Friday, February 19, 2010

analogi sebuah graduasi


bismillah walhamdulillah

khas buat sahabat 18th gen;:puteh_7:
heboh diperkatakan tentang graduasi kita, sekarang ni kan?
tentang tempat, masa, wang dan ruang. masing-masing punya alasan dan halangan tersendiri.
majlis yang rata-rata sekolah lain dah pun selesai menyempurnakannya. majlis yang penuh kegembiraan, rasa teruja dan kenangan. tapi jelas, kita masih di sini. menunggu dan menunggu usaha orang lain untuk menggerakkan majlis. mujurlah ada yang masih punya semangat itu.

pelbagai pendapat dikemukakan. segala persetujuan, bantahan, rasa terkilan dan lain-lain sedaya upaya diambil kira demi memastikan majlis masih dapat dijalankan. buat yang langsung gagal mendapat khabar tentang majlis ini, mereka tetap sebahagian daripada warga 18th gen.
jangan risau, kalian tak akan diabaikan.

lapangkan masa untuk melihat perkembangan majlis graduasi ini. dalam ruang blog; GRADUASI. aku baru terbaca pendapat ketua kita, Ahmad Afiq yang jarang bercakap. kalau orang salah anggap, mungkin sahaja afiq difikirkan tak bertanggungjawab. sori afiq.
tapi, segala pendapat afiq dalam blog tu ada benarnya. lebih relevan dan boleh diterima pakai. rupa-rupanya afiq lebih jauh pandangannya. aku bukan nak jadi bias sebab dia seorang lelaki atau ketua tingkatan. cuma, apa yang dia utarakan tu dah diambil kira dengan pelbagai aspek. rm100, memang nampak murah. dan aku pun pada mulanya setuju bahawa jumlah itu mampu untuk diusahakan. akhirnya, aku akur yang aku rasa macam tu sebab aku ada duit gaji yang aku dapat.:pandaGeli_03:


persoalan kedua; apa yang kita harapkan daripada majlis graduasi nanti.
siapa ada jawapan? aku tak akan jawab, sebab pandangan ialah sesuatu yang subjektif.
kata afiq, graduasi ini hanya suatu majlis untuk kita rasa seronok. pada akhirnya, rasa tu akan hilang sebab masing-masing akan buat hal sendiri. betul? fikirkan. ingat balik tentang majlis bbq tempoh hari. tercapaikah matlamat majlis bbq sebagai majlis perpisahan dan meraikan perasaan lega selepas peperiksaan?maksud aku, alhamdulillah..huhu. berapa ramai yang dapat rasa perasaan tu? aku lagi rasa sedih sebab tak ramai yang turut serta.


kauorang, apa yang aku harapkan dari hati kecil aku, jadilah orang yang adil.
hargai usaha mereka yang terlibat. bukan aku, tapi mereka yang sanggup ke sekolah untuk perbincangan, menghantar mesej ke setiap orang untuk sampaikan maklumat tentang graduasi, berusaha cari tempat yang ideal, menghubungi baaaanyak pihak untuk dapatkan servis dengan harga yang berpatutan dan segala macam usaha yang kauorang tak nampak.
bertolak ansurlah. permudahkan mereka supaya majlis ini berjalan lancar. sukar sebenarnya nak bergerak tanpa ketua. tapi, sekurang-kurangnya mereka berusaha. dah banyak si ketua dan lebih-lebih lagi penolongnya(kan puteri..?) bersusah payah untuk sekalian anak buah. apalah kiranya kita pula yang berganding bahu untuk kurangkan pening kepala 2 insan berjasa ni.
seorang tengah sibuk kumpul duit, seorang lagi tengah berjuang untuk jadi wirawati negara. haha..kelass lah kauorang..!:mRempit:


mana mr presiden?
oh, dia pun tengah berjuang juga.demi mashalat 18th gen..:puteh_19:



akhir kata, pesanan penaja;bantu diri, bantu orang lain. haha:pandaGeli_01:

2 comments:

JuMaNaiLiaH said...

salam.meh sini nak promote.heheh
dulu akk bendahari mjlis graduasi batch akk.hohoh okok bkn nak brlgak tp nak bgtau sumber2 kewangan kami dpt.
sumber kewangan:
byrn/head: rm 35
sekolah sponsor: rm 500(atau lebih sikit)
dana koperasi sekolah bg batch 03-07:rm 700++

perbelanjaan yg masih akk ade catat:
trofi:rm 8/sorg
fotografi(ayah kak mawi): rm10/sorg
makan:rm 10/sorg
bas:rm4/sorg
dan byrn lain2 utk al-quran besar(simbolik graduasi smakl)
catering skolah byr.

dan kami buat di hotel singgahsana.

nak tnye,al-quran beso tu gune lg tak mase graduasi?

sekian sj laporan duit.hehhe

aisya zainal said...

masalah utama; sekolah dah tak mau sponsor sbb ktorg dh dikira keluar sekolah dahh..