Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina,GEN-Y!

Allah menurunkan Kitab (Al-Quran) dengan (membawa) kebenaran dan neraca keadilan.
Dan tahukah kamu, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat?
[As-Syuura 42:17]


Tadabbur2, jumpa ayat ni. Takut kan? Allah tanya, tahu ke yang hari kiamat dah dekat? Tahuuuuuuuuu..
Apa persiapan untuk hadapinya? Zzzzzzzz..

~~~~*~~~~

Bismillah walhamdulillah.

Hari tu dalam usrah, kak Anfaal cerita zaman remaja Rasulullah.
Lepas tu dia kata, remaja zaman aku yang orang panggil Gen-Y atau dah mungkin jadi Gen-Z ni merupakan generasi yang impatient. Semua benda nak cepat. Semua benda segera.

Aku fikir-fikir, betul juga.

Teknologi yang laju ni banyak mempengaruhi emosi remaja. Bukanlah nak salahkan teknologi, tapi salah cara penggunaannya.

Pada dasarnya, teknologi dicipta sekadar untuk assist manusia membuat kerja. Membantu, bukan mengambil alih. Kita tak boleh salahkan syarikat gadget kalau sentiasa ada invention baru. Hari ni baru beli Iphone, esok dah keluar Ipad. Mereka memang akan setiasa keluar dengan produk baru untuk memenuhi unlimited human wants.

But we, as a customer should not be the victim of technology. We have choices and in making choice, there must be an opportunity cost. Ok itu aku masuk Ekonomi  sikit. Nak revise.




Apa aku cerita tadi? Ohh pasal remaja, emosi dan teknologi.

Aku bagi contoh untuk buat assignment lah kan. Dekat di hati sikit.

Aku tengok, orang-orang yang berjaya ni, hidup dia bergelumang dengan buku. Kalau nak buat tesis ke apa ke, buku-bukulah sumber pertama. Mana ada internet dulukala. Makanya, tesis beserta orang itu menjadi sangat berkualiti .

Tapi kita sekarang ni, rujukan pertama ialah internet. Majalah, buku-buku tebal sikit dah nampak susah untuk dibaca. Rasa macam kurang masa untuk baca buku selain untuk exam. Kita tak boleh nak sabar untuk cari maklumat dalam buku. Kenapa? Sebab rasa internet ni mudah. Taptaptap atas keyboard, dah boleh dapat banyak maklumat.

Hari tu aku kena buat tajuk pasal bidaah tau. Aku tau tajuk ni bukan main-main. Cuba la nak telaah kitab pasal masalah ni. Susah hoh. Boleh baca sikit-sikit je untuk cari yang penting. Padahal semua penting. Last-last, aku taptaptap juga mencari maklumat dalam internet.

Aku perasan juga, member-member dan aku sendiri perlu bergerak dengan cepat dalam dunia sekarang supaya tak ketinggalan. Boleh je nak lenggang-lenggang, tapi kena terimalah kalau tertinggal kat belakang walaupun bijak mana pun kita.

Nak makan, ada maggi. Nak minum, ada milo 3-in-1. Nak maklumat, ada internet. Nak akses internet, ada dalam handphone.  Nak tengok muka kawan, tengok dalam laman sosial. Nak jemput ke kenduri kahwin pun, dah boleh jemput guna satu ruang je. Siap ada butang 'Attend, Not Attend & Maybe Attending' lagi.




Zaman remaja Rasulullah.
Allah mendidik Rasul-Nya itu untuk sabar dengan tarbiyah yang berbeza. Masa usia remaja, baginda dah mula belajar untuk mengembala kambing. Dan ada riwayat yang mengatakan, semua nabi pernah mengembala kambing.

Tahu ke apa relevan mengembala kambing dengan sifat yang nak dibentuk?

Haa. Nak jaga kambing ni bukan senang. Lagi-lagi kambing orang. Selain nak bagi makan saje, kita juga perlu kira-kira kambing, check sihat ke tidak, syuhh syuhh bagi masuk kandang dan banyak lagi yang aku tak tahu. Sebelum baginda boleh pimpin manusia, Allah didik Muhammad bin Abdullah ni jaga kambing dulu sebelum jaga umat yang perangai macam-macam ni.

Zaman remaja kita.
Memang tak sama dengan zaman baginda.
Kita mungkin tak perlu lagi nak jaga kambing. Biar orang lain buat. Tapi, sifat sabar tu masih perlu diterapkan dalam diri. Orang buat hal dengan kita, sabar. Nak buat program, sabar. Nak result bagus, kena belajar, sabar. Semua benda kena sabar. Macam mana nak sabar? Carilah ilmu tentang itu. Aku cuma nak cerita apa yang aku lihat je.


Gen-Y dan Gen-Z, generasi impatient. Aku bukan orang yang gilakan teknologi, aku cuma sebahagian daripada yang menggunakannya. Tapi aku risau, bila aku sedar yang kemudahan teknologi ni sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti kerja aku dan member sebaya. Kerja mungkin akan jadi caca marba, tak teliti dan halus.

Paling parah, dah tak ada keikhlasan buat kerja Lillahi Ta'ala. Kerja hanya untuk duit banyak-banyak supaya dapat survive kat dunia ni. Mungkin sebab itu kot jambatan yang ada peruntukan juta-juta pun boleh runtuh. Tak ada sifat amanah.

Contoh yang aku bagi kat atas tu mungkin tak kena bagi sesetengah orang. Cuba ambil masa untuk fikir dan lihat diri sendiri. Anda pasti akan akui yang anda juga Gen-Y yang hidup dalam zaman yang mana semuanya perlu cepat dan segera. Pilihlah, nak jadi orang yang macam mana. Sekelompok yang menjadi hamba teknologi, atau golongan yang sekadar memanfaatkan.


Satu ketika dahulu, pelajar universiti dilahirkan untuk menjadi PEMIMPIN.
Tapi kini, pelajar universiti dilahirkan untuk menjadi PEKERJA.

Benarkah? (^^,)v

No comments: