Wednesday, July 27, 2016

Bertanya Pada Tuhan

Kebanyakan masa dalam kita kehidupan kita,
jarang kita panjangkan persoalan, minta sungguh-sungguh jawapan atau klu daripada Tuhan.

Kita terlupa,
fatwa hati kita seharian banyak dipengaruhi nafsu dan kehendak hati.
Terbawa-bawa dengan rasa gembira, sedih, cinta dan benci sendiri.
Lalu, bila manusia datang pada kita menuntut kata,
terus sahaja ada jawapan;
'Ya.'
'Tidak.'
'Tengoklah.'

Kerana lupanya kita pada kalimah 'Dengan izin Allah',
maka kita rasa kita berhak berkeputusan.
Kemudian pabila datang jerat permasalahan, baru kita kenang-kenang kembali lemahnya pengetahuan kita tentang masa hadapan.

Bertanyalah pada Tuhan supaya kelak kau tak kesedihan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya hidup sentiasa dalam keredhaan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya kau merasa erti kebahagiaan.
Bertanyalah pada Tuhan supaya pengakhiran hidup tak tercampak dalam kebinasaan.



Allah,
jadikan kami hamba yang pabila datangnya pilihan,
istikharahlah yang pertama kami dahulukan.

Amin.

Friday, July 15, 2016

16 Julai 2016





Everything will be fine, Aisyah.

Time will heal.

You had been gone through this before. 




Friday, July 1, 2016

Kawan baik

Kau ada kawan baik berjantina lelaki?

Aku tak tahu nak kata ada atau tidak.
Kekadang bila aku nak kata aku ada sorang dua je kawan lelaki yang aku rapat,
itu mungkin sekadar plastik untuk tunjukkan aku ni baik. Walhal tak ada pun isitilah kawan baik lelaki.

Aku ada kawan lelaki yang aku selesa.
Sekolah rendah sorang.
Sekolah menengah sorang.
Zaman uni sorang.

Kawan lelaki sekolah rendah yang seorang ni,
rapatnya tahap cikgu-cikgu doakan kami berjodoh sebab selalu sangat gaduh,
dia tahu cerita memori 10 tahun lalu aku,
dan aku kenal ahli keluarga dia.

Yang aku baru tahu,
segala jenaka mak dia untuk jadikan aku menantu adalah benar.
Aku pernah tulis pasal mak dia dalam posting Julai 2014.

Betul aku ingat tu semua sekadar usikan sampai la kawan ni mengaku sendiri.
Cumanya masa tu dia diamkan sebab aku masih tunggu orang.
Sekarang?
Masing-masing dah ada jalan cerita sendiri.
Dia dah bertunang pun alhamdulillah.

Aku happy sangat bila dengar dia nak berkahwin.
Siap offer nak tolong-tolong buat persiapan. Bukan tangan seni hias pun. Tapi teruja.
Cuma ye lah. Bila kau dah tahu kebenaran, jadi canggung la sikit kan?

Kalau jodoh itu sebahagian daripada rezeki yang Allah tetapkan untuk aku,
maka aku berdoa supaya dia adalah seorang yang mencintai Allah dan menyayangi aku.
Paranoid, kau tahu. Baca segala macam pengakuan kisah rumah tangga.
Mudah-mudahan kita ini satu pelengkap yang baik untuk hidup orang lain, kan?



Aku pun tak tahu motif posting ni.
Posting pasal hati ni bosan juga. Jadi membantu bila kau tak tahu nak kongsi pada siapa.


Saturday, June 25, 2016

SGBG










Sebab salah sorangnya meninggalkan jejak.
Maka, gigih aku selongkar fail lama. 

Mungkin ada jarak pada jasad, tempat dan masa.
Namun memori buat kau dan kita masih punya rasa
yang bila kita bersua,
masih berterusan peringatan dan sisa tawa.


Kau paham ke aku puitis-puitis camni?

Arghhh. 
Lantak la. 



Hahah.

Tuesday, May 31, 2016

Kalau orang tanya...

BILA NAK KAHWIN?



Aku sekarang rasa ada dua jawapan yang aku boleh bagi. 


1. Bila dah kurus.

2. Tengok la. Bila ada mood. 











Tapi teringat Anati ajar. Kalau orang tanya, jawab la,

Semoga dipermudahkan. 

Sweet angat. Koh koh. 

Monday, May 30, 2016

Perlumbaan.

Assalamualaikum. 

24 on 28th May 2016. Alhamdulillah. 

