Saturday, August 13, 2011

choose to be the chosen.

Dari dulu aku ada perkara yang tak jelas.

Orang yang berhijrah kepada kebaikan, keyakinan dan kefahamannya lebih hebat.
Kenapa orang yang mewarisi jarang ada keterujaan itu?
Dah 10 tahun buat kebaikan, tapi jarang ada rasa manis. Rasanya biasa-biasa.
Kadang-kadang rasa penat. Kadang-kadang tak ada rasa langsung. Berbuat kerana itu rutin.

Kata sahabat, 'mereka sudah immune dengan kebaikan'.
Memang.
Setiap perkara yang kita buat mesti bersebab. Mesti kerana kita tahu apa implikasi pada masa depan.
Nak buat baik sebab saja-saja ikut suka tak akan kekal lama.

dan biasanya, kalau buat perkara yang kita pilih untuk buat, rasa puas hati tu lebih. Kita boleh kekalkan momentum. Satu jasad beserta hati kita letakkan sepenuhnya untuk buat perkara yang kita pilih untuk buat.

Aku terbayangkan orang yang dipanggil seniman. Hati mereka seluruhnya diwarnai seni.
Setiap apa yang dibuat, atas dasar cintakan seni. Sensitif betul kalau orang rosakkan seni mereka.


Sebab itu atas pertanyaan aku,  kenapa masih ada rasa Islam tu biasa biasa,
bro Shah kembalikan persoalan, 'When did you become a Muslim by CHOICE?'
Terdiam aku.

Baru aku sedar. Selama ni kita tak sedar yang kita perlu buat pilihan. Kita hanya ikut jadi Islam sebab itu yang ada dalam kad pengenalan. Pilih. Supaya hati lebih faham kenapa kau pilih ini dan bukan itu.
Hidup ni penuh pilihan. Landasan dah betul, cuma untuk teruskan perjalanan kena tahu kenapa kau mahukan jalan ini.

Kau pernah baca puisi 'The Road Not Taken'?

No comments: