Thursday, November 29, 2012

Senior

Before I get back to the real life of an ordinary student who will be half-struggling for her final semester, I would like to dedicate this entry to my senior, Siti Zunairah.

It's a bit late, but this is only the time I have to made an entry for you.


I did come. 
See the coming girl in blue baju kurung?
She's Kak Zulaikha

Prove. 



Tak dapat jumpa pun takpe. 
Segala gambar tu menunjukkan akak dah naik pentas dengan jayanya.

I made this. 
Tapi dah kena hujan dan tak berbentuk dah.

Oh yang belakang tu.. Saja nak menunjuk, New Castle Uni. 
Mana tau. Madam Alinda tak bagi berputus asa lagi. 
Hehehe. 
Hm pape je lah. 






Ok tu je. 





Notakaki: 
Besar hamatt UiTM Shah Alam. 
First day round bajet budak UiTM induk pun, dah boleh buat aku tertidur kepenatan di perpustakaan.
Padahal kat KPTM aku jalan kaki naik turun tangga juga.
Dalam hati terdetik, hm mungkin aku tak masuk Shah Alam kot..  
:D 


Wednesday, November 28, 2012

Randomize

Decide.

A date.

Orientation

Du'a 

Good friend.

Soul.

Yellow pages.

The 'Merak Yang Sombong's story.

Behave.

Spirit.

Hometown.

Cute muslimah.


Describe.















Sabah. Lovely Sabah.




Mata melihat, telinga mendengar,
Lidah menutur, hati juga berbicara.
Satu perkara,
semuanya Dia jadikan sementara.
Ujian buat kita. 








Best juga buat entri macam ni. 
Feel like a photographer. An amateur one. 

My final holiday.

Bismillah. 
One month and half of semester holidays will be ended soon. So soon. I mean within 24 hours. 

I enjoyed my sweet time leisure although by just staying at home, enhancing and improving skills to be a good daughter, a proactive soft-spoken lady, a future wife-of-unknown-future husband, and hoping the efforts lead me to be a Muslimah as well. 

There were so many things to-do that came across my mind with lots of enthusiasm and confidence - I would say that it started distracting me when I was about to focus on my final(like always), and managed to do some of them (like always) and when it comes to the end of the holidays, I came across experiencing new hobbies which were not even my holiday's list; well yes like almost for every semester break  
But it is fine for me, exploring new things that I never thought I can make it. It's a holiday, anyway. 

Introducing new hobbies;
Drumming......

1.  Lego ! 

I found a set of Lego at abang sulung's house. 
Part of the building which successfully make me awoke for the whole night. I wish books can do the same thing too. 
Blame me not for the lame excitement. 
It grabbed my attention as I've never played and completed a perfect building of Lego when I was a kid. 
It used to be only for 'budak kaya' and now, my abang sulung has been the budak kaya. 
Happy me. :) 



2. Felt craft !

Have any idea of what are these? 
As mentioned earlier, in order to be a typical lady-like, I learned a bit about craft. 
I chose to get into felt craft because it is an easy measy DIY. Everyone can simply do it even without any basic. 
With very little effort, finding stuffs and Google-ing and Youtube-ing around, nah! 
You're like a boss pro!



3. Cooking. 
Sorry, no picture for this. 
I'm not that serious to take picture for every slow-step I did in the kitchen. 
But someday, somehow maybe I'll do it. ^^.


Cooking is not a hobby anyway. 
It is more likely a routine to make Mak happy to see her daughter have at least a basic in cooking. 
However, I can't deny that great feeling to see the family enjoying every simple dishes that I've cooked. 
Happy me again weee~ ^^, 






So, that's it. Some of the activities that I managed to explore for my next longggggggg semester break? 
#Eh cepatnya? :p




Footnote 1.
Insya-Allah,the upcoming semester will be the 6th semester for me. Shall be the final . Hard to say, but I really hope that I could make it this time. Thinking of possibilities and the opportunities, I could not even think what to expect.

Have faith, keep on moving Aisyah. 
#Spoil la mood sedih. 

Footnote 2. 
I used to post a status on Facebook; 
Ulang banyak kali. 
Biar lekat dalam hati.
Biar cita-cita tak terus jadi mimpi. 

Andai tak menjadi sekalipun, kita tahu kita pernah cipta angan yang tinggi. ^^,

And the last sentence had been a toy for me and my friend.
She said, 'Ayat failed. Entah apa-apa entah. Cuba bayangkan.. Terbang tinggi-tinggi, tiba-tiba tuppp! Jatuh ke bawah.
Kalau dah ada aim, aim la betul-betul. Ini tak. 'Sekurang-kurangnya, kita pernah mencipta angan yang tinggi'. *muka pelik minta jawapan. 
And I keep laughing whenever I think about it. It just me. Really me. 


Footnote 3. 
It is all because of MUET, guys. 

Wednesday, November 21, 2012

Pe-Lazy.

Kita,
masih punyakah waktu bermalasan ?

Sudah dinyatakan,
sudah termaktub dalam sumpah,
Demi masa,
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Banyak perkara yang kita mahu lakukan
tapi langsung tak membantu kita untuk mencapai matlamat.
Syurga.
Itu matlamat kita. Kampung kita.

Lebih rugi, apa yang kita sudah lakukan
mengukir senyuman, kerana memenuhi cinta dunia
hanya mendekatkan diri kepada neraka.

Ruginya kita.

.........
Hari ni terasa sangat malas.
Terasa mahu bermalasan sehingga ke petang.

Tak mahu masak,
tak mahu basuh dan sidai baju
tak mahu sapu sampah
tak mahu lap rumah.
Cuma mahu bersuka-suka.

Kata pada diri.
Boleh, 'kalau kau tidak malu, lakukan sesuka hatimu'.

Kerana,
kemalasan kau itu juga,
akan ditayang di Padang Mahsyar.

:/
hembus nafas dengan malas.

Friday, November 16, 2012

Ujian

Tersepit seketika, bila diuji dengan perkara yang aku pernah kata,
pernah rasa benci bila lihat orang lakukan.

Perkara yang aku rasa, aku mampu tangani. 

Tapi itulah,
sebenarnya aku lupa syaitan itu licik dan Allah dah ingatkan dalam surat cinta,
agar jangan-even-dekat sekalipun dengan zina. 
Kalau aku nak umpamakan, seperti membuka bunga silat. 
Belum bergerak, tapi sudah ada gerak langkah yang kita tahu akan membawa pergerakan yang lebih pantas.
Tak perlu komen. Dah analogi tu je yang terlintas dalam fikiran. 

Kemudian aku cepat-cepat minta Allah keluarkan aku dari kemungkinan yang pelbagai. 
Alhamdulillah. Terlepas. 

Orang beriman tak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. 
Baiklah, mesti lebih berhati-hati!
Henshin!


Bukan, ini bukan cerita couple. 

Bermusim

'Parah kalau dah bom baru nak berdoa. 
Tapi lagi parah kalau tak reti-reti nak berdoa.'

Ini bukan kata-kata ulama' .Tapi sila terasa. 

It's never too late to start something good. 
Cumanya sungguh ketara apabila 'kebangkitan' ini turun naik. Di.. Facebook?
Tak ada masalah. Sungguh, moga usaha menyebarkan ilmu tentang saudara di sana dihitung Allah. 
Tapi, usahlah hakimi mereka yang tak tunjukkan usaha itu sebagai tidak peduli. 

Kamu ini tiada perasaankah? Saudara kita sedang dibanjiri darah disana!
Mengapa kamu..
Tidak share gambar-gambar penderitaan. 
Tidak post status berbaur semangat perjuangan, dan
Tidak like komen kebencian terhadap penindasan?

Kerana mungkin..
Dalam diam, mereka menembak berpelurukan qunut nazilah.
Dalam diam, mereka mengikat perut demi mengumpul duit poket untuk dana.
Dalam diam, mereka bangkit sepertiga malam menghambur tangisan pada Yang Maha Gagah. 

Teruskan kerja. 
Berhenti dan ajak bersama. 
Usah buang masa melihat kiri kanan dan mencemuh. 

Doa untuk mereka,dan doa untuk kita.
Moga semangat yang tercetus ini bukanlah datang berkala. 

Tuesday, November 13, 2012

Asing

Dialog budak-budak  kolej aku.
Seriously, aku rasa sesuatu.
Sesuatu yang indah, bila orang yang selalunya dikata macam-macam tentang peribadinya, mempertahankan kebaikan.


Aku tengah berusaha untuk kikis sikap menghakimi orang.

Dunia ni dah tak lama. Kau boleh nampak Islam nak kembali bangkit.
Hiburan bukan pilihan utama. Semakin banyak dihidang, semakin naik jelak.
Jadi, aku tak mahu ketinggalan dalam rombongan ini.

Biarlah bermula dari diri yang kerdil.
Asalkan aku tak tercicir. Allah..

Monday, November 12, 2012

Cinta dalam maaf.

Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang yang beriman,
hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah
kerana Dia akan membalas sesuatu kaum sesuai dengan apa yang telah dia kerjakan.'
[Al-Jaasiyah: 14]

It's not how we begin, but how we end it.
Dalam life travel ni, macam-macam manusia ada.
Semua tu bukan untuk kita hakimi, tapi untuk kita jadikan cerminan diri.
Baik atau buruk.

Ada sahabat ni kata,
'Jangan senang-senang nak judge orang. Mungkin yang buruk perangai luaran itu lebih khusyuk solatnya.'

Bahagia. Bahagia. Bahagia.
Mari bahagiakan diri dan terus sebarkan ia.
Weeehu~

*Dalam Al-Quran sangat banyak diingatkan kita supaya jaga hubungan dengan manusia.
Satu antara yang kerap diulang ialah supaya menjadi orang ynag pemaaf, walaupun kita ada hak untuk balas yang setimpal.
Maaf membawa bahagia.

Sunday, November 11, 2012

Sebelum noktah.

Jika remuk hatimu dan harapanmu tidak menjadi seperti yang kau rancangkan, ingatlah. 
Kita merancang, Allah jua merancang. Tetapi perancangan Allah itu LEBIH BAIK :') 

'Kau cakap senanglah. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Sakit tahu.'

'Jadi apa yang kau harap dalam hidup?'

'Mestilah aku harap segalanya lancar seperti yang aku mahu. Apa yang aku impikan. Semua orang pun mahu begitu'

'Apa yang kau mahu ?'

'Soalan apa kau beri ni? Cemerlang dalam setiap peperiksaan, dapat laksanakan perkara yang kau minat, masa depan yang penuh dengan kesenangan supaya dapat membahagiakan orang lain' 

'Falsafah hidup kau terlalu cetek.'

'Kau menghina aku ?'

'Aku malas nak huraikan tentang ini. Aku sangat yakin kau sudah ada pengetahuan. Cuma sesekali, tepuklah dada dan soal pada iman. Apakah kau yakin akan bahagia mendapat apa yang dihajati, tetapi dalam masa yang sama mengorbankankan kepercayaan tertinggi dalam diri? Lupakah akan dikau bahawa perancangan Allah itu yang paling cantik dan layak untuk kita? 


Ingatlah, segala macam keinginan kita itu terlalu mudah untuk Allah laksanakan. Tetapi sebaliknya ada yang lain Allah berikan supaya kita sentiasa kembali mencari diri. Menguji kekuatan jiwa dan lisan untuk terus mengucapkan Alhamdulillah walaupun hati kita terluka. 
Memang mudah aku berkata, tetapi aku tak perlu turut sama merasa. Cukuplah Allah mengetahui segalanya '


  

Dum dam! Dum dam! KAPOWW!


Wednesday, November 7, 2012

Jari

Hidup bermasyarakat.

Kalau setiap masa satu jari dipaksikan pada orang lain, empat selebihnya kembali pada kita.
Menjengkelkan, pabila setiap masa kita hanya mahu orang tahu tentang kita.
Yang baik-baik sahaja pula tu.

