Friday, April 25, 2014

Kisah keluarga.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari tu,
awal-awal pagi aku ikut kawan sekelas aku sarapan di restoran mamak.
Itu pun sebab malam sebelumnya aku stay-up(baca: lebih banyak tidur dari baca buku) sebab ada Common Test.

Beberapa minit aku duduk lepak-lepak dengan muka mengantuk konon baru balik perpustakaan,
ada seorang budak lelaki, dalam darjah 5 masuk restoran.
Dia pegang fon.  
Aku terdetik, 'kecil-kecil dah ada fon. Makan kat mamak.'

Di belakang dia rupa-rupanya ada seorang lagi budak perempuan yang nampak seperti adik dan ayahnya.
Muka kurang ceria budak perempuan tu, sama ada cerita biasa kena awal pagi bangun pergi sekolah, atau berebut fon dengan si abang. 
Aku tak tahu.

Aku lihat si ayah dari jauh.

Berumur lingkungan 30-an, segak berpakaian pejabat lengkap bertali leher dan kasut hitam berkilat,rambut tersisir rapi, bercermin mata.

Si ayah mula memesan makanan. Roti canai sahaja untuknya.
Si budak lelaki mahukan nasi lemak telur mata; membuat pesanan selepas mata beberapa minit tidak lekang daripada skrin fon.
Si adik perempuan, seperti mahu tidak mahu sahaja membuat keputusan.
Lalu si ayah memilihkan nasi lemak untuk anaknya.

Lima minit.
Roti canai dan nasi lemak untuk kedua-dua anak itu sampai.
Abang, laju sahaja menjamah.
Adik, masih tiada mood.
Ayah, membahagi dua nasi lemak di pinggan adik untuk dimakan sedikit-sedikit.
Kuning telur diasingkan ke pinggan ayah.
Mungkin adik tidak gemarkan telur kuning.

----------------------------------------------

Aku nampak ayah.
Aku nampak aku.

Segar lagi dalam ingatan aku,
ayah membawa aku satu beradik pergi ke tempat-tempat indah untuk makan.
Kalau ada sambutan harijadi, tempat wajib adalah Restoran Kapal, Kampung Baru.
Waktu kecil, ayah selalu 'kacau' pinggan aku.
Dibahagikan makanan itu kepada beberapa bahagian. Dah besar, dan tengok betapa hodohnya tengok orang makan nasi bersepah dan tak habis, aku dah mula faham.

Segar lagi dalam ingatan aku,
setiap pagi ayah berpakaian segak untuk ke pejabat.
Memang itu ayah. Sekalipun memakai t-shirt, hujung baju pasti akan dikemaskan ke dalam seluar.

Segar lagi dalam ingatan aku,
betapa kerapnya aku berperangai yang menjengkelkan. Malu nak dihurai.
Sabar sungguh ayah pendam rasa dengan anak-anak yang bermacam perangai.


----------------------------------------

Hari tu sengaja aku duduk-duduk santai dengan emak.

Emak bercerita tentang bagaimana dia membawa adik-beradik aku yang lain berpindah-randah untuk beri keselesaan.
Aku tak ada lagi masa tu. Dari Kajang ke Hulu Langat, berulang dari KL ke Segambut, duduk di rumah setinggan(yang paling indah dan heaven sebab belakang Istana Negara Lama).

Sikit lagi aku nak menangis. Cis.
Sebab, emak ini tegas orangnya waktu kami kecil. Tak adanya hati ke hati.
Apabila mak mula bercerita tentang kisah-kisah lama, nampak riak wajah yang susah nak digambarkan.

Lega, mungkin?

-----------------------------------


Dan abang Syahir,
waktu telefon-telefon dia tanya pasal insurans, katanya..
'Dah kena ambil tahu benda-benda macam ni. Besar dah.'

------------------------------------




'Masa dah berubah.'
Aku selalu beritahu diri sendiri.

Persoalan mengapa semua dah tak sama tu selalu datang dalam fikiran aku.

Aku hadapkan semua.
Sebab aku percaya, fasa membesar dalam topik keluarga ni mesti berbeza bagi setiap individu.

Sesetengahnya normal seperti biasa sehingga akhir nafas,
sesetengahnya sampai di klimaks,
sesetengahnya entah di mana titik pertukaran 180''.

---------------------------------------

Keluarga aku bahagia alhamdulillah.
Kau jangan buat spekulasi. Aku pelangkung karang.

Cumanya terlontar jauh la bila ternampak situasi ayah-anak di kedai mamak tu.
Peringatan untuk aku supaya menghargai segalanya.


No comments: