Akhir-akhir ni semangat jadi lumpuh. Jiwa jadi kosong. Aku tak perasan. Tapi ada member tegur. Dia seorang je yang terus terang katakan aku dah lain. Kawan sekolah rendah. Dialah yang banyak bergaduh dengan aku dulu. Tak sangka waktu-waktu macam ni dia yang tegur aku. Heh. Ketara sangat ke kalau seseorang yang dah tak ada semangat tapi berpura-pura macam ok?
ecah_ni :macam ni tau li
: keadaan dia sangat lain
: 5A
: 9A
: dan 5A dgn C dan D
: sakit gile kau tau
: pastu aku buat silap isi upu
: at the end susah gilee nak dpt u
: kau rs mcm mana?
Yes, it hurts. Sangat. Untuk suatu ketika, aku jadi hilang arah.
Tapi kerana masih ada Percaya, aku terus hidup.
Aku percaya, kejatuhan ni datang selepas aku selesa dengan kegemilangan.
Dan aku percaya, hidup ini pedal basikal. Berpusing dengan adanya DAYA dan USAHA.
Bila kita dibawah, berusaha untuk ke atas semula.
Begitulah perumpamaan hasil rekaan orang yang tak belajar selama 5 bulan.
Rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka kan?
Dan aku selalu terfikir, kalau aku berjaya suatu hari nanti aku ada cerita yang berharga untuk dikongsi dengan orang.
Terima kasih Li. Kau ada walau aku tak minta. haha. sentimental. Cukuplah.
No comments:
Post a Comment