Hari ni, ada dua perkara yang buat aku gembira rasa nak meloncat-loncat tapi masih dikawal supaya tak nampak macam orang gila.
Pertama,
12 JUN 2010, KUALA LUMPUR ANNEXE BOOKFEST
Ini ialah satu majlis seni untuk orang-orang seni indipendant. Mereka terbitkan buku, buat kraftangan, mencipta lagu dan lain-lain tapi hasil usaha sendiri. Jarang bakat-bakat diorang ini dapat liputan media. Aku tak pandai sangat buat review pasal event macam ni. Sebab baru pertama kali pergi. Aku tunjuk gambar dulu yang aku ambil
pakai kamera handphone 2.0 megapixels instead guna DSLR yang famous tu.
nampak tak? Art for Grabs.
Ini memang untuk orang seni macam aku.
Ini aku panggil tag nama 'expose yourself'
Bukan letak nama kau, tapi macam The President, Hot Librarian Trust Me etc.
Ini buat baju sendiri. Aku tak tanya bahan apa yang diorang guna.
Tapi memang original handmade la.
cute handmade stuff.
beg pun ada.
rantai jed, gelang jed.
cool kalau dijadikan souvenier
atas tu ada tempat makan.
special menu kata mereka. entah. aku tak naik.
Ini event yang aku paling suka. forum.
Mereka cakap pasal hak student bukan bumiputra yang masih dipinggirkan, yuran iptA yang makin tinggi and so on. Tapi sangat menarik. Info-info yang yang banyak dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat terutamanya anak muda. Mereka cuba untuk buka mata remaja dan suruh berfikir.
Youth power!
Suara hati mereka.
(Entah mat salleh ni faham ke tidak nyanyi-nyanyi tu.)
Cuma apa yang aku dapat katakan, aktiviti macam ni banyak mendedahkan kepada remaja agar jadi lebih peka dan lebih bijak untuk menilai apa yang dilakukan oleh orang-orang atasan. Remaja sekarang dah tak bodoh lagi. Diaorang tahu yang orang-orang tua berpangkat sekarang banyak yang hanya beretorik.
Suara pendapat tak didengari.
Hasil tangan ditolak ke tepi.
Jadi mereka ambil inisiatif untuk bangkit sendiri.
Hebat kan semangat anak muda kini? :)
Aku terjumpa..bukan. Nampak
Sue Anna Joe dengan suami.
Pipiyapong dan Primary. Ahh. Segan nak pergi tegur dan ambil gambar. Aku rasa ramai lagi blogger kat situ. Cuma aku tak kenal je.
And last but not least;
Blogger favourite aku; Mr Oktomat. XD
Ok cerita kedua,
Aku dapat satu mesej semalam.
gptdcenter:
Tahniah! Anda telah didaftarkan sebagai peserta Himpunan Relawan yang akan diadakan pada 10 Julai 2010 di Masjid KLCC.
Jumpa anda di sana!
Ok, ini semua pengaruh abang Epah. -.-"