Monday, May 20, 2013

Untukmu hijabister dan hipster.

Assalamualaikum.
 
Facebook (again) menyediakan satu medium besar untuk ramai orang menyampaikan perkara baik. Tak kurang juga, ada yang menyampaikan untuk kepentingan sendiri.
Bak kata warden aku,
'Allah yang pilih apa yang keluar di timeline FB kita tu.
Kalau banyak tazkirah, alhamdulillah. Baca.'

Tapi kalau dah like page-page agama,
tetap yang keluarnya keluhan kawan-kawan,
gambar-gambar atau lawak lucah,
 iklan tudung tak ikut syariat,
check la balik amalan kita.
Ironi.


Hari tu aku tengok video MrTheAllShared pasal cara pakai tudung dengan sempurna
- yang sebenarnya diorang olah daripada penyampaian ceramah Ust Don.
Mudah.
Asas pemakaian tudung yang muslimah patut tahu dan ikut.
 
Petik kata adik Azfar,
'Macam yang korang tahu, dekat Youtube, baanyak sangat video-video tutorial tudung.
Tapi sebenarnya kalau korang tengok  diorang tak bagi penyelesaian pun macam mana cara nak pakai tudung dengan betul.
Lagi banyak dedahkan aurat ada lah.'
 
Lagi satu aku tak puas hati gambar kempen tutup aurat,
tapi gambar contohnya adalah gambar perempuan tudung,
dikaburkan muka, ditayangkan baju ketat yang diorang pakai.


Oh menn why laaaaaaaaaa?
 
 


Video ust Don tu ok je. Tapi bila tengok video adik-adik ni, aku rasa segan.
Diorang menyampaikan dengan sangat bagus, sampaikan aku naik segan.
Kenapa?


Kawan-kawan perempuan yang aku kasihi,
korang perasan tak, zaman sekarang ni  yang banyak menegur tentang bab menutup aurat secara details dan makan dalam ni datang daripada kaum Adam?
 
Ada, memang ada penceramah daripada kalangan Ustazah. Tapi jujurlah, kita lebih terasa kalau lelaki yang menegur bab aurat kita, kan? Bukan pasal gedik, no. 
Ada juga yang rasa, 'eh pahal lelaki cakap bab perempuan ni? Tak malu ke?'


Sepatutnya kita lah yang rasa malu, sebab lelaki-lelaki yang menegur tu dah naik malu tengok kaum Hawa yang tak tahu malu.

Kaum Adam menegur sebab mereka tahu kelemahan mereka.
Aku percaya, kalau ada lelaki tegur seorang perempuan bab aurat, bukan pasal nak poyo tunjuk alim.
Sebab contoh yang aku dapat dari budak-budak kolej sendiri.
Yang tak pergi usrah pun.
Tak attend kelas agama pun.
Cuma pernah dengar apa ustaz kat tv cakap, dan diorang nak apply.

Diorang rasa kesian sebenarnya pada gegirl yang berusaha buka aurat untuk nampak lawa,
padahal jauhhh dalam hati diorang,
diorang sangat cintakan perempuan yang berusaha tutup aurat.

 
Tipulah kita tak pernah dengar lelaki kutuk kaw-kaw perempuan pakai mekap atau tudung warna-warni lilit-lilit atau pakai pakaian yang shine bright like a diamond.
Padahal kita rasa lawa, kan?

Mata lelaki tak sama, kak.

Kita perempuan diciptakan memang suka pada kecantikan fizikal. Berwarna dan bercorak, kita suka.
Minat lelaki lain. Kebanyakannya cenderung kepada mudah dan ringkas.
 
 
Seriously, bila aku cakap ni orang mesti buat muka awkward kat aku balik. Tapi.. aku pernah observe dari jauh gerak mata lelaki bila perempuan seksi lalu depan diorang. Padahal so-called gepreng tu depan mata je.
 
Kesian kot.

Kesian kat lelaki sebab susah nak jaga pandangan. Itu perjuangan.
Kesian kat perempuan yang rasa boypreng dia puji dia sorang je cantik.
Kesian kat kita yang melihat dari jauh.
 
Aku pun suka je dengan pakaian cantik. Blouse, skirt labuh, tudung bidang AKEL, aku memang suka. Perempuan kot.
Cuma, check la pemakaian kita. Biar simple. Ikut syariat, bukan ikut trend. Tak terkejar kalau ikut trend. Boleh buat semput. Tak, ke?


Check jap surah An-Nur ayat 30-31.
Jangan malas.
 
Arahan untuk lelaki beriman dalam bab perhubungan ni ada dua.
Untuk perempuan beriman, sampai lima. Ada cabang-cabang lagi.
Allah bagi details guidance pada kita, nak jadi perempuan tu bagaimana, depan siapa. 
Sebab fitrahnya perempuan ni siap-siap dah diciptakan cantik di mata lelaki.
Lelaki kena sekat pandangan dan pelihara kemaluan kerana Allah juga tahu kelemahan lelaki itu fitrahnya memang datang daripada wanita. Tak boleh la salahkan wanita kalau dua arahan Allah ni tak ikut.  
 

Nak tambah lagi. Macam best pulak.


Kat FB, kat page mana tah tulis lebih kurang , "Perempuan, kita kena jaga aurat untuk bantu lelaki jaga pandangan.'
Pastu tak lama lepas tu aku nampak ada orang best balas, 'Hakikatnya, perempuan wajib tutup aurat bukan untuk bantu kami. Kami tak perlu bantuan anda. Perempuan wajib tutup aurat untuk pelihara diri sendiri.'

Peh. Best betul ayat.

Betul la tu. Tak payah niat nak tolong lelaki. Allah ada untuk jaga mereka. Allah dah bagi cara. Kita niiiii. Kitaaaaa yang kena jaga diri sendiri.
 
Mudah-mudahan mujahadah kita untuk jadi cantik depan yang berhak sahaja akan dipermudahkan Allah. Lebih-lebih lagi dalam dunia hijabista yang mencabar.
 
 
Wallahu a'lam.
Allah Maha Mengetahui .
Peaceeeee ^___________^ 
 

3 comments:

Jihad Zulaikha said...

Sebab tu Aiman Azlan pena cakap "jihad sampai mati".Bukan setakat perang senjata,tapi lagi besar perang dengan nafsu sebab nafsu sentiasa ada dengan kita sampailah kita mati.Perempuan atau lelaki,masing2 kena jihad.Fuh.

Btw,a good tazkirah (:

farehasalahuddin said...

Baru je haritu, aku discuss dgn sorang kenalan ni. Lelaki. Yg aku boleh kelaskan sebagai golongan yg menjaga la kan.

Soalan aku, "Isu yg byk timbul sekarang pasal aurat. Tapi yg paling aku risau, mereka yg tutup aurat, tapi warnaa macam tak kene. Tak ketat, tapi tarik perhatian. As lelaki, ape yg kau rasa bila kau nampak mereka yg mcmni?"

Jawapan dia, "Jujurnya, aku lagi rasa nak tgk. Mungkin itu ape yg dorang harapkan kot, utk org tgk. Mmg la tak ketat, labuh.. Tapi warna kemain pink, oren, dorg mcm mintak aku pandang. Macam buat aku rasa nak tgk ape dorg pakai. Berbeza dgn yg mcm kat arab tu hitam semua, tertarik, tapi aku tak rasa nak pandang. Aku rasa seronok ade la, sebab misteri sgt. Tapi, mmg realiti. Aku byk kelemahan, aku cuba sehabis baik nak jaga mata. Aku tetap akan cuba."

Lalalalala. Warna wehhh warna T-T

nyna said...

Ya betul tu sis.Baca ni mcm insaf diri sikit. Seronok baca. Betul tu saya pun sokong even saya ni jahil pasal agama nd tak tutup aurat lagi. Inshallah bakal berubah secepat mungkin selagi sempat.