Wednesday, February 24, 2010

perkara keempat.

bismillah walhamdulillah.

ingatkan diri tentang lima perkara

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua 
kaya sebelum miskin
LAPANG sebelum SEMPIT
hidup sebelum mati.

*aku kena nyanyi lagu raihan untuk ingat bait lirik. huhu*

kesempitan masa sekarang memang buat aku rasa tertekan apabila memikirkan banyak aktiviti dan perkara
yang terpaksa aku lepaskan kerana kerja. program rebutia, berjalan-jalan di blog orang, makan angin, ambil lesen, usrah, menghafaz..perkara biasa yang majoriti lepasan SPM pilih untuk buat.
mengingati kembali kenangan berada dalam satu dorm dengan kawan-kawan waktu musim SPM memang seronok. apa yang aku paling ingat ialah segala macam perancangan untuk cuti panjang. boleh buat senarai lagi.
klise; ambil lesen, dan kahwin. pasal kahwin tu, memang hebatla. bila hari terakhir peperiksaan, aku terfikir, singkatnya masa dan masinnya mulut siapa yang ada angan-angan macam tu. ada ke antara member aku yang dah siap untuk kahwin ek?gilaa..~

selalu kita dengar pesanan imam hasan al-banna, kewajipan kita lebih banyak berbanding masa.dan selalu juga kita menyebut, masa itu emas. tapi , boleh tak kita fikir, kenapa kita selalu kata, 'BOSAN gila duduk kat rumah..!'  ? haha. untuk diri sendiri lagi..

aku memilih untuk bekerja memang untuk mengisi masa.tak sampai 2 minggu habis peperiksaan, aku dah tak senang bersendirian berada di rumah dan terusan menghadap internet. pilihan, bekerja. lagipun, memang ramai kawan-kawan dah mula sibuk mencari kerja. dan sekarang, mungkin disebabkan ramai kawan yang dah berhenti, aku pun sedikit sebanyak turut dipengaruhi. ~serius rasa nak berhenti..

apa yang buat aku terus bekerja, ialah mentaliti. memang aku jenis cepat bosan. tak kira apa pun aku buat.
untuk kawan-kawan, hargailah apa pun yang kauorang tengah buat sekarang. sekalipun menanam anggur.sebab, bila tiba masa untuk kembali belajar nanti, biar kauorang akan lebih bersemangat dek keBOSANan aktiviti yang kauorang dah buat sepanjang cuti ni.


"manusia selalunya menghargai apa yang tiada di depan mata"
demi masa..
sesungguhnya manusia kerugian
melainkan yang beriman dan yang beramal soleh
:.it's all about niat!.:

2 comments:

Anonymous said...

Hello, as you may already noticed I'm newbie here.
In first steps it's really good if somebody supports you, so hope to meet friendly and helpful people here. Let me know if I can help you.
Thanks in advance and good luck! :)

aisya zainal said...

hello and salam(if u're muslim)
oh, thanks a lot for your advice and willing to help me.

may i know, who are you?