Saturday, February 23, 2013

Le Buku.

'Prisoners' of Thoughts'.

"Adik baca buku ni ke?"

"A'ah yah. Tak tahu nak baca buku apa. Main ambil je kat library."

"Hm. Pemikiran adik kompleks. Take simple things seriously. "

"Lor. Nak buat macam mana."


Tuesday, February 19, 2013

Hilang

What if.

Kalau satu hari nanti, ditakdirkan
mungkin aku mengalami kemalangan

patah riuk

buta

bisu

hilang ingatan.

Mereka yang senyum menyapa itu
akan kah tetap memandang mesra?


Dan andai

memori dahulu luput
mungkinkah aku
melupakan apa yang disayang
memberi kasih pada yang membenci?

Celik tetapi seperti lahir semula.
Perlu mulakan segalanya dari tiada.




-Minggu yang baru terasa dah sem akhir.
-Kawan aku kemalangan minggu lepas.
Member satu kumpulan pembentangan. Cemas betul bila dengar dia berjahit.
Mujur dia kuat.  Sangat positif, tetap sanggup datang untuk pembentangan.
Belajar lagi pasal diri. Dan makin sayang pada dia.

Bulan tiga dan empat dan tamat.


Wednesday, February 13, 2013

KJ.

Bismilllah.

Ini pun, tiada manfaat.

Aku tak tau Kak Juma pernah atau akan baca blog ni.
Kalau dia baca, aku harap dia tak marah aku tulis nama dia di sini.

Sejak bertahun lepas, sejak akak tinggalkan sekolah, saya selalu harap dapat jumpa akak balik.
Bunyi kuno, tapi hakikatnya teknologi pun tak mampu nak hubungkan kita.

Saya tanya kenapa, tak ada jawapan.

Kadang-kadang bila saya ada banyak persoalan hukum-hakam, saya akan terbayang muka akak walaupun saya tahu akak akan kata akak tak layak untuk jawab.
Tak apa, saya cuba belajar cari jawapan. Saya cuba bina kekuatan.

Saya  tanya kenapa, tak ada jawapan.

Saya ikut juga perkembangan akak. Saya ingat akak nak pergi jauh.
Oh tak. Akak masih dekat. Masih di Gombak. Cuma belum berkesempatan saya nak ke sana. Nak jumpa akak. Nak tengok akak bagaimana.

Hari tu saya balik kampung, saya masuk kawasan madrasah. Pondok. Saya terbayang akak. Saya ingat lagi akak pernah cakap, kalau nak masuk pondok, hati kena kuat. Saya tak faham. Tak apa. Masih happy sebab dapat nasihat daripada Kak Juma. Teringin betul saya nak mengaji kat pondok. Saya letak tepi dahulu impian tu, sebab tahu tahap sendiri.

Saya tanya akak, saya patut sambung apa lepas diploma.
Nampak macam tak bermotif nak tanya akak.
Tapi saya tanya juga, sebab akak antara orang yang ada bila saya rasa saya jatuh waktu SPM dulu. Rileks je akak tegur saya supaya sabar dan jangan salahkan orang lain. Saya ingat lagi akak sungguh-sungguh syorkan saya masuk itu ini. Pesanan untuk istikharah tak pernah lupa.


Kak Juma bukan romantik orangnya. Orang kata rindu pun, kena bo-layan.
Sudahnya, pendam sendiri la. Kak Juma ajar lagi, kalau rindu, baca al-fatihah untuk dia.
Bukan sebut di mulut je.

Nasihat-nasihat kak Juma, semuanya simple.
Istikharah, al-Fatihah, hormat mak ayah.
Itulah yang cepat meresap dalam hati yang keras ni.


Terima kasih kak.
Sekurang-kurangnya saya tahu saya antara orang yang masih dalam ingatan akak dengan pesanan 10 tahun tu.
Saya harap lepas tempohnya, Allah bagi saya nampak hikmah. Untuk saya, akak dan orang sekeliling.
Tentang apa sebenarnya yang akak buru.
Apa yang akak doakan saya, insya-Allah saya amalkan supaya dapat sampai balik pada akak.


Susah nak describe sayang aku pada Kak Juma.
Walaupun dah lama takjumpa, bertahun tak berbual bersama, nama KJ tetap kuat terpatri.
Mungkin ini la orang kata, 'Sayang anak, tinggal-tinggalkan'.




Wednesday, February 6, 2013

'Allah akan uji kita dengan perkara yang kita rasa kuat untuk hadapi. '

What if kalau kau yang sedang menjadi ujian, terutamanya ujian iman terhadap manusia yang lain?

Kau sedar perkara tu, tapi tak masih tak berganjak. 

