Sunday, December 26, 2010

cita-cita zaman bebudak sungguh indah tapi kita kena maju ke hadapan

Aku ingat lagi waktu darjah satu sampai enam, ada satu fail untuk diisi dengan kelas, nombor dalam peperiksaan, ketinggian, berat dan cita-cita. Setiap kali nak dekat-dekat habis tahun tu, dah habis exam dah sibuk tanya-tanya result orang lain, dah siap gembira dapat nombor satu lagi cikgu akan suruh buat kerja masing-masing. Main aa kad Happy Family ke, Sahibba ke, batu seremban ke kat belakang kelas. Kalau yang kaya sikit, siap bawa Monoply. Buat hal sendiri, tapi masih mengamalkan hidup bermasyarakat. Harmoni betul.


Cikgu kelas pula dengan beberapa budak yang memang muka selalu tolong cikgu hantar buku ke bilik guru, gigih memanggil nama sorang-sorang nak timbang berat, ukur ketinggian lepas tu tanya cita-cita. Kena bagi cukup tiga cita-cita. Kalau ada satu je mesti tipu bagitau sampai ada tiga ambition jugak.




Dari darjah satu, aku teringin nak jadi polis. Itu selalu jadi pilihan pertama. Aku rasa sebab masa tu cerita Gerak Khas famous lagi. Suka tengok polis tu lari-lari kejar penjahat. Sambil lari tangan mesti pegang pistol sandar ke bahu. Entah la. Tapi dulu-dulu orang cukup suka tengok cerita tu sampai budak kecik comel macam aku pun terpengaruh. Bayangan; jadi polis boleh nampak macho.

Yang kedua, aku pilih jadi cikgu. Masa tu aku ada seorang cikgu yang best. Cikgu Mariam nama dia. Aku memang kamceng dengan dia. Sebab dah memang turun-temurun adik-beradik aku dihantar ke satu sekolah dan biasanya akan dapat cikgu yang sama. Sebagai anak bongsu, aku selalu dapat tempias dan nama. Sebut Encik Zainal, orang dah tau la mana satu anak dia. Cikgu Mariam ni, semua orang suka dia. Setiap kali Hari Guru, dia la paling banyak dapat hadiah. Mungkin sebab nampak hadiah tu buat aku terliur nak jadi cikgu. Aku tak pasti.




Tempat kosong ketiga, aku pilih doktor. Zaman 1997, doktor merupakan satu kerjaya yang nampak best. Kalau ditanya kenapa nak jadi doktor, jawapan tipikal yang akan diterima mesti sebab nak tolong orang. Yang soleh sikit, akan cakap supaya dapat rawat mak ayah kalau diorang sakit. Lagipun kerja doktor nampak macam senang. Pakai wayar yang cucuk dua kat telinga lepas tu yang besi bulat kat hujung tekap-tekap kat dada pesakit. Tulis atas kertas, bagi lolipop dan suruh ambil ubat kat kaunter. Seronok woo.

Zaman 2011 ni, kalau fikir jadi doktor sesenang maggi, memang melingkup lah. Semua orang berlumba-lumba nak jadi doktor  Dahlah penyakit sekarang makin banyak . Kesian doktor-doktor sekarang. Kena belajar dengan double effort. 24 jam dah bahagi-bahagi jadi 12jam je untuk diorang. Jadi sekarang, aku memilih untuk jadi orang yang menerima rawatan je lah.







Dah besar-besar masih comel ni, aku makin nampak masa depan.
Jadi polis, macam tidaklah. Sebab tingkatan 4 dulu aku dah berpeluang menembak guna M-16. Memang best. Tapi cukuplah sampai situ. Penjenayah sekarang dah tak sesopan dulu.
Jadi cikgu, mungkin Insya Allah. Kalau diperlukan. Tapi dengar cerita, kalau nak jadi cikgu memang kena masuk Institut Perguruan. Dah tak boleh jadi bidan payung terjun dah.
Jadi doktor. Ehm. Sudah-sudah lah tu. Aku ni banyak pegang kalkulator sekarang.




[bersambung]

3 comments:

jedalerihati said...

salam ziarah aisyah :)
pengisian brmanfaat insyaallah.moga trus thabat

Anonymous said...

belia benci polis! mereka saman! mereka rasuah!

aisya zainal said...

wani: terima kasih ziarah.

kau jangan buat isu kat sini anon.
kena tangkap, aku cari kau dulu. haha..