Saturday, May 1, 2010

kalau semua orang sama,hambarlah dunia,kan?


andai kata ada golongan ibu bapa yang jejakkan langkah ke sini, aku harap mereka baca.


 
salah satu kesilapan mak ayah dalam membesarkan anak-anak ialah selalu membandingkan pencapaian&kemampuan anak-anak mereka



tengok saudara-mara dapat 10A, mula menggelabah.
tengok anak jiran terima tawaran matrik, rasa ketinggalan.
tengok iklan-iklan universiti terkemuka, nafsu membuak-buak.
tapi, anak sendiri diam membisu.
'apa lah nak jadi dengan kau ni'



dulu, beria-ia masukkan anak ke sekolah agama. angan-angannya tinggi. supaya anak dapat doakan mereka bila tiada. tapi rupa-rupanya anak mereka dapat lebih. anak mereka ini belajar tentang sabar dan redha.sebab dunia ni sementara. ustazah selalu kata, bersabar. kalau tak dapat apa yang dikehendaki, mungkin Dia nak beri lebih lagi. 
tiba saat ini, kadangkala ibu bapa sendiri jadi cabaran untuk remaja mengaplikasikan apa yang telah 'ditelan' waktu sekolah dulu. hilang kepercayaan. hilang sokongan. hilang keibubapaan.
hilang.hilang.hilang.
hanya kerana kerana sedikit kegagalan yang bersifat sementara itu.

mak ayah,
jangan dibandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.
kalaulah kau tahu sakitnya hati anak itu.
kalaulah kau tahu perasaan memberontak itu kuat di dada.
kalaulah kau tahu dia sudah lakukan apa yang termampu.
dia masih belajar untuk menjadi manusia. didiklahlah.bantulah. jangan sia-siakan. biar seteruk atau sebodoh mana pun anak itu, bersyukurlah kerana dia masih kenal tuhan yang satu, kenal agama. bukan mudah kau mendapat anak yang selalu berada di rumah saat remaja lain hanyut dengan dunia. raikan pencapaian mereka. bukan dengan kata menghiris rasa.
jangan salahkan anak itu andai orang luar lebih dihargai daripada diri sendiri. kerana orang luar itu hadir saat diperlukan. sedang kau lihat dengan pandangan yang menyakitkan.

untuk kawan-kawan, 
kalau kau alami apa yang aku rasa, kau akan faham. 
kita belajar untuk redha, tapi mereka tak percaya. 
kita faham dengan qada' dan qadar, tapi mereka tak sabar.
kuatkan diri. tunjukkan yang kita juga mampu. mungkin bukan sekarang tapi di masa hadapan.

jangan.jangan.jangan sesekali jadi anak derhaka.
itu pun kita dapat dari sekolah agama, kan?


empangan air mata pecah semula. haihh.
*baiki baiki*

oh. ini untuk ibu bapa dan anak yang sudi baca blog aku. nahh.

dan ini untuk kau,
didikan Allah untuk bakal manusia hebat<3
artikel ni buat aku tersenyum.


kalaulah mereka faham...



4 comments:

Anonymous said...

:') terharu sye membacanya.. time kaseh aisyah..ade jugak yg memahami perasaan sye..!

Unknown said...

terubat hati bila ada yg memahami.t kaseh aisyah :'))

Anonymous said...

cece,

kau kuat , aku tau .
tapi bukan setiap masa kau mampu jadi kuat .
menangis lah , tapi jangan meratap .
setiap sesuatu yang terjadi , pasti ade sebab dan hikmahnya .
andai ibu bapa tak memahami kita , biarlah kita yang memahami mereka .

oh , aku sedih bila kau sedih .
tapi aku tak mampu nak tayang , sebab aku takut tak mampu comfort kau .

ingat , Allah sangat kreatif dalam memberi rezeki . Allah juga adil .

kau tak dapat bahagiakan mereka waktu ini , kau pasti dapat bahagiakan mereka satu waktu nanti .
tapi jangan tunggu waktu itu untuk datang,
berusahalah agar waktu itu akan datang .
jangan lemah dengan penilaian manusia , penilaian Allah adalah yang terbaik .

aku tak mampu menulis ayat puitis untuk kau rasa menyucuk hingga ke qalbu .
aku hanya mampu menulis apa yang berlegar di kepala tatkala aku cuba memahami perasaan kau .

aku sayang kau . tak tipu , aku pasti :)

.an<333.

aisya zainal said...

sesey&wani: memahami dengan melalui.
kerana erti hidup pada memberi.

an<333 : aku tahu.
kau memang begitu.kadang2 aku tak perlu fizikal di depan mata, sebab aku tahu Dia sentiasa ada.
tp, kadang2 tersungkur juga. tak ada yang nak menyambut. sbb berat sgt. haha.
anyway. thanx an. aku suka bila kau tak jadi naa yg org kenal.