Friday, November 16, 2012

Bermusim

'Parah kalau dah bom baru nak berdoa. 
Tapi lagi parah kalau tak reti-reti nak berdoa.'

Ini bukan kata-kata ulama' .Tapi sila terasa. 

It's never too late to start something good. 
Cumanya sungguh ketara apabila 'kebangkitan' ini turun naik. Di.. Facebook?
Tak ada masalah. Sungguh, moga usaha menyebarkan ilmu tentang saudara di sana dihitung Allah. 
Tapi, usahlah hakimi mereka yang tak tunjukkan usaha itu sebagai tidak peduli. 

Kamu ini tiada perasaankah? Saudara kita sedang dibanjiri darah disana!
Mengapa kamu..
Tidak share gambar-gambar penderitaan. 
Tidak post status berbaur semangat perjuangan, dan
Tidak like komen kebencian terhadap penindasan?

Kerana mungkin..
Dalam diam, mereka menembak berpelurukan qunut nazilah.
Dalam diam, mereka mengikat perut demi mengumpul duit poket untuk dana.
Dalam diam, mereka bangkit sepertiga malam menghambur tangisan pada Yang Maha Gagah. 

Teruskan kerja. 
Berhenti dan ajak bersama. 
Usah buang masa melihat kiri kanan dan mencemuh. 

Doa untuk mereka,dan doa untuk kita.
Moga semangat yang tercetus ini bukanlah datang berkala. 

1 comment:

Ummi Rai said...

kadang-kadang emosi terlampau high sangat T.T