Kau pernah dengar tentang hidup ni satu perlumbaan?
Semua nak ke depan. Kalau jatuh pun, biar jatuh ke depan. I once read and wrote this tapi tak ingat kat mana.
Frankly speaking, I was feeling quite down lately thinking and scrolling on social medias how people live their life. Everything looks smooth and perfect with excellent education, job(s), marriage, fair skin, nice body and all the Dunya things. I am a lady, you know. How am I supposed not to feel insecure? Or maybe my faith and taqwa are not that strong tho.

Rasa kurang selalu. 
On 24 and you don't have anything.. eh wait. 
I still have my parents and family! Alhamdulillah.

Ada lagi satu aku pernah terbaca, 
'Apa yang cantik di media sosial itu, adalah apa yang mereka PILIH untuk tunjuk.'
Hidup tak lah sesempurna tu kan? 
Kulit cantik, mungkin perlu duit banyak.
Baby comel, mungkin perlu bangkit setiap sejam tengah malam.
Mesti banyak lagi kesakitan yang manusia perlu simpan. 
Contohnya kau kena simpan lemak dalam bengkung untuk nampak solid. Eh. Haha. 

------------------------------********---------------------------

Tengah aku berfikir dan rasa murung, 
ada junior SMAKL hantar ini pada aku. 



Masa SMAKL, aku pengawas asrama. 
Masa tu aku memang banyak menjerit, bekeng entah macam mana. 
Tapi sesekali, ada je manusia yang datang dan ingatkan pesanan-pesanan yang aku pernah bisik pada mereka.. yang aku pun tak ingat. 
Kadang-kadang aku pun tak sangka aku boleh bagi nasihat sebagus tu. 

Yang aku pasti, setiap kali aku keluarkan nasihat, itu yang ada dalam hati aku. 
Yang aku harap manusia lain ikut.
Sebab aku sendiri tak boleh nak laksanakan.


Warm hearted. Dedicated and passionate student. 
What a compliment. 
..............




Mana hilang agaknya?

Wednesday, March 16, 2016

Topik tepat

Bismillahirrahmaan ar rahim.

Ada orang pernah kata,
kalau kau berbual dengan seorang manusia tentang hal-hal yang kau rasa biasa,
tapi tiba-tiba dia menangis.
Kenapa agaknya?

Sebabnya perkara tu adalah perkara yang hit the point.
Topik yang dia dah lama pendam paling dalam hati dia.
Apa-apa je.
Pasal duit, pasal kucing, pasal alam sekitar, pasal keluarga.
Yang best kalau pasal Rasulullah la kan. Cerita je, nangis.
MashaAllah. Cool sangat.
Ok tu lain la.

Aku sedar perkara ni dalam perbualan aku dengan beberapa manusia.
Bila masuk satu topik spesifik ni, aku mula berubah nada suara.
Kalau tak ubah topik dalam masa 5 minit, siap sedia la tengok aku buat drama.

Aku menangis bukan nak minta simpati. Cuma satu topik sungguh tak buat aku senang duduk. Entahlah kenapa. Mungkin sebab depan mata.
Betul, lah kan.
Crying doesn't mean you're weak. It means you have been strong for too long.

Takdelah. I've never been strong pun.
Cuma kekadang tak habis luah.
Dan, topik aku tu bukan la pasal lelaki pun.
Never.

Monday, February 29, 2016

Meningkat dewasa

Kebanyakan kawan aku sekarang tengah sibuk mencari kerja. 
Umur 24 dan masih tidak bekerja.. rasa macam tak lengkap. 
Rasa.. em. Useless. 

Perkara yang aku semakin jarang buat akhir-akhir ni adalah keluar dengan kawan-kawan, walaupun hujung minggu untuk aktiviti kegemaran aku, volunteering. 
Apatah lagi kalau nak ajak bercuti, lepak makan benda-benda hipster, awal-awal nama aku dah tak termasuk dalam senarai. Diorang dah tahu, 
Aisyah tak keluar malam.
Aisyah tak tengok wayang.
Aisyah payah nak pergi makan suka-suka cuba. 

Payah bukan sebab anti. Banyak hal terutamanya bab duit yang bukan dari titik peluh aku. 
Nak makan mahal-mahal, serius terbayang mak ayah. 
Nak tengok wayang, rasa duit mudah sangat terbang melayang. 

Itu bab duit. 
Sekarang mungkin juga sebab rasa tanggungjawab. 
Dah tinggal aku seorang sekarang yang belum berkahwin. Tak, aku tak terganggu pun bab itu. 
Cuma, bila hanya kau dan mak ayah..
kau nampak sakit mereka, 
perhati tua mereka, 
dengar perbualan mereka.. sedikit sebanyak buat kau sedar diri. 

