Wednesday, December 24, 2014

,Assalamualaikum. 

 I just updated Facebook status something that touch on academic. 

Aku tahu ada pensyarah aku pantang sikit cakap-cakap anak muda yang nak tunjuk wira, 
melontar idea yang bertentang dengan akademik. 

Kau pun tahu, sekarang musim banjir dan sekali musim peperiksaan. 
Aku terbayangkan betapa satu pembaharuan jika pihak akademik sangat berperikemanusiaan untuk mematikan sebentar kejayaan-berasaskan peperiksaan ni, dan mengerahkan kami anak muda ke pantai timur untuk mencurah tenaga.

Nampak seperti kegelojohan anak muda ini tak terbendung lagi, bukan?
Bercita besar tanpa mahu hadapi normaliti yang patut dilalui. 

'Habiskan belajar dulu. Baru boleh tolong orang.' 

Aku benci ayat ni. 

Baguslah. 
Selayaknya tenaga mahasiswa ni dihabiskan pada papan kekunci, 
taip doa berjela dah berpalangkan #prayforpantaitimur. 

Menggemuklah mahasiswa
lalu mereput mati dengan usia tersia. 

Malangnya, ini kata kosong aku sahaja. 

Apa kau masih tak serik dengan kata,
'Usah terlalu cinta, nanti ditinggal terbiar
maeraung merana.'

Ah punah.

Mana mungkin Allah tinggalkan kau.
Kecuali kau yang pilih untuk tutup hati butakan mata.

Monday, December 22, 2014

Rant on A.I.A

Bismillahirrahmanirrahim

*Apa jua ayat selepas perkataan 'Sebenarnya' yang aku gunakan, itulah bukanlah perkara sebenar sebab itu sebenarnya hanyalah benar dari konteks pendapat aku.
Dalam dunia ni, kebenaran hanyalah Al-Quran yang sekarang ni banyak asakan untuk timbulkan keraguan.
Kau paham ke mukadimah aku?
Ni mukadimah okay.


Sebenarnya*, sepertimana ibu bapa berusaha untuk memahami anak-anak, begitulah juga kondisi dan dilema anak-anak cuba memahami apa yang ibu bapa mahukan.

Mungkin situasi yang berbeza, kerana kebanyakan anak ini mampu menzahirkan emosi mereka.
Secara amnya, aku sedang berkata tentang anak kecil yang boleh membentak, menangis meraung mahukan sesuatu. Cuma sampai satu tahap lah, mak ayah akan buntu tak tahu anak mahukan apa.
Konflik.

Bagi mak ayah yang mahukan sesuatu, situasinya berubah dalam bentuk arahan atau cadangan.
Contohnya, mak ayah bersungguh mahu anaknya mengambil jurusan pengkajian jenis-jenis tanah walaupun anak itu cenderung dalam bidang mengkaji awan.
Itu mungkin literal kepada ayat 'Beza bagai langit dan bumi'.
Sama seperti di atas, sang anak jadi bingung apa yang mak ayah mahu sebenarnya.
Konflik.

Sebenarnya*, setiap orang akan/pernah lalui fasa yang sama.
Kecuali lah ditakdirkan dia mati awal.
Setiap orang ada kemahuan, dan ketahuilah komunikasi yang akan memudahkan kita untuk capai kemahuan kita.




Sebenarnya lagi, ini bukan post pasal komunikasi atau kemahuan.
Aku dah lama tak mengarang maka aku jadi tak reti merangka isi.


Ok aku cuba masuk balik.

Sebagai anak, walaupun kau rasa mak ayah tak betul, sentiasa ingat bahawa ayat-ayat dalam Al-Quran itu sentiasa ada untuk back-up mak ayah, terutamanya mak sebab beliau telah mengalami kepayahan demi kepayahan membesarkan kau. Dan bersyukur sebab ada mak ayah.

Tak ada ke ayat untuk anak-anak?
Ada je. Kau ni.
Ayat yang menyuruh kau untuk taat, jangan berkata sekalipun 'Uff'(ini aku pernah baca; Uff ini merupakan sejenis Ah yang kategori paling lembut la ).
Dan, ayat yang mengatakan anak ni sebagai permainan dunia je.
Kau tahu ke tidak yang kau ni permainan dunia?
Sebab kau ni mampu melalaikan mak ayah dari mengingati Allah, membangga-banggakan kejayaan kau, dan tak mahu melepaskan kau sekalipun di jalan Allah.

Tak adil?
Nope. Macam aku kata, sebenarnya* kita akan hadapi fasa tu.
Mak ayah kita masih seorang anak, dan kita dengan izin Allah akan menjadi ibu bapa.


Lihat ibu bapa kita, contohi mereka.
Jadikan template untuk persediaan kita di masa hadapan.
Template itu boleh diubah suai.
Jika ada sesetengahnya kita tak setuju pendekatan mereka, tiba masa nanti, kita ubahlah sendiri. Kenapa kau nak ubah template yang orang lain sedang guna?
Kau hanya akan merosakkan sistem (ok perkataan bombastik macam ni tandanya aku teringat buku untuk diulangkaji. Subjek komputer boh.)


Aku tahu, kita semua mahu jadi anak yang baik.
Marilah kita berusaha bersungguh sebab kita akan rasa apa yang mak ayah kita lalui.

Sampai dah ke isi?
Entahlah.

Wednesday, December 10, 2014

Surname

Masa sekolah rendah, orang panggil aku Ecah.
Masa sekolah menengah jadi Cece.
Masa kolej/ universiti, semua dah makin matang dan panggil aku Aisyah.
Oh ada juga yang tahu dari entah mana, panggil aku Ecah dan Cece.

Jadi bila aku rasa kau member sekolah menengah, tapi guna panggilan Cah,
aku jadi konfius,
dear 'Lebiu bebe :*  '

Tapi yelah.
Pembaca aku bukan ramai sangat aku nak teka.


Wednesday, November 26, 2014

Cenderung

Sekarang,
maksud break untuk aku adalah;

5 minit/ 1 jam/ 1 panel/ 1 muka

untuk melukis.

Penemuan baru.

Ce's therapy.
And I just realized that; this is what they call - PASSION

Tuesday, November 25, 2014

blah AH

'Bukan Kitab Sotong' (i)

"Lagi cepat kau move on, lagi bagus untuk kau,
makin kau teringat kan dia, makin tenat keadaan kau,
makin kau sakit, makin dia suka,
sekarang,
bakar hangus segala kesakitan
tanam hidup - hidup,

dapatkan diri kau balik.
kita anak muda, sampai bila nak nangis?"


Aku okay. 
Cuma rasa nak tumbuk orang. 
Je. 
 

Monday, November 24, 2014

Kolej Poly Tech MARA Kuala Lumpur.

Assalamualaikum.
Aku dah lama nak tulis pasal KPTM KL ni memandangkan aku baru je tinggalkan tempat ni.
Ramai yang google pasal KPTM, sampai kat blog aku. Apesal tah.

Aku cuma boleh kongsi, apa yang ada zaman aku, okay.

1. KPTM bagus sebab kawasan yang kecil. Hanya ada 2 bangunan, yang pada mulanya akan buat kau kutuk-kutuk tempat ni sebab nampak tak ada kemudahan.
Kemudian kalau kau buka mata, baru kau tahu tempat kecil ni yang mengizinkan kau untuk selalu terserempak dengan pensyarah, untuk tanya-tanya soalan.
Universiti lain? Jangan harap sangat.
Untung rezeki, kau boleh lepak ngeteh dengan diorang.

2. Hostel.
15 minit perjalanan. Jalan best. Sebab boleh kurus.
Kalau zaman aku dulu ada shortcut. Sekarang aku tak pastu sebab jalan tu dah ada pembinaan. Tu pun dengar nak buat hostel tambahan. Untuk kau juga.

3. Ada teksi kolej.
Sekali naik, RM 1. Kalau rasa mahal, kau guna pilihan yang atas ni.

4. Suasana.
Aku bagitahu, aku ni dulu sekolah agama. Ni bukan ayat bangga.
Cuma nak kata, serius aku tak pandang pun IPTA yang tak ada nama Islam lagi2 kolej swasta macam ni.
Tapi kemudian Allah bagi aku petunjuk, yang rupanya kat KPTM lagi banyak aku belajar pasal manusia.
Kau jangan nak takut pasal masalah sosial, pergaulan semua.
Itu atas usaha kau menjaga. Dalam tu kelab Islam ada. Solat jemaah kau boleh jemaah dengan budak bilik.
Itu pun kalau kau kuat. Jangan salahkan keadaan kalau kau sendiri biarkan diri hanyut.

5. Ada taman seketul. 5 minit dari hostel.
Dah. Jangan kutuk-kutuk KPTM tak ada gym ke apa.
Kau nak sihat, petang-petang pergi seround dua kat Pudu Ulu. 

6. Aku paling suka pensyarah KPTM.
 Depa cool. Selalu belanja makan. Kalau kau jumpa manusia bernama Fatimah Bibi Hamzah, kau kirim salam. Kau kata, Aisyah Zainal sayang dia.



Nak tanya apa lagi, tinggalkan komen.
Tapi ekan selalu jenguk balik la aku reply apa, okay?

Selamat sambung belajar.

Selepas Pemangkin.

Aku mahu masuk satu lagi pertandingan melukis.

 6 halaman, bertemakan 'KEBEBASAN'

Makin aku berfikir,
makin tak bebas idea aku.

Inilah dia writer's block. 

Kau tahu ke tidak?

Wednesday, November 19, 2014

Move on.

''Kenapa.. kau pilih untuk cari lain, dan bukan untuk menunggu?"

"Pelik soalan kau."
"Bukan ke biasa orang tanya, kenapa pilih untuk tunggu dan bukan cari yang lain?"

Sebab kau tunggu buah yang belum gugur pun dikira buang masa,
ni kan pula menunggu manusia yang makin jana dosa.



Thursday, November 13, 2014

Kau,
kalau pun nak menjauhkan diri dari maksiat berpasangan,
jangan tinggalkan dia terkontang-kanting.
Jelaskan elok-elok.
Dia boleh move on. Kau boleh move on. 

Lagi ironi sebenarnya,
kalau kau tinggalkan dia,
untuk cari yang lebih soleh solehah.

Pa kena dengan ang ni sebenaqnya?

Wednesday, November 12, 2014



"Benda paling tidak bijak kau boleh buat dengan hidup adalah,
melayan rasa kecewa,
berkali-kali mengomel tentang penyesalan,
tapi tak pernah cari jalan untuk teruskan nafas yang Allah bagi."


'Buang masa kau kecewa dengan manusia. 
Pada akhirnya, 
bukan dia penyelamat kau saat berhadapan Tuhan."

Tuesday, October 7, 2014

Penconteng tegar

Bismillah.
 

 

 
 
Sejak bila?
Sejak satu gambar aku muatnaik di Facebook dapat respon yang sangat baik daripada kawan-kawan aku suatu masa dahulu , aku dah tak boleh berhenti berkongsi hobi menconteng ni.
Lukisan tentang hati degil yang jatuh itu.
 :p
 
 
Mengapa?
Mahu aku jujur di sini, aku kongsi memang untuk aku dapatkan respon dan like.
Itu sebenarnya satu tanda aras di mana tahap lukisan aku berada. 
Biasanya lukisan yang banyak like tu adalah lukisan yang aku lukis dengan penuh perasaan.
Perasaan tak semestinya drama. Gembira, sedih, jiwang, menyampah, terharu, sakit.
 
Misalnya aku nampak suatu situasi, dan aku sangat mahu lukiskan keadaan itu--sebab aku rasa terkena batang hidung sendiri.
Rupanya, lukisan itulah dapat like yang banyak berbanding lukisan yang aku 'buat-buat' sahaja perasaannya.  
 
Tak sampai.
 
 
Sekarang?
Alhamdulillah. Aku tahu, di sebalik idea yang Allah berikan ni, Allah pakejkan sekali member yang selaaaaaaaaalu tolak aku untuk buat lebih lagi dalam lukisan ni.
Aku selalu berdalih, beralasan sampai aku sendiri menyampah dengan diri sendiri.
 
Pen cuma sebatang la, tak ada scanner la, stroke lukisan tak lawa la, tak minat komik la.
 
Disebalik berjuta alasan tu aku sedar,
ini minat aku dan dengan izin Allah, mungkin kebolehan aku.
Aku bukan atlet, bukan bijak kira-kira, tak minat berniaga.
Banyak perkara yang aku tahan diri sendiri daripada lakukan.
Pernah satu tempoh, aku tak melukis dek alasan di atas la. Aku kembali pun, dengan cerita perenggan pertama tadi.
 
 
Komitmen?
Nampak macam beriya kan aku post pasal penerbitan komik bagai tu?
Memang semangat weh. Tak tipu.
Cuma, mungkin sebab aku tak pernah ajar hati untuk komited dengan sesuatu-- macam kisah-kisah inspirasi tokoh yang dah berjaya tu, maka berbolak-balik jadi hati aku ni.
 
 
Pengajaran?
Aku minta tips daripada salah seorang ahli penerbitan tu.
Dia beri aku gambar di atas.
Aku renung lama gak. Kemudian aku sedar,
'Hafaz al-Quran pun aku tak buat jadual macam ni weh.'
Solat pun lompong.
 
Acano Chah oiii.
 
 
Ok aku nak pergi solat jap.
 
Terima kasih baca. Lebiu.
 
 
 

Monday, September 22, 2014

Bongsu


Menjadi seorang anak bongsu;
kalau kau cukup bertuah, kau akan dapat mengalami dan lihat sendiri perubahan fasa dalam keluarga. Itu pun kalau kau seorang pemerhati yang sentimental.

Perkara yang kadangkala buat kau terfikir panjang mengapa kau dipilih menjadi bongsu, dan ketika lain kau bersyukur untuknya.

Kau selalu dengar ayat tipikal dengan mental drama melayu mana entah orang petik, ' anak bongsu ni manja'.
Kau rasa nak belasah je orang yang cakap macam ibarat mencungkil cili di celah gigi tu.
Suka hati dia je.
Sebab kau rasa, dia salah. Kau lebih berdikari mungkin.
Kau terasa dengan ayat yang tercipta sejak entah bila tu, sebab kau bongsu.

Kau punyai abang dan kakak.
Kau pernah bermain dengan mereka. Bergurau, bertekak, menangis sama-sama.
Tiba-tiba, eh, kau dah ada ipar, sudi berjanji setia sama abang kakak kau yang dahulunya perangai entah apa-apa dan tak nampak macam ada orang nakkan mereka. 
Tiba-tiba lagi sekali, kau dah ada anak sedara.
Mana datangnya budak kecik ni??
Kau tak perasan, sebab kau bongsu.

Ayat lazim dalam kenduri beradik terakhir--tinggal kau seorang, ayat paling lazim adalah, 'Lepas ni kamu lah ye?'
Kau rasa macam "bleghhh kamon aku bebudak lagi. Gimme some sweet times".
Yang sebenarnya kau tak tahu, umur macam kau ni abang kakak kau dah ada marka.
Kau rasa kau muda, sebab kau bongsu. 

Dalam kereta, waktu kau mamai antara tidur-sedar, mak ayah kau berbual tentang anak-anak mereka.
Sayu tak sayu hati kau bila terdengar cakap-cakap mak ayah tentang lajunya masa berlari.
Kalutnya mereka nak uruskan beberapa orang anak, nak bagi tempat tinggal selesa, kenangan piknik di tepi sungai, kereta pertama yang diusahakan supaya dapat bawa anak-anak makan angin tengok lampu malam. Sekarang, yang nak diuruskan hanya tinggal kau seorang. Kau je.
Kau rasa lambat sungguh masa berjalan untuk balas budi, sebab kau bongsu.

Tak semua anak bongsu dapat rasai perkara yang sama.
Ikut kaulah, kau jenis bongsu macam mana.
Aku cuma mahu jadi si bongsu yang berguna biar tak sempurna.


'Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku.
Kasihi dan kasihani mereka sepertimana mereka mengasihi sejak aku kecil.
Berkati umur mereka, sihat sejahterakanlah tubuh badan mereka, permudahkan urusan mereka, murahkan rezeki mereka.
Segala pujian untuk-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih, yang memberi aku cinta melalui mereka.'

Sunday, July 20, 2014

Nilai AQ dalam hati kita.

Hari tu, aku pergi majlis berbuka puasa di rumah kawan aku.

Masa tu, ada beberapa orang saudara dia di situ.
Ada seorang kakak ni, dia bawa 3 orang anak.
Dua perempuan, seorang lelaki.

Budak lelaki ni berumur 3 tahun. Anas nama dia.
Anas ni aktif dia bukan main lagi. Mungkin sebab ruang tamu rumah tu lapang.
Berlari sana-sini, bergolek-golek, main bola.
Datang waktu kitorang nak solat tarawikh pun, sibuk dia ke hulu ke hilir berjalan atas sejadah.
Agak menganggu sebenarnya.

Habis solat tarawikh dua rakaat yang pertama, mak dia cuba panggil dia.
Biasa la, budak. Ingat mak dia nak ikut main dengan dia, lagi dia ligat dia berlari.
Kalau orang tak ada anak atau macam aku, memang naik suara jugak la.
Er tapi aku dah ok sikit sejak ada anak buah ni.


Mungkin dah penat sangat nak kawal Anas,
sampai satu momen tu, mak dia sebut perlahan kat diri sendiri;

'Innallaha ma'assobiriin.'

Aku macam...

Pergh..subhanallah kagumnyaaaa!


'Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar'

Secara zahir, aku memang nampak mak dia ni lembut je.
Panggil ummi pulak. Biasa kalau ibu/ummi ni, lembut sikit wataknya.
Tapi bila mak dia menutur ayat tu,
serius aku terkagum rasa terharu.

Al-Quran ni kalam Allah.

Mungkin ramai boleh baca.
Tak ramai yang faham maksud.
Lagi tak ramai yang mampu aplikasi.

Aplikasi Al-Quran dalam perbuatan, perkataan mahupun peringatan.
Apa yang kakak tu buat,
dia aplikasi Al-Quran dalam bentuk peringatan untuk diri sendiri.

Dalam keadaan spontan.

Hanya orang yang faham dan berpegang dengan pada Al-Quran sahaja yang dapat buat macam tu.
Dapat hafaz Al-Quran tu satu bonus, tapi berpegang pada Al-Quran tu nilai sebenar.


Sama-sama lah kita cuba.

Aku teringin berspontan gitu juga.

Melatah dengan zikir dan ayat Al-Quran, cool gak en?

:p

Cerita Kahwin

Cerita tak bermanfaat.
Sila beralih siaran jika yang anda cari adalah peringatan.

Perbualan janggal antara kau dan mak kawan-baik-lelaki-kau-yang-paling-baik-sejak-sekolah-rendah.

'Ni kad kahwin kakak ke, Ecah punya?'

'Kakak saya auntie. Saya belum lagi.'

'Ecah bila habis belajar?'

'Ermm. Dalam dua tahun lagi insya-Allah.'

'Ecah dah ada pakwe ke?'

'Mana ada auntie. Bayang pun tak ada. Heh.'

'Ok. Ecah jangan cari lagi tau. Auntie cop. Nanti tengok-tengok auntie hantar rombongan datang rumah.'

*Janggal tahap maksima*


Dalam satu keadaan, kau akan rasa ada satu garis halus yang tak membenarkan kau berperasaan dengan kawan baik lelaki/perempuan kau.

Kawan atau sahabat. Sekadar itu.

Mungkin kerana kau dah kenal keluarganya, kau tahu karakternya, atau kau mengharapkan sesuatu yang lain.
Entah la.

Benda-benda macam ni bagi aku, menakutkan.

--------------------------------------------------------------

Harap-harap tak masin mulut cikgu-cikgu sekolah rendah aku dulu.

*Sigh*

Ok meh aku bagi jugak laa satu pengajaran.

JANGAN bergaduh sangat dengan member lelaki kau.

-------------------------------------------------------------

Aku berazam kahwin nanti taknak guna duit mak ayah.
Simple pun simple la. 

Tuesday, June 3, 2014

Cerita biasa pt 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada dua cerita  eh dalam ni.

Satu;
entri lepas aku ada cerita yang aku tak sambut harijadi.
Aku taip entri tu pagi.
Masa aku rasa 28 Mei hari tu seperti 28 Mei tahun-tahun lalu.

Rupanya petang tu,
ada dua orang makcik SMAKL ni buat kejutan depan pintu rumah aku.

Nurul Syamimi dan Nazratul Fareha,
terima kasih banyak untuk kejutan yang betul-betul buat aku terkejut.

Sebab rumah tengah kecah macam kena pecah.
Sebab aku tak sangka sangka ada dua manusia yang sudi luangkan masa dari UM dan Segambut.
Sebab aku baru keluarkan entri poyo tak kisah tak ada orang sambut harijadi aku.

Umur 22 pun dapat lagi belon-belon manis yang aku selalu tengok para hipster buat pada kawan mereka yang sama hipster.
Aku tak hipster, jadi tak sangka aku pun boleh dapat kejutan sebegitu sederhana tapi manis.

Malamnya,
mak ayah belanja pizza.
Aah. Itu pun hipster jugak.

Depa cool. 







Cerita dua;
aku deaktif sekejap Facebook.
Ni bukan la macam zaman kanak-kanak dulu, yang deaktif supaya orang tanya mana hilangnya seorang Cece.

Akhir-akhir ni aku dapat rasa hati dah semacam terikat sangat pada laman sosial, terutamanya Facebook, Instagram dan WhatsApp. Mujur dah awal lagi deaktif Twitter.

Woi banyaknya laman sosial kau Ce?

Rasa terikat yang keterlaluan tu,
sampai tahap bangun pagi-pagi,
hati gian nak buka FB dulu sebelum habiskan doa, nak baca WhatsApp dulu sebelum baca Al-Quran.


Peh.
Rasa yang sangat tak best, tahu?

Jadi, aku rasa kena buat sesuatu.
Aku tak mahu masuk Ramadhan dengan hati yang terikat dengan perkara dunia ni walaupun perkara tu mendatangkan kebaikan untuk manusia lain.
Maksud aku, ada je orang meningkatkan amal dengan baca artikel kat FB kan?

Aku tak boleh, jadi aku lepaskan diri.
Macam lukisan aku dalam Insta tu, yep. Itu kiasan apa yang aku rasa.
In fact, aku nak je lukis hati aku yang terkunci sebenarnya.
Tapi korang ni bukan boleh percaya. Mulalah kata aku ni nak kahwin la, rindu orang Mesir la.
EH.


Minggu ni kalau ke kelas, aku tinggalkan fon Android yang membenarkan aku untuk layari internet di mana sahaja di Menara SAAS.

Hari pertama, memang rasa sangat produktif. Rasa macam sem 1 diploma dulu.
Rasa tak terkongkong.
Bukan pakwe-makwe je buat kau terkongkong. Teknologi pun boleh buat,tahu?

Oh ni baru hari kedua. Heheh.


Ok tu je dulu. Aku ada cerita ketiga ni. Sambung entri lain supaya kau tak bosan.

Cerita biasa si Z pt 2.

Bismillahirrahmanirrahim


Cerita ketiga.
Dalam kelas akaun, madam buka cerita.
Bagi seorang pelajar akaun, lulus cemerlang dalam akaun seharusnya jadi perkara biasa la kan?
Untuk degree ni, kitorang dah diingatkan kertas paling kritikal adalah FAR450, semester 6 nanti.

Ada seorang hamba Allah ni, pelajar jurusan akaun, seorang lelaki. Namakan dia Z.
 Z ni berkebolehan jadi imam jugak. Dia selalu dapat panggilan jadi imam sekitar Shah Alam.

Masa madam cerita ni, aku tahu budak-budak perempuan kelas aku mata dah bersinar-sinar, hati dah kembang kuncup. Haha.


Kisah Z dan FAR450, dia dah ulang kertas ni sebanyak 3 kali.

Cerita madam, beliau pun dah cuba yang terbaik untuk bantu pelajar ni. Bukan setakat ajar dalam kelas, siap ada konsultansi satu-satu. Kata beliau, budak lelaki memang tak pernah tunjuk dia tak faham dalam kelas. Diajukan soalan, mengangguk semedang macam tak ada masalah langsung.

Sampai la dia gagal kali ketiga, dia kena bar.
Baru madam perasan yang dia ni ada masalah dalam subjek FAR450.
Bila madam tanya pada kawan-kawan Z, diorang kata Z memang lemah bab kira-kira.
Saaaaaaangat lemah. Macam aku.
EH.

Madam kata pada Z, pergilah merayu untuk ambil semula kertas FAR450 ni.
Dan Z ikut kata madam, dia merayu.

Alhamdulillah, pada percubaan ke 4 dan semester ke 10, Z berjaya lulus FAR450.
Lagi, lepas je Z grad, dia dapat tawaran bekerja dengan NAZA.
Dalam masa yang sama, disebabkan Z ni berkebolehan menjadi imam,
maka dia masih terima tawaran untuk jadi imam separuh masa.

Cool ait?


Moral of the story?

Satu;
Madam kata,
kebanyakan kita ni selalu rasa usaha sekali dua tu dah cukup, dan menerima satu kegagalan itu dirasakan sangat teruk.

Mungkin kita tak pernah jumpa manusia yang hidupnya sentiasa masuk gaung, luka sana dan sini.
Kalau pernah jumpa pun, kita suruh dia bersabar tanpa kita rasa faham pun. Kita rasa kesian pada si gagal, padahal itu tak perlu.


Kedua;
pergi baca maksud ayat Kursi. Nanti kau faham sesuatu yang dinamakan rezeki.


Ketiga;
kita selalu rasa kita boleh faham sesuatu subjek atau perkara, kerana KEMAMPUAN KITA sendiri.
Walhal, kefahaman yang kita dapat tu, ALLAH yang BAGI.
Kita tak sedar, sebab rasa mudah faham tu kita dapat kerana usaha kita.

Tidak.
Dalam menuntut ilmu, rendahkanlah hati.

Tanya balik diri kita,
setiap kali faham apa yang pensyarah ajar dan faham ketika mengulangkaji pernah tak kita ucap Alhamdulillah sungguh-sungguh?

Ataukah yang kita selalu sebut, ''Ohhhhh. Macam tu je rupanya. Ceh."

Hm?



Ok itu je aku nak kongsi. Semoga bermanfaat la untuk pembaca yang entah siapa.
Sebab aku terasa gak ni.

Tuesday, May 27, 2014

22

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni 28 Mei.
Aku baru SUDAH 22 tahun.
Jujurnya aku rasa nak muntah tengok nombor yang meningkat ni,
sambil memikirkan yang aku tak buat apa-apa untuk masyarakat dan serasa macam ilmu belum bertambah.


Kita manusia, kan.
Sifat yang termaktub dalam Al-Quran,
manusia ini antara sifatnya lemah, tergesa-gesa dan berkeluh-kesah.

Tergesa-gesa dalam beribadat,
berkeluh-kesah mengenang nikmat tak pernah habis dibanding dengan manusia lain.

Em.
Aku bukan jenis menyambut birthday.
Dan ramai lagi manusia hebat lain yang tak peduli pun tentang sambutan harijadi dan ucapan orang.
Tak, aku tak kata aku hebat. Aku kata orang lain.

Aku tak sambut sebab,
pertama; aku tak dibiasakan untuk sambut.
Bila mak ayah dah ucap 'Selamat hari lahir, dik' sambil usap belakang aku pun dah cukup.
Mereka tak perlu pun nak kata begitu sedangkan pada tarikh ini, aku yang patutnya kembalikan kata-kata tu pada mereka.

Aku, em segan.

Material waktu umur ni.. entahlah. Tak ada dalam senarai.
Hari tu kakak aku tanya nak apa pun, lama aku memikir. Tak ada.
Oh tapi akhirnya aku akur.
Aku minta pen lukisan sebatang.
Heh.


Kedua; sebab umur yang meningkat ni buat aku rasa malu nak bergembira sakan meraikan.
Hakikat, kehidupan ni, Allah yang pinjamkan. Aku tak gunakan sebaiknya.
Aku tak tahu aku nak raikan apa.
Aku raikan aku?




Keraian bagi aku, adalah satu ingatan dan peringatan.

Ingatan dari manusia, yang dalam hatinya ada ruang untuk kita. Terima kasih, Alhamdulillah.
Peringatan dari Allah, yang mana pada umur itu apa yang telah kau capai dan sedang usahakan. Belum mencapai, Astaghfirullah.

Untuk tahun ni,
pada member yang wish dan masih membaca blog ni (yes, kau Fareha antaranya),
terima kasih sebab ada aku dalam hati kalian.

Tak kisah la Dualapanlima ni diingati sebab
aku yang melobi dari alamat blog aku ke,
aku yang set reminder dalam fon kau ke,
kau memang berjiwa romantik ingat birthday setiap orang ke,
kau terbaca dari post orang ke,
bising dalam grup wassap ke..
masih, TERIMA KASIH.


'Coz all of me, loves all of you'


Moga hari aku mati nanti, kau datang jumpa aku.
Tolong solatkan aku.
Okeh?
Takde kaitan dengan post,
tapi peringatan kematian tu tak pernah tak ada kaitan dengan setiap kehidupan.

Ok geng?

Love u guys mucho.

Sori bahasa aku sekarang dah tak macam dulu.
Aku memang kurang thiqoh dah sekarang.
Eh aku pernah thiqoh ke? Kehkehkeh. 

Wednesday, April 30, 2014

Aisyah Muslimah

'Aisyah ni.. bila mula-mula kenal, lain kan?'


And there it goes.

Sebenarnya, aku betul-betul rasa serba salah bila orang cakap begini pada aku.
Nampak penampilannya begini,
tetapi perwatakan rupanya begitu.

Maaf jika karakter aku luar dari dogma pemikiran kau tentang seorang yang dipanggil Muslimah.

Tak. Muslimah itu lebih baik watak dan hatinya.

Aku ini,
Siti Aisyah binti Zainal, cuma.

:)

Friday, April 25, 2014

Kisah keluarga.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari tu,
awal-awal pagi aku ikut kawan sekelas aku sarapan di restoran mamak.
Itu pun sebab malam sebelumnya aku stay-up(baca: lebih banyak tidur dari baca buku) sebab ada Common Test.

Beberapa minit aku duduk lepak-lepak dengan muka mengantuk konon baru balik perpustakaan,
ada seorang budak lelaki, dalam darjah 5 masuk restoran.
Dia pegang fon.  
Aku terdetik, 'kecil-kecil dah ada fon. Makan kat mamak.'

Di belakang dia rupa-rupanya ada seorang lagi budak perempuan yang nampak seperti adik dan ayahnya.
Muka kurang ceria budak perempuan tu, sama ada cerita biasa kena awal pagi bangun pergi sekolah, atau berebut fon dengan si abang. 
Aku tak tahu.

Aku lihat si ayah dari jauh.

Berumur lingkungan 30-an, segak berpakaian pejabat lengkap bertali leher dan kasut hitam berkilat,rambut tersisir rapi, bercermin mata.

Si ayah mula memesan makanan. Roti canai sahaja untuknya.
Si budak lelaki mahukan nasi lemak telur mata; membuat pesanan selepas mata beberapa minit tidak lekang daripada skrin fon.
Si adik perempuan, seperti mahu tidak mahu sahaja membuat keputusan.
Lalu si ayah memilihkan nasi lemak untuk anaknya.

Lima minit.
Roti canai dan nasi lemak untuk kedua-dua anak itu sampai.
Abang, laju sahaja menjamah.
Adik, masih tiada mood.
Ayah, membahagi dua nasi lemak di pinggan adik untuk dimakan sedikit-sedikit.
Kuning telur diasingkan ke pinggan ayah.
Mungkin adik tidak gemarkan telur kuning.

----------------------------------------------

Aku nampak ayah.
Aku nampak aku.

Segar lagi dalam ingatan aku,
ayah membawa aku satu beradik pergi ke tempat-tempat indah untuk makan.
Kalau ada sambutan harijadi, tempat wajib adalah Restoran Kapal, Kampung Baru.
Waktu kecil, ayah selalu 'kacau' pinggan aku.
Dibahagikan makanan itu kepada beberapa bahagian. Dah besar, dan tengok betapa hodohnya tengok orang makan nasi bersepah dan tak habis, aku dah mula faham.

Segar lagi dalam ingatan aku,
setiap pagi ayah berpakaian segak untuk ke pejabat.
Memang itu ayah. Sekalipun memakai t-shirt, hujung baju pasti akan dikemaskan ke dalam seluar.

Segar lagi dalam ingatan aku,
betapa kerapnya aku berperangai yang menjengkelkan. Malu nak dihurai.
Sabar sungguh ayah pendam rasa dengan anak-anak yang bermacam perangai.


----------------------------------------

Hari tu sengaja aku duduk-duduk santai dengan emak.

Emak bercerita tentang bagaimana dia membawa adik-beradik aku yang lain berpindah-randah untuk beri keselesaan.
Aku tak ada lagi masa tu. Dari Kajang ke Hulu Langat, berulang dari KL ke Segambut, duduk di rumah setinggan(yang paling indah dan heaven sebab belakang Istana Negara Lama).

Sikit lagi aku nak menangis. Cis.
Sebab, emak ini tegas orangnya waktu kami kecil. Tak adanya hati ke hati.
Apabila mak mula bercerita tentang kisah-kisah lama, nampak riak wajah yang susah nak digambarkan.

Lega, mungkin?

-----------------------------------


Dan abang Syahir,
waktu telefon-telefon dia tanya pasal insurans, katanya..
'Dah kena ambil tahu benda-benda macam ni. Besar dah.'

------------------------------------




'Masa dah berubah.'
Aku selalu beritahu diri sendiri.

Persoalan mengapa semua dah tak sama tu selalu datang dalam fikiran aku.

Aku hadapkan semua.
Sebab aku percaya, fasa membesar dalam topik keluarga ni mesti berbeza bagi setiap individu.

Sesetengahnya normal seperti biasa sehingga akhir nafas,
sesetengahnya sampai di klimaks,
sesetengahnya entah di mana titik pertukaran 180''.

---------------------------------------

Keluarga aku bahagia alhamdulillah.
Kau jangan buat spekulasi. Aku pelangkung karang.

Cumanya terlontar jauh la bila ternampak situasi ayah-anak di kedai mamak tu.
Peringatan untuk aku supaya menghargai segalanya.


Saturday, April 5, 2014

Dompetku Hilang Di Tasik Madu

Bismillah.

First of all, pardon me for the previous post. I'll make it clear when.. September ends. Haha

Beberapa hari lepas, dompet aku hilang. Tercicir. Kena curi. Melarikan diri.
Entah la. Aku pun tak pasti sebenarnya.

Hilang dompet pada hari kejadian, betul-betul aku tak rasa apa. Tak sedih, marah, panik, semua tak ada.
Aku cuma tak tahu apa yang aku kena buat lepas ni. Macam perasaan aku dapat result hari tu.
Jadi, aku duduk termenung sampai ter-skip kelas Arab.
Tak, tipu. Aku memang skip sebab aku tak boleh fokus.

Keesokan hari, bangun dari tidur, baru aku dapat cakap dengan diri sendiri.
'Syah, dompet kau hilang. Dalam tu ada IC, dua kad ATM yang salah satunya kau baruuu buat pagi semalam, ada semua duit simpanan kau untuk minggu ni.'
Lepas tu aku lost lagi, buat macam tak ada apa.

Serious rasa helpless oh.

Mak ayah pun aku tak bagitahu. Sebab tak nak diorang susah hati.
Bajet independent.
-----------------------

 Kawan yang aku ada waktu kehilangan dompet ialah Mimo. Member SMAKL.
Mungkin sebab aku tak bagi reaksi, maka dia pun buat macam tak ada apa. Alhamdulillah sebab aku memang pantang sikit kalau tengah serabut, orang blablabla tak pasal. Jadi bila aku diam, dia pun tenang je.
Dia cuma cakap, 'kalau kau nak pinjam duit, bagitau aku.'
Okay settle.

Malam tu, Fatin Nadzirah bawa apam balik. Beberapa minit lepas tu, Fada(pun member SMAKL) datang bawak taufu fah.
Aku terharu sebenarnya. Aku gelak bila dia datang bilik aku bawa makanan. Aku kata, "Lawak aa korang ni. Aku hilang dompet pun, korang buat macam rumah aku terbakar."



Cerita di sebaliknya.

1. Memang sedih la memikirkan dompet berisi duit hilang sebenarnya.
Ironi sungguh aku rasa, kehilangan duit akan menyebabkan semakin banyak kita memerlukan duit, untuk mendapatkan duit kita kembali.
Duit aku hilang--kena lapor polis--kena buat IC--kena buat kad ATM baru--cari dompet baru.

Setiap persinggahan tu memerlukan duit.
Padahal, duit aku yang boleh digunakan ada dalam bank, yang telah disekat-dan kalau nak unblock, kena BAYAR dulu.
Oh dunia.


2. Aku pernah terbaca.
'Selagi kita punyai pakaian membalut tubuh, makanan mengisi perut dan tempat untuk berteduh, itu tanda kita masih beruntung.'
Tersentak aku.
Punya la tak bersyukur. Baru hilang dompet. Bukan kena hadapi kematian. Tidak juga rumah kebakaran.
Yang macam zombie sangat apahal.

Hari kedua aku kehilangan dompet, kebetulan hari Khamis. Jadi aku berpuasa. Puasa sunat Khamis, macam biasa. Dah sampai petang, baru aku perasan aku tak ada duit. Lulz.
Rezeki Allah dah tetapkan, maka aku berbuka di Masjid UiTM, yang setiap Isnin dan Khamis ada majlis berbuka puasa. Makan dulang lagi.
Tu pun aku dah kenyang makan tiga suap. (Tapi biasalah makan dulang kan, kita akan makan lebih sebab menghabiskan bahagian orang-orang kurus yang lagi cepat kenyang).

3. Kehilangan akan buat kita lebih menghargai.
Kau gunapakai je ayat ni untuk semua perkara. Kepala jangan asyik nak fikir jiwang je.

4. Ayat usrah malam kehilangan dompet,
'Kadang-kadang bila kita diuji, Allah nak lihat apa tindakan yang kita ambil untuk menghadapi masalah dan cabaran tu.'

Okay.
---------------

Alhamdulillah.

Untuk semua perkara.
Masih ada keluarga, tempat tinggal, harta dan paling penting, Allah.



Allah, 
sayangi aku sampai bila-bila. 



Monday, March 24, 2014

serious matter

Kau rasa,
antara atheism dan kristianisasi,
mana yang lebih... Em.

Entah.
Mengancam akidah mungkin?




Allahu.
Moga hati terus kuat dalam memahami.


I don't even know why this topic came across my mind.

Aku harap ni semua fasa semata.

Aku dah jumpa satu artikel darI saifulislam.com yang bagi pencerahan.

Religious skepticism.

Cuma, aku tak dapat jumpa LAGI manusia tanpa kepentingan yang dapat bantu aku.


Aku rindu gila kak Juma.

Tuesday, March 11, 2014

Bersangkaan.

Bismillah.

MH370.

Ada beberapa orang juga mesej aku dan bertanya, 'Apa pendapat kau tentang isu ni (teori konspirasi MH370 ) ?

Aku terdiam.

Tak tahu nak respon apa.
Betul tak tahu.

Sebab, aku bukan siapa-siapa. Aku dah lama tak membaca.

Buku terkini yang ada dalam pegangan aku adalah hasil tulisan Dr Salman Al-Aodah, 'My Enemies; I Thank You'. Ringkasnya, buku ni brainwashed aku tentang betapa kita sekarang terlalu ketagih untuk berdebat mempertahankan sesuatu yang bukan bidang kita, ataupun sekadar sia-sia.
Kita banyak membuang masa mencari-cari kesalahan orang lain dan membuang masa mencari bukti untuk membuktikan yang KITA BETUL. Apa yang kita tahu.
It's all about us. Not about defending Islam nor the truth.

Aku rasa dah lama aku tinggalkan medan lantang berpendapat.
Which is not good la sebenarnya. Boleh buat tumpul minda dalam berbicara.

Ok la. Aku jawab sedikit apa aku rasa.


