Thursday, December 27, 2012

Tua sebelum usia

Seminggu cuti, memang tak jaga makan.

Amat sedar, makan makanan berminyak, kuantiti yang banyak, tak tentu masa, keju susu.. habis semua sekali harung.

Memang aku kira. Seminggu rutin makan yang huru-hara yang aku tak pernah buat sebelum ni.

Al-hasil, aku dapat rasa sakit kat dalam dada . Berdenyut. Ah sudah.
Heart attack?
Wa iya dzubillah.

*Baru nak insaf. Patut nyanyi lagi Lima Perkara tu berulang kali.

Penyedut masa

8.00 malam.
Menunduk ke buku. Ulangkaji. 1 muka, 2 muka.
Angkat kepala. Tengok jam.

8.30 malam.

--------------------------------------------

8.00 malam.
Menghadap muka buku. Ulang refresh. 1 kali, 2 kali.
Dongak kepala. Tengok jam.

9.30 malam.




Tak hadam lagi surah Al-Asr.

Tuesday, December 25, 2012

#twitblog1

I'm good in motivating people. 
But can't even help to stand up by myself.
 

For once in your lifetime,please Aisyah. Be the pilot of your life plane.


Musim

Assalamualaikum.

One thing, you know that you're beautiful. Ngah.

Satu titik kosong.
Diri, tolong maafkan diri sendiri untuk post ini dan post sebelum ini.

Dua titik kosong.
Korang. Post ini lebih kurang bau bacang dengan post sebelum ini. Tak bermanfaat jadi tolong skip baca blog sampai aku letak tajuk 'Bermanfaat' yang mungkin akan dipublish entah bila.

Tiga titik kosong.
Topik rasa hati yang tak penting.

Tiga titik satu.
Maria Elena dah kahwin. Tak penting.

Tiga titik dua.
Hari ni Syura kawan secantik(eh) sebaya sekolej bernikah. Aku tak sempat pergi sebab saudara singgah rumah secara mengejut. Tak mengejut sangat sebab aku pun tak ada idea macam mana nak sampai kat masjid tempat dia nikah tu sebenarnya. Almaklumlah lesen kereta gantung tak bertali.

'Maaf Syura. Nanti resepsi bulan 6 kita pergi ye.'
Ayat ni bukan sekadar di blog. Nanti aku sampaikan laa pada dia.

Lepas tu entah macam mana aku boleh terbuat mesej-perasan-best untuk dia.

Ingatkan tatkala terlupa, sembuhkan bila terluka. 
Nasihat daripada orang bujang yang banyak tengok drama Melayu, 'Never assume, ask. Never expect, accept'.
And never ever ever ever stop learning how to be a good muslimah that helps you be a great wife as well.
Orang bujang,
Ecah. 

Aku kagum dengan diri sendiri.
Astaghfirullah.

Tiga titik empat.
Saudara datang rumah. Terdiri daripada tiga sekawan makcik. MakLang MakNjang MakSu yang sentiasa bertiga bersama. Yang jaga arwah atuk sampai saat terakhir. Yang selalu dingendeng waktu hari raya untuk dapatkan duit raya walaupun umur dah 2 abad. Yang selalu memanjakan anak-anak buah. Yang buat aku rasa ada saudara yang ramai.
Ceritanya, datang membawa perkhabaran. MakSu bakal mendirikan rumah tangga. Sebak aku tanpa sebab. Entah apa-apa. 

Tiga titik lima.
Majlis Abang Tengah bulan tiga nanti. 

Tiga titik enam.
Member semember dah bertunang. Kahwin 2014. 

Tiga titik tujuh. 
Ex-kawan sekolej pun bertunang. 

Empat titik kosong
Buat entri ini sambil bertanya kepada diri sendiri. 
'Motipppp Aisyah motipppp?'

Lima titik kosong. 
Tengah menggoreng kerisik di dapur dengan kepala sarat persoalan, Abang Tengah masuk dapur. Lalu kami berbual. Entah kenapa aku buat pernyataan. 
'Kenapa macam semua orang dah kawen ek.' 


Enam titik kosong. 
Merujuk entri kahwin dalam blog Maria Elena; 
..how i wished i could do more as a daughter. i wished then that i could give back to my Abah, who have struggled so hard and so much when my brothers and i were younger.. 

.. do more as a daughter. 

Aku dah jumpa jawapan kepada persoalan ketika menggoreng kerisik.

Sunday, December 23, 2012

Datang dan pergi.


'Rabu ni kitorang nak pergi IDP. Kat British Council. Nak ikut tak?'
'Emmmmmmmm...'

'Kalau nak pergi kau kena bawak 7 item ni. Bla bla bla bla. Ok? 
Kau cuma kena cari slip SPM, dan buat personal letter. Yang lain kitorang uruskan.'
'Emmmmmmmm...'

-------------------------------


'Aisyah, ini link untuk Muet nanti.'
'Emmmmmmmm...'

Dah baca?
'Emmmmmmmm...belum'

-------------------------------

'Aisyah, dah mula buat personal letter?Dah berapa perenggan?
'Emmmmmmmm...belum mula lagi.'

-------------------------------

'Aku dah Google pinjaman offered by JPA upto 200k to 250K. 
And boleh dapat diskaun sampai 25%. But your final CGPA mesti at least 2.75 and complete within its time. 
Received: 23-Dec-2012  21:54

'....................'

-------------------------------

Baiknya manusia yang Allah kurniakan di sekeliling aku. 
Susah nak kata. 
Terharu, tapi aku sendiri yang taknak maju.
Howwwwwwwww?

Rasa itu, datang dan pergi. 

'Bagi dapat ye, oversea tu' -ais

Entahlah. Fikir benda remeh banyak sangat. 
Ok, mula buat personal letter. 




Friday, December 21, 2012

Baitul

Assalamualaikum.

Update sikit. Tengok lah sikit mana aku mampu buat.

1. Cuti semester seminggu, sampai hujung tahun. Jadi ayat para pensyarah sebelum lepaskan kelas terakhir tadi, 'Okay class. Till we meet again.. next year.'
Waoz. Tangguh kelas sampai tahun depan, tahu.
 
  3 minggu pertama semester 6, hebat.
Hebat sebab banyak gap, tak banyak kelas, banyak batal. Hm. Dengar macam seronok, kan?
Entahlah. Berdebar bila naik cuti ni nanti. Aku tak terbayang kerja yang banyak sampai kena stay up dan tak tidur malam. Al-kisahnya, aku tak pernah belajar untuk stay up. Bagaimana agaknya nanti?

2. Baru aku sedar, tarikh majlis abang tengah akan dibuat pada minggu peperiksaan akhir bulan 3 nanti. Peh, gi mana nehh.

3. Seorang lagi member sekolah dah bertunang. Eksaited sampai capslock segala huruf waktu berborak maya dengan dia. Cerita dia best. Cerita bakal doktor-doktor. Macam novel. Novel tanpa tajuk sebab aku dah tak baca novel. Mabrook, buddyz yang tak baca blog ni!

 Akauntan-doktor, ok ke? :/

......... ah, aku bukan nak jadi akauntan pun. Heheh. Cukup.

4. Aku dah ngantuk .
Sebenarnya kalau ada topik memeber membina Baitul Muslim ni aku eksaited. Tapi sekarang dah mengantuk nak tidur.

Selamat malam tau!

Tuesday, December 11, 2012

Ketawa.

'Kita,
tidak selamanya sekadar mahu mencipta angan yang tinggi'

Kelas ETR300, Entreprenuership.

Topik, Creativity & Innovation.

Pensyarah bercerita tentang evolusi kewujudan telefon bimbit.
Bermula dengan saiz sebesar bagasi pejabat,
kemudian versi tiga-tiga-sekupang(3310) yang dibanggakan serta sinonim dibuat baling anj-h. Apakah dosa haiwan itu ohh.
Kemudian versi 'Butterfly' yang bernada dering,
wujud lagi telefon bimbit 'sabun' dan 'pisang'
berkembang biak  dilengkapi muzik, kamera, 3G dan sebagainya.
Dan, jika suatu ketika dahulu telefon bersaiz kecil begitu in sekali,
kini manusia mahukan gajet yang lebih besar.
Kata Sir Teng, mana tahu suatu masa nanti gajet sebesar meja juga tidak hairan lagi jika diletakkan di telinga.
Oh apakah.

Saat pensyarah bercerita tentang perubahan telefon bimbit,
satu kelas anak muda itu tertawa.
Termasuk aku.

Cuma kemudian, aku rasa ketawa itu hambar.
Aku sendiri, tak tahu ketawa itu untuk apa.

Ketawa untuk perkara yang pernah menjadi kebanggaan satu ketika dahulu?
Perkara yang besar suatu ketika dahulu, jadi seperti tiada makna zaman sekarang.

Seperti, tangisan untuk keputusan peperiksaan SPM dulu.
Dah jadi intipati kenangan lucu aku sekarang.

Dunia,
jangan diambil berat sehingga mematikan hati.



Ah, tidak sekata sungguh entri.