bila lalu tepi masjid, aku nampak ada kematian. Hidup sebelum mati.


Aku tengok anak-anak muda kat perkampungan Islam tu, sungguh-sungguh aku doa supaya mereka terselamat. Sayang lah. Aku harap aku selalu berada dalam iklim dini macam tu. Tapi, Allah lagi tahu kenapa.


Selamat hari raya. Kullu 'am wa antum bilkhair.