Thursday, May 26, 2011

Virus soksek.

Assalamualaikum pembaca-pembaca tak bertauliah tapi bijaksana sekalian!

Mai  nak kongsi cerita panass kat sini. Nak baca tak? Nak tak?
Er. Aku nak buat ala trivia lah. Buat panjang-panjang sure kau cepat je scroll ke bawah.

Baik. Ini cerita tentang lidah.



#1. Ada 3 penyakit umat Nabi yang telah dikesan


 i. At tairoh.
 -penyakit suka jumpa bomoh. Minat kat orang, jumpa bomoh. Sakit hati kat orang, jumpa bomoh. Nak kaya, jumpa bomoh. Tok bomoh dah macam ahli keluarga sendiri; wajib berjumpa setiap kali raya.

Penawar : Jangan jumpa. Kena lebih minta pada Allah. Minta kat jin buat apa. Jin pun minta daripada Allah.

 ii. Su'uzhon (bersangka buruk) -Ini memang tak best. Semua benda yang orang lain buat, nampak macam tak kena . Orang baca buku kata skema sangat. Kalau baca Al-Quran dikata ustazah.
Pepatah melayu kata, 'Jaga tepi kain orang'. Tapi ini kira dah selak sekali .

iii. Hasad dengki
- Tak boleh tengok orang lain dapat lebih, membara je jiwa nak jatuhkan orang tu. Orang macam ni lupa nak bersyukur dengan apa yang dia ada. Rasa King tu lebih dalam diri.

Penawar : Istighfar lah banyak-banyak.




#2. Masihkah kau ingat kisah Saidatina Aisyah yang difitnah ketika perjalanan balik dari satu peperangan tu?
-Gosip yang disampaikan seorang mamat ni telah mendatangkan cemburuan Nabi Muhammad. Dan yang  menyebarkan kisah; Abdullah bin Ubai si munafik.
Nabi Muhammad pun pernah jadi mangsa dalam fitnah ni. Apatah lagi orang-orang biasa yang difitnah atau diumpat. Macam mana dia nak bela diri?

Jadi kalau kita menyebarkan fitnah, kita juga munafik. Na'udzubillah.





#3. A: Kenapa masih berlaku jenayah  mengumpat dan menyebarkan fitnah?
 i. Sebab kita rasa bercerita tentang orang lain boleh menutup kesalahan kita. Perfect. Tak mengumpat tak best.  

A: Kau kenal Leman anak cik Senah?
 B: Kenal. Kenapa dengan dia?
 A: Aku bukan nak kata apa laa. Tapi .. aku dengar balik dari London, dia kerja kat sawah je. Nasib baik aku suruh anak aku belajar dalam negeri je.
 B : Yelah Timah.. Anak kau tu la jugak yang asyik melepak mengacau anak dara orang.

ii. Hasad
 - sebarkan fitnah untuk burukkan orang lain sebab tak senang tengok orang lain ada lebih.

iii. Tak ada hati.
- Kita sanggup tengok orang lain susah dan bergaduh sesama sendiri sebab tak ada rasa kasih pada sesama muslim. Orang lain wrestling tarik-tarik rambut, ada yang ketawa puas hati.
Bila tak ada hati, susah nak berhati-hati dalam menjaga lidah.

iv. Kita menjadikan diri sebagai sumber umpatan.
Meletakkan diri dalam keadaan fitnah. Katakan kita keluar jalan-jalan dengan bukan mahram.
Ada makcik Bedah kampung sebelah nampak. Ingat cerita tu stop kat situ je?

Nehi!

Paling koman makcik Bedah akan timbulkan persoalan, 'Eh, siapa budak yang berkepit sana-sini tu?'
Lepas tu, kita kata 'Sampai hati dia fitnah aku sobsobbss.'
Cis.




Ok geng. Nanti aku sambung lagi insya- Allah.





'Hendaklah kamu berkata perkara yang baik,
ataupun D I A M'






-Petikan Forum Perdana : Virus Soksek
Oleh: Ustaz Kazim Elias & Ustaz Farid  Ravi.

Tuesday, May 24, 2011

It's Wednesday the 25th, people!

Salam.

Let see..
What do we have today?
.................

Yeah, it's the day where the result is released.

Saat ni, semua tengah bersuka ria menjerit syukur Alhamdulillah di status Facebook mereka. Tak semua la , tapi member sekelas nampaknya berbahagia dengan apa yang mereka dapat. Dekan lah kot. Tahniah kauorang. As I expected :)

Aku? Tak check lagi. 1.53 pagi, aku belum check lagi sebab.. Takde sebab.

Takut?

Mula-mula takut jugak la sebab tak ada rasa takut. HAHA. But, I  quickly get rid those nonsense feeling because it doesn't give any benefit. Thinking of what others may think about us is not a good way to treat yourself; on what you had worked on. It maybe easy to achieve something that we want at the first place, but to maintain it the way it is, sometimes can be more difficult.

HAHA nak emosi lah tu Cik Ecah ni. Tah ape ape. Stop it will you? 

Kesimpulan, setakat ni aku tak tahu berapa result aku dan aku tak risau kata-kata orang kalau markah ni jatuh sebab hidup aku bukan nak kejar grad. It's temporary. Aku  ada banyak perkara lain yang aku nak dan perlu dalam hidup (I just discovered about this during holidays). Of course, good grades is one of them but it's not the major thing.




Officially, 25 days of hols has ended.
Cuti 25 hari ni Alhamdulillah sangat best untuk aku.

Best wehhhhh. Aku rasa bateri dalam badan ni macam dah kena cas penuh-penuh. Bateri yang macam kat badan  Ultraman dah merah kelip-kelip sebab dah lembik lepas tu jadi bertenaga dan membesar HAHA.

Dapat jumpa kawan-kawan yang baik hati selalu mengingatkan, dapat pergi sekolah jumpa cikgu, dapat bangun pagi dengar tazkirah walaupun bukan setiap hari, dapat habiskan Sinergi, dapat main Facebook[?]


Cuti 25 hari; jiwa terisi walaupun bukan bertemu setiap hari.

Cuti 25 hari; yang amat bermakna untuk sang da'ie. Perlu mencari, bukan menanti.





' Masalah tak akan selesai dengan hanya main falsafah' -Fend. 







Oh ye, ini permintaan.
NURUL SYAMIMI ADAM kawan sekolah menengah suruh tulis nama dia.
Ok permintaan dah ditunaikan.

Chaw.

Saturday, May 21, 2011

Apa pun yang terjadi..

Satu hari tu, aku dan emak keluar dari lif kat rumah.

Bila dah keluar, aku nampak seorang budak
dalam usia 5-6 tahun menangis sambil kejar mak dia.

Kena tinggal agaknya.

Biasalah, anak kecil .





Bila aku nak masuk rumah, aku terdengar,
" Aku nak pergi hantar adik kau ni lah bodoh! Kau pergi balik sekarang! 
Eh bodoh! Bodoh betul la kau ni! "



Sentap.

Aku pandang mak aku.

Mak aku pandang aku,
dan senyum menggeleng.

Masuk ke rumah.









Terngiang-ngiang. Terbayang peristiwa tu.

Kecil-kecil dah disumpah seranah. Di'bodoh'kan kerana menangis nak ikut mak.


Dan kemudian,
Terfikir tentang bayi yang dibuang tepi jalan.

Atau dipam ke dalam tandas.

Atau dibalut kemas, diletak depan pintu rumah.

Semuanya datang sekali.





...masih, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Tuesday, May 17, 2011

Hidayah

Salam.

Hidayah itu ada dua.

Hidayah Dilalah
Hidayah dalam bentuk penjelasan seperti Al quran dan nabi.


Hidayah taufik
Milik Allah sepenuhnya. Menggerakkan hati manusia untuk berbuat kebaikan.

Tapi, kita perlu berusaha mencari hidayah taufik melalui hidayah dilalah. Mana mungkin dapat mutiara jika tak diselami lautan. :)



Bai.

