Saturday, July 14, 2012


Kadang-kadang rasa diri tak ada apa-apa, rasa sendiri dan selalu disakiti. 
Tapi apabila tengok ujian yang Allah timpakan pada orang guna mata hati, baru tersedar, ada berjuta lagi nikmat yang terlupa disyukuri. 

Ucaplah Alhamdulillah setiap hari. 
Biar banyak kali. Biar berulang kali.
Sehingga terkesan dalam hati.

'Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?' (Ar-Rahman:13)

Rentetan peristiwa benar, seorang kenalan rapat yang kehilangan emak dan ayah.
Sekelip mata.
Aku belum pernah rasa kehilangan. 
Aku tak tahu apa rasa kehilangan. 

Tapi bila insan itu menyedarkan, 
bahawa rupanya apa yang aku sedang usahakan dalam kehidupan aku ini
adalah demi kebahagiaan kedua ibu bapa aku. 
Aku dah tak mampu untuk terlalu jadi diri sendiri,
pentingkan kata hati sebab tanpa aku sedar, banyak hati yang mungkin aku terus lukai. 

Insan itu buat aku terfikir,kenapa aku belajar setiap hari, kenapa aku nak kerja yang baik. 
Ye, memang sebab Allah. 
Tapi, hadiah untuk manusia... aku memang sedang usahakan untuk mak ayah aku.
Aku nak tengok mereka tersenyum gembira dan bahagia. 

Rupanya aku belum pernah diuji sehebat itu. Ujian kehilangan, untuk mereka yang kuat. 
Bila aku balik rumah tadi, aku tatap muka mak ayah aku,
aku tahu dah tak mampu untuk terus lukakan hati mereka. Serius. 
Tak mampu jadi anak yang baik pun, mudah-mudahan aku istiqomah menwujudkan mereka dalam doa aku. 



1 comment:

Anonymous said...

Kehilangan org yg disayang ibarat terluka sayap utk terus terbang. Terbang itu masih boleh tapi tidak setinggi sejauh yg biasa diraih. Apatah lagi org tu adalah ibubapa sendiri.

Takkan mengenal erti sebenar kasihsayang, sebelum mereka hadapi kehilangan yg disayang. Abadikan mereka dlm setiap bait doa kita. Hargai mereka, jangan menderhaka :)