Isu ni bukan kecil sebab melibatkan tiga negara. Teori yang dibentangkan dalam artikel tu memang membuka minda. Aku baca dan bersetuju dalam beberapa perkara yang boleh diterima sebagai rakyat biasa.
Tentang kepimpinan negara, dan insiden-insiden yang berlaku.

Artikel sebegini bagus untuk  membuka mata anak muda bahawa selain isu politik, hiburan dan sentimen agama yang cuba dimainkan, masih ada isu disebaliknya yang menjadi agenda untuk kuasa luar.
Bagus untuk yang berfikir.

Yang tidak bagus, apabila artikel sebegini dijadikan sebagai bahan bacaan santai dan misteri,
menjadi viral dan berlalu pergi.
Masih kepada rutin asal sebagai manusia kosong, menjalani hari-hari tanpa agenda membangunkan diri untuk agama dan negara.
Hari-hari yang terisi dengan mahu makan apa, mahu beli apa, mahu ke mana untuk bersuka ria.


Aku tanya kau.
Kita baca bacaan sedemikian, lalu apa pelan tindakan kita sebagai bakal pemegang tampuk kepimpinan jika berkesempatan?
Jika Malaysia masih ada? Jika Islam masih menjadi agama rasmi negara?

Pernah kita fikir?
Ataukah, kita ini saban hari ke kelas demi mencapai gred-gred sanjungan manusia,
demi pada akhirnya untuk sekadar bekerja mencari sesuap nasi untuk perut sendiri?

Kualiti diri kita lebih sekadar gred.

----------------------------

Aku memang membayangkan kembali saat aku dalam kapal terbang hari tu.
Aku naik Air France masa nak ke Manchester hari tu. Air France pernah crash 2009.
Allahu.
Imaginasi menerawang.
Apakah kapal terbang masih di angkasa.
Kalau di angkasa kenapa tidak terjumpa?
Ataukah sedang...

Tak boleh teruskan.
Perasaan yang berkocak.



Boleh ikut perkembangan.
Silakan berpendapat.
Namun, susulkan dengan tindakan yang bermanfaat. Hadamkan pengajaran.
Isu besar sebegini bukan sekadar tempelan cerita kedai kopi.

Bercerita, berspekulasi dan menambah perisa. BUKAN.

Semua ini, pendapat aku.

Sunday, March 2, 2014

Best.

Bismillah.

Hari pertama sem 5.

Kembali kepada fitrah bersendirian.

BEST alhamdulillah!

*smile smile smile*

Lepas ni, insya-Allah aku akan cuba gilap balik ilmu potensi analisa dan tulisan.
Nak tulis perkara bermanfaat.


Wednesday, February 26, 2014

Tamat MEDNO

Bismillah.

Alhamdulillah,dah seminggu aku sampai KL.
Hanya 1 MEDNO sahaja yang sempat aku catat kat sini.

Akhir-akhir ni banyak meluah rasa di Facebook, berkias bahasa supaya dapat beri manfaat pada manusia lain. Ada akhirnya aku dah tersedar, tempat aku sebenarnya di sini.
Dualapanlima.

-----------
Rahmat updated his blog with good news of degree's first semester's result.
Happy to read his success story. Really.
Congratulation Rahmat, if you read this.

As for me,
I didn't manage to maintain good performance which it might probably shows that the inflexibility of me in coping and adapting with new surroundings.

Oh my!
Why suddenly my writing get so emotional?

Tell you what, when I checked on my result, I could just smiled.
Because only Allah and Kak Fara know how did I struggled with all the pressures and conflicts the whole final week.

After all, I was in Manchester.
Can't just simply ruined my great holidays with such impermanent news, isn't?

------------

Aku okay.

Aku suka dan tak sabar untuk kembali bersendirian.

Harap-harap ini yang terbaik.

------------

Aku rindu zaman sekolah.
Zaman di mana pencapaian bukan satu pertandingan.

Not anymore this time.

Tuesday, January 21, 2014

MEDNO 001

Mencari Emas Di Negeri Orang (MEDNO)

Salam! 

MEDNO adalah singkatan untuk perjalanan sepanjang aku di UK insya-Allah. 

Sebab mula-mula nak update kerap di FB seriously aku rasa poyo dan tak perlu untuk semua orang tahu. Nak upload gambar banyak-banyak di Insta pun malu. 
Jadi, aku rasa blog paling best tempat nak bercerita. 

Tapi, aku ada update dan upload juga di dua tempat tu sebagai tanda terima kasih untuk sekalian pendoa-pendoa asing, yang tak lokek untuk aminkan impian aku ke UK jadi kenyataan. 
Dan aku tahu, antaranya adalah kalian; pembaca tegar blog picisan ni. 

TERIMA KASIH. 

Moga kemakbulan doa rahsia ni terbias semula. 

---------***--------

Kenapa perjalanan ni sentimental untuk aku? 

Sebab impian ke UK ni mula tercetus dalam teksi, lepas nampak kapal terbang dan dapat tahu senior KPTM aku merupakan batch diploma pertama akan fly.
Sejak tu, aku selalu doa supaya dapat ke UK dengan cara yang terbaik.
Lepas tak nampak jalan untuk sambung belajar.
 Apadahal macam-macam mana pun.
Janji sampai :p


Masa diploma, aku pernah teringinnnnnnn sangat nak naik kapal terbang.
Buat kali pertama.
Kau tahu tak ni?

Allah makbulkan dengan bagi rezeki  aku ke Sabah.
Dengan budak rumah. Guna duit simpanan. Gamble.
Teringin punya pasal.


UK ni, satu lagi bukti buat aku yakin dengan 'rezeki datang dari arah yang tak disangka-sangka' dari ayat 1000 dinar.
Kau baca maksud dia ke tak ni?
Baca la. Baru kau rasa.

Panjang cerita lagi ni nak hurai macam mana aku dapat pergi.
Lain kali lah.

Asyik disuruh keluar dari Malaysia.
Jadi, MEDNO lah kita ye?

:)





Aku ni menaip guna fon. Jadi kalau ada typo semedang, harap maaf.