Monday, May 10, 2010

bila semut mati kerana gula.



                                                                Mereka semut :)
         

Apa yang menyebabkan semut boleh mati dalam timbunan gula? Atau lemas dalam lautan susu pekat? Kurang oksigen? Pengambilan makanan manis secara berlebihan? Bukan ke kedua-duanya satu obsesi? 
Secara logik, semut tak patut mati kerana 'kecintaan'nya, kan?

Sama seperti kehidupan manusia. Terlalu taksub pada sesuatu sehingga lupa matlamat hidup. Bukan semua orang dan setiap perkara. Sesetengahnya. Berjumpa dengan apa yang diidamkan, terlupa bahawa itu hanya keperluan. Bila mana keperluan diletakkan paling hadapan, kita akan binasa.Fikirlah, apa yang sepatutnya sekadar keperluan, tetapi kita jadikan keutamaan?

Hakikat semut itu.
Sepatutnya hidangan dicari dan dibawa pulang ke istana untuk diberi pada Ratu. Dikongsi bersama macam teh Boh. Sebab itu tugas yang ditetapkan untuk setiap mereka sejak azali. Namun ada antara mereka lalai dengan tugas yang diamanahkan. Lupa, leka dan alpa apabila kegembiraan sementara di hadapan mata. Lupa pada tanggungjawab. Sedang yang lain berusaha mengambil manfaat sekadar adanya sahaja, pasti ada yang terbabas. Terlalu asyik dan leka sehingga tak sedar diri menjadi mangsa. Tika itu, tiada siapa yang dapat membantu walaupun mereka 'diterapkan' dengan nilai bersatu teguh, bercerai roboh.

Tapi, itu hakikat. Semut tak dikurniakan akal untuk berfikir. Semua orang tahu tentang itu. Malah, semua makhluk lain juga hanya bergerak mengikut ketetapan yang Si Pencinta. Segalanya teratur.

Kita berbeza. Cuma jalan kehidupannya sama. Aturannya sama. DIA berikan sedikit kemewahan supaya kita rasa selesa. Selesa untuk terus bekerja kerana-Nya. Malangnya kita selalu anggap itu satu penamat yang gembira. Kita lupa. Selalu lupa. Ramai yang nak membantu, tapi kita kata tak apa. Rasa selesa.

Kerana apa?

Kerana kita sering terlupa, 
HAKIKAT BAHAGIA YANG SEBENARNYA.



Bagi aku, semut tak mati kerana gula,
tapi kerana cinta yang buta.


No comments: