Monday, March 29, 2010

the different

bismillah walhamdulillah.

berikut petikan dialog seharian yang menarik perhatian aku;

situasi 1
insan: apa khabar makcik, sihat?
makcik: em..macam ni lahhhhh... dah nak mati dahh.. *batuk batuk tua*

situasi 2
insan: nyonya, apa khabar? ada sihat ka?
nyonya: oh. baik-baik. hari-hari mau kena eksesais maa. baru badan manyak sihat..

                                                     ..................

" sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. 
Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut"
[al-Maarij: 19-21]


nyonya dekat-dekat rumah aku SANGAT rajin berjalan pagi. 
ambil oksigen kata mereka. makan bubur dan sayur.

makcikpakcikmelayu? narek! pagi-pagi rehat kat rumah layan mhi.
bangun pagi beli nasik lemak 3 bungkus,meebihun 2 bungkus, karipap 6 biji, koci 6..makan sampai tengahari.

spot the different!

Thursday, March 25, 2010

saya nak tehoais laa!

tadi, lepas satu hari menjelajah pesta buku, aku dengan kak juma pergi makan tengahari di 'food court' The Mall.
cerita aku bermula.

kak juma: kak, minta teh o ais ye.
waiter: teh o ais takde. kita jual air buah-buahan je. laici, epal, ice lemon tea..
kak juma: ok lah, bagi saya sirap.
waiter: ok. (dan berlalu pergi)
aku: kak. apesal ice lemon tea ada, tapi teh o ais takde?bukan tambah limau je ke??   (er. dan sejak bila sirap itu kategori buah-buahan?)
............................... 


aku anggap situasi tadi sebagai; kekeliruan identiti.



p/s: kebetulan, cerita aku sama dengan cerita si topo. tak sangka aku boleh alami sendiri apa yang dia alami. cisdel!

Monday, March 22, 2010

andai kita semua tahu

benar kata orang, maut tak mengenal usia juga siapa.

semalam, seorang pelajar MCKK maut dalam satu kemalangan.
baru lepas SPM. sebaya. aku dapat tahu cerita ni bila banyak banyak tajuk blog sedih dalam blog firdaus kasman.



entah kenapa aku tergerak hati untuk cari berita tentang kemalangan dia. rupa-rupanya, dia anak kepada Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail.



bukan aku nak sensasikan cerita kemalangan ikhwan ni. apatah lagi tentang status atau apa sekolah dia. cuma lepas aku baca blog dia, aku terjentik untuk berfikir jejak yang akan aku tinggalkan andai aku mati secara tiba-tiba nanti? bahan atau nama yang aku tinggalkan, mampukah untuk memberi manfaat pada orang lain?
dunia teknologi ni membolehkan semua orang mengenali kau dalam sekelip mata. siapa kenal dengan ikhwan selain famili dan kenalan rapat dia? tapi kerana khabaran itu, aku mampu cari blog, myspace dan facebook dia. kerana apa? kemudahan teknologi.

ok.kita ambil analogi kematian micheal jackson. kau yang banyak membaca mesti ingat betapa banyak cerita dan lagu-lagu dia dimuat turun sejurus kematian dia disahkan, bukan? sampai ada yang ambil kesempatan untuk sebarkan virus. lain, rekod baik buruk, rumahtangga, pencapaian dalam kerjaya seninya..malah, isu agama turut jadi tumpuan. paling dahsyat, manusia-manusia pandai yang tak berotak mengeluarkan otak MJ untuk mencari punca kematian. sampai macam tu sekali zalim.tak tahu? mana mungkin. kauorang kan banyak membaca.jadi,itu kesan pengaruh yang MJ tinggalkan.

21 mac baru-baru ni, yanie mentor meninggal dunia akibat tumor dalam paru-paru. bagi yang tak mengenali, akan cepat-cepat mengGoogle untuk cari siapa yanie. tak perlu  aku bagi link dari mana sumber cerita. kauorang lebih tahu macam mana nak cari.yanie, kurang dikenali tapi masih ada yang tahu.

tak faham?
mari tamatkan. kalau ada yang salah faham, biar aku terangkan semula apa cerita utama yang aku nak sampaikan.
jom, kita semak semula apa yang kita sedang atau sudah tinggalkan dalam dunia ni. dari segi teknologi, tengok-tengok semula ayat dan gambarmesra kauorang dalam segala medium perhubungan. kalau kata nafsu,  'biarlah.biasa je ni.' ingatkan semula dengan kata hati. 'ini yang orang akan tengok sepanjang hayat kalau aku mati esok.' 
kau sanggup ke?
dari segi sosial, perelokkan hubungan dengan teman-teman. bukan temantapimesra, tapi teman seperjuangan.yang selalu kauorang rasa tak senang bila dia mengajak kepada kebaikan dan peringatan.yang kau rasa rimas bila dia asyik tanya itu ini tentang kehidupan peribadi kau. yang kau rasa dia selalu buat muka poyo manis sekalipun kau tak pernah nampak keikhlasan dalam hati dia. yang selalu bimbangkan kau kalau kau buat perkara yang sememangnya salah dalam agama. ucapkan maaf dan terima kasih. ingat, kalau kau mati, dia dah pun terlepas dari tanggungjawab dipersoalkan tau!

hubungan dengan Maha Esa, tingkatkan setiap hari dengan motivasi, 'macam mana kalau aku mati esok sekejap lagi'? dah banyak kan peringatan seumpama tu ditiup dalam pemikiran kita waktu sekolah dulu? takpelah. aku pun selalu lupa.sebab aku manusia. aku ingatkan sebab aku ada ruang dan peluang. mudah-mudahan ada yang membaca. dan menyampaikan walau sepatah pada yang tak pernah mengetahui atau lupa macam aku juga. oh, dan sudi ingatkan aku semula tentang apa yang aku tulis. ayat ' eleh, dulu dia juga yang cakap macam tu macam ini dalam blog' takkan membantu, kawan.


"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, 
kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan mendapat kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (3:185)

mudah-mudahan ikhwan ditempatkan dalam kalangan hamba yang beriman.
alfatihah. 

Sunday, March 21, 2010

apa yang kau fikir,budak?

bismillah walhamdulillah

kauorang tahu tak, menipu tak baik untuk kesihatan.
apatah lagi menipu tentang kesihatan kan?


ceritabiasa aku, kerenah tempat kerja. hari ni ada seorang staf gagal menghadirkan diri ke tempat kerja. sampai 3 missed call dia bagi aku.
panggilan keempat,dia: sya, akak tak dapat datang la hari ni. rasa macam tak sihat.

ah, berjaya pulak dia bagitau yang dia taknak tak dapat datang. menyesal aku on handphone. aku cuak masa tu sebab memang tak cukup staf sangat. kebetulan, akulah cashier..akulah kena buat air, ambil makanan, kemas meja. sikit lagi nak macam supervisor jugak. boleh tolong bayar bil pembekal lagi. tak tipu. terlebih rajin tolong buatkan kerja orang. nasib baik tak ramai pelanggan. alhamdulillah.
hati aku dah cakap, kalau sakit betul takpe. kalau tak, aku harap aku tahu.
pendek cerita, lepas habis kerja, aku ke pwtc; pesta buku. waktu nak balik, aku ternampak adik dia; merangkap kawan rapat aku waktu sekolah dulu.senyum lebar aku.siap lambai tangan lagi. dalam masa yang sama, aku nampak sepasang kaki menyorok belakang papan tanda stesen putra. aku dah boleh agak, ni mesti kakak dia. si budak sakit tu. terus aku buat muka ketat.senang kan Allah nak tunjuk? kalau kau sakit, kenapa tak tahu duduk senyap-senyap kat rumah? jangan kata kau nak ambil udara kl yang dah sah-sah tercemar ni? lagi banyak karbon monoksida daripada oksigen tulen.


jadi, aku rasa macam kena aniaya. nasib baik Allah dah permudahkan banyak kerja aku hari ni. aku tahu, dalam perkara ni, sifat husnuzhon kena ada. dalam apa jua perkara pun sebenarnya. ayah aku tak hairan pun apabila aku bercerita pasal ni. dia kata, baru sikit. jadi, aku pun berkeputusan untuk buat-buat tak hairan juga.
terima kasih sebab tunjukkan aku satu lagi realiti kehidupan. kau berjasa, budak dunia luar.
dalam masa yang sama, Allah tunjuk yang semudah blinkblink je Dia nak buka mata kau. jangan pernah terdetik nak buat yang bukan-bukan.Dia Maha Mengetahui.kau nak tengok kebenaran? nahh, dia bagi live depan mata kau. peringatan untuk semua.

what goes around, comes around. jom.jomjom..husnuzhon~




tak sabar nak dengar alasan kau. alasan sakit yang kau bagi dengan suara sihat tadi.
lepas hujung bulan ni, babaii pada kau dan alasan-alasanmu.

menarik bulan ini.

