Friday, October 15, 2010

sepetang bersama abu dan encik ali.

Masalah gejala sosial kian menular dalam kalangan remaja. Ketandusan kasih sayang daripada instisusi kekeluargaan yang merupakan akar tunjang dalam proses mengenali dunia; merupakan antara faktor dominan terhadap permasalahan ini.

Habis kelas. Kebiasaannya kalau tamat kelas jam 2, perpustakaan memang jadi tempat persinggahan. Petang tu, hati tergerak untuk ke taman. Kalau ikutkan, memang bahaya bergerak seorang diri. Jalan yang penuh dengan kereta-kereta mewah mengejar hal dunia, jalan berdebu dek pembangunan mengorbankan alam, tambah pekerja-pekerja asing yang berkhidmat untuk negara, nak capai matlamat 1Malaysia. Nak buat macam mana, itulah aku- bergerak ikut kata hati.
 Berbaloi. Hijaunya taman buat aku rasa lapang. Angin tiup sepoi-sepoi bahasa Jawa. Lembut.  Mula keluarkan buku, buat sikit ulangkaji. Habis ulangkaji, mata aku tertangkap pada satu pemandangan yang menyenangkan. Sangat menyenangkan.



Abu sedang bermain bola sepak dengan gembira bersama Encik Ali. Setiap petang mereka akan bermain bola bersama.

 Memang Encik Ali seorang jaguh bola sepak pada zaman remajanya. Dia merupakan atlet harapan Sekolah Menengah Kebangsaan Laki-Laki Cemerlang. Kini, dia boleh berbangga melihat anak lelakinya mewarisi bakat zaman remajanya suatu ketika dahulu. Encik Ali sedar yang dia kurang meluangkan masa bersama anak lelakinya, Abu dek hambatan masa sebagai seorang ahli bisnes. Jadi petang itu, dia mengajak Abu bermain bola sepak.


Abu, seorang pelajar terkenal di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Bagusahaja. Cemerlang dalam akademik, aktif dalam bersukan. Dia bukanlah jenis anak muda yang sering berfuya-fuya bersama rakan-rakan. Berborak gelak ketawa bersama sambil menghirup teh tarik, menghembus asap-asap hasil bakar campuran tar dan racun tikus serta mensuwitt suwitt gadis di jalanan. Bukan. Itu bukan Abu. Dia lebih suka memanfaatkan masanya di rumah. Tetapi, dia sering sahaja ditemani Mak Bik. Bukan ibunya yang sudah lama meninggal dunia. Bukan juga bapanya si ahli bisnes.

Petang itu, Abu baru sahaja mahu menapak keluar dari rumah. Bersama bola sepak berwarna putih berjalur merah dan bola keranjangnya. Mahu melaksanakan aktiviti riadah harian. Seorang diri. Selesai mengikat tali kasut, Encik Ali pulang dari pejabat. Di luar dugaan, Encik Ali mengajak dia bermain bola sepak bersama.

Abu dan Encik Ali  bermain bola sepak dengan penuh kegembiraan. Tiada tanda-tanda bahawa mereka sepasang anak beranak. Lebih dilihat mesra sebagai sahabat. Mungkin kerana sudah terlalu lama mereka tidak meluangkan masa. Maka, setiap tendangan itu penuh dengan kasih-sayang yang diberi dan diterima dan kemudian dibalas dengan tendangan yang lebih kuat.



Telefon bimbit Encik Ali berdering. Encik Ali di talian. Mungkin dihubungi rakan kongsinya.
Kakinya masih cuba menerima dan membalas bola yang datang. Namun, fokusnya bukan di situ.
Abu, mula bermain dengan bola keranjangnya. Bola dibaling, kemudian ditangkap sendiri. Nampak keseorangan. Dibaling lebih jauh, ditangkap lagi. Nampak tidak dipedulikan. Tapi Abu dah lali.
Tamat perbualan antara Encik Ali dan mungkin rakan kongsinya itu. Encik Ali mula menarik perhatian Abu kembali. Mereka menyambung permainan semula. Kali ini, Encik Ali berusaha untuk melatih Abu dalam bola keranjang pula. Mujur, pemandangan indah itu berakhir dengan penuh kegembiraan.
Mereka meluangkan minit terakhir petang itu, menikmati air botol di bawah sebatang pokok.



Tamat.









 

Teknologi mampu memberi kesan dalam beberapa minit, kan?

Abu dan Encik Ali memang sangat suwitt. Tak tipu.
Lebih suwitt daripada sepasang merpati tak cantik
yang baring-baring gelak-gelak berkongsi momen manis dalam dunia mereka sendiri.







.

2 comments:

Anonymous said...

aku tak paham ceceeeeee ;(

aisya zainal said...

hehe..
aku tauu. cerita dia aku nak cuba relatekan apa yg aku nampak dgn apa yg aku rasa.
memang susah nak faham.
its complicated :)