Monday, March 22, 2010

andai kita semua tahu

benar kata orang, maut tak mengenal usia juga siapa.

semalam, seorang pelajar MCKK maut dalam satu kemalangan.
baru lepas SPM. sebaya. aku dapat tahu cerita ni bila banyak banyak tajuk blog sedih dalam blog firdaus kasman.



entah kenapa aku tergerak hati untuk cari berita tentang kemalangan dia. rupa-rupanya, dia anak kepada Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail.



bukan aku nak sensasikan cerita kemalangan ikhwan ni. apatah lagi tentang status atau apa sekolah dia. cuma lepas aku baca blog dia, aku terjentik untuk berfikir jejak yang akan aku tinggalkan andai aku mati secara tiba-tiba nanti? bahan atau nama yang aku tinggalkan, mampukah untuk memberi manfaat pada orang lain?
dunia teknologi ni membolehkan semua orang mengenali kau dalam sekelip mata. siapa kenal dengan ikhwan selain famili dan kenalan rapat dia? tapi kerana khabaran itu, aku mampu cari blog, myspace dan facebook dia. kerana apa? kemudahan teknologi.

ok.kita ambil analogi kematian micheal jackson. kau yang banyak membaca mesti ingat betapa banyak cerita dan lagu-lagu dia dimuat turun sejurus kematian dia disahkan, bukan? sampai ada yang ambil kesempatan untuk sebarkan virus. lain, rekod baik buruk, rumahtangga, pencapaian dalam kerjaya seninya..malah, isu agama turut jadi tumpuan. paling dahsyat, manusia-manusia pandai yang tak berotak mengeluarkan otak MJ untuk mencari punca kematian. sampai macam tu sekali zalim.tak tahu? mana mungkin. kauorang kan banyak membaca.jadi,itu kesan pengaruh yang MJ tinggalkan.

21 mac baru-baru ni, yanie mentor meninggal dunia akibat tumor dalam paru-paru. bagi yang tak mengenali, akan cepat-cepat mengGoogle untuk cari siapa yanie. tak perlu  aku bagi link dari mana sumber cerita. kauorang lebih tahu macam mana nak cari.yanie, kurang dikenali tapi masih ada yang tahu.

tak faham?
mari tamatkan. kalau ada yang salah faham, biar aku terangkan semula apa cerita utama yang aku nak sampaikan.
jom, kita semak semula apa yang kita sedang atau sudah tinggalkan dalam dunia ni. dari segi teknologi, tengok-tengok semula ayat dan gambarmesra kauorang dalam segala medium perhubungan. kalau kata nafsu,  'biarlah.biasa je ni.' ingatkan semula dengan kata hati. 'ini yang orang akan tengok sepanjang hayat kalau aku mati esok.' 
kau sanggup ke?
dari segi sosial, perelokkan hubungan dengan teman-teman. bukan temantapimesra, tapi teman seperjuangan.yang selalu kauorang rasa tak senang bila dia mengajak kepada kebaikan dan peringatan.yang kau rasa rimas bila dia asyik tanya itu ini tentang kehidupan peribadi kau. yang kau rasa dia selalu buat muka poyo manis sekalipun kau tak pernah nampak keikhlasan dalam hati dia. yang selalu bimbangkan kau kalau kau buat perkara yang sememangnya salah dalam agama. ucapkan maaf dan terima kasih. ingat, kalau kau mati, dia dah pun terlepas dari tanggungjawab dipersoalkan tau!

hubungan dengan Maha Esa, tingkatkan setiap hari dengan motivasi, 'macam mana kalau aku mati esok sekejap lagi'? dah banyak kan peringatan seumpama tu ditiup dalam pemikiran kita waktu sekolah dulu? takpelah. aku pun selalu lupa.sebab aku manusia. aku ingatkan sebab aku ada ruang dan peluang. mudah-mudahan ada yang membaca. dan menyampaikan walau sepatah pada yang tak pernah mengetahui atau lupa macam aku juga. oh, dan sudi ingatkan aku semula tentang apa yang aku tulis. ayat ' eleh, dulu dia juga yang cakap macam tu macam ini dalam blog' takkan membantu, kawan.


"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, 
kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (3:185)

mudah-mudahan ikhwan ditempatkan dalam kalangan hamba yang beriman.
alfatihah. 

No comments: