Friday, December 3, 2010

blog lahh. bukan blok.



Anda seorang blogger? Atau pembaca blog tegar? Atau hanya menjadi silent reader?
Tak kisah la siapa pun anda, selamat datang ke satu alam maya lain  yang dikenali sebagai blog.


Sejauh mana anda suka  membaca blog ?
Macam aku, bila suka satu blog tu, aku akan baca dari mula sampai akhir. Maksud aku, entri terbaru dan kemudian aku akan godek-godek entri yang lepas-lepas. Dari situ aku boleh tahu siapa penulis blog tu. Karakter luaran dan sifat. Er, memang kita tak boleh judge orang, tapi kadang-kadang cara penulis blog tu sendiri yang mendedahkan sifat sebenar melalui penulisan blog. Ada je blogger yang aku detect cuba sembunyikan identiti, tak tulis nama penuh, guna gua lu laa, cerita pasal kehidupan dia dan pada akhirnya ada juga satu dua entri terlepas fakta yang dia seorang perempuan. Sampai tahap tu aku akan macam lehhhhhhhhhhh perempuan ke.. Supaya tak bias, aku juga mungkin akan cakap, cehhh laki-laki rupanya. Adil kan?



Cuti ni ada 2 laman web yang aku akan buka dulu bila on je laptop. Blog, dan Facebook. Mari kita tidak berbincang tentang laman web berlogo biru dan berhuruf satu itu kerana aku yakin majoriti pun dah set ia sebagai favourite list. Blog; satu-satunya medium menarik yang aku jumpa, yang dapat tambah pengetahuan aku dengan pendekatan yang lebih baik.

Menurut buku tebal bertajuk 'Discovering Computers 2011' terbitan Shelly Cashman Series,
blog is an informal Web site consisting of time-stamped articles in a diary or journal format, usually listed in reverse chronological order. Blogs reflect the interests, opinions and personalities of the author.

Itu selingan. Apa aku nak cakap sebenarnya, aku suka baca blog sebab kadang-kadang kita boleh tambah pengetahuan bukan sahaja daripada entri tu, tapi jugak daripada respons pembaca. Bukanlah di blog aku sebab aku rasa blog ni cerita biasa je.





Ada baanyak sebenarnya blog menarik sekarang ni, cuma disebabkan aku seorang yang loyal, jarang aku survey blog baru.  Itu kelemahan yang patut dikikis seorang blogger professional. Disebabkan aku tak, jadi tak perlu lah.haha. Survey rambang yang aku jalankan juga mendapati, kebanyakan blog menarik itu ialah milik blogger lelaki. Menarik dari perspektif aku ialah:

1. Header yang smart. Bila masuk blog dia je kau tahu, blogger tu pandai buat atau usaha nak buat header yang cantik. Blogger patut tahu yang header sangat beri first impression untuk blog mereka.
 Header aku tak cantik? Abaikan.

2.Teknik penyampaian. Blogger lelaki JARANG bercerita tentang personal life yang betul-betul personal seperti hari ni keluar berdating, pakai baju apa, tunjuk gambar kekasih. Baca balik ya, JARANG. Bukan tak ada. Kebanyakannya tahu nak olah ekspresi diri tu supaya pembaca macam aku tak cepat muak dengan cerita cinta dia.

3. Tak menganggu konsentrasi pembacaan dengan lagu indon yang dipasang lepas tu plug-in dia letak jauhh kat pengabisan blog. Bila aku baca blog orang, aku nak menghayati cerita dia. Post nak suruh baca, lagu pun nak sumbat bagi orang dengar.. Memang susah la begitu.  Boleh je nak letak lagu. Setkan supaya tak autoplay, lebih anggun begitu.



4. Bahasa. Macam aku tulis kat atas, pengolahan cerita dengan bahasa pasar yang menarik tu lah yang menarik.Walaupun aku perempuan, aku tak berapa gemarlah bahasa gitewww ahakzz cayunk ala-ala azwan ali ini. Ini bukan zaman myspace. Ini dah zaman educated. Kuasa menulis ni sangat besar impak dia. Bila kau mampu buat seseorang berfikir mengenai penulisan kau, kau ada satu potensi yang sangat besar yang aku pun tak tahu nak huraikan. Tapi yes, its so powerful. Ia mungkin akan merubah masa depan kau, agama dan negara. Bab ni aku tak main-main. Cuba lah.

5. Tutorial. Ini bagus juga. Daripada membebel bukan-bukan macam aku, baik bagi tutorial. Cuma aku tak ada kemahiran. Jadi aku tak buat lah. Memang bagus sebab banyak aku belajar mengenai blog melalui tutorial ni.
Blog ni macam kedai jual kain. Kau masuk FirstLady, ada macam-macam jenis baju yang warna-warni cantik betul. Tapi ada rasa tak berkenan, kau keluar je. Cari kedai lain. Kau masuk Hari-Hari. Akhirnya kau beli juga baju yang sama, dengan rasa puas hati sebab layanan dia bagus dan harga lebih murah. Kau faham ke aku guna perumpamaan kedai baju ni?

Blog juga best bila kau pandai cari kawan. Mungkin best untuk sesetengah orang bila dia boleh dapat anon yang tulis ayat mengancam dan garang-garang pada kita.  Banyak blog yang aku baca, ada anon yang mengutuk-ngutuk tapi tak berani nak guna id sendiri. Cik anon macam ni sebagai penambah perisa je. Pun tak bermanfaat untuk kemajuan penulisan blog.

Satu hakikat yang aku sedar, blog juga boleh jadi medium penyampaian ilmu agama yang bagus. Sangat bagus. Lebih baik kau copy paste artikel dalam iluvislam daripada kau mencarut bercerita bad day kau sahaja.



P/s: Kau tahu tak jam sekarang pukul 3.40 pagi? First time aku tak tido AWAL  pagi sebab dapat ilham nak menulis.

P/ss: Aku paling tak suka blog lelaki yang sebenarnya tak perlu pun ada unsur lucah dan cuba berlelucon dengan elemen lucah . TAK LAWAK LANGSUNG KAU TAHU TAK??

p/ss: Blog ini dunia aku. Aku cerita apa yang aku rasa. Kau kena faham tu. :)

3 comments:

seSey said...

suke post nie.. rase mcm kena hempuk2 dengan batu BESAR PUNYA!

aisya zainal said...

hehe. ambil yang bermanfaat je. Kata-kata manusia tak semuanya betul.

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih