bismillah walhamdulillah
hari ni dapat juga tunaikan hasrat terpendam; nak buat lawatan sambil belajar ke petrosains.
ahha..ape skema sangat nak pergi tempat-tempat macam tu kan?tak rugged langsung.
dengan bangganya aku nak bagitau yang itu kali kedua aku ke sana sejak beberapa tahun yang lalu.
berjalan dengan akak-akak yang kecoh-macam-jakunn tadi memang best. cuma kena tukar tema; lawatan sambil bergambar. belum sempat jejak ke dalam petrosains pun dah bagai posing ada. mula-mula macam segan, tapi rasa macam tak seronok nak jadi pemalu hari ni.
cece,mimie,anis,aimi,yann&tain.
gambar3
kitaorang berpisah dalam pukul 3 lebih. anis,mimie yann&aimi ke panggung.
aku&tain teruskan pengembaraan ke masjid jamek.lagi satu nama tempat yang macam skema.
~~~~~~~~***~~~~~~~
aku rasa aku perlukan masa sehari untuk betul-betul menjelajah keseluruhan petrosains tu.
banyak info yang menarik perhatian aku. walaupun sebahagiannya aku pernah
belajar, tapi kerana dah jarang aplikasikan ilmu bio kimia fizik dalam satu tempoh masa, aku rasa banyak yang aku tak tahu. atau perkataan lain, lupa. rugi betul.
baru beberapa bulan tinggalkan alam persekolahan, dah banyak yang aku abaikan.
rutin pelajar memang memenatkan, tapi seronok. tak sabar nak teruskan pengajian.
masuk satu lagi alam baru, penuntut pusat pengajian tinggi. maknanya, hari keputusan peperiksaan makin hampir..!
No comments:
Post a Comment