Monday, April 10, 2017

MEDNO Korea

Alhamdulillah perjalanan ke Korea was superb.
Cukup baik untuk aku yang tak pernah kumpul informasi tentang negara ni.

Rezeki aku atas rezeki mak.

Allah Yang Maha Kaya,
Murahkan rezeki setiap manusia untuk timba pengalaman bermusafir di tempat yang mereka ingini

Monday, April 3, 2017

Kota Kata

Dua hari aku duduk kampung.
Tenang gila.

Aku tengok budak pergi sekolah,
mengeja Jawi kuat-kuat,
perempuan tudung labuh naik motor,
pakcik sayur tak pakai helmet.

Aku rasa orang kampung ni lebih kaya.
Kerana kaya itu subjektif tanpa amaun,
mereka kaya dengan jiwa dan kecukupan.
Tak ada apa nak dipertontonkan pada dunia,
tak ada risau badan tak semontok kerengga.
Tak ada caci maki pada perkara yang tak pasti,
tak ada juga perkongsian raih simpati.

Mereka dalam kecukupan.
Segala puji bagi Allah.

Dalam separuh perjalanan semula ke Kota Bandar,
saja aku jenguk semula ke media sosial.

Aku nampak kenapa aku susah nak hargai helahan nafas.
Kerana aku terlalu mencari diri dalam kisah peribadi orang lain.

Tuesday, March 14, 2017

Gegirl ABR.


Ahli Abu Bakar Rajudin & Co, tempat aku praktikal Mac-Julai 2015. 
Dalam masa setahun,

Yang tudung hitam pakai spek pindah LITRAK,
yang tudung ungu pakai spek sambung ACCA,
yang pegang fon jadi Penolong Pengarah, 
yang tudung pink pindah Sabah ikut suami,
yang tudung coklat tu manager, akan keluar pergi Gomen,
yang tudung hitam polka dot meninggal. 

Dalam masa setahun je. 

Tak ada apa yang tinggal yang buat aku nak kembali. 

Apa pun, 
kalian dan memori tetap dalam hati. 

Wednesday, February 22, 2017

Rezeki Yang Mana

Bismillah. 

"Rezeki dan rahmat Allah tu kalau datang sekali,
tak menang tangan kau nak handle. 

Syukur, nanti Allah tambah lagi.' - Ce, 2017.

Pebenda quote status sendiri. Hahah sukati la. 

____________________________________________________________

Sejak Januari, 
aku ada rasa risau dan down sebab pegang status penganggur. Walhal tak sampai sebulan pun aku berhenti dari UN. 
Risau. 
Tak ada gaji. 
Tak dapat sumbangkan untuk bayar duit kereta.
Minta kerja merata dalam Jobstreet takde respon. 
Nak melukis tak berilham. 
Nak imaginasi makin liar memikirkan aku mati mereput tak dapat kerja tak ada duit. 

Manusia. 
Dia rasa usaha dia sentiasa layak untuk dapat hasil. 
Walhal usaha tu semacam kenderaan menuju ke tempat rezeki. 
Kekadang rezeki tak buka, atau pindah, atau memang tiada di situ. 
Jadi, belum berjumpa je. 

Lepas dua bulan berlalu, 
rehat aku dah cukup. Berisi. Puas hati. 

Kak Zatil meninggal, aku dapat ke hospital.
Dapat solat jenazah.
Dapat hantar kereta dia ke Terengganu.
Dapat menyantuni mak ayah dia. 

Minggu lepas bila aku cerita mak melepek tak berdaya,
rupanya dia kena denggi. 
Aku dapat gosok-gosok badan bagi kurang lenguh.
Dapat hantar pi klinik periksa darah. 
Dapat hantar masuk hospital.
Dapat masakkan sup ketam. 
Tak sempurna, penat dan selalu kritik diri sendiri. 
Mudah-mudahan dapat perbaiki. 

Semalam aku dapat keluar dengan dengan Anis Abie. 
Gelak macam harom. Tak elok,tapi rasa macam pergi terapi. 
Keluar dengan budak SMAKL, selalunya macam itulah perasaannya.


Dalam graf kerisauan dan keraguan tu,
aku dapat panggilan kerja semula selama 3 bulan di UN.
Habis 3 bulan, dapat book kerja audit dengan manager lama.
Ada interview kerja lain, tapi terpaksa tolak. 
Buat sambilan Akaun untuk syarikat - ni lambat sikit progres dia sebab aku dungu Akaun. 
Ambil lagi sambilan buat skema jawapan untuk modul Projek IQRA'.
Akan datang insyaAllah projek lukis-lukis kartun. 

-- Dan semuanya ni datang dalam seminggu.

Tak tahu aku mampu ke tidak. 
Yang pasti, terbang hilang entah mana kerisauan aku. 


.
.
.

Rezeki yang kau risau tu,
memang bukan hak kau tentukan dalam bentuk macam mana dia akan datang. 


  

Mereka pun rezeki untuk aku. 
Alhamdulillah. 



Monday, February 13, 2017

Singgang Tak Sedap

Bismillah.

So hari ni aku masak singgang untuk mak.
Singgang ni antara masakan awal aku belajar selain sayur air sawi.
Tapi aku aneh, singgang aku tak pernah sama macam mak buat.
Singgang je weh. Asasnya, bawang merah-serai-halia-kunyit-cili-asam keping-ikan dan rebus semua.
Hari ni aku masak, tak sedap.

Mak tak cakap la. Cuma dia tegur, kalau nak dimasak rebus, ikan kena baasuh asam garam bagi hilang hanyir.
Lepas tu aku cuma panaskan bubur semalam sebab banyak lagi.


Aku rasa teruk weh.

Aku ingat lagi,
kalau anak-anak sakit, hari-hari makan sedap walaupun tak ada selera.
Masakan fresh baru dimasak.


Ah.
Fail teruk.

Empat Anak Seorang Emak

Bismillah.

Mak aku jenis jarang sakit demam. Aku boleh kata faktor pemakanan dan rutin dia yang aktif buat dia kekal cergas. Memasak, mengemas, menjahit, membasuh dsb yang juga seperti mak-mak yang lain.
Tapi sejak semalam, out of sudden mak mengadu letih.
Dan mak melepek tidur, hanya bangun untuk makan dan solat. Solat pun atas kerusi. Benda jarang sangat terjadi.
Mungkin sebab faktor usia, kadar untuk sembuh tu pun makin lambat.

Perkara yang buat aku rasa teruk, adalah kerana aku tak tahu jaga orang sakit.
Ada, aku ada masakkan bubur.
Lap lantai, basuh dan sidai baju.
Tapi aku rasa teruk sebab aku tak rasa cemas untuk bawa mak ke klinik. Aku jadi tak tahu.
Sebab selama aku dibesarkan, alhamdulillah ahli keluarga jarang sakit. Jadi aku tak tahu rasanya cemas mendapatkan rawatan. Aku tak reti memaksa orang pergi jumpa doktor sebab aku terbiasa untuk berfikiran sakit tak akan berlanjutan.

I feel bad. Really bad for not knowing how severe Mak's pain.

Aku mula faham bila ada kata yang menyebut bagaimana 10 orang anak pun belum tentu dapat menjaga Emak seorang.
Kerana sibuknya anak membina kehidupan keluarga sendiri, kita cuma doa dari jauh agar mak lekas sembuh.
Padahal semasa kita kecil, luka sedikit sudah berkejar ke klinik.
Kenapa anak sukar untuk dapat jiwa pengasih, ambil berat dan prihatin seperti ibu bapa?

Doakan mak aku lekas sembuh.
Aku marah diri sendiri sebab tak reti.

Cukup la tak reti menjaga, jangan tak reti nak doa untuk jenazah.

Friday, February 3, 2017

UNHCR

Bismillah.

Alhamdulillah, power supply laptop aku sudah baik.
Sepatutnya tak ada apa yang menghalang aku untuk kembali (lebih kerap) untuk menulis.
Kecuali almalasun.


Sejak habis ijazah bulan 6/2016 lepas,
tak ada aku kongsikan ke mana keberadaan aku.
Secara ringkas, aku bekerja secara kontrak di United Nations High Commissioner of Refugees.
Dalam bidang apa? Entah. Secara am, mungkin bidang kemanusiaan.
Alhamdulillah, walaupun tak disambung kontrak, ilmu yang tak ternilai aku dapat di situ.

Pada mulanya, aku mohon sebab aku nak tahu UN ni buat apa di Malaysia.
Setiap hari aku nampak orang berbaris panjang depan pagar UN.
Itu bukan pemandangan yang menyenangkan sebab mereka semua adalah warga asing.
Bekerja di UN adalah satu cara mudah untuk kau tahu isu kebanjiran warga asing di Malaysia. Kau boleh faham perbezaan pelarian dan pendatang, dan aneh rasanya bila kau tak mampu lagi pandang positif usaha kerajaan dalam menangani pelarian sebab kau tahu semua tu wayang.


Aku bersyukur untuk 6 bulan di situ.
Nak kisahkan semua di sini, kena ada 'pemanas jari'.
Lagi-lagi dah lama aku tak mengarang.

Bagi masa sikit, lah.


Monday, January 23, 2017

Hai 2017

Wey rindu menaip.

Doakan aku dapat beli laptop supaya senang letak kat riba, boleh bawa ke mana-mana.
Senang mengumpat orang.

Eh.