Aku pilih nak  penuhkan dulu kemahuan mak ayah. 
Setakat ni, perkara yang paling mampu aku buat dengan baik adalah jadi pemandu untuk mereka. 
Sebab tu bila datang hujung minggu, kalau ada majlis whatsoever yang perlukan mereka bergerak ke mana-mana, elok aku yang bawakan. Terutamanya, emak. 
Aku tak reti bawa motor. Kereta je mampu setakat ni alhamdulillah. 
Masak, setakat yang bodo-bodo ringkas boleh la. 
Kemas rumah pun... em em em. Gaya aku je lah. Tak reti menyusun atur.
K aku harap calon suami aku tahu bab ni tanpa perlu aku bagitahu. Chiaaa. 

Ada sesekali aku terasa,
kenapa sekarang aku terpaksa tinggalkan aktiviti yang aku gemar dulu. 

Rupanya zaman sekolah aku pernah doa sungguh-sungguh. 
Aku nak berbakti pada mak ayah hingga akhir hayat aku. 
Mungkin ini permulaan. 




Thursday, February 11, 2016

Bukan Perempuan Idaman


Why bother to explain who you really are to people?

Let them be.
If they're worth enough, they'll stay. 




Realiti hati



Setiap kali aku rasa sesak dengan permasalahan perasaan yang kebudak-budakan, 
hal akhirat buat aku berpijak di bumi nyata yang sementara.

Hidup ni bukan hanya tentang seorang manusia.
Apatah lagi jika dia tak membantu kau saat berhadapan dengan Tuhan. 

Kembalikan hati. 

Ilmu amal thummastaqim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dunia hampir sampai pada penghujung. 
Zaman bilamana ramai yang tahu namun tiada faham. 
Faham tanpa amal. 
Atau sahaja amal, culas mahu memperbaharui dan memperelok. 

Kata ustaz Ahamd Dusuki Abd Rani, 
antara perkara yang membantu kita dalam alam barzakh nanti adalah AMALAN. 
Bukan ilmu. Ilmu itu ibarat garis panduan je.
Kau beli dron, tapi tak baca manual..main lempar macam boomerang,
kau ingat menjadi?

Amalan akan datang dalam bentuk yang berbeza, terpulang pada kualitinya. 
Ada amalan seperti manusia yang elok paras rupa, atau semacam anjing babi sahaja. 


"Tuhan kami adalah Allah, kemudian beristiqamah." [TQS al-Fushshilat : 30.] 

Makna istiqamah di dalam ayat ini adalah melaksanakan ketaatan dan berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. [Imam Ibnu Mandzur, Lisaan al-’Arab, juz 12/ 499]

Maaf aku copy paste sahaja sebab tiada hafazan. Aku cuma recall adanya ayat tentang istiqamah.



Kau lihat, 
pengakuan pertama itu tentang percaya, yang datang daripada ilmu. 
Dan kemudian datangnya amalan. Bukan ilmu yang menjadi bukti bertemu Tuhan, tetapi amalan. 

Benar, orang alim terdahulu tak banyak akses ilmu seperti kita sekarang. Banyak waktu digunakan untuk mengkaji, dan guna apa yang ada. Tetapi dengan ilmu yang sedikit disulami istiqamah itu yang buat mereka lebih hebat daripada zaman selepasnya. 

Kita ini, ilmu dihujung jari, tapi tiada yang benar-benar kemas dalam genggaman. Tak ubah seperti 'Jack of all trades, master of none'.

Dalam perbincangan tu jugak, aku teringat sedikit tentang hadis 'menggigit dengan geraham'.
Aku tak ingat penuh, tapi Google tolong.



Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sesungguhnya barang siapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. 
Oleh karena itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang terbimbing, berpeganglah erat-erat dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham…
(Shahih, HR Abu Dawud, At Tirmidzi, Ad Darimi, Ibnu Majah dan lainnya dari sahabat Al ‘Irbadh bin Sariyah. Lihat Irwa’ul Ghalil, hadits no. 2455). 




Kenapa menggigit?


Briefly explain, 
itu menunjukkan akhir zaman ini, pengamalan sunnah akan jadi tersangat asing dek percanggahan pendapat manusia yang budus lagi hina. 
Tapi, kita kena berjuang (perkataan terbaik untuk memaknakan ia) untuk ISTIQAMAH dengan AMALAN sunnah.

U got what I'm trying to say after going all around the bush?

Kau kena cari ILMU - AMAL - ISTIQOMAH, Ce!

Dan ilmu tulen bukan berada di media sosial. 
Start reading books.






Ingat hadis pun dengan Google. Cis Ce. 

