bismillah walhamdulillah.
masa yang tak ditunggu akan terus berjalan dan tetap tiba.
11 mac ni semua rakan sebaya aku akan bergerak dengan perasaan tersendiri menjejak kaki ke sekolah masing-masing. satu perasaan yang pasti, semua orang akan rasa berdebar. tak kira siapa. dan, mungkin juga ada yang tidak. alasan? tepuk bahu tanya mereka.
aku dah membayangkan suasana di sekolah. pelbagai reaksi dan ragam kawan-kawan. yang gembira, tersenyum puas. yang sedih, diam mencari kekuatan.tapi, aku masih tak dapat bayangkan macam mana keadaan aku sendiri nanti. tak mampu nak bayangkan sebagaimana waktu pmr dulu.
secara peribadi dan berkongsi, aku cuma berharap aku dapat jadi fleksibel. seandainya aku berjaya kali ni, alhamdulillah dan aku anggap itu memang rezeki yang Allah nak bagi. mungkin sebagai pemangkin semangat dan jalan yang mudah supaya aku dapat realisasikan impian dan harapan mak ayah sebagai anak penutup.
tapi sekiranya jika aku gagal, mungkin inilah titik tolak supaya aku lebih sedar dan tak cepat selesa dengan diri sendiri yang mudah berpuas hati. jarang aku rasa kegagalan dalam peperiksaan besar.JARANG.BUKAN TAK PERNAH. siapa tahu, kali ini Dia nak bagi peringatan supaya jangan jadi lebih malas dan lebih sombong. serasa aku, ramai kawan yang keputusan PMR alhamdulillah cukup makan di smakl tapi berjaya menunjukkan peningkatan dalam tempoh dua tahun ni. hikmahnya, kegagalan dulu dah dijadikan 'turning point' untuk teruskan perjuangan memperoleh kejayaan.
sebenarnya, aku sendiri dah bersedia untuk terima segala keputusan. cuma aku banyak memikirkan tentang orang sekeliling aku. apa perubahan yang akan berlaku nanti?perkara yang utama; walau apa pun yang terjadi, doa aku, aku berharap dapat jadi hamba yang banyak bersyukur. susah? insya-Allah tak. sebab aku yakin, Dia akan bagi aku jalan keluar dari arah yang tak disangka-sangka. aku yakin. cuma untuk meyakinkan orang lain, aku tak mampu. itu di luar bidang kuasa aku dan kita. sabar, dan teruskan hidup. percaya dengan seyakin-yakinnya akan ada peluang lain yang telah tercatat buat kita.
keputusan yang akan kita terima,
bukan penamat untuk dunia.
aku nak sedapkan hati sendiri dengan iman dan keyakinan yang Allah dah beritahu.
kauorang macam mana?
don't be afraid of failure.
But treat it like a ball.
1 comment:
Post a Comment