Wednesday, November 7, 2012

Jari

Hidup bermasyarakat.

Kalau setiap masa satu jari dipaksikan pada orang lain, empat selebihnya kembali pada kita.
Menjengkelkan, pabila setiap masa kita hanya mahu orang tahu tentang kita.
Yang baik-baik sahaja pula tu.

'Oh. Kalau saya..' -Tidak kisah pun apa orang lain cerita.
'Aku tak macam tu. Aku..' -Kenapa kau pelik sangat?
'Sekurang-kurangnya aku..' -Lebih baik daripada yang lain.

Tak baguslah.
Anatomi kita lengkap untuk memberi dan menerima.
Kalau mudah kita memberi nasihat dengan mulut,
sifirnya mudah jugalah menerima kata orang dengan pendengaran.
Masalahnya tak selalu begitu.


Tidak satu rahsia pun kah yang masih ada tersimpan dan mahu terus kekal privasinya?

No comments: