Akhir-akhir ni, aku jarang dapat menulis sebab jarang keluar rumah.
Jadi, sebab jarang keluar rumah, aku jarang menulis.
Kenapa aku jarang menulis bila jarang keluar rumah?
Sebab bila jarang keluar rumah, aku jadi jarang menulis sebab jarang dapat cerita baru untuk ditulis.
Jelas di situ?
Kenapa hari ni dapat menulis? Sebab hari tu baru je keluar melawat dunia.
Say hello to cece!
Ok danish, sekarang kau pembaca setia aku kan? Baca cerita ni.
Aku rasa amatlah menarik dan lebih bersemangat untuk naik KeTaM sekarang ni ke mana jua. Takde sebab lain dah. Sebab pihak KeTaM sangat bijaksana telah melaksanakan koc wanita yang sangat relevan itu. Pertamanya, sangat selesa! wuhuuu! Kau boleh bayang tak kau dalam satu gerabak yang ada perempuan -perempuan sahaja kecuali seorang dua pakcik KeTaM yang bertugas menjaga keamanan dunia. Situasi yang sangat wuhuuu! Best tak tipu. Keduanya, kurang perasaan aku-ni-dalam-tren-ke-tin-sardin? macam tu la. Sebelum ni, kalau nak naik tren pukul 5 mesti fikir 2-3 kali dan mesti kena naik juga. Langkah terbaik, menyelit-nyelit ke kawasan paling ramai perempuan. Tu pun kadang-kadang je bernasib baik. Selebihnya, lebih banyak dikelilingi jejaka lelaki warga asing. Pehh. Dah macam aku pulak pendatang asing kat Malaysia ni. Susah gila nak cari muka melayu. Banyak muka kacukan bangla sahaja. Tekanan aku.
Semua masalah-masalah tu dah pun diatasi. Sekarang kalau nak ajak keluar naik KeTaM, aku dah tak ada masalah sangat. Bila-bila masa je. Walaupun KeTaM masih belum dapat perbaiki masalah disiplin dia yang suka datang tak ikut masa tu, sekurang-kurangnya aku tau KeTaM sayang aku. Dia tak nak aku jadi mangsa sosial kat Malaysia ni. Hahaha. Terima kasih KeTaM!
Cuma aku pelik jugak la tengok ada makwe-awek-kakak cun yang tak pandai hargai usaha KeTaM ni. Nak jugak ikut pakwe diorang masuk satu gerabak. Pehh. Tak cuak ke satu gerabak yang penuh dengan lelaki? Kalau lelaki termasuk gerabak perempuan, boleh jugak cover-cover salah masuk gerabak kan. Kalau perempuan TERsengaja salah masuk gerabak sebab nak together with the abang, memang babai la. Aku tak tau la apa diorang fikirkan. Serius. Kalau kena kacau dengan laki, cepat je tuding jari. Tapi yang cari masalah, LU PIKIRLAH SENDIRI.
update: Aku agak program ni tak akan kekal lama. Baru je naik KTM hari tu. Ramai gila jantan. Sakit betul hati tengok. Em, diorang tak tahu kot pelancaran kempen ni. Atau buat-buat tak dengar announcement 'KOC TENGAH ADALAH UNTUK WANITA' yang dibuat berulang kali dalam dwibahasa.. Erghhh. Manusia, manusia.
6 comments:
arituh aku termasuk. pergh. sedap dok situ. tapi aku diri ah. haha. bes doh gerabak pink. haha.
hebat kau. boleh tahan panahan mata perempuan. kalau kau dressing sikit2 macam perempuan pun orang tak hairan kalau kau sengaja masuk pun. try la.nak senang naik ktm tak? XD
haha. ak ngan mimi berasingan bhaii.
bagusss. tahu pun ikut peraturan. inilah budak sekelas aku selama 5 tahun.
bangga sikit.
haha. bangga ye? kalau aku se-doc dengan die. susah uh. nt bahaya mengancam dirinya.
ye ke?
kalau kau se-doc dengan dia dalam doc pink kat tengah tu,
bukan bahaya mengancam diri kau pulak ke?
hahaha.
Post a Comment