Sunday, November 11, 2012

Sebelum noktah.

Jika remuk hatimu dan harapanmu tidak menjadi seperti yang kau rancangkan, ingatlah. 
Kita merancang, Allah jua merancang. Tetapi perancangan Allah itu LEBIH BAIK :') 

'Kau cakap senanglah. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Sakit tahu.'

'Jadi apa yang kau harap dalam hidup?'

'Mestilah aku harap segalanya lancar seperti yang aku mahu. Apa yang aku impikan. Semua orang pun mahu begitu'

'Apa yang kau mahu ?'

'Soalan apa kau beri ni? Cemerlang dalam setiap peperiksaan, dapat laksanakan perkara yang kau minat, masa depan yang penuh dengan kesenangan supaya dapat membahagiakan orang lain' 

'Falsafah hidup kau terlalu cetek.'

'Kau menghina aku ?'

'Aku malas nak huraikan tentang ini. Aku sangat yakin kau sudah ada pengetahuan. Cuma sesekali, tepuklah dada dan soal pada iman. Apakah kau yakin akan bahagia mendapat apa yang dihajati, tetapi dalam masa yang sama mengorbankankan kepercayaan tertinggi dalam diri? Lupakah akan dikau bahawa perancangan Allah itu yang paling cantik dan layak untuk kita? 


Ingatlah, segala macam keinginan kita itu terlalu mudah untuk Allah laksanakan. Tetapi sebaliknya ada yang lain Allah berikan supaya kita sentiasa kembali mencari diri. Menguji kekuatan jiwa dan lisan untuk terus mengucapkan Alhamdulillah walaupun hati kita terluka. 
Memang mudah aku berkata, tetapi aku tak perlu turut sama merasa. Cukuplah Allah mengetahui segalanya '


  

Dum dam! Dum dam! KAPOWW!


No comments: