Wednesday, July 10, 2013

UPU 2013

Bismillah.
Tipu la rasa tak sedih.
Tapi memang belum rasa.

Mungkin nanti, bila manusia dah berbondong-bondong
mengucap selamat memanjat menara gading rezeki mereka
baru aku mengongoi menangis macam dulu.

Ye. Macam SPM dulu.

Aku cakap pada adik-adik,
kalau tak berusaha bersungguh-sungguh,
ketemu gagal pun tak rasa apa.
Sebab tahu diri tak pernah berusaha.

Kalau usaha luar dari kebiasaan
sakit tu mesti ada.

Jadi,
aku yang pertama.
Bukan usaha akademik,
aku rasa mungkin aku tak berusaha membina hubungan yang baik dengan Tuhan.
Bersangka baik, tiada mahu meletak cita dan usaha.

Teruskan sahaja.
Isi borang rayuan ceritanya.



Bak kata sorang blogger ni,
 
 
Apelah kan, bukannye nak menagih dadah ke ape,
ni nak sambung belajar pun tak bagi =="


Hahah. Gelak besar aku dalam kedukaan ni.

No comments: