Alhamdulillah.
Mak ayah dah selamat bertolak-menunaikan Rukun Islam ke-5. Oh, aku tak cerita ye? Tak pe. Ni dah beritahu. Lebih kurang 2 bulan mereka akan berada di sana dan aku, akan berada di sini cuba hidup seperti biasa. Mungkin sebab dah terbiasa hidup berjauhan dengan diorang, jadi aku masih dalam keadaan normal. Cumanya, ada sesuatu yang terlekat pada ingatan lah. 'Siti Aisyah kena jaga rumah. Balik setiap minggu mungkin. Masak untuk abang-abang yang balik pun setiap minggu. Tapi tak boleh berfoya-foya pergi jalan-jalan seronok dengan kawan. Tak boleh. Kenapa? Sebab rasa macam tak boleh jee.. '
Orang yang pergi ke Mekah ni orang-orang yang terpilih. Tapi antara yang terpilih ni, siapa yang sebenarnya yang betul-betul terpilih?
Ape itewww?
Ayat pasifnya, siapa yang akan terpilih untuk dapat haji mabrur selepas terpilih untuk pergi ke Mekah?
Tak semua orang yang pergi ke sana AKAN dapat haji mabrur. Kalau setakat letak gelaran Haji pada pangkal nama memang semudah ABC. Senang macam nak cipta ID emel. Untuk dapat haji yang baik itu, tak mudah. Eh, mudah insha Allah. Andai patuh pada rukun dan syarat dan perkara-perkara kecil.
Aku selalu je dengar, pergi haji tak boleh rasa marah dan marah-marah sikit pun. Senang je Allah tunjuk apa akibat bila kita sombong. Ye, bila kita marah dan marah-marah pada orang lain tu maknanya kita sombonglah. Rasa macam bagus sangat tapi sebenarnya takde bagus mana pun. Sebab kasih-sayang Allah tu mendahului kemurkaan-Nya. Kita? Marah dulu, tapi belum tentu kerana sayang.
Balik pada cerita. Waktu berkumpul ramai-ramai kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dengan ramai-raaaaaaaaaaamai orang kurang sikit orang kat Sureheboh, mesti ada rasa panas-panas tambah sempit-sempit tambah gelak ketawa si sanak-saudara yang agaknya lupa dia nak hantar ahli keluarga pergi Mekah, bukan luar negara bercuti musim panas.. waktu tu aku teringat. Kalau ini baru orang kat Malaysia beberapa negeri. Dah macam-macam fi'il, macam mana ye kat Mekah. Orang seantero dunia. Tinggi rendah besar kecil putih tanah gelap sikit. Nak advance lagi, kalau kat Padang Mahsyar Allah kumpul SEMUAAAAAAAAA manusia sejak zaman nabi Adam lagi. Kau rasa ramai tak? Ehmm. Aku rasa yang mampu kita imagine pun setakat ratus-ratus. Yang selalu tercongok tunggu konsert yang selalu buat time maghrib tu baru ratus-ratus ah. Bila rasa nak marah tengah-tengah orang ramai tu, cepat-cepat la teringat apa yang Allah kata. Kita ni kecil je. Kecil sangat oih. Sebab tu kita kena buang sifat-sifat mazmumah seperti cepat benar tak suka orang, hobi suka membeli tak boleh blah sebab bazir duit, hubbudunia-suka dunia macam tak nak mati, dan lain-lain. Apa yang kau tak suka tengok orang buat, kau jangan buat. Dan jangan buat perkara yang kau rasa malu bila orang tahu. Kerana itulah dosa.
Aku rasa macam dah merepek tak tentu je ni. Kau cari la isi-isi penting ye.
Jadi, kena stop di sini.
Aku rasa macam dah merepek tak tentu je ni. Kau cari la isi-isi penting ye.
Jadi, kena stop di sini.
Copp! Nak cakap sikit je lagi.
Jom, jadi orang yang terpilih dalam kalangan yang terpilih?
Terpilih menjadi orang Islam yang beriman secara keseluruhannya berbanding mereka yang mengaku Islam tapi beriman separuh-separuh?
Terpilih untuk masuk ke syurga lebih awal berbanding orang Islam yang dijanjikan masuk syurga, tapi lambat sebab kena redeem balasan dosa?
Jom weh?
2 comments:
ayt last awk mengingatkan sye kepada ayt alquran [2:208]
like ;)
ma abah aku pon pegi jugak ! 8hb ni~
.me.
Post a Comment