Monday, May 28, 2012

may

Kak Juma


Kak Zu

Fasa umur ni, hadiah yang aku paling mahu ialah;
menjadi pelajar cemerlang, anak yang solehah dan hamba yang taat.

Doa mereka di sekeliling, pembalut hadiah paling indah.

Dan aku baru sedar,setiap tempat yang aku pergi, Allah kurniakan aku kakak-kakak dan sahabat-sahabat yang akan memanjakan aku, walaupun aku bukan orang yang manis jiwa dan mulut, tak pula pandai memanjakan orang.  

 






Dan ini, ucapan paling bermakna untuk aku.
Serius.
Terima kasih Amino. :)






Tuesday, May 22, 2012

Monolog#3

Bismillah walhamdulillah.

Bila aku rasa aku dah sembuh dari ujian tu, datang lagi ujian yang sama.
Sakit betul rasa bila orang cakap pasal benda yang sama dalam nada gurauan.
Aku ni, nak hidup dalam realiti.
Banyak lagi yang nak diubah,  banyak lagi nak dicapai.
Segala macam harapan, semua jadi dadah untuk aku.

Sudahlah, habiskan setahun ini molek-molek.
Bahaya betul bab hati ni.
Banyak kolestrol.

Saturday, May 19, 2012

Matlamat.

Bismillah.

Pagi tadi aku dengar slot Amin Idris kat Assalamualaikum.
* Aku peminat Amin kot. *

Amin kata, apa-apa yang kita buat hari ni, mestilah kerana matlamat kita pada masa akan datang.
Kalau perkara yang kita buat tu tak menyumbang pada matlamat, kita kena tinggalkan segera.
Sebab, itu hanya akan buang tenaga kita dengan sia-sia.

Monolog#2

Bismillah.

Hari ni aku marathon masak 3 lauk, buat sejuk beku. Ambil alih tugas mak waktu hujung minggu.
Mak dah takmau masak nampaknya sejak dua menjak tiga menjak dia nampak aku dah boleh.
Penat sungguh la oi! Majnun ah.
Camni rupanya penat mak duduk lama-lama kat dapur.
Aku.. kalau mak ada, aku malas sungguh nak masak. Sebab tiba-tiba akan jadi tak sedap. :3

Jadi dengan ini, aku memutuskan untuk tak fikir lagi pasal kahwin
kecuali jika si suami itu pandai memasak dan lebih rajin daripada aku. Mehehe.

Saja lah. Aku nak kongsi resepi boleh ke?

.....

Takyahlah. Lari matlamat blog.

Moksu


'You seems to think about something. Kenapa yah?'
'Takdelah. Ayah fikir, ada adik-adik lagi.. anak-anak semua dah besar..'
'Susah kan nak besarkan kitorang?'
'Em.. tak lah susah. Alhamdulillah. Semua dah besar, jadi orang yang berjaya. Ayah happy' 


Bismillah walhamdulillah.

Hidup ini berfasa.
Sama ada sedar atau pun tidak, dunia akan dilihat dari perspektif yang berbeza.
Kecilkan sedikit, lihat pada ahli keluarga.
Ada apa-apa yang berbeza? Tiada?

Bahaya tu.
Check lagi sekali.

Sebab, aku dapat rasa lainnya keadaan apabila semua sudah besar gabak belaka.
Aku tak tahu kalau ini insecurity yang menyerang anak bongsu macam aku.
Kadang-kadang menakutkan. Boleh bikin hati goyang.

Fasa ini,
bilamana ayah sudah rasa sedikit lapang melihat anak-anak membesar dengan baik
bilamana emak lebih perlukan teman daripada anak yang bermanja-manja
bilamana abang sulung dinaikkan pangkat sebagai 'abi'
bilamana abang tengah bekerja keras kumpul duit untuk masa hadapan
bilamana si kakak juga cuba menjadi sebahagian masyarakat tipikal
tetapi masih mementingkan keluarga.
bilamana si bongsu...
ah.
Cerita pasal aku buat apa.
Aku ni pemerhati.

Fasa ni bukanlah serius mana.
Aku saja jadi pemikir kritikal.
Fikir-fikir, sedih sendiri. Sayu sendiri

Fasa ini, aku cuma nak jadi yang terbaik
Untuk agama, keluarga dan diri sendiri
Waktu-waktu aku keliru kenapa aku nampak dunia ni aneh
aku dah boleh faham, itulah dinamakan fasa.

Aneh lah,
seperti kenapa kanak-kanak sekarang main Ipad bukan lagi ting ting
kenapa remaja sangat perlukan sesuatu untuk disayangi
kenapa orang dewasa bergaduh untuk hal remeh
kenapa warga emas dah tak perlukan harta, cuma harapkan kasih-sayang anak-anak

Jadi, itu semua fasa.
Fasa yang aku lihat dengan mata kasar.
Kalau aku berada dalam fasa itu, aku pun tak tahu aku boleh lalui dengan berjaya atau pun tidak.
Tak kisahlah. Yang penting kita semua akan hadapi kesemua fasa, kalau umur panjang.


Fine, inilah fasa aku.
Well, should I look for 'How to be a Moksu for Dummies'?
Fufufuffuu~~




Nota: Fasa yang aku maksudkan bukanlah Fasha Sandha.

Friday, May 11, 2012

Monolog#1

8 tahun, dan mahu cuba berhenti.
Berhenti meneka dan menjangka
Mengacah hati berulangkali
Takut tak mampu berdiri semula bila tiba saatnya.


Lain orang, lain cerita.
Manis, tak semestinya bermakna.
Berhenti, sebelum lemas dalam angan-angan

Friday, May 4, 2012

Mesin wudhu

Ini, mesin mengambil wudhu.
Member post dalam grup Facebook batch tingkatan 5,
 dan tanya pendapat amacam kalau every masjid provide this to make wudhu' easier.

Style? Memang.
Aku pun mengaku mula-mula.
Tapi, aku rasa macam tak best.
Kemudian ada member yang lain bagi pendapat;

Apakah dengan innovasi ini kita akan berwuduk dgn lebih baek?
Then in the future why don't we expect some mechanism yang boleh gerakkan badan kite bagi solat secara perfect?
Ibadah dengan niat dan amalan, bukan gadget2 duniawi.


I was like; alhamdulillah perghhhhhhhhh terharu sangats baca pendapat beliau.

Kita dah terlalu banyak bergantung pada teknologi untuk memudahkan urusan seharian.
Cukuplah aku rasa, jangan sampai ibadah kepada Allah pun kita harap nak dimudah-mudahkan.

Orang kat Palestin hari-hari kena bom pun, tak harap ada sesuatu yang dapat mudahkan solat diorang, melainkan kemudahan sedia ada yang Allah dah tetapkan dalam Al-Quran.

Kalau nak kata mudahkan golongan kurang upaya, em aku rasa lagi menyusahkan.
Dan, zaman manakah yang lebih sukar berbanding zaman nabi?

Lalalala~
Wallahu a'lam.

Tuesday, May 1, 2012

Ber-Pesta Buku.

Bismillah .


Ada lima sebab aku suka pergi Pesta Buku sorang-sorang -setiap tahun; sejak zaman sekolah.

Satu; aku suka tengok orang ramai kat booth yang jual buku-buku agama.  Bagus kan, kesedaran untuk membaca dah meningkat- terutamanya buku ilmiah. Cover pun dah cun dan menarik minat orang untuk beli.



Dua; aku suka usha budak-budak sekolah yang datang. Kalau dapat jumpa budak sekolah-sekolah top macam KISAS, SBPI dan Maahad, rasa macam.. perghhhh best. Sebab diorang ni nampak macho kot dengan tudung labuh dan kopiah dan baju batik seragam. Entah apa-apa. Itu pun boleh buat excited.



Tiga; memandangkan aku asal Kuala Lumpur, sekolah asrama kat KL, amatlah besar peluang untuk terserempak dengan muka-muka familiar yang pernah hadir dalam hidup aku aicewah. Aku suka bila jalan-jalan, 'eh bestnya dapat terserempak dengan orang yang kita kenal!'
Well, even tak kenal pun kadang-kadang saja buat berfikir kat mana jumpa orang tu. Haha.



Empat; sebab senang nak menyelit. Tak perlu bawak adik atau anak (eh?)



Lima; sebab itu Pesta Buku. Bukan Pesta Muda-Mudi.



Tadi borak-borak dengan junior yang dikasihi, makcik Raihana.
Dia kata; saya tak suka la sesak-sesak kat Pesta Buku sebab akan berlanggar lelaki perempuan.
Haha. Masa stucked kat pesta tu pun, aku terfikir benda yang sama.

'Orang yang cakap pergi demo tu haram sebab ada pergaulan bebas lelaki dan perempuan, datang tak agaknya kat Pesta Buku ni?'  :p

Melawak je.

Tapi betul kot, aku baru sedar ini pun satu bentuk pergaulan bebas apa.. sebab niat tak pernah menghalalkan cara. Tak gitu?
Jadi antara langkah yang boleh diambil, kau boleh pergi waktu malam sikit. Waktu tu serius nak berlenggang pun tak apa. Cumanya, masa dah terhad dan ada kemungkinan encik di kedai tak berapa nak layan. Er, apadahal kan?






Lagi satu, walaupun Pesta Buku ni sebenarnya baik untuk pupuk minat anak-anak membaca, aku rasa tak sesuai untuk para bayi turut serta dalam perjuangan merempuh orang. Kesian oh. Panas, terhimpit, tersepit, terhilang. Sadis kot.



Bagus kan kalau laluan tu dibahagi dua, dan ada satu section untuk baby sitting?


p/s 1:Aku tak ada nafsu nak beli buku macam yang lepas-lepas. Mungkin sebab baru habiskan baucer. Setiap kali pegang buku nak beli, 'aiseh.. buku sejak sem 1 pun tak lepas baca lagi.'
Gitulah.

p/s 2: Tadi tengah sesak-sesak depan kedai Ain Maisarah, ada sorang makcik jerit; "tumpang laluuuuu.. Tengah sakit perut nii..!"
HAHA nice one.