Monday, May 16, 2011

16 Mei mesti bercerita tentang cikgu.


Tiara Tots Telekom
Sek. Keb. Jalan Bellamy
Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara
Sek. Men. Keb Agama Kuala Lumpur
Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur

Ini, tempat-tempat aku pernah pergi untuk belajar ilmu dunia.
Tempat aku kenal manusia. Tempat aku bermain, bergosip, jatuh, bangun, jadi nakal, jadi baik. Tempat aku cari saham untuk akhirat juga.

Sesiapa pun yang pernah mengajar aku sepanjang aku hidup di dunia ni terutama di lokasi tersebut,
terima kasih.



Aku belum sempurna,
tapi ilmu yang kalian kongsi buat aku belajar untuk jadi manusia sedikit demi sedikit.










Aku tak pandai la nak buat ayat puitis untuk para cikgu.
Skil bercerita kisah lampau memang tak pernah ada belakangan ni.


Lagipun....










Mana ada cikgu aku baca blog ni.

Saturday, May 14, 2011

Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan ..





Bila aku rasa nak buat sesuatu ikut kata hati remaja aku,
aku selalu teringat ayat ini.

Kadang-kadang aku berjaya, kadang-kadang tidak.

Dan yang tidak tu biasa berlaku sebab aku mencari alasan supaya jadi boleh.








"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(2:216)











Nota kaki bagi sedap hati : Tak pe. Tahun depan akan keluar tv punya waktu raya. Gerenti.

Tuesday, May 10, 2011

Kisah Novel.

Salam.

Novel pertama yang aku beli waktu aku darjah 6 tajuknya 'Ria Qistina' .
Tentang budak perempuan tomboy yang nakal gila-gila yang menarik perhatian cikgu lelaki nama apa entah. Itu novel pertama aku beli sebab boring tak tahu nak buat apa lepas UPSR.


Masa tu musim budak beli novel. Lepas tu kitorang akan tukar-tukar. Habis UPSR memang tak tahu nak buat apa . Ada yang main Monoply, kad Happy Family, dam ular atau dam aji. Tapi budak urban macam aku and the gang, kitorang baca novel. Baru nampak matang bagi budak berumur 12 tahun.



Lagi best masa tu ada seorang cikgu yang kaki novel jugak. Nama dia Norafidah. Disebabkan kitorang sekepala, aku jadi rapat dengan dia dan berkobar-kobar untuk meneruskan kegiatan membeli novel cinta. Boleh kata setiap dua minggu aku akan pergi kedai buku untuk cari novel cinta. Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem itu semua novelis kegemaran aku. Kalau pergi kedai buku, tak tengok tajuk pun. Nampak nama diorang, aku ambil je novel tu.


Taste genre novel aku mula berubah masa aku tingkatan 2 kalau tak silap. Waktu tu aku bosan-bosan, aku geledah bilik abang aku. Aku terjumpa satu novel. 'Laaaaaaaa. abang aku pun baca novel rupanya'
Tapi novel tu lain. Tajuknya A.D.A.M.  oleh Ramlee Awang Murshid. Maskulin kan tajuk? Aku baca punya baca, pehhh memang best. Cerita tembak-tembak, bunuh-bunuh, lempang-lempang. Aku rasa thrill. Ini baru menarik! Tak ada la jiwang-jiwang. Sejak dari tu sampai sekarang, aku minat betul dengan novel encik Ramlee.


Pernah kan satu ketika dulu, demam novel Ayat-Ayat Cinta? Novel mesti beli waktu tu. Lepas AAC, banyak betul jenis novel macam tu kat pasaran. Biasalah, kena penuhi permintaan. Serius banyak novel cinta yang baik-baik macam ni. Tapi aku tak beli. Sebab.Sebab.. ini pun dalam kategori novel cinta konvesional macam kat atas. Bukan untuk aku novel macam ni.


Sekarang, mungkin atas faktor penuaan, aku mencari bahan bacaan -novel yang boleh buka minda.
Tak seronok la asyik cerita cinta tak berkesudahan. Sampai bila nak layan perasaan jiwang-jiwang ni? Sebab tu kalau nampak tajuk novel cinta yang over-over hiperbola  ni, aku geleng kepala je. Pening. Rasa muak. Semua manusia ni gila benar ke kejar cinta manusia? Macam tak ada isu lain dalam dunia realiti ni. Haihh.