Logout media sat

Selalu jugak aku on/off Facebook atas alasan yang pelbagai. 
Antara sebab yang kerap adalah tak tahan dengan negativiti dan caci maki yang bersahutan. 
Dan pada waktu yang lain, aku aktifkan semula atas rasa ingin tahu aktiviti percuma untuk hujung minggu.
Log out semata tak cukup untuk aku yang payah nak berdisiplin.

Apa yang aku temui dengan putuskan hubungan teknologi, adalah ketenangan. 
Serious talk. 
Balik kampung, buka tingkap luas-luas, tengok burung dan bukit. 
Peh that feeling. 
Mahal. 

Aku selalu juga cerita tentang kompleksnya hidup berteknologi sekarang. 
Terlalu rasa ingin dilihat, rasa ingin dikomentar yang murni-murni. 
Sudah terbiasa sampai buat orang meluat. 
Meluat gila oh, pergi kedai makan nak lepak-lepak pun, sibuk ambil gambar teh terik yang berbaki separuh gelas dari posisi atas. Kau ingat hipster? 

Memutuskan silah dengan teknologi juga buat kau buka mata dengan hakikat bahawa ilmu sebenar bukan mudah diperoleh. FB itu menawarkan info semasa, bukan ilmu untuk sepanjang usia. 
Aku rindu perpustakaan. Aku fokus pada buku. 
Masa yang hilang di hadapan skrin, nyata berbeza jika diguna untuk membaca bahan berjilid. 

Ah. Just ranting. 

Tengah praktis nak mengarang semula.
Mengarang menajamkan minda. 

Thursday, January 28, 2016

Santai

Cuti sem pada umur 24, ni lain sikit rasa dia.

Aku tak pernah cemburu tengok budak sebaya aku jalan sana sini lagi-lagi dapat tahu duit tu bukan duit mereka.
Tapi aku cemburu tengok golongan yang pandai berniaga atau bekerja.
Benda yang aku tak reti. Atau belum reti.
Sebab umur 24, aku belum ada cash inflow sama ada aktif atau pasif.

Member ajak makan angin, aku beralasan.
Member ajak makan-makan reunion, aku banyak fikir.
Member ajak karaoke dan wayang, mujur aku tak pernah terliur.

Aku tak reti nak meminta duit mak ayah.
Bab kewangan ni semacam sensitif la akhir-akhir ni.
Dengan abang dan kakak sekali pun, sampai bila kau nak menebal muka meminta-minta?
Malu, kau tahu?

Tak. Kau takkan pernah tahu.
Sebab kau ada mak ayah yang setia memberi.

Banyak kali aku kena 'lantak'kan apa orang anggap pasal aku bila tak dapat sertai.
Aku tak pernah sedih sebab aku tahu kondisi aku.
Aku bukan miskin. Aku cuma tak ada peruntukan untuk santai-santai begitu.

Biarlah.
Biar masa dengan famili tu jadi ruang santai-santai aku.
Lantakkan apa orang nak kata.


Wednesday, January 6, 2016

Bahagia

Dalam kehidupan, antara aspek yang manusia cari adalah makna ‘bahagia’.

Makna bahagia untuk setiap orang tu tak sama. 
Kau jangan la terpengaruh dengan cerita Melayu yang bahagia tu mesti yang ada rupa dan kaya. Realiti dunia bukan ada dalam drama Akasia.

Ada orang, bahagia dia datang dalam cinta.
Ada orang, bahagia dia ada pada ruang. Ruang mencuba, meneroka.
Ada orang, bahagia dia terletak pada masa. Masa yang banyak, atau sekadar seketika yang bermakna.

Kadang-kadang bila ternampak pasangan yang asyik bertekak, aku selalu terfikir sama ada hubungan mereka bahagia atau tak.
Kalau tak bahagia,kenapa dan macam mana mereka teruskan?

Mungkin benda yang aku tak nampak,
lepas gaduh mereka tertawa,
atau lepas gaduh salah seorang akan mengalah.
Benda yang aku tak nampak dan tak perlu pun untuk aku fikir.
Yang perlu, selalu doakan kebaikan dan kebahagiaan orang. 
Kan?

This type of thinking just came across once awhile. Biasalah. Fasa dah berubah sikit, kan. Empati tu tinggi. Selalu letakkan diri dalam keadaan orang.  

Fynn Jamal pernah kata,
‘Jangan cari diri sendiri dalam tulisan orang lain. Takkan sama.’



Tapi kalau dah tahu kebenaran, terang-terang kena tipu dengan pasangan pun masih gila mengejar.. tu bukan kebahagiaan.
Tu satu kebodohan.
Move on.
Eh maksud aku untuk pasangan yang belum kahwin la.


True story but not mine.  
Aku dah lama move on.