Pesta muda-mudi Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 
atau nama saintifiknya; kualalumpurinternationalbookfair dah pun bermula. 

19-28 mac ni. 
tempat, Pusat Dagangan Dunia Putra.
di mana? dalam PWTC.

saja nak uar-uarkan balik. mana tahu ada yang belum maklum lagi.
tadi sempat berkunjung sekejap. matlamat, nak survey buku yang insya-Allah akan dirembat.banyak sungguh. bersinar pinar mata aku.


disebabkan aku pengikut setia blog ust hasrizal, jadi buku beliau antara sasaran utama.
kalau ada duit, dua-dua la jawabnya.
tadi nampak beliau. aduh, rugi je tak dapat ambil tandatangan.
boleh naikkan semangat tu..


lain, tak tahu lagi. nafsu nak membaca dan mengetahui ni makin membuak-buak dek melihatkan lambakan buku-buku di sana. alhamdulillah, taklah malas sangat siti aisyah ni rupanya. ada juga jiwa ilmiah. huhu..

satu perkembangan positif yang dapat aku lihat, sekalian pihak penerbit bahan-bahan bacaan ni semakin sedar tentang pentingnya first impression terhadap pembaca. sedar tak, kulit-kulit buku sekarang semakin cantik, menarik dan berkualiti. sedangkan buku jenis agama pun ada perubahan. baguslah. pembaca sekarang makin bijak memilih.
peoples DO judge a book by its cover okayy.




    akan beli!
                                                                     

    
   nak beli gak. tajuk dia menarik. XD 

                                                            
  er. promo je.tajuk dia ada unsur prs~


harapannya, tabiat membaca dalam kalangan rakyat malaysia ni akan meningkat.terutamanya buku-buku berunsur kerohanian dan spiritual. perubahan dari dalam dan berperingkat yang tak dapat dilihat dengan mata kasar tu biasanya lebih berkesan.

pesta buku; gedung ilmu~
i loveeee book fair!

Monday, March 15, 2010

teruskan perjuangan!



" keyakinan terhadap Allah bukan mengharap termakbulnya harapan,
tetapi redha dengan segala ketentuanNya "

bismillah walhamdulillah. 
segala rasa syukur dan sebanyak-banyaknya rasa syukur.
lama pula menyepikan diri lepas keluar keputusan SPM hari tu.kecewa? taklahh. alhamdulillah, masih dikurniakan akal fikiran untuk teruskan hidup ni. aku tak tahu dari mana datang fikiran optimis yang membolehkan aku nampak tenang.
kalau dulu, mesti tekanan nak berhadapan dengan orang. sekarang, aku hanya fikir nak teruskan perjuangan.
terima kasih banyak-banyak pada mereka yang banyak bagi aku harapan dan semangat. terutamanya, untuk kawan terbaik yang ingatkan aku dengan ayat kat atas tu. (^^,)
kesimpulan pertama; aku ok jer!

tahniah ea!
untuk member-member se-18th gen. aku nak tumpang nama gak mempromokan kejayaan kauorang. hey, mana tahu ada orang besar daripada U luar negara yang baca blog aku ni. dapat biasiswa ke, masuk U top-top ke. untung, kauorang jugee. haha.

11A
.azri.
tq banyak2 sebab slalu tolong aku
.siti nursakinah.
.megat akmal fikri.
.muhammad shahier.
.maizatul nadia.

10A
.faris.
.mohd hafizi.
.nur syamimi.
.nazratul fareha.
.khadijah afifah.
.aliyah.

9A
.nurul anis amira.
.fariyal alia.
.nurul hidayah.
.farah dayana.

nak letak gambar, takut kauorang tak bagi pulak. 
cukuplah sekadar nama..


jadi, ke mana saya selepas ini?
tak tahu. yang aku tahu, aku dah rindu nak tulis-tulis balik. dan sedikit klu, aku minat nak teruskan syariah. ahha, ada unsur-unsur jadi ustazahkah? tidak. aku nak lebih. insya-Allah. demi agama. hohoh..berapi sungguh matlamat.




kawan aku beria-ia suruh aku ambil medik. ah, tekanan. tolonglah jangan jodohkan saya dengan kimia lagi. huuuu~






Tuesday, March 9, 2010

hampir ke situ

bismillah walhamdulillah.

masa yang tak ditunggu akan terus berjalan dan tetap tiba.
11 mac ni semua rakan sebaya aku akan bergerak dengan perasaan tersendiri menjejak kaki ke sekolah masing-masing. satu perasaan yang pasti, semua orang akan rasa berdebar. tak kira siapa. dan, mungkin juga ada yang tidak. alasan? tepuk bahu tanya mereka.
aku dah membayangkan suasana di sekolah. pelbagai reaksi dan ragam kawan-kawan. yang gembira, tersenyum puas. yang sedih, diam mencari kekuatan.tapi, aku masih tak dapat bayangkan macam mana keadaan aku sendiri nanti. tak mampu nak bayangkan sebagaimana waktu pmr dulu.

secara peribadi dan berkongsi, aku cuma berharap aku dapat jadi fleksibel. seandainya aku berjaya kali ni, alhamdulillah dan aku anggap itu memang rezeki yang Allah nak bagi. mungkin sebagai pemangkin semangat dan jalan yang mudah supaya aku dapat realisasikan impian dan harapan mak ayah sebagai anak penutup.
tapi sekiranya jika aku gagal, mungkin inilah titik tolak supaya aku lebih sedar dan tak cepat selesa dengan diri sendiri yang mudah berpuas hati. jarang aku rasa kegagalan dalam peperiksaan besar.JARANG.BUKAN TAK PERNAH. siapa tahu, kali ini Dia nak bagi peringatan supaya jangan jadi lebih malas dan lebih sombong. serasa aku, ramai kawan yang keputusan PMR alhamdulillah cukup makan di smakl tapi berjaya menunjukkan peningkatan dalam tempoh dua tahun ni. hikmahnya, kegagalan dulu dah dijadikan 'turning point' untuk teruskan perjuangan memperoleh kejayaan.

sebenarnya, aku sendiri dah bersedia untuk terima segala keputusan. cuma aku banyak memikirkan tentang orang sekeliling aku. apa perubahan yang akan berlaku nanti?perkara yang utama; walau apa pun yang terjadi, doa aku, aku berharap  dapat jadi hamba yang banyak bersyukur. susah? insya-Allah tak. sebab aku yakin, Dia akan bagi aku jalan keluar dari arah yang tak disangka-sangka. aku yakin. cuma untuk meyakinkan orang lain, aku tak mampu. itu di luar bidang kuasa aku dan kita. sabar, dan teruskan hidup. percaya dengan seyakin-yakinnya akan ada peluang lain yang telah tercatat buat kita.


keputusan yang akan kita terima,
bukan penamat untuk dunia. 
aku nak sedapkan hati sendiri dengan iman dan keyakinan yang Allah dah beritahu. 
kauorang macam mana?




don't be afraid of failure.
But treat it like a ball.
The harder it falls, the higher it jumps
                        doc. azri

Saturday, March 6, 2010

kita budak hingusan lagi

"   Ustaz Redha dalam talknya Love is Chinta pula mencadangkan setiap rijal/nisa' yang masih student tapi ada menyimpan perasaan masing-masing agar membuat suatu perjanjian yang mengikat kesetiaan antara dia dengan calon pilihannya. Macam ini, contohnya, lelaki tersebut masih dalam belajar tetapi mengharapkan pernikahan dengan dia. Jadi, adalah lebih baik (to me) dia meluahkan apa yang terpendam (niat bernikah) dan berjanji untuk suatu masa tertentu dia dan calon untuk menjaga diri masing-masing sehingga bernikah kelak. Boleh berhubung/contact atas dasar bertanyakan khabar & niat yang betul. Perjanjian terputus jika mereka mempunyai calon lain. Advantages:
  1. Boleh mengelak fitnah hati terutamanya perasaan rindu dan cemburu. Hati dan perasaan menjadi tenang kerana yakin dengan berlangsungan perjanjian yang menjanjikan kesetiaan antara dua belah pihak.
  2. Masing-masing dapat menjaga diri dari hubungan yang salah kerana merasakan diri sudah 'berpunya'. Maksiat dapat dielakkan. Insya-Allah.
  3. Membuktikan niat yang betul iaitu menjalinkan hubungan yang halal kerana perjanjian hanya akan lengkap seusai niat nikah dilafazkan. Bukan sekadar perjanjian kosong seperti kebanyakan couple sekarang.
  4. Bersemangat dalam study kerana bukan sahaja kita hendak berjaya dalam exams, tetapi juga untuk mendirikan rumah tangga selepas itu.
  5. Jika perjanjian terputus kerana salah seorang atau kedua-duanya ada calon lain, maknanya tiada jodoh. T_T
Yang penting, pihak yang membuat perjanjian benar-benar serius dan bukannya main-main. Ada banyak lagi sebenarnya. Nak lagi? Praktikkannya.  "
sumber: blog baihaqi