Setakat ini, novel terbaik pernah aku baca ialah Sinergi. Sangat mantap pengisian yang Hilal bagi.
Nanti aku kongsi Insya-Allah. Aku tengah ulang baca ni. :)


Al-Quran pun tak habis hayati.
Pelik ah macam mana orang boleh bagi respon drastik bila baca novel?

Ilmu waktu cuti.

Salam.

Tulis. Padam. Tulis simpan sebagai draft. Tulis. Buka facebook.

Cuti selalu akan dimulakan dengan niat yang berkobar-kobar macam api, lepas tu padam sebab angin. Fiuuu~ Hilang.


Cuti ni jadi orang baik. Duduk rumah je, buka Facebook [ya. Dah aktif balik. Biasalah] , cuba habiskan novel Contengan Jalanan yang orang kata bagus sangat itu, buat biskut cip coklat [yang bertukar jadi biskut Oreo] , dan hujung minggu pergi program kalau ada. Itulah hidup.


Tadi terbuka rancangan Turath Ulama' TV1. Program yang berdiskusi menggunakan kitab lama sebagai input. Tak pernah tengok pun. Sebab kebetulan tak ada rancangan lebih bagus, layanlah dengan mak yang baru pulang dari tempat kerja. Garu kepala juga aku nak faham apa yang ustaz tu cakap-sebab dia guna bahasa kitab. Adapun hendaklah seseorang hamba itu bekerja ke atasnya untuk-Nya demi perkara-perkara yang wajib........................
Aku garu kepala kot nak faham apa benda nya-nya tu.


Lepas tu, mak pun bercerita la zaman kanak-kanak dia.

Mak kata, masa dia kecil-kecil dulu waktu hujung minggu, Mak Lang dia selalu ajak pergi mengaji pondok. Dah la gelap, tak ada apa nak buat, dia pun ikut je. Mengaji kitab-kitab macam tu la. Faridhatul Faraid, Bidayatul Bidayah.  Nama budak baru belajar, cepat faham apa yang ustaz sampaikan. Balik kelas, dia akan ulang balik apa yang dia dah belajar. Macam revision la. Kalau ikutkan, tu bukan kelas wajib dia pun. 

Aku cakap dengan mak, 'Untung la mak. Ilmu dulu-dulu ada. Ilmu zaman sekarang pun ada.'
Mak diam. Kemudian dia kata, 'Aih.Sama la ni. Ni yang kat  tv kira ilmu dulu la'
Isi tersurat: Tak ada beza dulu dengan sekarang
Isi tersirat: Terpulang la kat kau nak belajar ke tidak. Tu je bezanya.

Anak remaja sekarang memang pemalas nak belajar. Nak ilmu cara yang mudah je.
Aku lah tu. Haha.



'Awal agama, mengenal Allah'.
Belum habis kenal Allah, tak boleh nak argue sangat perkara yang bukan pokok macam isu-isu bida'ah ni.
Katakan Al-Quran tidak turun, Rasulullah tak diutuskan, malaikat tak wujud, kita masih wajib beriman pada Allah.



Itu hasil cuti 3 hari.
Chaw.

Friday, May 6, 2011

bu.ma.mi

Assalamualaikum.
Haha. Akhir-akhir ni entri berbau negatif je. Tak boleh tak boleh.
Bertukar!

*senyum*

Well hello there world!

As you might be able to see, I'm changing to a new characters. Not trying to escape from the problems, instead trying to look for the solution. Ya yaa. Forgive me for my previous mistakes, ignore me for all my nonsense feeling.

Let us proceed.

For starting, I would like to wish to my Mak,  'Selamat Hari Hari Mak!'

Eh, when exactly Mother's Day ha? I don't even know. Is it crucial to remember specified Mak/Mama/Mami/Ibu's Day if we should give appreciation to them everyday? Besides, I have difficulty in remembering dates. It is not I am forgetful, people. Maybe I do not have romantic character [yet]. I will try to improve them later.

