Sunday, March 21, 2010

apa yang kau fikir,budak?

bismillah walhamdulillah

kauorang tahu tak, menipu tak baik untuk kesihatan.
apatah lagi menipu tentang kesihatan kan?


ceritabiasa aku, kerenah tempat kerja. hari ni ada seorang staf gagal menghadirkan diri ke tempat kerja. sampai 3 missed call dia bagi aku.
panggilan keempat,dia: sya, akak tak dapat datang la hari ni. rasa macam tak sihat.

ah, berjaya pulak dia bagitau yang dia taknak tak dapat datang. menyesal aku on handphone. aku cuak masa tu sebab memang tak cukup staf sangat. kebetulan, akulah cashier..akulah kena buat air, ambil makanan, kemas meja. sikit lagi nak macam supervisor jugak. boleh tolong bayar bil pembekal lagi. tak tipu. terlebih rajin tolong buatkan kerja orang. nasib baik tak ramai pelanggan. alhamdulillah.
hati aku dah cakap, kalau sakit betul takpe. kalau tak, aku harap aku tahu.
pendek cerita, lepas habis kerja, aku ke pwtc; pesta buku. waktu nak balik, aku ternampak adik dia; merangkap kawan rapat aku waktu sekolah dulu.senyum lebar aku.siap lambai tangan lagi. dalam masa yang sama, aku nampak sepasang kaki menyorok belakang papan tanda stesen putra. aku dah boleh agak, ni mesti kakak dia. si budak sakit tu. terus aku buat muka ketat.senang kan Allah nak tunjuk? kalau kau sakit, kenapa tak tahu duduk senyap-senyap kat rumah? jangan kata kau nak ambil udara kl yang dah sah-sah tercemar ni? lagi banyak karbon monoksida daripada oksigen tulen.


jadi, aku rasa macam kena aniaya. nasib baik Allah dah permudahkan banyak kerja aku hari ni. aku tahu, dalam perkara ni, sifat husnuzhon kena ada. dalam apa jua perkara pun sebenarnya. ayah aku tak hairan pun apabila aku bercerita pasal ni. dia kata, baru sikit. jadi, aku pun berkeputusan untuk buat-buat tak hairan juga.
terima kasih sebab tunjukkan aku satu lagi realiti kehidupan. kau berjasa, budak dunia luar.
dalam masa yang sama, Allah tunjuk yang semudah blinkblink je Dia nak buka mata kau. jangan pernah terdetik nak buat yang bukan-bukan.Dia Maha Mengetahui.kau nak tengok kebenaran? nahh, dia bagi live depan mata kau. peringatan untuk semua.

what goes around, comes around. jom.jomjom..husnuzhon~




tak sabar nak dengar alasan kau. alasan sakit yang kau bagi dengan suara sihat tadi.
lepas hujung bulan ni, babaii pada kau dan alasan-alasanmu.

5 comments:

nuraisyah said...

sabar kwn ku.
ade hikmah Allah tunjukkan semua ini di depan matamu. itulah kehidupan. :)

JuMaNaiLiaH said...

wahh..dasat.
mase dapat nikmat mntak musibah.adeh~~

ckp kat die,akk kem salam.
igt 5 sblm 5.
agak2 die fhm tak?
hehhe

aisya zainal said...

abie: kau nak try tak hadapi? best oh.

kak juma: ingat pkul 5 pg sblum 5 ptg ke? haha.
msti tau pny. cuma org takde selera nak bercakap dgn dia sekarang.

JuMaNaiLiaH said...

letakkan perasa secukup rase.
ataupon naikkan selera anda.
akk baru balik kelas.

habib tu kate: zmn skrg ni fitnah,rase hasad,dan kemarahan kite yang menyebabkan susahnya mahabbah dipupuk~~aiceh.
mainpoint nye,habib tu kate,bile ade bnde2 ni,wujudlah laluan kpd iblis dan sempitlah laluan kpd sunnah nabi yg menggalakkan kite jd pemaaf,erat berukhwah.adeh~~ berat nak ckp cmni sbb diri sndiri lg k.O. hoho papepon share2 nak saham.hehehe

aisya zainal said...

macam nak ketuk orang je akak ni =.="

yela2. org pun ada fikir nak memaafkan jugak. tqk boleh terima sikit jee..