bismillah walhamdulillah

susulan majlis pertunangan abang sulung

kajian mendapati manusia lebih cenderung untuk memahami sesuatu melalui gambar,
tq.







jadi, insya-Allah itu bakal kak ipar aku. mudah-mudahan ke jinjang pelamin.
perasaan? alhamdulillah. takde.



pictures of the day

ahah..kecik-kecik dah pandai beramah mesra.
 maju betul.

Wednesday, March 3, 2010

kenapa bekerja itu seronok?

bismillah walhamdulillah

dalam bosan-bosan aku meneruskan kerja di titik pusat kuala lumpur ni saban hari, aku rasa paling seronok bila aku tengah-tengah sibuk buat air+siapkan makanan+set up barang, member-member datang masuk kedai sambil tersengih-sengih macam ayam kerang busuk. selalu aku kena toleh dan perhati betul-betul bila ada orang yang berdiri lama-lama luar restoran tu sambil pandang aku. lagi-lagi kalau muka penuh cahaya keimanan dan pakai tudung comel-comel. mesti aku senyum dulu walaupun kadang-kadang jangkaan aku salah.

tadi, aainaa dengan tiqah zul datang melawat. kebetulan kata diaorang. nak bincang pasal graduasi kat McD.
disusuli indah bersama papa. tak tau la ke mana hala tuju dia, tapi kata papa, indah memang nak melawat kawan dia yang buat bisnes. aihh budak ni. sejak bila entah aku jadi manager. tak minat..
sebelum-sebelum ni, ada juga yang baik hati jenguk aku.
yann, mimie, anis, abie, diba,ky.. aku nak kata yang aku terharu. ahh, tak payah sentimental banyak-banyak. kalau kauorang baca blog aku ni kan kan kan..., cepat cepat sambut kata terimas aku ni. dijamin ikhlas dari hati.dan maaf tak dapat borak lama-lama. manager wa telinga ada banyak receptor.

lain-lain perkara, aku rasa seronok kelajuan aku dalam bekerja aku dah makin bertambah. ibarat main game la. speed kena hebat. mata kena tajam. tangan dua jadikan lapan. kaki kanan kat utara timur, kaki kiri selatan barat. momentum kena jaga.oh, sungguh hiperbola cece..
dulu terkial-kial buat kerja. tertekan sungguh. manager tak cakap ape pun aku rasa macam nak berhenti. rasa menyusahkan orang je kalau kerja kat situ. apa punya fikiran entah. aku rasa lagi bersemangat bila baru dah dua kali dapat puji daripada customer. what the..? haha.. sedap kot aku buat air. rahsia? kasih sayang~  zzzzzz...

hari ni pulak, tiba-tiba ada mat salleh ni bagi aku tip rm10. aku macam, ' woah. kau tahu ke tak rm10 boleh beli satu set toasted twister kat kfc tu?'
tapi tak pe kan. orang memberi kita merasa..lah duit lebih sikit. aku tak lah serakus tu nak ambil terus. bahagi dua dengan budak lain. ye, itu pun prinsip prs.
cerita lain juga untuk hari ni.
dan pertama kali aku dengar orang puji teh o ais sedap. kalau milo ke, teh ais ke, cappucino dunkin donut ke.. faham dan agak relevanlah untuk dipuji sikit. dan yang memberi pujian pun abang salleh. segan aku. belajar buat teh o ais je beb, dan kau akan dipuji. itu lah dua sifat murni orang asing lebih-lebih lagi keluarga sepupu sepapat orang bernama salleh ni. pemurah, senang menghargai. ambil sikit pengajaran, dan ubah sikap kita, oh melayu. asyik mengkritik orang aje sehari semalam. belajar berlapang dada dan bagi komen membina sikit tak boleh ke?oh, lantang sungguh cece.cukuplah.


terimas  thank you sir. please come again and have a nice day!.
*dengan senyuman yang saangat manis dan ikhlas.*



<3, ce 
p/s:cerita abang sulung terpaksa ditunda atas sebab-sebab
yang sengaja tak dapat dielakkan
p/s 2: hey kau! pergi solat hajat tak nanti? 
aku rasa macam tak dapat pergi lah.

Tuesday, March 2, 2010

jangan kau lepas

bismillah walhamdulillah.

berjalan lenggang sambil mencuci mata di blog-blog orang.
satu perkara yang mungkin agak sama dari kornea mata aku; ramai yang sedang memuhasabah diri berdasarkan tinjauan pos-pos mereka.. oh oh, aku tak mempertikaikan apa yang sedang mereka lakukan. sebagai insan biasa, aku gembira. mungkin semua ni petunjuk untuk aku turut serta memuhasabah diri setelah sekian lama kegersangan.

baru-baru ni ada seorang adik kesayangan aku hantar mesej.
katanya, sya nk mnx akak rajin2 la komen sya eh..
tu pon klu de masa la..
bkn pe,terasa hidup makin kosong lak..
dah x de tarbiyah mcm kat *****,x de org nk tgr..
tazkirah2 pon dh lme x dgr..
klu de pon ari jumaat je la,after bce yasin..
hati ni dah lme x bg makan ngan mkanan yg fresh n berkhasiat..
huhu~(faham kan..kan?hee ;))
kat sni pon bkn la x de tazkirah,tp jarang..
kdg2 tu tersedar jgk,tp..biasa la..
klu dh x de org tgr kan..lg2 persekitaran pon bkn yg mcm tu..
lg la..terlalai seketika~
mnsia biasa~

mesej yang ringkas, tapi penuh makna bagi aku. mungkin ini lebih pada peringatan untuk diri aku sendiri.
aku? diminta bagi nasihat pada orang? bukan adik bertuah ni seorang, shieda dengan mimo pun cakap macam tu.
bak kata shieda, 'cece, dah takde dah orang nak marah-marah aku. kejut aku subuh, ingatkan aku puasa sunat..'   sebaik itukah cece?huhu.. aku sendiri dah lama tak rasa bi'ah solehah sejak tinggalkan sekolahku tercinta.kegersangan.

diminta untuk terus memberi saat aku kekurangan -satu petunjuk supaya aku tak berhenti mengingatkan diri.dalam masa yang sama, kena jaga ukhwah yang manis tu walau ke mana kita pergi. bukan jaga diri sendiri, tapi ajak kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidup ni sekali. sebab mereka yang aku buat  banyak berfikir..

kauorang tahu, banyak common sense aku dah hilang perlahan-lahan dibawa angin cabaran dunia. menakutkan, huh? kebanyakan orang kata, biasalah. kehilangan common sense, perkara biasakah?
apabila kita meninggalkan rutin harian yang menjadi sumber ketenangan jiwa, kelapangan minda, perkara biasakah?contohnya(cikgu suruh letak huraian dalam karangan); solat dhuha, ma'thurat, tahajud, puasa sunat isnin khamis, baca quran waktu tunggu maghrib, baca doa sama-sama sebelum buka puasa. seronok kan weh dulu? jadi,semacam sengaja jawapan biasalah tu kan..

kadang-kadang, ada satu suara dalam hati yang mengingatkan kita tentang amalan-amalan tu.

'eh, dah lama tak dhuha..'
'dulu setiap petang selalu baca ma'thurat. lagi-lagi nak dekat spm.sekarang..(sambil menjeling-jeling manja kat naskhah ma'thurat.'
'kenapa dulu senang bangun tahajud eh?sekarang bangun subuh pun lalalalaa~'
'hari khamis..baca doa haikal..'
'esok isnin.ajak member puasa sekali ar. boleh buka puasa sama-sama. '

dan apabila datangnya suara hati suci tu, janganla berlengah dan berdolak-dalik lagi. bangunlah dari tidur dan berbuatlah. takut-takut, tak sampai lagi ilham tu sampai kita betul-betul tersasar di jalanmu. naudzubillah.


" Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang hamba-Nya,
Dia memberi pengingat dari hatinya sendiri; yang bertegas MENYURUHNYA BERBUAT BAIK
dan MELARANGNYA MENGERJAKAN KEBURUKAN"







p/s:pos seterusnya; insya-Allah nak kongsi gambar .
majlis pertunangan aku abg sulung
peace!