Saturday, May 19, 2012

Moksu


'You seems to think about something. Kenapa yah?'
'Takdelah. Ayah fikir, ada adik-adik lagi.. anak-anak semua dah besar..'
'Susah kan nak besarkan kitorang?'
'Em.. tak lah susah. Alhamdulillah. Semua dah besar, jadi orang yang berjaya. Ayah happy' 


Bismillah walhamdulillah.

Hidup ini berfasa.
Sama ada sedar atau pun tidak, dunia akan dilihat dari perspektif yang berbeza.
Kecilkan sedikit, lihat pada ahli keluarga.
Ada apa-apa yang berbeza? Tiada?

Bahaya tu.
Check lagi sekali.

Sebab, aku dapat rasa lainnya keadaan apabila semua sudah besar gabak belaka.
Aku tak tahu kalau ini insecurity yang menyerang anak bongsu macam aku.
Kadang-kadang menakutkan. Boleh bikin hati goyang.

Fasa ini,
bilamana ayah sudah rasa sedikit lapang melihat anak-anak membesar dengan baik
bilamana emak lebih perlukan teman daripada anak yang bermanja-manja
bilamana abang sulung dinaikkan pangkat sebagai 'abi'
bilamana abang tengah bekerja keras kumpul duit untuk masa hadapan
bilamana si kakak juga cuba menjadi sebahagian masyarakat tipikal
tetapi masih mementingkan keluarga.
bilamana si bongsu...
ah.
Cerita pasal aku buat apa.
Aku ni pemerhati.

Fasa ni bukanlah serius mana.
Aku saja jadi pemikir kritikal.
Fikir-fikir, sedih sendiri. Sayu sendiri

Fasa ini, aku cuma nak jadi yang terbaik
Untuk agama, keluarga dan diri sendiri
Waktu-waktu aku keliru kenapa aku nampak dunia ni aneh
aku dah boleh faham, itulah dinamakan fasa.

Aneh lah,
seperti kenapa kanak-kanak sekarang main Ipad bukan lagi ting ting
kenapa remaja sangat perlukan sesuatu untuk disayangi
kenapa orang dewasa bergaduh untuk hal remeh
kenapa warga emas dah tak perlukan harta, cuma harapkan kasih-sayang anak-anak

Jadi, itu semua fasa.
Fasa yang aku lihat dengan mata kasar.
Kalau aku berada dalam fasa itu, aku pun tak tahu aku boleh lalui dengan berjaya atau pun tidak.
Tak kisahlah. Yang penting kita semua akan hadapi kesemua fasa, kalau umur panjang.


Fine, inilah fasa aku.
Well, should I look for 'How to be a Moksu for Dummies'?
Fufufuffuu~~




Nota: Fasa yang aku maksudkan bukanlah Fasha Sandha.

2 comments:

Penjihad Sampai Mati said...

Allah,comelnya si kecil ni.Selamat menjadi maksu ye cik Aisyah :).No need la cari buku ,Belajar dari akak ipar je .Hehe :D

doubleA said...

bilamana si bongsu????
nampaknya aku kena fikir jugak lah pasal fasa fasa ni. huu