Thursday, June 17, 2010

habitat

Ada orang mesti simpan gula-gula berangin dalam beg. Kalau rimas sesak-sesak, dia makan.
Ada orang kalau minum mesti nak guna satu cawan je. 
Ada orang sebelum tidur kena cium bantal busuk. Bagi lena.
Ada orang nak barang apa-apa mesti kena warna pink. So cute! -kata mereka.
Ada orang ..
Ada orang ..

Aku rasa orang-orang yang ada habit ni macam cool- bergantung pada apa habit diorang .
Nampak lain daripada yang lain. Aku pula rasanya tak ada habit; mestibuatdanadakalautakbuattaklengkapgitu. Apa ye..? Serius tak ada.

Aku pernah juga cuba nak ada habit .
Mula-mula nak jadi perempuan lawa gaya artis. Kalau pernah tengok Fuhh! kau mesti tahu.
'I kalau nak keluar mesti ada perfume ni. Ini favourite I. I taknak la bau tengik bila jumpa peminat kan. '
atau 'Dalam beg I MESTI  ada satu beg alat solek. Yelah, kita kan artis blablabla.'
atau yang pembersih sikit, 'Kita kan sekarang nak hindar H1N1, jadi akak beli la sanitizer mahal. Akak guna lepas makan nasi lemak sambal dan bila rasa malas nak basuh tangan .'
Tak jadi. Sebab aku tak pakai mekap dan malas melawa.
p/s: Aku rasa yang paling cool pun Wardina time ni. Dalam beg dia ada botol susu anak, pen, sampah-sampah kertas dengan artikel-artikel daripada surat khabar. Tambah informasi katanya. Like :)

Kat asrama dulu, member-member ramai yang ada bantal kesayangan. Bear-bear pinky girlish gabak semuanya. Cute juga laa. Aku try nak ada. Belajar sambil pegang bantal.Sebelum nak belajar, cium-cium tanda manja dulu. Pehh. Haram tak jadi. Aku rasa menganggu je. Nak belajar bawak bantal hanya membantu aku untuk lebih cenderung rehatkan otak dengan pejamkam mata. Setakat ni aku tak ada bantal macam tu. Bantal empat segi biasa je pun. Itu pun selalu tercampak bawah katil.


lebih kurang macam ni ah bantal majoriti budak-budak tu.




Yang letak gula-gula berangin dalam beg tu aku rasa best jugak la. Pernah buat. Pengaruh jeles tengok kecoolan member makan gula-gula berangin yang mesti ada dalam beg.  Aku beli Clorets. Lepas makan, I rasa 'I tak boleh la kalau tak makan mints. ' Dalam 2 minggu je tahan. Aku selalu terlupa nak bawa mints dalam beg.
Dan tak jadi juga.






Jadi sampai sekarang, aku masih manusia biasa je. Tak cool langsung.

Apa habit yang best ah?



I rasa I mesti istighfar dan zikir hari-hari. Baru cool kan?


                                               

16 comments:

3p4h said...

Jadi manusia biasa yg punya jiwa luarbiasa!

aisya zainal said...

ho hoo.
pakar motivasi sudah sampaiiii~

ai aii encik!

3p4h said...

mcm mn aritu p ke solaris tu?

aisya zainal said...

haha.
cakap panas je hari tu kan?
tak ahh. xde org nak bawak. abg saya buat2 lupa lak.
haihh -.-"

3p4h said...

sabar2... nnt ada lain roger okeh!

aisya zainal said...

ye lah.
tp saya bukan aktif sgt oh.
kalau abg saya pergi, baru la boleh pergi.
budak2 mana boleh keluar rumah suka hati oh.

awan said...

hahaha. tahniah ah wei.
ak nak cari gak la ape habit aku.
em. em. emm.. takde kottt -.-
seri doe kte! haha.

ABA™ said...

haha..ada habit pun cool ke? aku suka men game!

tp ada satu habit yg aku berjaya tanam dlm diri..dulu time skola rendah terfikir:

setiap kali lepas solat or baca doa, automatik akan baca 3 kali istighfar, takbir & tahmid.. ^_^

aisya zainal said...

dan: aku taknak doe seri dengan kau. macam tak best je.
p/s: kau follow blog aku ke? trimas ah. haha.

azri: cool la. nampak macam kau orang yang berjaya untuk konsisten buat sesuatu.
p/s: habit pertama tak diterima ye.
p/s/s: yg kedua itu memang cool.
terima kasih !

awan said...

haha. taknak seri? em. ak ade habit berlambak lah. ko taktau. just ak tk sedar kot. hee. oh, time belajar aku suka peluk beg. habit jugak kan? oh, kau 5 tahun kelas ngan aku, perasan tak? HAHA

awan said...

haha. taknak seri? em. ak ade habit berlambak lah. ko taktau. just ak tk sedar kot. hee. oh, time belajar aku suka peluk beg. habit jugak kan? oh, kau 5 tahun kelas ngan aku, perasan tak? HAHA

aisya zainal said...

perasannnnnnn.
kau suka TIDO SAMBIL PEGANG BEG. itu memang aku tau ah.

awan said...

kau ni. aku mane tido dalam kelas. kalau tak, aku tak igt punye lah.
aku igt lg miss rabiah slalu marah aku time aku blaja aku peluk beg. aku igt! aaaaaa!

aisya zainal said...

hahaha.
macam2 ah kau ni dan. pegi tido lahh.

Anonymous said...

i like this post <333

.me.

Anonymous said...

i like this post <333

.me.