Everybody said that they have the best Mak in the world.  So do I. Although sometimes Mak can be so scary when she in serious mode, but when she start to smile, there is a peaceful feeling that could not even tell anyone. In my family, we rarely celebrate this specified days. But we still love each other without expressing the feelings. Example, I did try to give Mak my own hand make card for Mak's Day. But knowing that she is not really in this romantic thingy, I just slipped in the card into her handbag-those time when I was staying in hostel and she came to visit me. On the other week, when I came home, she act like nothing happen. Haha. Funny Mak. Ayah told me once, Mak rarely show her feelings. It's like never. Yeah, I never see Mak cry. Strong cool Mak. Still, I love her what ever happen, who ever she is. Hehe.

Ahah. Telling you about my Mak. Do you even mind?


I will stop here.
Send my regard to your Ibu, Mama, Mami or Emak and tell her that I said thank you for gave birth to a wonderful person like you-to be my friend. 
Yes, I mean it.



Love Mak,
Ce. 

Thursday, May 5, 2011

Ini bukan puisi

Aku rasa macam nak bertapa.
Asingkan diri dari mata manusia yang tak lepas
daripada nampak yang buruk daripada yang elok.
Aku tak nak orang tahu tentang aku.


Aku rasa nak bercerita.
Cerita segala apa yang tenggelam dalam hati.
Hampir saja lemas sebab tak dapat nak bernafas.
Telinga manusia cuma dua.
Kalau disediakan bersama kasih dan rasa tanggungjawab,
mungkin cukup untuk dengar luahan seisi alam sekalipun.



Aku rasa nak bertanya.
Macam macam soalan aku nak tanya.
Manusia pun tak kan tahan soalan-soalan bernada pesimis aku.
Sungguh, aku bertanya untuk tahu.
Mungkin mereka belum mampu untuk jawab.
Sampai bila nak guna alasan tak cukup ilmu?



Aku rasa nak menangis.
Ini aku tak tahu kenapa.
Akhir-akhir ni sentimental betul kalau dilayan jiwa gersang ni.



Aku ni manusia biasa.
Tak perlu ekori untuk selak kelemahan aku  sebab tanpa sedar aku akan tunjukkan juga.
Aku suka kalau orang tegur kesilapan aku.
Mana tak sakit terima kebenaran, tapi nak juga dengar supaya boleh diperbaiki demi keredhaan Tuhan.




Jangan berselindung di balik kesilapan.


 
Setiap kali aku kata aku masih mencari, benar aku memaksudkannya.


Itu pesanan.






Kau masih ingat aku berpuisi?

Tak lah.

Sudahlah

Rasanya sudah terlalu banyak berbicara.



Aku jenguk blog dia yang seorang ini,

buat aku sedar yang cantik kulit luar tak semestinya elok isi di dalam

atau buruk di luar akan busuk isinya.




Manusia punya hati beza-beza.

Dan aku perlu belajar untuk tak jadi terlalu jujur.

Mungkin.

Monday, May 2, 2011

Hello Dua Puluh Lima Hari Cuti. Anda Apa Khabar?

Assalamualaikum.

Semua nak bercerita tentang buku yang mereka dapat di Pesta Muda-Mudi Buku hari tu. Entah apa-apa. Sungguh cemburu sebab aku hanya berpeluang pergi satu hari setengah terakhir je. Satu setengah hari; petang hari Sabtu lepas peperiksaan pada jam 8.30 malam, dan hari Ahad. Tak sempat menelaah buku baru yang perlu dan menarik untuk dibeli. Sekadar capai dan bayar ikut kata hati.


25 hari cuti.
Aku rasa cukup untuk aku insya-Allah supaya aku tak leka dengan cuti. Rehat sebentar sudahlah. Minggu Peperiksaan bukan aku belajar sungguh-sungguh sampai terguling pun nak rehat lama-lama. Tanggungjawab seorang pelajar memang untuk belajar. Kalau asyik harap cuti, maka mungkin perlu jadi penganggur.


Aku belum ada idea untuk manfaatkan cuti ni. Teruk ah.
Orang beriman perlu sentiasa ada strategi untuk masa depan, tapi aku tak ada. Hehhhhh.
Tapi, langkah pertama dengan menyahaktifkan akaun Facebook nampaknya akan memberi impak positif ya. Nampak banyak masa terluang untuk perkara lain.