Minta pertolongan Allah. 
Agar dikeluarkan dari envairemen dosa dalam sedar itu. 
Kalau tidak, bersedia lah untuk 'sakit kelompongan hati' , melemahkan segala saraf dan nadi
yang hanya akan pergi bila kau menangis sungguh-sungguh pada Ilahi.



Tuesday, February 5, 2013

Adab.

Generasi sekarang, 
ketandusan adab, kreativiti, malah lemah dalam komunikasi.
Ini pensyarah aku yang kata. Pensyarah Ekonomi. 

Medium laman sosial mengaburkan metod sebenar, bagaimana kita harus beradab dengan manusia lain. 
Dan akhlak kita, terhakis kerana kita lupa bahawa kita hanyalah seorang pelajar. 
Malang sungguh kan, bertegang urat dengan manusia yang memberi kita ilmu
semata-mata hanya untuk membuktikan pengetahuan cetek kita itu, benar dan harus diterima? 
Apatah lagi berusaha bersungguh-sungguh memekik ke serata dunia bahawa guru kita itu manusia paling teruk. 

AH.
aku tak boleh terima langsung. Kejadian tadi menakutkan aku. 

 
Secara jelasnya, semakin lama aku semakin faham cara Allah mendidik aku melihat manusia. 
Dan antara persoalan yang semakin terjawab, mengapa aku dihantar belajar di kawasan pilihan minoriti. 


Aku generasi sekarang. 

Friday, February 1, 2013

Emosi penyakit hati.

Aku tahu, antara kelemahan terbesar aku ialah sukar nak kawal emosi.
Insya-Allah, setakat ni tak pernah keluarkan kata-kata kesat sekalipun marah.
Pernah ke?

Rasa macam tidak.

Cuma yang jelas, riak air muka aku memang tak mampu nak selindung apa yang aku rasa.
Aku tak pandai nak berlakon konon-konon tenang padahal dah bengang.
Dan aku tak tahu nak buat ayat bunga-bunga sarkastik berdouble meaning.
Biar sakit berterus terang daripada dalam diam kita berperang.

Aku pernah baca, 'jangan minta difahami. Tapi jadilah orang yang memahami.'
Belum dapat jadi.

Adik rumah aku pernah tanya, 'Kenapa akak tak jadi kaunselor eh?'
Haha. Hanya sebab aku bagi nasihat slot selingan.
Padahal, kalau lah diorang tahu peperangan dalam hati ni.. Isk.
Tapi, memang adik rumah aku lah yang selalu tengok 'angin' aku yang sebenar.
Yet, diorang sangat positif. Alhamdulillah. Nikmat dapat adik rumah yang baik.

Setiap kali aku rasa nak marah orang, aku rasa nak nangis juga. Sebab aku marahkan diri aku yang nak start enjin amarah. Lepas nangis, mesti aku rasa aku bersalah. Bersalah sebab tak ada sifat sabar.

Tips:
 Kalau rasa nak marah, istighfar. Banyaknya kita kalau marah, PEMALAS nak istighfar sebab kita tak yakin istighfar tu boleh padamkan api kemarahan.
Kedua, ambil wudhu'. Wudhu' dengan niat wudhu' lah. Selitkan sekali 'Ya Allah. Padamkanlah rasa amarah ni melalui wudhu'. 

Teringat kisah Rasulallah yang makan buah oren masam sampai habis.
Sahabat rasa pelik, sebab baginda mana pernah makan seorang diri. Sampai habis pula tu.
Rupanya, buah oren yang Rasulallah makan tu buah oren yang masam.
Jadi demi jaga hati tuan rumah, dari berkecil hati kemungkinan tengok riak muka sahabat yang berkerut-kerut menahan masam, baginda habiskan.
Subhanallah. Hebat, kan.

Aku?
Jangan cerita buah masam. Tengok orang lain pandang lama-lama sebab nak recognize pun dah pandang senget. Sungguh.

Sikit lagi je Aisyah.
Cuba la jadi orang yang baik kalau nak masuk Syurga.


Aku minta maaf kawan-kawan. Setakat ni, aku mampu bergebang di blog je.
Kalau aku mati nanti, tolong sampaikan pada yang lain.
Terutama untuk kawan yang selalu bersama aku di KPTM. You-know-who.
Dia sangat baik dan sabar. Mungkin kerana dia terlalu matang, aku tak terkejar dan tak dapat jadi kawan dan adik yang baik.


Pemerhatian amatur aku mendapati, seorang anak bongsu yang agresif susah nak terima :
1. Anak bongsu yang lebih berusia.
Contoh; berkawan dengan orang berumur 30 tahun, pangkat anak bongsu.
2. Kakak sulung yang lebih muda.
Contoh; berkawan dengan junior berumur bawah daripadanya.
3. Si dominan.
4. Pemikir luar kotak yang tegar.



Dan itu hanya pemerhatian aku yang belajar dalam kos Perakaunan.
Kau nak percaya ke?