Tuesday, September 17, 2013

Award yang mana?

Subhanallah.

Aku dah ketemu bidadari dunia.
Lovely.
Aku dah jatuh hati.

<3 p="">
-----------------------------------------

Beberapa hari lepas, fakulti buat program yang bertempat di masjid.
Bosan-bosan, aku merayau. Terjumpa satu edaran pasal kelas mengaji.
Masya-Allah, teringin nak pergi sangat. Sangat. SANGAT.

Cabarannya, kelas tu waktu malam. Mula lepas Isya', mau habis jam 10 lebih. Walaupun ada bas yang bergilir ambil pelajar di perhentian bas yang tak jauh dari masjid, aku masih perlu menapak dalam 5 minit nak ke perhentian.

Punyalah berbolak-balik hati -- nak pergi ke tidak.
Ada bisikan jahat kata, 'Syah, kau datang sini nak belajar. Kau ambil akaun. Bukan kos agama.'
Aku nak pergi sebab Allah ilhamkan, yang aku ke sini bukan semata jadi pelajar Perakaunan, tapi kena selit aktiviti kerohanian. Nanti hati lompong.
Ada orang boleh survive. Aku tidak.
Bahkan, aku yakin majoriti tak akan mampu survive dalam hidup kalau asyik kejar dunia.

Dalam keberatan hati, aku tetap tak pergi.
Sebab fikirkan seorang dan malam.
Berattttt sangat hati.

Aku pun siap-siap nak ke surau kolej kat bawah.
Pertama kali pergi nih selepas seminggu.
Dengan harapan, ada yang lebih baik Allah temukan di situ.


Lepas solat, aku nampak dah diorang bentuk bulatan.
'Ah, cantik sangat.'

Usha dari jauh dulu. Al-malulekucin.
Pastu sekali diajak, laju je mengangkat diri.

------------------------------------------------------

Aku jarang 'jatuh sayang' pada so-called bidadari dunia.
Ye, ada kawan-kawan aku yang solehah Alhamdulillah. Bidadari dunia, aku tak pernah rasa.

Nama kakak tu Fa.. aku tak ingat.

Muka dia macam Ummur. Aku tak boleh lepas tengok muka dia bila dia menyampaikan.
Allah. Indah.

Kau tahu jatuh sayang apa rasa dia?

-----------------------------------------------------

Kak Fa kata; keluar dari zon selesa.
Mulakan satu tapak ke hadapan, Allah akan tunjukkan macam-macam perkara terbentang di hadapan mata kita.

Kak Fa kata; setiap hari ucap Alhamdulillah. Syukur sungguh-sungguh.

Kak Fa kata; kalau nak tenang, jangan putus wudhu'. Biar manusia ingat kita bermandi. Allah tahu.

Kak Fa kata; yakin dengan Allah sungguh-sungguh. Aura positif yang kita keluarkan pada manusia, akan terbias kembali pada kita. Apatah lagi kalau kita berpositif dengan Allah.

Kak Fa ajar; doa 'Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu. Bangkitkanlah aku agar dapat terus melakukan perkara yang Engkau sukai'.



Aku tak dapat recall semua sebab khusyu' 'jatuh cinta' tadi.
Hakhakhak.
------------------------------------------------

Subhanallah.

Minggu pertama, tak boleh nak tipu lagi mengatakan aku masih teguh.
Hari pertama, ya.
Masuk kelas dan lihat kanak-kanak responsif dari JB dan Segamat buat aku terawang-awang la.
Daripada sangat mahu cemerlang, aku tukar niat buarlah aku cemerlang sama-sama. Aku akan belajar sungguh-sungguh.

Pertemuan dengan Kak Fa bagi pencerahan semula.

Betul kata dia.
Kalau nak ikut ketidakmampuan aku waktu diploma dulu, mana mungkin aku dapat capai pointer sampai macam tu sekali.
Allah yang bagi Aisyah. Dalam kau bermalasan atas katil, dalam kemalasan nak turun surau, dalam banyaknya dosa.
Allah bagi.

Jadi atas keyakinan apa, yang buat aku fikir tumpuan belajar semata-mata dapat memberikan aku kejayaan?


Dan agaknya di padang Mahsyar nanti, bangga tak aku jelaskan pada Allah,
'Ya Allah, dahulu aku lewatkan solat untuk belajar. Untuk dapatkan pointer yang tinggi.'

Manusia lain naik ambil award akhirat,
kita masih jelaskan nilai award dunia. Pada Tuhan Yang Maha Pemurah.

Berbaloikah?

 

No comments: