Bismillahirrahmanirrahim.
Jentik telinga dan berbisik; ini entri pandangan. Berusaha untuk tidak berbaur politik berat sebelah.
Pro dan kontra kemajuan teknologi dah lama orang bahaskan. Kalau zaman sekolah, ini mungkin antara topik yang cikgu akan jadikan tajuk esei perbahasan.
Kesulitan utama yang aku nampak bila manusia teknologi sekarang yang sangat mudah bersuara, sangat mudah berkongsi maklumat dan sangat mudah segala-galanya membuka ruang untuk lebih buat dosa dengan mudah.
Mana mungkin aku tak bawa contoh menggunakan Facebook, kan?
Mana mungkin aku tak bawa contoh menggunakan Facebook, kan?
Begini, satu perkara dalam Facebook yang sangat merunsingkan aku, bila ada seseorang bawa satu topik yang meluahkan pendapat tentang isu semasa; politik terutamanya, aku sangat yakin topik itu akan terselit atau disahut dengan kata cacian dan makian, sebelum aku sempat baca pun. Kemudian ada dua tiga orang yang cuba menyelit untuk menenangkan keadaan, dia pula dituduh tidak ambil peduli dan jadi tali barut sekian sekian. Pasti dan yakin, akan ada juga dua pihak yang saling bertelagah dah tak peduli orang lain.
Tapi aku ketawa je bila tiba-tiba ada yang buka topik yang tak ada kena-mengena dengan situasi. Saja nak redakan keadaan orang macam ni.
Tapi aku ketawa je bila tiba-tiba ada yang buka topik yang tak ada kena-mengena dengan situasi. Saja nak redakan keadaan orang macam ni.
Ada banyak penyakit lidah yang aku baca.
Antaranya:
1. Perkataan yang tidak berguna
Dalam hadis sahih baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
Di antara tanda-tanda kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna.
[HR Tarmidzi]
2. Mengejek, mencaci dan mengumpat.
3. Dusta, sumpah palsu, menceritakan rahsia.
4. Mengutuk, melaknat dan kata-kata lucah.
Jelas kan, semua perkara ni ada dalam Facebook. Dalam kita tak sedar, walaupun rasa macam tak de la banyak cakap, tapi hati makin lama makin kotor dengan akhlak (attitude) kita dalam laman sosial.
Aku cuma nak ingatkan diri sendiri dan kalau ada yang membaca, untuk tidak buang masa bergaduh tak tentu hala dengan perkara yang tak beri manfaat dalam Facebook terutamanya. Kalau rasa ada start unsur-unsur macam nak gaduh, tinggalkan je walaupun orang fikir kau loser.
Bila nak menaip, tanya iman, bermanfaat tak kalau aku campur tangan? Habis-habis, tak bagi manfaat pada sesiapa, kena maki je.
Personally bagi aku, kalau aku campur tangan gaduh-gaduh, aku ni macam Ajinomoto. Bagi sedap cerita untuk orang baca. Aku bukan menidakkan untuk memberi pendapat. Berdebat itu mengasah minda. Berdebat, biar dengan ilmu. Aku dah lama tak join debat-debat. Dapat rasa oh minda jadi tumpul.
Er seperkara, aku pun tak berapa sangat kalau orang menunjukkan dalil daripada ustaz Azhar Idrus. Means kalau aku tanya mana dalil, orang tunjuk aku dengan printscreen ustaz Azhar. Aku akan macam, 'apakah?' .
Tak salah kau ambil jawapan beliau. Tapi check la betul-betul dalil dari Al-Quran atau sunnah, atau.. sekadar pendapat dia. Sebab, Rasulullah tinggalkan kita dengan 2 perkara je. Pendapat manusia semua boleh bagi. Macam aku ni haa. Kalau kau tak nak ikut pun tak pe haa.
Huhu mesti ada yang mengjengkel hati dengan aku lepas ni. Poyos.
Jadi akhir kata aku bagi hadis famous untuk mulut,
' Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kahirat maka hendaklah ia berkata benar atau diam saja”.
[HR Bukhari Muslim]
Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment