Saturday, May 19, 2012

Monolog#2

Bismillah.

Hari ni aku marathon masak 3 lauk, buat sejuk beku. Ambil alih tugas mak waktu hujung minggu.
Mak dah takmau masak nampaknya sejak dua menjak tiga menjak dia nampak aku dah boleh.
Penat sungguh la oi! Majnun ah.
Camni rupanya penat mak duduk lama-lama kat dapur.
Aku.. kalau mak ada, aku malas sungguh nak masak. Sebab tiba-tiba akan jadi tak sedap. :3

Jadi dengan ini, aku memutuskan untuk tak fikir lagi pasal kahwin
kecuali jika si suami itu pandai memasak dan lebih rajin daripada aku. Mehehe.

Saja lah. Aku nak kongsi resepi boleh ke?

.....

Takyahlah. Lari matlamat blog.

2 comments:

Penjihad Sampai Mati said...

Kahwin dengan chef la kalau nak suami pandai masak.Muehehe :3

doubleA said...

tapi kongsi resepi tu kan satu perkongsian jugak. tak ke? hehehe