Wednesday, March 3, 2010

kenapa bekerja itu seronok?

bismillah walhamdulillah

dalam bosan-bosan aku meneruskan kerja di titik pusat kuala lumpur ni saban hari, aku rasa paling seronok bila aku tengah-tengah sibuk buat air+siapkan makanan+set up barang, member-member datang masuk kedai sambil tersengih-sengih macam ayam kerang busuk. selalu aku kena toleh dan perhati betul-betul bila ada orang yang berdiri lama-lama luar restoran tu sambil pandang aku. lagi-lagi kalau muka penuh cahaya keimanan dan pakai tudung comel-comel. mesti aku senyum dulu walaupun kadang-kadang jangkaan aku salah.

tadi, aainaa dengan tiqah zul datang melawat. kebetulan kata diaorang. nak bincang pasal graduasi kat McD.
disusuli indah bersama papa. tak tau la ke mana hala tuju dia, tapi kata papa, indah memang nak melawat kawan dia yang buat bisnes. aihh budak ni. sejak bila entah aku jadi manager. tak minat..
sebelum-sebelum ni, ada juga yang baik hati jenguk aku.
yann, mimie, anis, abie, diba,ky.. aku nak kata yang aku terharu. ahh, tak payah sentimental banyak-banyak. kalau kauorang baca blog aku ni kan kan kan..., cepat cepat sambut kata terimas aku ni. dijamin ikhlas dari hati.dan maaf tak dapat borak lama-lama. manager wa telinga ada banyak receptor.

lain-lain perkara, aku rasa seronok kelajuan aku dalam bekerja aku dah makin bertambah. ibarat main game la. speed kena hebat. mata kena tajam. tangan dua jadikan lapan. kaki kanan kat utara timur, kaki kiri selatan barat. momentum kena jaga.oh, sungguh hiperbola cece..
dulu terkial-kial buat kerja. tertekan sungguh. manager tak cakap ape pun aku rasa macam nak berhenti. rasa menyusahkan orang je kalau kerja kat situ. apa punya fikiran entah. aku rasa lagi bersemangat bila baru dah dua kali dapat puji daripada customer. what the..? haha.. sedap kot aku buat air. rahsia? kasih sayang~  zzzzzz...

hari ni pulak, tiba-tiba ada mat salleh ni bagi aku tip rm10. aku macam, ' woah. kau tahu ke tak rm10 boleh beli satu set toasted twister kat kfc tu?'
tapi tak pe kan. orang memberi kita merasa..lah duit lebih sikit. aku tak lah serakus tu nak ambil terus. bahagi dua dengan budak lain. ye, itu pun prinsip prs.
cerita lain juga untuk hari ni.
dan pertama kali aku dengar orang puji teh o ais sedap. kalau milo ke, teh ais ke, cappucino dunkin donut ke.. faham dan agak relevanlah untuk dipuji sikit. dan yang memberi pujian pun abang salleh. segan aku. belajar buat teh o ais je beb, dan kau akan dipuji. itu lah dua sifat murni orang asing lebih-lebih lagi keluarga sepupu sepapat orang bernama salleh ni. pemurah, senang menghargai. ambil sikit pengajaran, dan ubah sikap kita, oh melayu. asyik mengkritik orang aje sehari semalam. belajar berlapang dada dan bagi komen membina sikit tak boleh ke?oh, lantang sungguh cece.cukuplah.


terimas  thank you sir. please come again and have a nice day!.
*dengan senyuman yang saangat manis dan ikhlas.*



<3, ce 
p/s:cerita abang sulung terpaksa ditunda atas sebab-sebab
yang sengaja tak dapat dielakkan
p/s 2: hey kau! pergi solat hajat tak nanti? 
aku rasa macam tak dapat pergi lah.

4 comments:

Anonymous said...

cece ,

teruskan menulis !
aku baca jugak nanti . jg risau :)

.aku.

aisya zainal said...

an,

ye. aku msti terus menulis.
ni kan blog aku. dan aku dah ade satu followers yg konsisten.
jd aku tak gusar.


.kau.

nuraisyah said...

sama sama2 aisyah ku syg..
hee :))

aisya zainal said...

ahaha..
abie dah jumpa blog aku lak..