'Oh. Kalau saya..' -Tidak kisah pun apa orang lain cerita.
'Aku tak macam tu. Aku..' -Kenapa kau pelik sangat?
'Sekurang-kurangnya aku..' -Lebih baik daripada yang lain.

Tak baguslah.
Anatomi kita lengkap untuk memberi dan menerima.
Kalau mudah kita memberi nasihat dengan mulut,
sifirnya mudah jugalah menerima kata orang dengan pendengaran.
Masalahnya tak selalu begitu.


Tidak satu rahsia pun kah yang masih ada tersimpan dan mahu terus kekal privasinya?

Thursday, November 1, 2012

Depan.

'Manusia memusuhi apa yang tak diketahui' .

Aku suka kata-kata ni.
Aku apply pada subjek Accounting dan Costing; it suits well. What a surprise.

Seperti, ada peperangan dalam diri .
Sang keinginan, bertempur dengan sang alasan.
Dum dam! Dum dam! Kapoww!
Mati.

Siapakah mangsanya?
Siapakah adiwiranya?

Kita tunggu selepas ini ..






Dada rasa nak meletup .
Sebelum result keluar, inilah yang aku alami setiap hari.
Mahu buat draf perjalanan hidup, mudah sahaja dibantutkan dengan perkara yang tidak pasti.
Perkataan 'kalau' itu pemati angan.

Bangkitlah Aisyah weh.
Lembik amat kamu ini. Seperti agar-agar karamel yang baru diangkat dari dapur emak.
Eh sedapnya.

 
Yeahhhhhhh!
Mula lukis draf.

Ku Pinang Kau Dengan ...

Bismillahirrahmanirrahim.

'... Sudikah kau menerima pinangan ku, menjadi pendamping hidupku, bersama dengan ku waktu susah atau pun senang? "


Tupp!

 Aku tutup TV.  Berfikir.

Buka balik .

' Bismillahirrahmanirrahim. Aku sudi menerima pinanganmu. *nangis*'

Dan aku pun membuang masa setengah jam tengok TV Al- Hijrah yang menayangkan cerita tu.



Setengah minit waktu aku tutup tu, hati aku kata - how sweet~.
Tapi aku dah buka balik, dan tengok scene tu .. duduk berdua makan bersama dan dilamar, I don't find it that sweet anymore. Kurang la.

Of course, tak semua orang dapat rezeki dipinang guna orang tengah atau direct kepada ibu bapa kan. Banyaknya orang yang betul menjaga, baru dapat pengalaman gitu.
Aku ni, banyak kurang sini-sana. Masih mengharap dipertemu dengan orang yang baik :/

Mulanya, aku tutup sebab aku malas nak terbuai-buai dengan perkara yang tak realiti.
Kemudian, aku Google la watak utama cerita tu, betul ke baik macam tu. Advanced me. Senang je nak buat aku berpijak di bumi yang nyata, bila tengok watak sebenar pelakonnya.

Setiap kali hati nak tersentuh tengok cerita cinta lagha tak Islami/ paling Islami kat TV, aku akan ingatkan diri yang itu hanyalah lakonan yang berskrip. Indah bagaimana pun, kita tetap kena sedar yang lakonan hanya tunjuk sebahagian kecil dari dunia sebenar yang kita kena hadapi.

Suka tengok orang bercinta dalam cerita, pernah tak terfikir tanggungjawab dalam berumah tangga? 
Suka tengok drama orang dapat anak dan happy ending, pernah tak terfikir sebenarnya berat untuk bangun dua tiga pagi layan anak menangis?
Suka tengok cerita korporat, kerja hebat, kereta tak pernah tunjuk kereta Proton, berumah gabak, pernah tak terfikir jerih payah usaha untuk dapatkan semua tu?

Dalam banyak hal, aku memang anti-klimaks.
Sebab cerita cinta yang ada skrip, bukan realiti.


Tahu tak apa yang realiti?


Setiap hari waktu kita tengah bersenang lenang main FB, mengomel macam-macam di Twitter dan update blog merepek tak tentu,
ada saudara seIslam kita tengah dibunuh kat luar sana.
Dan ingatan berserta doa kita pada mereka, hanya sekejap-sekejap.



Itu realiti.